Bismillah Walhamdulillah..
Jam 11.55 malam. 12.12.12.
Allahu Akbar,menarikkan no ini..tersusun rapi.
Allahu Akbar,banyak perkara ingin dicatatkan di sini.
Namun kekurangan masa sebenarnya.
Alhamdulillah, Jumaat yang lepas kami mengadakan rehlah ke Mathaf Athfal di Amman.
Gambarnya belum diupload lagi.
Nantilah ummi ceritakan next entri yer.
Ok,kali ini ummi ingin bercerita mengenai drama terbaru
di TV Al Hijrah
~ Warkah Cinta Berbau Syurga(WCBS) .
Saat entri ini ditulis, episod sudah mencecah episod 9.
Ini OST WCBS ini.
Warkah Cinta Berbau Syurga
Album :
Munsyid : Unic feat Imam Muda Nazrul
http://liriknasyid.com
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga
Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]
[Ulang Chorus]
Cintaku ini...
Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.
Email Cinta Berbau Syurga.
Allahu Akbar..
kenapa ummi tukarkan warkah kepada email pula?
Hm..sebenarnya ingin mengimbau kenangan
dahulu sebelum berkawin.
Zaman berkawan
( walapun tidak berkawan manapun sebenarnya.. )
dengan abi.
Aiwah...
Kami menggunakan perantara email.
Handset takder ker time tuh?
Hm..tahun 2001
~ dah ada handset,
tapi abi marah bagi sms dan call.
^___^..
padan muka ummi,
saper suruh call dan sms abi.
Memang syadid !
Kami berutus menggunakan email sahaja.
Seingat ummi sekadar 4 kali sahaja email yang diutuskan,
seterusnya kami sudah selamat diijabkabulkan.
Dulu guna email lovemail kalau tak silap.
Dapat jer email, terus print di library.
Masa tu dah dekat UiTM,takderlah sportcheck macam kat sekolah.
Tapikan pertama kali dapat email memang rasa sangat2 bahagia.
Sampai sekarang masih disimpan emailnya,tapi kat Malaysialah.
Kisah kami ada ummi nukilkan di sini.
Tarikh yang perlu diingati..
18.12.2001
~pertama kali abi datang ke rumah meminta izin untuk berkawan dengan ummi.
21.9.2002
~ummi selamat bertunang dengan abi.
3.1.2003
~Alhamdulillah,kami selamat diijabkabulkan!
Allahu Akbar,inilah perjalanan kisah kami sebelum berkahwin.
Tiada kata2 cinta yang dilafazkan,
sekadar taaruf perkara yang penting2 sahaja.
Memang indah sebenarnya bercinta selepas kahwin.
Maksudnya kami berkenalan hanya setahun sahaja,
selepas itu,ambil keputusan untuk berkahwin.
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan kami.
Kenapa pilih ummi?
Apabila ditanya kepada abi,kenapa pilih ummi sebagai isteri?
Abi jawab,abi buat istikharah,dan Allah bagi petunjuk calonnya adalah ummi.
Alhamdulillah, ala kulli hal.
Lagi jawapan abinya...
kerana rumah keluarga abi dan ummi dekat.
Abi berfikir jauh ke hadapan...
mudah urusan sekiranya keluarga kami duduk berdekatan.
Maksudnya selepas kawen,
abi masih perlu utamakan ibu dan ayahnya.
Alhamdulillah....
ketika kami berada di Jordan ini,
keluarga kami masih saling berziarah antara satu sama lain.
Siap pernah skype sama2 lagi.
Kedua2 ayah dan ibu kami ada di suatu masa.
Dan ketika arwah ayah sakit dan terlantar di wad,
alhamdulillah ma dan abah ummi dapat ziarah setiap hari sambil beri sokongan moral kepada keluarga abi.
Alhamdulillah,inilah hikmahnya kedua buah keluarga duduk berhampiran.
Kita bukan setakat berkahwin dengan suami kita,malah dengan seluruh keluarganya!
Allahu Akbar..banyak bercerita tentang kisah2 dahulu pula...
Asalnya ingin bercerita tentang cerita Warkah Cinta...
Tapi ummi tukar kepada ECBS
eceh2...Email Cinta Berbau Syurga pulak...
iya..ini kisah percintaan ummi dan abi..
Penutup.
Ummi nukilkan kisahnya di sini,supaya suatu hari nanti,
anak2 ummi dapat baca kisah2 kami di sini.
Wallahu a'lam..adakah waktunya akan tiba?
Adakah ummi atau abi masih ada lagi ketika
anak2 ummi membaca blog ini?
Atau waktu itu kiamat sudah menjelma?
Allah,Allah,Allah!