Showing posts with label toledo. Show all posts
Showing posts with label toledo. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

::Espana Trip 2011:: Part 5 : Toledo

Selepas melawat sekitar Cordoba.. kami bergerak ke Toledo.. perjalanan dari Toledo kira-kira 350km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.. kami sampai di Toledo sekitar jam 6 petang.. agak mudah mencari tempat penginapan kami disini.. tetapi cabarannya bila jalan disekitar Toledo agak sempit dan berbukit-bukit.. kecut juga perut jadinya.. disebabkan kedudukannya di atas bukit, ditambah pula kami sampai agak lewat petang, cuaca agak sejuk.. lebih kurang macam kat puncak Cameron Highland rasanya.. :)

Setelah menyegarkan diri di hostel, selesai Maghrib kami pun keluar merayau sekitar Toledo sambil mencari apa yang menarik untuk dibuat dinner :p perut dah berkeroncong sepanjang jalan asyik makan patatas jer hehehe so malam tu makan ala kadar juga mcm biasa..



haaaa time untuk postkan postcard untuk anak2 di Malaysia :)

Keesokan harinya kami mula meneroka bandar Toledo.. bandar ini agak kecil dari bandar-bandar lain di Sepanyol.. suasana dan cuacanya agak nyaman lebih kurang Cordoba juga..oh yaa.. lupa pulak nak citer,.. korang mesti tahukan.. Sepanyol terkenal dengan makanan Paella.. paling famous sekali di Valencia.. Paella Valencia!! tapi disebabkan tak sempat nak cari Paella sewaktu di Valencia akhirnya kami jumpa Paella di Toledo.. semangat nak mencuba makanan terkenal ini... kami mencuba Paella Seafood .. ermm sekali tengok aduhaii macam tak tertelan rasanya.. rupanya lebih kurang nasi goreng yang lembik.. agak2 macam nasi goreng ladna yang kekurangan air.. haaaa mcm tu laa jadinya.. so boleh bayangkan macam mana kembang tekak aku rasa.. hahaha puas juga nak habiskan.. nasib baik aku berkongsi Paella dengan Yiesha kawan ku.. kalau sorang-sorang mau kejung jugak nak habiskan tu.. heheh

ini lah rupanya Paella Seafood tu..

so mari layan gambar-gambar sekitar Toledo.. di sini banyak terdapat bangunan-bangunan lama dan gereja-gereja.



kat sini ada kedai jual boot yang cantik-cantik tau.. so apa lagi.. sempat la aku beli sepasang boot yang agak murah harganya.. tengok cantik kan boot aku! haha


jalan-jalan di Toledo ni bagi aku bukan jalan laa.. lorong kot.. hahah sempit sangat.. tengok la ni jalan / lorong di sekitar bandarnya.. sangat-sangat sempit okay.. ngeri ooo nak lalu.. dan mencari parking satu masalah yang agak besar :)


dibawah ni semua gambar-gambar disekitar Toledo yang sempat di ambil.. so layannnn :)






so lepas dah lunch kami bergerak ke Madrid semula sebab kami perlu bergegas ke airport semula untuk terbang ke destinasi seterusnya.. jarak Toledo ke Madrid dah tak jauh kira-kira satu jam perjalanan..haaaa nak tahu destinasi mana pula lepas nih?? nantikan ok!!!! lambat sket update lepas ni sebab esok nak balik kampung sampai next week.. hahaha sabar okay! baca dan tatap dulu gambar-gambar cun aku yang ada ni hehe

vroommm vroommm

lepak tunggu flight ke destinasi seterusnya!! yeayyy jumpa lagi Madrid selepas 4 hari okay! haha

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki