Showing posts with label istanbul. Show all posts
Showing posts with label istanbul. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

::Kenangan Lalu::iStAnBuL-part 2::

sorry lama sgt tak sambung blog ni kan.. bz sgt2.. then bila ada masa.. mood mengarang pulak tak der..

so mari kita sambung kisah istanbul trip yg belum abih.. :) hari kedua di istanbul kami menyelusuri Selat Bosphorus.. Pada sesiapa yang berkunjung ke Turki pasti tidak akan melepaskan peluang menikmati pemandangan dari atas Cruise ini... sgt menarik.. disepanjang perjalanan.. cruise ini akan berhenti di istana2 yang terdapat di tepi-tepi selat ini dan juga kita boleh melawat masjid yang ada disekitarnya.. so apa lagi.. jom layan gambar dulu :)


nampak tak belakang tu ada bridge yang cantik.. itu lah bridge yang merentasi selat ini yang menghubungan antara benua eropah dan benua asia...

salah satu palace yang terdapat di persisir bosphorus

Palace Yedikule Müzesi

dah penat separuh hari berpusing2 dipersisir bosphorus kami meneruskan jelajah kami ke bandar moden istanbul..

me @ taksim square

di stesyen metro Kabatas!

malamnya kami mengambil peluang menyaksikan tarian gelek yang terkenal di istanbul.. so sorry gambar tak leh publish.. nanti kang rabun mata korang hahaha.. so sebagai ganti i post la gambat boss i yg kena petik utk bergelek atas stage hahaha...

me n my best friend at Sultanahmed stesyen

Monday, October 17, 2011

::Kenangan Lalu::iStAnBuL-part 1::

dah habis citer euro trip 2009 aku... so hari ni nak citer trip ke Istanbul pula.. last year Oct kita org berlepas ke sana.. short trip juga.. macam biasa.. backpackers! :) Kalau Euro Trip 2009 kita orang naik Emirates, tapi kali ni kami semua sepakat untuk menggunakan perkhidmatan MAS pula. Kami sampai di Istanbul kira2 awal pagi juga lebih kurang pukul 5.50 pagi.. selepas imigresen check.. terus ambil train menuju ke stesyen Sultanahmed. Wow.. sampai jer kat sini terus nampak Blue Mosque yang terkenal! cuaca agak sejuk dan dingin... so terus check in hotel n breakfast.. then baru keluar jenjalan shopping! so meh layan gambar2.. (psst.. gambar leh ceritakan perjalanan ku kat sana... eheheh tak der masa nak mengarang sebenarnya..:p)

yeayy sudah sampai airport!

apa lagik! bergambar la!

haaa pagi2 dah bersesak dlm train

ok now dah sampai.. sejuk time ni... nampak tak belakang tu blue mosque

haa ni la hostel kita org duduk.. not bad laa.. sebelah hotel 4 season :p

beratur panjang nak masuk blue mosque

nun saujana mata memandan.. Hagia Sofia dari pintu Blue Mosque

yeayyy makan kebab jom!

makan tengahari yg meriah!

Blue Mosque di malam hari..

ok.. cukup dulu untuk hari ni.. esok kita sambung lagi kisah istanbul yer..

Tuesday, October 12, 2010

tinta perjalananku..






salam untuk semua..

sudah lama tak update blog ini.. tiada cerita nak dikabarkan.. tiada idea untuk dikarangi.. alhamdulillah akhirnya aku sudah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian pada bulan lepas. Alhamdulillah berjaya bergelar graduan pada 20 November 2010 yang lalu.. syukur sangat..

ok.. kembali kepada tajuk asal.. minggu lepas seperti tahun sebelum ini, penghujung syawal dipenuhi dengan aturcara merentas benua bersama-sama kengkawan. Alhamdulillah setelah berjaya menjelajah beberapa negara Eropah pada tahun lepas, tahun ini sekali lagi kumpulan kami mengembara menjelajah bumi Istanbul, Turkey dan juga Athens, Greece. Tahun ini kumpulan 'backpackers' kami terdiri dari 9 org ahli sahaja tidak seperti tahun sebelum ini ada 11 orang.

Perjalanan dimulakan pada 1 oct 2010, bertolak dari kl sentral setelah dihantar oleh suami tercinta dan anak2ku..kemudian aku, serta 3 orang kawan (wawa, farhan n za) menaiki erl klia express menuju ke KLIA.. hahah pengalaman pertama naik ERL... sian kan... 'perak' sungguh aku.. hehe ok.. akhirnya 28 minit sampai ke KLIA. berkumpul lah semula 9 orang ahli 'backpackers' kali ini. urusan daftar masuk selesai hanya beberapa saat sahaja kerana kami sudah melakukan daftar masuk secara online terlebih dahulu.

00.30am 2 oct 2010, kami berlepas ke Istanbul dengan menaiki pesawat MAS MH030. Keterujaan masing2 terpancar, almaklumlah semua tak pernah sampai ke istanbul lagi..tapi cam biasa.. sejam pertama jer meriah.. then lepas tuh dah mula bosan nak menahan 10 jam 45 minit untuk sampai ke bumi Istanbul..puas melayan Lagenda Budak Setan, akhirnya aku tertidur diiringi celoteh DJ ditelinga.. hehehe nasib baik wawa kat sebelah tak lupa kejut aku bila time steward serve makan.. kalau tak mau kebulur.. heheh

06.15am 2 oct 2010, Alhamdulillah kami selamat mendarat di Atartuk International Airport, Istanbul di subuh yang indah.. cuaca boleh tahan sejuknya. Selepas pemeriksaan kastam yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, kami mula keluar dari balai ketibaan dan mencari2 arah untuk menuju ke bandar Istanbul atau lebih tepat untuk sampai ke hotel penginapan. Di sebabkan trip kami adalah bertemakan 'backpackers' so tak der la tourist guide.. semua main redah jer hasil dari tinjauan di internet tentang selok belok public transport disini.. Alhamdulillah akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki Metro train lebih kurang mcm lrt/komuter kita disini.. Perjalanan dari airport menuju ke Sultanahmed Station memerlukan kami menukar train di stesyen Zetynburno (kalau tak silap aku.. hehehe nama susah nak ingat.. tp kalau second time pergi aku dah leh hafal tempatnya.. heheh)dari stesyen ini kami menaiki tram menuju ke stesyen Sultanahmed.Perjalanan dari airport ke tengah bandar mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sampai di Sultanahmed jer dah tersergam indah Blue Mosque.. wow sungguh cantik..dari sini kami menapak kira2 10 minit menuju ke Hotel Med Cezir..sebuah hotel yang agak murah untuk didiami dengan lokasi di tengah2 tempat tumpuan pelancong. Disebabkan kumpulan kami hanya terdiri dari 3 org sahaja wanita, aku, wawa dan za berkongsi satu bilik dan 6 org lagi group lelaki berkongsi 2 bilik berasingan. paling besh hotel kecil ni ada wifi.. yeahhh update FB!!!!! hahahah alhamdulillah kami dibenarkan check in pada sebelah pagi disebabkan ada kekosongan bilik. breakfast ala kadar dgn roti dan tuna yg dibawa dari kl. heheh pukul 9 pagi kami dah mula keluar dari hotel untuk melawat sekitar Istanbul.

Tempat mula-mula dikunjungi adalah Blue Mosque. Ramainya manusia.. nak masuk pun kena beratur panjang... selesai di Blue Mosque kami menuju ke Hagia Sofea dan juga tempat2 bersejarah di sekitar kawasan bandar ini. Tak sempurna kalau berada di Istanbul tidak merasai nikmatnya kebab, lunch hari pertama perut diisi dengan kebab yang lazat.. alhamdulillah, selesai mengalas perut kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Grand Bazar! yess tempat yg semua org pesan besh utk shopping.. byk barang.. giler besar tempat nih.. boleh sesat jadinya.. tapi aku cam biasa.. ronda2 tak beli apa2 pun, sekadar membeli beberapa ketul fridge magnet yg dikirimkan kawan2. bukan tak nak shopping kat sini, tp mahal giler harga diletak. mau kena tipu kalau tak pandai tawar menawar. lagi satu peniaga disini agak agresif, ala2 cam petaling street, asal kita tanya harga mesti didesak kita suruh beli, kalau tak beli siap marah2 lagi.. takut aku jadinya.. hehe

Selesai menjelajah Grand Bazar kami berkumpul semula setelah masing2 berpecah mencari apa yg dicari.. hehe kembali semula ke hotel, rehatkan diri, mandi dan solat.. sempat la luruskan badan pejam mata seminit dua sambil2 update FB.. haha selepas asar, aku, wawa, za, farhan dan cikdin keluar mencari minum petang. turkish coffee ditepi jalan.. wahh menarik panorama cam kat bukit bintang plak rasanya.. haha tp udaranya nyaman sekali.. legaa dapat minuman panas.. hot chocolate dan fries buat alas perut.. sementara geng2 lain berdengkur dibilik dan ada juga yang mencuba Turkish bath..

Kemudian setelah kembali semula ke hotel, selesai solat maghrib kami keluar semula menerokai malam kota Istanbul yang meriah bagaikan pesta, malam ni kami dinner disebuah restoran tempatan yang menghidangkan makanan turki yang sedap.. sedap sgt sbb dapat makan nasi.. macam nasi arab gitu.. kenyang yang penting..selepas itu kami merayau2 disekitar blue mosque.. cantik sgt pemandangan disitu.. kebetulan ada pula konsert artis turki ala2 mcm konsert jom heboh la pulak kat tengah2 bandar.. hahah apa lagi.. layannnnnnn tapi tak der la ramai org.,, hehe jam menginjak 11 mlm waktu istanbul kalau kat malaysia dah kul 4 pagi.. aduhh patut la mata ngantuk.. jetlag la namanya! hhehehe apalagi.. balik hotel.. layan tidoq.. tp group lelaki tak abih lagi agenda.. cam biasa.. sisha time!

3 oct 2010, hari kedua di bumi istanbul ini kami memilih untuk menikmati keindahan dari laut pula. Bosphorus Cruise.. yeahh beshnyerr laa sgt... nanti kita sambung ok! hahah gambar2 ada kat FB kita.. nanti la kita upload kat sini bila line tenet ok! mlm ni line cam hampeh jer... ok chowww..

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki