Saturday, April 30, 2011

:: Trip Jutawan Fakir ::

korang mesti gelak bila baca tajuk entry aku kali ni.. :) actually entry ni agak tertunggak sket.. sebabnya citer ni patut aku publishkan awal minggu lagi.. tapi disebabkan kebeeezeeeaaan yang teramat minggu ni, hari ni baru sempat menyambung kembali.. dah basi pun citer ni agaknya kan.. :p apa-apa pun tak kisah lah, janji ada cerita nak dikongsikan bersama, yer dak? hahha yer kan jer la ek.. :p

Ok, sebenarnya nak citer yang minggu lepas 21 April 2011 bersamaan hari Khamis, aku dan dua orang kakakku serta seorang kawan opisku sempat la berholiday atau lebih tepat bershopping2 la kot kan, sebab tempat kita orang pergi tu lebih pada tempat shopping :) haaaa korang yang perempuan mesti suka kan! ada ker orang perempuan tak suka shopping??? iskk kalau ada kan.. bertuah la suami anda tu heheh. ok back to my story.. hehhe melalut jer cik peah ni kan... kita org berempat sepatutnya fly pukul 3.30ptg dari LCCT, tapi macam biasa kalau naik AA nih memang dah leh agak akan ketidaktepatan waktunya.. ngeh ngeh ngeh actually aku tak pernah lagi fly dgn AA keluar dari Malaysia.. selalunya naik AA kalau domestic destinasi jer, aku lebih prefer naik airline lain kalau nak fly abroad nih! bukan apa.. sebab kalau airline lain complete sekali dgn makan kenyang entertainment dlm flight pun menarik,.. kalau naik AA alahaii nak selimut pun kena bayar.. tapi yer la kan.. what you pay is what you get la kan! banyak cengkadak pulak cik peah ni yer.. hahahaha ishh melalut lagik.. ok.. ok.. sambung balik citer.. akhirnya kita org fly kira2 sejam selepas delay dari waktu sepatutnya, menurut cerita di kota Bandung tengah hujan lebat.. sebab tu la kot flight delay.. ok la dimaafkan lah sebab faktor cuaca nih.. kita mampu merancang.. hanya tuhan menentukan.. tak perlu dikisahkan,.. ooooo eh! eh! nyanyi plak (haaaa sapa tau lagu apa tu sebenarnya?? haha) okeh kami pun memulakan perjalanan lebih kurang dua jam lebih ke Kota Bandung, sepanjang dalam flight, aku cam biasa laa.. melayan perasaan sendiri, maklumla duduk seat jauh plak dari akak akakku dan kawan ku tu.. maklumla nak jimat, malas laa nak beli2 seat, redah jer la seat mana yang ada.. nasib baik dapat member sebelah sepasang couple muda.. hahha so tak der la perlu layan cakap kan.. hahah dia orang wat hal dia orang la.. aku mengelamun dan berangan tak sudah.. ekekeke (sila gelak sama yer!)

Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke Kota Bandung di kala senja sudah menyapa.. (cewahhhh bersastera pulak cik peah) :p Trip kali ini aku tak der la organize sangat, sebab aku pun last minit decide nak pergi pun.. itu pun setelah dipaksa-paksa oleh akak2 ku.. hahahha eksen dia orang cakap aku ni sebab tak nak g indon.. hahahah selera aku western jer apa nak buat hahaha sorry la kalau korang marah aku.. apa nak kata.. teromputeh sket! ok back to the story.. sesampai di sana, aku dah bayangkan la penginapan semua dah siap sedia.. kami berempat disambut oleh Pak Danny (boleh tahan baby face muka pakcik muda ni haha) sekali Pak Danny cakap hotel yang sepatutnya akakku cakap nak stay tu tgh renovation, so kena cari hotel lain, time ni aku dah muka berkerut.. mula la aku nak meradang, dah la letih sepetang kat airport.. sampai2 tak der hotel plak.. adoiiiii tolonglahhh... then akakku cuba la minta Pak Danny carikan hotel2 lain sekitar bandung.. akhirnya nak tak nak dpt la juga hotel yg rate dia agak2 ok la juga... Hotel Guntur namanya.. aku tak kisah sgt hotel apa2 pun.. yg penting bg aku bersih dah cukup.. so alhamdulillah hotel ni agak memuaskan tahap kebersihannya.. cuma breakfast dia agak kureng sket.. tak baper byk choice.. ermm telan jer la apa ada.. :p


Lepas dah check-in kita org jalan kaki ke town, cari dinner la apa lagik.. so mlm ni dapatlah isi tekak dengan hidangan masakan Sunda.. perghhh sedap siot cili dia.. manis2 pedas.. mmg marbeles sgt.. Restoran tu namanya Ampera kalau tak silap aku..byk cawangannya disekitar kota Bandung. lepas dah abih dinner badan pun dah letih, so balik hotel la tidoq...


22 April 2011 - bermulalah aktiviti terapi minda kami.. haha apa lagi shopping time.. wahh i like! :) bermula dengan Ciwalk di Chempelass then kami menyelusuri outlet-outlet di sekitar Dago dan juga kami ke Bandung Super Mall. bermula seawal 9 pagi kami dah mula mengunjungi outlet-outlet yang sangat menarik untuk dihabiskan duit.. hahah harganya amat2 berpatutan.. apa lagi aku ambil kesempatan belikan baju untuk anak-anak la... stanby untuk raya nanti.. dah tak yah susah-susah nak shopping lagi kan.. :) (yer ker tak shopping lagi???) Oh ya lupa pulak nak citer, sepanjang di Kota Bandung kami gunakan khidmat pak supir yang kami panggil dia Pak Mario. Rajin sangat Pak Mario ni, tolong bawakan barang-barang shopping, kehulu kehilir diikutnya kami, parking keter pun dipastikan betul-betul kat pintu masuk..hahaha kiranya mmg bagus la khidmatnya.. lagi satu bayarannya juga agak murah... kira-kira 350 ribu rupiah untuk satu hari termasuk kereta, minyak dan parking... hari ni makan besh.. hidangan nasi padang yang bermacam-macam lauk.. sangat-sangat sedap!




23 April 2011 - okay hari ni pulak kami bertolak seawal jam 6 pagi menuju ke kota Jakarta. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam, macam semalam juga kami menggunakan khidmat Pak Mario untuk ke Jakarta. Hari ni kami menaiki Innova dan hari ni kami dikenakan charge kira2 800 ribu rupiah termasuk minyak, tol, parking dan khidmat pak supir.


Kami sampai di Tanah Abang kira-kira jam 8 pagi. wahh sangat-sangat awal, hahhaa punyer la semangat nak shopping, kedai pun lum buka.. hahah naik ke food court pun gelab lagi.. terpaksa la tunggu dulu sampai jam 9 baru kedai dibuka, lepas breakfast ala kadar kami pun mula la shopping tak hengat.. hahahah besh kat sini, ala2 macam GM Plaza kat Chow Kit, tapi lebih besar bangunannya dan lebih banyak lot-lot kedainya. Di sini aku dah berhabis berjuta2 rupiah la jugak.. beli telekong beberapa helai dan juga baju untuk anak2 cam biasa...


setelah setengah hari di Tanah Abang, kami ke Mangga Dua pula.. perjalanan ke sana agak sesak, well kota Jakarta memang terkenal dengan kesesakannya.. sana sini bunyi hon kenderaan.. aduhh macet dong! :p hahaha sampai di Mangga Dua kawan kakakku dah menunggu.. Butet namanya, dia merupakan sahabat baik kami dan selalu berkunjung ke Malaysia. Butet merupakan seorang officer di Bank Negara atau lebih dikenal sebagai Bank Pusat Indonesia. So di Mangga Dua kami memborong lagi, kali ni lebih menarik sebab ada Butet..haha apa-apa jer yang terasa nak beli kami kabarkan dulu pada dia, so proses tawar menawar lebih senang diuruskan oleh Butet, sebab di sini peniaga meletakkan harga berlainan antara penduduk tempatan dengan pengunjung luar.. so dapatlah harga murah :) Thanks Butet!! nanti boleh datang lagi kesini kan! :)


Selesai bershopping kami dinner dulu sebelum balik ke Bandung, kali ni dinner ditaja sepenuhnya oleh Butet.. thanks again dear.. :) kami bertolak balik dari Jakarta ketika jam sudah menginjak pukul 9 malam.. masih macet jalan di sekitar Jakarta..


Sepanjang perjalanan hujan agak lebat, semua orang dah letih, aku cam biasa, lelap tak baper lelap sebab risau gak Pak Mario drive sunyi-sunyi ni kan.. hujan plak tu, nak tak nak aku berborak la jugak dengan dia sekali dua buat hilang boring.. :) Kami sampai di Bandung kira-kira jam 11 malam.

24 April 2011 - hari ni kami bergerak ke Tangkuban Perahu, melawat kawah gunung berapi. Agak awal kami sampai, jadi jalan agak lengang dan dipenuhi kabus.. ermm best dan menarik sepanjang perjalanan ke sana. Di sini ramai sangat peniaga2 illegal yang suka paksa-paksa kita beli, tapi Pak Mario dah awal-awal pesan pada kami agar berhati-hati dengan peniaga-peniaga ni dan Pak Mario juga sentiasa mengawasi kami disepanjang masa berada di Tangkuban Perahu.




Setelah selesai sesi bergambar kami mula menuruni kawasan Tangkuban Perahu, kali ini bagi mengelakkan jalan yang mula sesak, Pak Mario bawa kami meredahi jalan-jalan kampung, wah sangat cantik sebab sepanjang jalan boleh nampak ladang teh yang bagaikan hamparan permaidani.. indah menghijau.



Kami kemudian mengunjungi Toko 3, salah sebuah outlet yang special dengan jeans.. wahhhh teruja terus masuk ke sini, apa lagi tak sempurna kalau tak membeli, aku sempat la juga membeli sehelai jeans levis untuk diri sendiri, harganya sekitar 500 ribu rupiah.. kualitinya sangat-sangat memuaskan. Disini pelbagai jenis jeans ada, bermula dari harga yang murah sehingga yang paling mahal. Tepuk poket pilih lah mana yang sesuai kan! :)

Selepas itu kami menuju ke pasar baru, disini kami shopping beberapa helai blause dan paling besh dapat shopping kain ela.. yeahhh chiffon yang murah-murah sangat kat sini, rabun mata sebab banyak sangat choice. Layanannya memang terbaik, rasa cam jutawan betul-betul (poyo jer cik peah ni kan :p) duduk di sofa sambil dihidangkan minuman, then pekerja-pekerja kedai akan bawa kain satu-satu untuk dipilih.. wahhh beshnyer hahahah so apalagi.. terbang lagi berjuta-juta rupiah disini.. hahah



Selepas dah puas pusing-pusing sekitar Pasar Baru kami ke outlet lagi.. hahah ada lagi barang tak abih beli.. makan dah jadi perkara kedua.. shopping lagi penting! hahaha dah puas keluar masuk oulet kami akhirnya kembali ke restoran Ampera, makan malam yang enak sekali.. dengan air es jeruk yang sedap sangat..


25 april 2011 - last day di Bandung.. so pagi ni dah tak berdaya nak shopping lagi.. dah jadi jutawan fakir,. hahahah duit sudah abih lorr.. so pagi nih kami mula pack barang-barang.. hahaha giler datang satu beg balik berbeg-beg tak terbilang lagik.. flight balik KL kira-kira kul 3.30 petang.. si lepaking di hotel sebelum dihantar Pak Mario ke airport.. hrmmm hujan lebat sangat masa nak balik ni.. cam biasa.. delay lagi flight.. hahah pukul 4.30 ptg baru take off. Alhamdulillah safely arrived @ LCCT dah maghrib.. yeahhhh welcome home! :))



Tuesday, April 19, 2011

anak oh anak..


pagi tadi macam biasa, aku sampai ofis agak awal, lebih kurang pukul 7.15 pagi. hari-hari pun aku awal, sebab rutin pagi-pagi lepas hantar anak sekolah terus masuk ofis. sejak dua tiga minggu lepas, selalu sangat aku terserempak dengan budak-budak sekolah yang aku rasa ponteng sekolah, lepak kat kedai mamak berdekatan. kadang-kadang aku pelik apa budak-budak ni buat sedangkan sekolah dia orang kat seberang jalan tu jer, lagi boleh lepak-lepak sampai pukul 8, pukul 9 pun ada..


Tapi pagi tadi suasana lain pulak aku terserempak, sebab dah awal sampai, aku lepak dalam keter dulu sambil borak-borak dengan my incik hubby sayang..then tiba2 kita org terkejut bila ada seorang makcik nih bawa keter ala terkocoh2 sambil sepanjang jalan dok hon-hon jer.. pastuh nampak la ada budak2 sekolah yang bertempiaran lari.. hahahah aku mula-mula ingatkan cikgu buat rush.. then makcik tu berhentikan keter dia betul-betul kat sebelah keter aku.. pastu bila keluar dari kereta baru aku tau rupanya makcik tu kejar anak dia yang ponteng sekolah.. hrmmm apa la nak jadi budak-budak zaman sekarang ni kan.. sian makcik tu.. penat dia kejar, tapi anak dia lagi laju lari menghilangkan diri, yang dia dapat cuma beg sekolah anak dia jer.


then aku n hubby dok sambung borak, kita org pun dok pikir, agaknya nanti zaman anak kita mcm mana la kan.. harap2 tak der la jadi camni.. apa2 pun kena didik elok anak2, semua tu tanggungjawab kita, yang penting kena tahu apa dia buat, dengan siapa dia berkawan, semua tu amat-amat penting. dan yang paling penting, solat dan ajaran agama teras dalam mendidik anak-anak kita.. bukan maksud aku makcik tu tak pandai didik anak.. cuma aku jadikan dia sebagai satu pedoman untuk aku lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak. insyaallah.

Sunday, April 17, 2011

bila rindu..


salam untuk semua..

jumaat lepas, balik dari kerja cam biasa.. makan malam then lepak2 sambil layan tv.. ermm bosan la sgt.. tak der yg menarik.. balik2 citer election sarawak,. bukan anti politik, tapi kalau hari2 citer lebih kurang sama.. naik bosan cik peah jadinya! kan! :p dalam dok borak2 ngan incik hubby, tiba2 jer ermm jom kita balik kg malam ni.. tak der mender nak buat pun weekend ni kan.. then incik hubby cam biasa la.. cukup duit ke nak bayar toll n minyak tengah2 bulan ni.. aku pulak.. ermm duit tak baper nak ada.. ada sket untuk simpan g bandung next week.. dalam berborak2 tu tiba teett teett call bunyi kat phone aku, hello! owhhh bla bla bla bla.. lebih kurang lima minit gelak2 ngan opis mate yg call aku tuh.. then letak jer phone.. ermm abg! jom la kita balik.. baru jer dapat seratus, ada rezeki org byr duit buat kerja typing sket last week.hahaha cukup la kan seratus wat bayar toll, minyak kita gores dan jalan laa apalagi tgh2 bulan nih.. lagipun dah rindu sgt ngan mak ayah, dua bulan kot tak balik kampung.. pastu incik hubby pun tak byk ckp.. ok.. jomlah.. pack baju kita balik mlm ni lah.. wahh anak2 dgr terus melompat2 la suka! balik kampung sapa yg tak suka kan.. then siap basuh segala baju2 sekolah then kemas2 sket lebih kurang, pukul 11 bertolak balik gurun.. besh oo balik malam-malam nih.. meredah highway dalam pekat malam.. budak2 tidur tak der la byk ragam nak itu ini sepanjang perjalanankan.. hehehe korang jangan nak gelak,.. anak ramai tahu la camner gaya dalam keter kalau long distance nyer travel ni,. leh naik pening oo.. jap sorang nak itu, jap sorang gaduh ngan yang ini. oo macam-macam ragam ngan budak-budak yang tengah membesar ni...

then setelah merempuh perjalanan lebih kurang 5 jam sebab kita org bukan kaki pecut.. bawak keter ala2 sopan ikut speed limit jer,.. walaupun pemandu lain pecut tak hengat la tengah2 malam ni kan.. janji kita sampai dengan selamat.. kul 4 pagi lebih kurang sampai la kampung halaman tercinta.. cantik-cantik jer sampai mak tengah solat tahajud sambil tunggu anak cucunya balik..

so yeayyyyy!!! 2 hari dapat lepak kat kampung... hari nih dah kena balik kl laa petang kang! bosan! bosan! bosan!

p/s: tp besh ooo makan durian yang sedappppp! jangan nak menjeles okay!


Wednesday, April 13, 2011

Dino Alive!!!

Weekend lepas sempat juga menjengah Pusat Sains Negara, setelah sekian lama anak-anak sibuk nak ajak tgk dinosor! Pagi-pagi lagi dah ke Bukit Kiara, alhamdulillah cuaca pun menarik, orang pun awal-awal pagi tak ramai lagi yang datang.. so dapatlah melawat dinos2 tu semua dengan aman tenteram.. hehe bila sampai jer kat pintu masuk dah ada ikan-ikan besar menyambut kedatangan kami.. suka hero kecilku sbb ada ikan besar lalu atas kepala bila melalui terowong aquarium untuk sampai ke dewan pameran dinosor.




Bila masuk kat dewan pameran ada dua ekor dinosor besar menunggu kami.. heheh nabil mula-mula dah cuak sbb ekor dinosor tu bergerak-gerak.. tapi lama-lama dah berani la dia.. :)






puas pusing2 kat tingkat bawah dewan pameran, kami beralih ke tingkat dua.. wow kat sini nina dah mula nangis, sebab dia takutkan dinosor dalam dewan pameran yang gelab dengan ada 'sound effect' bunyi dinosor,. 'scary' la mama.. puas juga la memujuk nak bawa masuk kat dalam bilik pameran tu.. akhirnya dah masuk.. tadaaaa nina dah tak takut la mama.. :)





dah habis pusing dewan pameran, kat luar ada aktiviti mewarna.. yang ini memang menjadi kesukaan nabil.. :)


Tuesday, April 12, 2011

::happy birthday mak..::





12 April... selamat ulangtahun kelahiran untuk mak tersayang.. Hajah Noriah Hj Ghazali.. Alhamdulillah syukur Allah memberikan kesihatan yang baik buat mak. Segala jasa dan pengorbanan mak selama ini tidak mungkin dapat dibalas.. jerit perih membesarkan kami semua... Syukur juga mak amat cekal dan kuat mengharungi dugaan dan cabaran bila diserang penyakit yang amat kritikal satu ketika dulu.. Alhamdulillah.. tiada yang lebih indah bila melihat mak terus bahagia disamping ayah. Terima kasih mak atas jasa dan pengorbanan mak selama ini... Love u Mum...

"SEMOGA MAK TERUS DIBERI KESIHATAN YANG BAIK-BAIK INSYAALLAH"

Friday, April 8, 2011

::murid vs guru vs murid::



Seminggu dua ini pelbagai kisah warga sekolah yang dapat kita baca di akhbar harian. Ada kisah murid sesama murid bergaduh, ada kisah murid mati dipukul guru.. ada juga kisah guru dipukul murid sendiri..Bagi aku semua ni ada sebab dan musababnya. Sikap masing2 dan tanggungjawab masing amat penting.



Sikap dan tanggungjawab guru harus dilaksanakan sebaik mungkin. Jika ianya ikhlas dalam setiap tugas yang dilaksanakan insyaallah perkara-perkara negatif seperti ini tidak akan berlaku. Sungguh murni tanggunjawab seorang guru yang bergelar pendidik. Mereka umpama ibu dan ayah kepada anak-anak murid di sekolah. Tetapi jika sikap dan tanggungjawab tidak dilaksanakan sebaiknya, maka timbul dan terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini.

myMetro | Cikgu ambil nyawa

Tetapi bukan semua pendidik / guru yang bersikap begini. Itu cuma segelintir yang telah menyebabkan profesion perguruan ini dicemari. Namun begitu, ada juga kes murid pukul guru.

myMetro | Pukul cikgu

Bagi kes-kes murid yang ganas seperti ini, secara peribadi bagi aku semuanya bermula dari rumah. Aku masih berpegang kepada didikan ibubapa terhadap anak-anak yang mempengaruhi tingkah laku anak-anak di luar rumah. Pentingnya didikan anak-anak bermula dari kecil sehingga dewasa. Sekiranya ibu bapa gagal mendidik dan mendisiplinkan anak-anak, tidak mustahil kejadian seperti di atas berlaku.

Justeru bagi aku, penting untuk kita sama-sama ambil dan pikul tanggungjawab terhadap anak masing-masing supaya perkara-perkara negatif seperti ini dapat dihindari.

::telur oh telur::

Sehari dua ini ramai antara digemparkan dengan penemuan telur palsu di pasaran. Paparan berita dari Kosmo merungkai kisah di sebalik telur palsu di dalam akhbar tersebut keluaran 7 April 2011 yang lepas..



dibawah ni antara cara2 pembuatan telur palsu..




telur palsu jika digoreng kelihatan agak lain dari telur original jika di perhatikan betul-betul..



Untuk anda yang mahu membezakan yang mana palsu dan yang mana original telor boleh la rujuk rajah di bawah..



p/s: teknik tradisional kalau nak lebih senang, nak beli telur tu pilih la yang ada najis lagi kat kulit telur hehehe (jgn di buat najis palsu sudah la! haha)

keudara bersama FBI @ HOTFM AM CREW

MHI @ TV3 - Jan 2, 2009

Tempat Yg Telah Ku Jejaki