Bismillah Walhamdulillah..
Alhamdulillah masih diberi nafas utk terus berada di dunia ini.
Masih diberi sisa2 hidup utk meneruskan kehidupan ini.
Jam sekarang 12.47 pm. Lokasi di Gazebo Cinta Hati.
Eceh..beri nama baru pada wakaf ini.
Kak Jannah ada depan umi ni.
Setiap minggu dia balik temani umi dia dan adik2. Walau umi selalu ambik lambat dia kat asrama.
Haha..smlm umi ambik lewat sikit, siap blh sesat lagi umi. Biasa pergi ke asrama dia guna jalan lain. Semalam umi dari ofis umi. haha..siap buat u turn lagi..huhu
Lepas ni insha Allah takkan sesat lagi. Umi dah ingat jalan ke madrasah Kak Jannah.
Faheem mandi kolam dengan Jazlah dan Jumaanah.
Baru sudah makan nasi goreng sotong. Umi goreng ketam ke Kak Jannah.
Bahagia tengok anak2 makan.
Hanya hujung minggu umi sempat memasak utk mereka.
Hari bekerja..maghrib atau isyak baru umi sampai di rumah.
Jumaanah umi letak di taska. Biasa kalu ambik lewat selepas pukul 6 akan dikenakan bayaran lebihan.
Umi ambik lewat sebab masuk lewat. Waktu anjal pejabat umi.
Hehe.biasa pepagi banyak urusan. Ikan, pokok bunga bagai.
Lepas ni kena buat time management elok2.
Faheem dan Jazlah ke sek dengan menaiki van. Balik dari sekolah mereka akan balik dengan Muallimah Maziah. Alhamdulillah dikelilingi oleh sahabat2 yang baik seperti Kak Zie dan Kak Ma yg juga berjiran.
Setiap petang balik kerja lepas ambik Jumaanah umi akan ke rumah Kak Zie ambik Faheem dan Jazlah.
Bahagia tengok mereka gembira di sana. Bermain, berlari, main badminton, main beskal. Allahu.. di situ mereka menumpang kasih menumpang kegembiraan keluarga Kak Zie dan juga keluarga Kak Ma.
Alhamdulillah... sampai di rumah Kak Zie..mmg umi akan duk lepak2 berborak berkongsi perasaan dan juga berkongsi makanan..hehe.. Memang sebelum balik..makan pakai anak2 semua dah selesai.
Bak kata kak Zie kepada Kak Jannah 'Umi mum balik rumah semua dah setel! Terus tidur'
Esok g keje je..hehe
Hujung minggu baru umi kemas2 apa yg patut.
Alhamdulillah dikelilingi orang2 yang baik dengan kami sekeluarga.
Namun jauh di sudut hati umi ... umi rindukan satu susuk tubuh badan ini.
Allahu..perit sungguh kerinduan yang tidak pernah bertepi.
TB- pada 7 Mac 2021 jam 11.00 pagi umi dijemput ke UniSZA.
Allahu..di dalam perjalanan kawan umi pesan dah jangan banjir di dalam dewan.
Umi yakin bahawa umi akan kuat dan tabah.
dan boleh bendung air mata daripada tumpah sebelumnya.
Namun hakikatnyaaaaa kejadian tidak seperti yang diingini..
Allah2
tiada kata yang dapat digambarkan sepertinya..
Ketika video montaj dipasang dengan iringan muzik Hanya Rindu..
Allah2...menikam kalbu sungguh
Sakit kepedihan sampai ke hulu hati..
Memang airmata tidak dapat dibendung...
Pengacara majlis hadiahkan bacaan Fatihah.
Hati umi sudah tidak keruan
Tak hirau dah orang sekeliling..
Air mata turun selaju2nya
air hingus osoh kira rr..huhu
Nasib baik gok pakai mask..doklah nampak sgt hidung umi yang kemerahan.
Malu pun ada jugak
ketika pengacara majlis meminta umi naik bagi pihak abi..
Umi susun atur langkah dengan sebaik mungkin.
Mata memang dah kabur.
Pelupuk mata penuh air bertakung.
Cuba melawan perasaan agar sentiasa kuat dan tabah.
Namun pada saat dan ketika itu, umi sudah tidak tertahan lagi.
Umi tewas
Umi rebah
Umi biarkan airmata terus2 mengalir dan mengalir
Ketika MC umumkan majlis telah selesai
sebelum acara makan..
umi meluru ke tandas di luar.
Tak hirau dah keadaan sekeliling
Umi ingin hamburkan semua kesedihan di dalam tandas
Nak bersihkan mata pun ye jugak..maluuu
dalam perjalanan umi ke sana.. umi terserempak dengan Kak Norsalimah
Allahu..satu rahmat rasanya terjumpa Kak Nor. Memang dia banyak bantu umi.
Alhamdulillah..
Allahu...umi menangis semahu2 nya di bahu dia
Tak hirau dah keadaan sekeliling.
Ramai jg para asatizah di sekeliling kami.
Umi memang tak tahan dan tak terbendung dan air mata ini.
Menangis teresak2 bagaikan anak kecil
Allahu.. legaaa dan legaaa sebenarnya
Itulah seumur hidup umi menangis sedemikian rupa.
Sejak abi tiada umi belum pernah menangis dengan keadan sebegitu teruk.
Habis lenjun tudung baru umi..hehe
Sekarang ni pun tengah menaip.. ada air mata bergenang menunggu masa utk tumpah.
Jazlah dan Jumaanah masih bermain kolam di laman rumah kami.
Umi biarkan sahaja.
Bagilah mereka menikmati keindahan zaman kanak2 dengan cara mereka.
Maafkan umi tidak dapat membawa kamu semua utk ke mana2 utk bercuti.
Umi sebenarnya masih takut dan tak kuat utk hadapi situasi utk bercuti.
Biarlah mereka nikmati dengan cara mereka sendiri.
Di sekeliling laman rumah umi cuba sediakan apa saja permainan utk mereka rasa gembira bermain di laman ini.
Sudah semestinya kolam renang- itupun guna kolam biru utk abi berendam ais dulu. Kolam ikan juga ada utk mereka membela ikan. Pepagi beri ikan makan, memberi satu ketenangan kepada umi melihat ikan2 menari dengan bebas dan gembiranya di dalam kolam.
Umi juga menanam pokok bunga. Bahagia lihat bunga berkembang mekar..semekar hati umi memandang bunga yg berwarna warni dan juga berbau wangi menusuk kalbu.
Pokok buah2 pun ada sikit2. Ada kawan umi kata..Nanti lama2 rumah umi akan bertukar menjadi hutan flora dan fauna. Hehehe.. biarlah hutan pun. Janji hati umi dan anak2 bahagia.
Takde orang lain yang dapat bahagiakan kita semua, kecuali diri kita sendiri kan?
Uish pjg juga catatan umi ni.
Banyak lg perkara nak diceritakan.
Azan Zuhur sudah.
Nanti nk hantar Faheem Jazlah mengaji.
Hantar Kak Jannah ke madrasah lama dia untuk ambik sijil Syahadah.
Lepas asar ambik anak balik ngaji, terus nak ke rumah Mak Adah.
Insha Allah.
Esok, pagi ke kubur abi.
Then beli brg Kak Jannah. Then kari kepala ikan. Yeay!
Then hntr anak ngaji.
Then hantar Kak Jannah balik asrama.
Then..umi fengsan kat rumah.
Yeay!!!!
Sekian laporan utk minggu ini.
Ok..ni gambar2 semasa majlis
'Jasamu dikenang'
Terimakaseh Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga.
Sungguh rindu ini sentiasa mekar dan mewangi di hati kami semua..
Siap dicatat 1.30 thari.
Haduui Jumaanah terbuang air besar pulok!
Dahlah xpakai pampers.Haddui. Kak Jannaaaaaah!
Ok bai!
Sekian laporang!
Jangan serik utk datang bertamu lagi ke blog ini.
Terimakasih kepada sahabat2 yang sudi bertamu walau tiada post baru yg ada.
INsha Allah lepas ini cuba utk post sesuatu dan ingin sambung ebook yang tertunggak!
Insha Allah!
Doakan!
Bai!
Sabar & Yakin !!!
5 Shaaban 1442
5 Shaaban dah.
Xlama dah Ramadhan!
Joom pecut amal ibadah.