Showing posts with label Mesir 2013. Show all posts
Showing posts with label Mesir 2013. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Kembara Bumi Mesir- siri terakhir.

Bismillah Walhamdulillah...

16 April 2013,jam 8.20 pagi.Faheem tidur di riba ummi.Anak2 sudah selamat ke sekolah.Abi tidak tidur malam semalam,menyiapkan tesis di peringkat terakhir sebelum dibentangkan pada 9.5.2013 nanti,insya Allah.Semoga Allah mudahkan.

Ok,kali ini ummi ingin ceritakan hari2 terakhir kami di bumi Mesir.Allahu Akbar dah berbulan2 tertangguh.ok,ini entri terahir mengenai Mesir.

Hari ketujuh kami tidak sepadat hari2 lain.Sekadar pagi mengemas2 barang di rumah penginapan dan petang naik bot sepanjang sungai nil,ke pasar Hussein dan singgah di Restoran Elborg lagi sekali.
Gambar ada di sini.


IMG_7868
Inilah bot yang kami naik untuk 2 keluarga.Memang seronok anak2,alhamdulillah.
IMG_7877
Subhanallah..inilah Sungai Nil.Di mana Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya.
IMG_7894
Allahu Akbar,medan tahrir masih berlaku rusuhan...
IMG_7792 IMG_7823 IMG_7929

Hari terakhir kami iaitu keesokannya agak padat.
Bermula dari pagi hingga ke petang.Kami terbang ke Jordan jam 11.35 malam.
Album gambar ada di sini.




Ini pula keadaan rumah penginapan kami.


  IMG_8261 IMG_8273 IMG_8288 


Wadaan ya Misr....

IMG_7939
Buku2 yang hendak dibawa pulang ke Jordan.Alhamdulillah.
IMG_8298
Kak Jannah sudah keletihan di Mathor Mesir.
IMG_8295
Bertolak jam 11.35 malam.Sampai di Amman ,hujan lebat menyambut kami.Alhamdulillah ala salamah.
 

Tuesday, March 12, 2013

Jejak Bumi Nabi Musa - Part 5

Bismillah Walhamdulillah...

Alhamdulillah Allah beri peluang untuk menyambung catatan Kembara Mesir kami.

Alhamdulillah dengan catatan2 yang terdahulu mengenai bumi Mesir,Allah telah temukan ummi dengan kenalan alam maya baru dari Bristol,UK.Sepasang suami isteri yang romantis. >.<..
Semoga Allah mudahkan urusan kalian,amin!

Berpegang kepada 
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

"sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat pada org lain....

Ummi teruskan catatan ini.
Semoga ada manfaatnya pada yang membaca.

Ok,hari keenam kami berada di Mesir,bersamaan 28 Januari 2013, kami ke Iskandariah atau dalam englishnya Alexandaria.Sama juga dengan Kaherah,englishnya Cairo.

Kami bertolak seawal 7pgi kerana perjalanan memakan masa hampir 4jam.

Catatan lengkap mengenai Iskandariah ada di sini.
Ada sesetengah tempat kami tidak dapat pergi kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.


Pintu gerbang yang menyambut kedatangan kami...Alhamdulillah.
Allahu Akbar..pemandangan yang menenangkan jiwa.Sepanjang perjalanan dikelilingi lautan.Menenangkan jiwa memandang suasana yang cukup indah.Di sinilah permulaaan penggambaraan filem Ketika Cinta Bertasbih.>.<

Bergambar berlatarbelakangkan Istana Raja Farouk.Dikatakan besi yang tajam di setiap bumbung itu melambangkan betapa zalimnya Raja Farouk ini.Seorang raja zalim yang hanya tahu berfoya2.


Istana ini terletak di dataran tinggi menghadap ke laut tengah.Memang sejuk sangat ditiup angin dari laut.

Istana ini hanya dimasuki oleh orang2 tertentu sahaja.Orang ramai yang menziarahi ke sini boleh menikmati taman2 bunga yang indah di samping pemndangan laut yang indah.

Suasana agak sejuk ketika ini.
Di atas jambatan berhadapan dengan istana.

Kedai makan seafood di tepi pantai Iskandariah.Alhamdulillah sedap dan murah.Ketik menikmati hidangan,Subhanallah hujan membasahi bumiIskndariah ini.

Seterusnya kami ke Qal'ah Qaitbey.Ketika ini hujan turun renyai2 sudah agak reda.Jalan dibasahi air.Di belakang itu kubu yang dimaksudkan.Kami hanya memandang dari luar memandangkn cuaca yang tidak mengizinkan.

Dalam kesejukan hujan,kami tidak melepaskan peluang merasa aiskrim yang paling sedap di sini.Kedai ini terletak bersebelahan kubu qaitbey ini sahaja.Rouz bilhalib-nasi dengan susu dia di sini memang sedap!Rugi kalau tak rasa nasi dengan susu ini.Balik Jordan masih terasa keenakannya.^__^

Seterusnya kami ke makam Sheikh Abu Abbas Al-Mursyi.Makamnya terletak di belakang maasjid.Seorang wali Allh yang mempunyai banyak karomah.

Sampai di masjid ini pastinya ada penjual yang menawarkan jualan2 mereka.Hattakan ketika meletakkan kasut pasti ada yang meminta duit.Berhati2lah kerana ada yang mengambil kesempatan.
Setelah itu kami ke makam Nabi Daniel dan makam Lukmanul Hakim.Tidak sempat mengambil gambar,adik Faheem tidur.AAnak2 pula mahu ke tandas.Suasana memang sejuk.
Di sini juga ada gerai2 buah.Harganya lebih murah berbanding di Kaherah.
Alhamdulillah....Allahu Akbar..Subhanallah....mentari terbenam ketika kami meninggalkan Iskandariah.

Faraulah-stoberi yang sungguh sedap.Memang lain sangat rasanya dengan faraulah dari Jordan.Allah..kecur dah air liur teringat kesedapaannya.

Sebungkus kami hadiahkan kepada Izzati-anak kawaan tok abah yng belajar di sini.Juga merupakan kawan sepermainan ketika kecil2 dulu.So nostalgic!^__^

Adik Faheem memng suka sangat makan.Sedap!
Alhamdulillah,kami sampai jam 9malam.Rezeki kami malam ini , ada lebihan nasi dan ikan masak merah dari kantin di bawah,alhamdulillah,sedap!

Bilik yang kosong juga dihuni oleh sepasang saudara mara yang datang ke Mesir ini.Allahu Akbar!Beri hidayah kepada mereka,amin!

Oklah,jam menunjukkan 1.00 pagi 12 Mac 2013.Ummi mohon undur diri dulu.Nanti ummi sambung lagi yer..

*Ada catatan tertangguh,nanti ummi update yer.Ada 3 cerita.
1-Harilahir Jannah.
2-Kisah abi di radio Yarmoukfm.
3-Pertandingan taekwando anak2.

Moga Allah meredhoi kita semua,amin!

Thursday, February 28, 2013

Jejak Bumi Nabi Musa~ Ardhul Kinanah.(Part 4)

Hari ke 5.
  27 Januari 2013
 ~Hari Ahad.
Album gambar ada di sini.

Allahu Akbar..alhmdulillah berpeluang untuk mengupdate blog di masa2 yang agak terbatas ini.Moga Allah mudahkan urusan kami di sini.

Ok,kali ini ummi sambung travelog kami di hari kelima.
Alhamdulillah kami ke piramid pada paginya.
Allah.terasa kehebatan org2 terdahulu yang diberi idea untuk membagunkan piramid ini.
Hebat manusia yang membina piramid ini,lagi Maha Hebat Allah yang memberi idea membina salah satu benda ajaib di dunia ini.


IMG_7056 IMG_7072 IMG_7145 IMG_7112 IMG_7162 IMG_7152 IMG_7199 

IMG_7248
Allahu Akbar,anak2 peminta sedekah.Meminta2 simpati,mengatakan mereka tiada makanan dan pakaian.
Seterusnya kami makan di Mansourah.
Nasi apa tak ingat,ada sup kawarik-sejenis sup kaki lembu.sedap.
IMG_7333  IMG_7335



Seterusnya kami ke Asfour Crystal-Pusat kristal terbesar di Benua Afrika.Juga kualiti kristal di sini juga dijamin.Melangkah masuk ke dalam pusat ini,memang masuk syurga kristal,Subhanallah.


IMG_7356 IMG_7374 IMG_7382 

Seterusnya destinasi terakhir,kami ke Masjid Azhar.

Allahu Akbar melangkah masuk ke Masjid tertua ini,seribu satu perasaan menyusup masuk nubari.
Allahu Akbar terasa ketenangan menyelinap masuk,memandang bilik2 pengajian yang kecil di dalam masjid memberi 1001 perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.
Bersolat Asar di bahagian wanita...ada sekelompok wanita muslimah sedang berhalaqoh mentahsinul quran..Allahu Akbar..zouq ketenangan memandang halaqoh tersebut.Indah dan menenangkan jiwa.Terasa keberuntungan jika dapat menyertai halaqoh tersebbut...Allah ,Allah...

IMG_7463 IMG_7459 IMG_7435 IMG_7422   IMG_7453 

Alhamdulillah tamat perjalanan kami pada hari yang ke5 keberadaan kami di bumi Mesir.
Kembara kami ini juga disertai oleh adik2 dari Moscow,mereka ini pelajar perubatan.Jemput datang Jordan nanti yer..

Ok,ummi undur diri dulu..

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com