Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

16 Mei setiap tahun akan dikenang dan disambut oleh kita semua.. jasa mereka yang bergelar guru amat2 tiada tandingannya.. kepada semua guru yang pernah mendidikku bermula dari SK Dato Wan Mohd Saman (cikgu kamal, cikgu shuib, cikgu shahrul, cikgu norlela, cikgu mariamah, cikgu zurina, cikgu rokiah, cikgu ishak, cikgu syed dll) , SMK Dato Wan Mohd. Saman (cikgu muthalib, cikgu ghazali, cikgu sharifah, cikgu noraini, dll) SMK Gurun (cikgu azizah, cikgu rosli, cikgu norashikin, cikgu razali, cikgu mazlan dll), dan SMK Guar Chempedak (cikgu maimon, cikgu azizan dll) terima kasih cikgu. Alhamdulillah berkat didikan cikgu-cikgu semua saya berjaya menjadi seperti sekarang..

Sempena hari guru kali ini saya cuba juga mencari lagu-lagu yang sesuai.. tapi terjumpa satu video dari seberang ni.. agak menarik untuk didengar juga.. so meh layan..



tapi lagu yang paling melekat dihati kita semua pasti lagu yang dinyanyikan oleh cikgu-cikgu kita setiap tahun kan! :)



Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

terima kasih buat semua guru-guru yang dah mendidik saya dan anak2 saya.. alhamdulillah berkat didikan guru-guru saya berjaya menjadi manusia berilmu.. alhamdulillah.. ALFATIHAH juga buat guru-guru yang telah meninggalkan kita di dunia ini.. jasa dan budi mereka tidak terbalas oleh kita..

Selamat Hari Guru istimewa buat guru-guru sek. keb. dato wan mohd saman (1982-1987), sek. men. dato wan mohd. saman (smtandop) (1988-1990), sek. men gurun (1991-1992) dan sek. men guar chempedak (1993-1994)

Friday, April 8, 2011

::murid vs guru vs murid::



Seminggu dua ini pelbagai kisah warga sekolah yang dapat kita baca di akhbar harian. Ada kisah murid sesama murid bergaduh, ada kisah murid mati dipukul guru.. ada juga kisah guru dipukul murid sendiri..Bagi aku semua ni ada sebab dan musababnya. Sikap masing2 dan tanggungjawab masing amat penting.



Sikap dan tanggungjawab guru harus dilaksanakan sebaik mungkin. Jika ianya ikhlas dalam setiap tugas yang dilaksanakan insyaallah perkara-perkara negatif seperti ini tidak akan berlaku. Sungguh murni tanggunjawab seorang guru yang bergelar pendidik. Mereka umpama ibu dan ayah kepada anak-anak murid di sekolah. Tetapi jika sikap dan tanggungjawab tidak dilaksanakan sebaiknya, maka timbul dan terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini.

myMetro | Cikgu ambil nyawa

Tetapi bukan semua pendidik / guru yang bersikap begini. Itu cuma segelintir yang telah menyebabkan profesion perguruan ini dicemari. Namun begitu, ada juga kes murid pukul guru.

myMetro | Pukul cikgu

Bagi kes-kes murid yang ganas seperti ini, secara peribadi bagi aku semuanya bermula dari rumah. Aku masih berpegang kepada didikan ibubapa terhadap anak-anak yang mempengaruhi tingkah laku anak-anak di luar rumah. Pentingnya didikan anak-anak bermula dari kecil sehingga dewasa. Sekiranya ibu bapa gagal mendidik dan mendisiplinkan anak-anak, tidak mustahil kejadian seperti di atas berlaku.

Justeru bagi aku, penting untuk kita sama-sama ambil dan pikul tanggungjawab terhadap anak masing-masing supaya perkara-perkara negatif seperti ini dapat dihindari.

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki