Thursday, November 9, 2023

SYUKUR!


Bismillah Walhamdulillah...
Alhamdulillah puji kesyukuran kpd Nya. Selawat dan salam utk junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Sudah lama tidak mengupdate sesuatu di sini.
Terlalu banyak perkara telah berlaku..namun tidak sempat utk dirakamkan dengan bait kata-kata di sini. Hanya mampu dirakam menggunakan lensa kamera.

Jam sekarang menunjukkan 8.40 mlm. 9 Oktober 2023. Hari Isnin.

Hurul Jannah anak sulung umi sudah selamat berada di bumi anbiya' bumi dataran sham. Urdun.
Alhamdulillah Jannah berlepas pada 19 September 2023 yang lepas. Pergi membawa 1001 cita2 abi dan umi untuk melihat Kak Jannah menggapai impian abi yang ingin melihat anak daranya mengikut jejak langkah ke bumi anbiya'.
Abi..anakanda kita sudah berada di sana..sebagaimana impian abi dulu. Umi dan abi merancang dan membina impian bersama suatu tika dulu..namun sekarang umi keseorangan menghadapi dan mengecapi saat2 kegembiraan melepaskan Jannah ke bumi datarab sham sana. Allah2 Monolog umi di saat ini sambil menyeka air mata yang tiba2 mengalir secara tidak diundang.

Muhammad Faqehuddin Muhamad Zaid- anak jantan sulung abi sudah berada di Indonesia sekarang. Menadah kitab dan mencari ilmu pengetahuan pengalaman utk bekal di masa mendatang. Di saat abi dan umi sudah tiada lagi di dunia nanti, Faqeh yang akan menjaga keluarga ini. Faqeh yang akan membela nasib adik beradik yang lain. Perlu menjadi contoh terbaik utk adik2 yang lain.


Friday, September 15, 2023

ADUKAN PADA ALLAH!

 Setiap insan ada bahagian ujian masing-masing. 


Ada yang pilih untuk mempamerkannya. 

Ada yang bijak menyembunyikan rasa.


NAMUN,

Kebanyakannya memilih untuk mendedahkannya dengan alasan bimbang bernanah di jiwa. 


Simpan! Jangan ditunjukkan ,

Tahan! Tidak perlu diluahkan ,

Kemam! sahaja andai ia pahit untuk ditelan.


Biar pun menunggu lama ,

Tak mengapa.


Biar cair di dalam mulut ,

Asal tidak disebut-sebut.


ANDAI ,

kita mengadu pada Allah, seluruh jiwa dan hati terasa tenang bahkan kita akan rasa segala masalah hanya Allah yang layak mendengar.


Sehingga satu tahap , segala pengaduan dan keresahan hanya diadukan pada Allah.


Tak perlu sebarkan dukamu kepada manusia.

Simpan cerita sedihmu dalam doa. 

Biar Allah saja yang ubah ia menjadi bahagia. 


Ya benar ,

Kita perlukan insan tetapi insan sekadar menunjukkan rasa kesian namun kita lebih memerlukan Allah. 


Adukan pada Allah dan Dia pasti tunjukkan jalan.


Dalam mengawal hati ,

Ada rasa benci yang perlu pandai bersembunyi ,

Ada rasa sayang yang tak perlu ditayang-tayang.


Ikat kemas-kemas ,

Jangan sampai ia terlepas.


Bersabarlah dengan apa yang kau rasa ..

Berkorbanlah apa yang terdaya ..

Kelak nanti kau akan mengerti ..


HAKIKATNYA ,

Menahan diri dari buatnya terluka itu lebih mulia.


Dari meluahkan apa yang membuak di dasar jiwa!


Sabarlah duhai hati ,

Biarkan apa yang kau rasa itu reda sendiri ..


Stay strong!

Bertahanlah untuk sedikit masa lagi.

Sunday, June 4, 2023

DIARI CANCER FIGHTER SIRI 11

 Bismillah Walhamdulillah..

Bismillah dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah dengan izinNya umi kembali mencoret sesuatu di sini setelah sekian lama berhibernasi dalam dunia baru,hehe. macam beruang pula dalam cerita Jungle Book.haaha

Jam sekarang 3.50 pagi. 4 Jun 2023. Allah2. Lamanya terhenti coretan tentang Diary Cancer Fighter ni.


Last update pada tarikh 25 Oktober 2021. Diary Cancer Fighter Siri 10. Klik sini

Maksudnya hari ni 4 Jun 2023. Hampir 2 tahun terhentinya coretan tersebut. Alllah2.

Pelbagai 1001 kisah suka duka telah terjadi sepanjang tahun2 kebelakangan ini. 

Bismillah..umi mulakan coretan diary..sambungannya..




19.8.2020. 

Seawal jam 9.00 pagi kehadiran TNC hadir bersama rombongan dari UniSZA. Alhamdulillah dihulurkan sumbangan. Abi sedar pada saat ini. Umi rancak berscerita mengenai segala perkembangan rawatan yang telah abi lalui. Alhamdulillah.

Jam 1000 pg- Mok video call dengan abi. Abi hanya mampu memandang dengan 1001 perasaan yang tidak dapat dimengertikan. Mok pula menangis hiba di hujung talian. dengan umi tak tahan sebak di dada. Namun cuba menggembirakan mok yang berada di Kuantan. Rupanya itulah kali terakhir mok memndang abi dalam keadaan bernyawa. Sungguh pilu hati seorang ibu bukan? Allah2.

Jam 3.00 petang abi menyatakan dia ingin melihat suasana rumahnya. Allah2. umi dan kak jannah dengan keadaan susah payah mengangkat abi. Alhamdulillah abi berjalan dengan bantuan kami. Beliau ke ruang tamu dan ingin ke dapur. Namun sudah tidak larat katanya. Rupanya itulah kali terakhir untuk abi memnadang sepuasnya keadaan ruamhanya. Allahu Akbar!

Jam 5.00 petang. Jumaanah nak duduk dekat abi.Selepas mandi tanpa berpakaian Jumaanah duduk atas abi dia.Bahagia senyuman abi dapat lihat anak bongsu kesayangannya.Allah2.Jumaanah tak nak lepas berada dekat dengan abinya. Akhirnya dia duk bawah katil abi.bermain2 di bawah. Seolah2 tidak mahu terus jauh dengan abinya. Itulah kali terakhir dia bermanja dengan abi rupanya. Allahu Akbar!

Jam 7.00 petang. Abi minta pisau cukur. dia nak rapikan misai dan jambang dia. Allah2 amat berseri wajah abi. Mungkinkan ini petanda dia ingin berjumpa dengan PenciptaNya? Sempt bervc dengan adik abi , Yah yang berada di Temerloh.


Jam 9.00 mlm - hakim dan ayahnya ada datang. Umi berborak2 seperti biasa, 

Jam 11 mlm - umi memberi susu kepada abi seperti biasa.

Jam 12 mlm- umi menidurkan Jumaanah bersebelahan dengan katil abi. Allahu Akbar..saat2 yang tidak mampu mi ungkapkan dengan kata2. 3 tahun umi mencari2 kata dan bahasa terbaik utk gambarkan suasana tersebut. Allahu.. bantulah aku.


ABI TINGGALKAN SEMUANYA!

Amat mudah pemergian abi menemui penciptaNya. Abi mungkin sudah tidak sabar utk meninggalkan dunia ini, 

Abi tinggalkan semua kesakitan yg abi raasai

Abi tinggalkan penyakit kanser yang melekat di badan abi

Abi tinggalkan tubuh badan abi yang sudah tinggal tulang sahaja.

( umi menitiskan air mata saat ini... kabur pemandangan utk teruskan penulisan ini. walalu hakikatnya sudah 3 tahun berlalu...Allah2)

Abi tinggalkan umi dengan anak2 yang masih perlukan kasih sayang dan perhatian dari abi.

Abi tinggalkan segala harta dunia ini.

Abi tinggalkan..kami2 semua yg masih sayangkan abi. 

dan yang penting abi telah tinggalkan umi keseorang di dunia yang penuh mencabar ini.


ALLAH LEBIH SAYANG ABI!

Saat nyawa abi telah terpisah dari badan, umi segera mengejutkan tok abah dan tokma. ( Alhamdulillah ma abah umi berada di sini memberi 1001 kekuatan kepada umi.)

Tokabah dan tokma terkejut dan segera mengejutkan anak2 yang lain.

Kak jannah meraung dalam diam dibucu katil sambil menelofon kawannya.

Faseh dan Faheem sudah teresak2 dibucu katil abi. Jazlah dan Juammanh masih mengantuk.

Abg Faqeh sudah dimaklumkan kepada warden di asrama.


KHABAR KEMATIAN.

Umi pula dengan izin Allah mendapat kekuatan untuk menelefon org2 yang ptg. Pertamanya abi pernah pesan pada umi jika berlaku kematian..segera call Cikgu Baq utk urusan yg seterusnya.Umi call Cikgu mohon bantuan apa yg patut. 

Alhamdulillah secepat kilat Cikgu Baq hadir bersama Kak Farah dan beberapa org di taman ini. Kak mah juga hadir bersama dengan kit kematian. Kak Mah mencabut wayar susu di badan abi. En Jo dan orang taman mengalihkan jenazah abi yang sudah tidak bernyawa ke ruang tamu.

Umi menelefon mak di Kuantan, memanklumkan berita ini dan sempat menelfon Pok Jad-rakan baik abi.

Umi juga menelefon Aeshah kawan umi..menangis dan merintih kesayuan di hati, Allahu selaju umi menaip dikeyboard seiring laju airmata mengalir di pipi umi. Sampai cermin mata umi pn turut basah dengan air mata

Bacaan yasin dibaca beramai2. Alhamdulillah umi punyai kekuatan dan semnagat dari orang di sekeliling. Alhamdulllah Allah mudahkan urusan. 

MA datang unutk mengesahkan kematian.

Kami semua tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut.

Report kematian perlu dibuat di balai polis.


Oklah hampir jam 5pg.

Ada masa umi sambung lagi.

Umi nak touch up ebook siri 3 jap.

Insha Allah.. Moga Allah permudahkan!

...ada org tengah struggle siapkan menanda kertas periksa..

esok dah start sekolah!..

k.bai!

Saturday, April 1, 2023

Santai!


 Lirik Santai !

Hidup ini semua nak cepatSiapa yang suka lambat-lambat?Bercinta biar sampai dapatTapi mesti pilihan tepatCepat kaya, cepat cantik, cepat kurus, cepat putihYang gelap nak putih, yang putih nak gelap
Manusia takkan pernah puasKadang macam binatang buasSedang lautan sangat luasTak payah takut terlepasWang ringgit, harta, pangkat, kereta mewah, bini empatInsya-Allah, tak mengaburi mataku
Engkau yang terindah di matakuEngkau yang menawan di hatikuJanganlah resah, jangan terburu-buru
Santai-santailah, sayangkuPergi mana laju-laju?Ini bukan kereta baruAsalkan aku denganmu
Santai-santailah, sayangkuIkut aku, usah raguKuda tua mungkin tak lajuMasih steady masih padu
Padu (a-ha)
Steady boss
Bisik syaitan di telingamuKan buat kau terburu-buruBuat saja jangan fikir panjangBuat dulu sesal kemudian
Bisik syaitan di telingamuKan buat kau terburu-buruBuat saja jangan fikir panjangBuat dulu sesal kemudianKemudian, kemudian
Engkau yang terindah di matakuEngkau yang menawan di hatikuJanganlah resah jangan terburu-buru
Santai-santailah, sayangkuPergi mana laju-laju?Ini bukan kereta baruAsalkan aku denganmu
Santai-santailah, sayangkuIkut aku usah raguKuda tua mungkin tak lajuMasih steady masih padu
Padu (a-ha)
Steady boss
Pa-pa-pa-paPa-pa-pa-pa-pa-pa-pa-pa-pa-pa-paPaduPa-pa-pa-paPa-pa-pa-pa-pa-pa-pa-pa-pa, pa-pa, pa-paSteady boss

Sunday, March 26, 2023

Moga Allah permudahkan!

 Bismillah Walhamdulillah

19 Mac 2023, jam 11.03 minit mlm. Umi baru sudah siap2 mengemas dapur. Anak2 start bersekolah hari ini. Pengalaman baru bagi Hurul Jumaanah dan Muhamad Fayyadh masuk ke PASTI. Alhamdulillah mereka dapat bangun awal hr ini.

Hurul Jazlah juga sudah masuk ke tahap dua sekarang. dah besar anak dara manja umi ni. Muhammad Faheemuddin juga sudah darhaj 6 sekarang. Sekejap je membesar anak Jordan umi ni. Tahun ni alhamdulillah dia diberi amanah menjadi Pembimbing Rakan Sebaya di SK Teluk Ketapang.

Ye..anak2 umi semua sudah bertukar ke SK Teluk Ketapang. Memudahkan urusan utk hantar dan pulang anak2 ini. 

Hurul Jannah juga sudah selesai mengambil SPM di Yayasan Terengganu di Besut. Alhamdulillah selesai sudah paper terakhir. Trial SPM Jannah merupakan pelajar ke3 terbaik. Alhamdulillah. 

Muhammad Faqehuddin hero kesayangan umi sekarang berada di Jawa Tengah Indonesia. Alhamdulillah menadah kitab di sana. Manakala Muhammad Fasehuddin pula masih meneruskan perjuangan untuk mendapatkan sijil syahadah di Maahad Tahfiz Ar Rahmah di Paloh.

Alhamdulillah..anak2 umi semakin membesar dan akan meneruskan delegasi arwah abi, yang mana abi ingin anak2nya menghafaz Quran 30 juzuk di dalam kepala..Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan!

Wednesday, August 3, 2022

Nothing is Permanent



Bismillah Walhamdulillah.

Lamanya dah rasanya umi tidak menukilkan sesuatu di sini.
Jam 10.23 mlm. Tarikh hari ini 3 Ogos 2022 bersamaan 5 Muharram 1424H.
Anak2 ada dalam bilik sebelah. Yang lagi 3 orang berada di asrama. Jauh di mata dekat di hati umi sokmo.

Banyak perkara telah berlaku sejak kebelakangan ini. Semoga apa saja perubahan yang belaku dalam hidup umi ini mendapat keberkatan dari Allah. Allahumma amen!

Tiada apa yg kekal di dunia ini.
Takperlu terlalu rasa terbeban dengan apa yg berlaku di dunia ini.
Kerana seburuk apa pun keadaan dan situasi sekarang, semuanya akan berubah dan semuanya bersifat sementara sahaja. 
Hanya Allah sahaja yang kekal abadi.

Perkara yang paling bahagia dalam hidup ini adalah melepaskan atas apa yang kau tak dapat ubah.
ye benar memang ada perkara dalam hidup ini kita tak dapat ubah.

ok bai! Nak tiudrkan Jumaanah sekejap.
Nanti ada masa umi update lagi ya!

 

Monday, July 11, 2022

TENANG


 Bismillah Walhamdulillah.

Jam 12.16 pagi sekarang. Tarikhnya 11.7.2022..bersamaan 11 Zulkaedah 1443. Raya kedua Eid Adha pada tahun ini. Jumaanah ada tidur di sebelah umi sekarang. Kak Jannah dan yang lain ada di dalam bilik masing2. Abg Faseh ada balik dari asrama. alhmadulillah raya haji tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lepas.Semoga sinar kebahagiaan dan ketenangan sentiasa melimpahi kehidupan umi sekeluarga bersama keluarga baru.


Friday, December 17, 2021

TEPU OTAK!


 Bismillah Walhamdulillah..

Jam 10.16 pagi, 16 Disember 2021..Hujan rintik2 air bergelora skrg. Suasana agak sejuk. Macam syita' di bumi Jordan rasanya.. Rindu bumi Urdun. Rindu pada segala2nya di sana.

Apa yang umi hendak ceritakana setelah seminggu lebih berkurung di dalam bilik. Hampir tepu juga otak dibuatnya. Semalam umi ada kelas bersama pelajar UniSZA. Pipi dah makin tembam tengok dalam google meet. Umi buka kamera di akhir kelas sahaja. Di awal kelas, kecik2kan pipi agar tak nampak tembam sgt. Hehehe... 

Tokma dan tok abah ada sampai dari Kuantan kelmarin. Mereka ada di luar, umi di dalam bilik. Tak sabar rasanya nak keluar dari tempat pertapaan ini. Banyak je aktiviti yang dibuat umi di dalam bilik ini. Tapi bila tak keluar bilik ni terasa otak tepu..sempit je. Nak start balik enjin tu macam lambat je rasanya.

Hujan masih lagi merintik2 di luar. memang musim tengkujuh di Terengganu sekarang.

Moga ada sinar mentari kebahagiaan di hari2 mendatang!

Tak sabar nak potong gelang pink ni!

Moga Allah permudahkan urusan kita semua..amin!



Tuesday, December 14, 2021

Jangan Pernah Menyerah!



 LIRIK🎵

Tuhan tak pernah janji langit selalu biru Tetapi Dia berjanji selalu menyertai Tuhan tak pernah janji jalan selalu rata Tetapi Dia berjanji berikan kekuatan Jangan pernah menyerah, jangan berputus asa Mukjizat Tuhan ada saat hati menyembah Jangan pernah menyerah, jangan berputus asa Mukjizat Tuhan ada bagi yang setia dan percaya




Sunday, December 12, 2021

KUARANTIN AGAIN!



Bismillah Walhamdulillah..


Alhamdulillah dengan kurniaan nikmat kesihatan yang Allah berikan pada diri umi. Hari ini 12.12.2021 , jam 3.16 pm. Lokasi umi berkurung berkuarantin, bertapa dalam bilik umi. hari ini merupakan hari ke 4 umi berkurung di dalam bilik ini. 

Naik tepu juga kepala dibuatnya. Namun, sebenarnya banyak je aktiviti yang boleh dilakukan dalam bilik ini. Selain melayan call kekawan yang tak berhenti-henti tanyakan khaabr. bangun , tidur, makan, layan wasap..nak menaip ebook...ngantuk. Mood ke laut!

Ma abah pula tanpa gagal call setiap malam bertanyakan khabar anak kesayangan dia ni.hehe.. Walaupun dah anak 6 ni, manja seorang anak no 2 ni memang tak dapat dinafikan.Hahaha

Oklah sekrang ni soalan faverek, dapat dari mana? Bila kena? Simpton cmana? hahaha. Tak tahu nak jawab apa kan.. yg penting kena REDHA.

Jaga kesihatan , jaga pemakanan. Oksigen nak kena cek sokmo. Setakat ini umi alhamdulillah semuanya ok. Insha Allah, xsabar nak habis 10 hari kuarantin. Moga sinar kebahagiaan menanti di akhir kuarantin ini.

Kesian anak2lah duk kat luar. Rindu kepada yang kecik tu Si Jumaanah. Kesian dia. Kak Jannah kata sepatutnya lebih kesiankan kepada dia. Banyak mende yang dia nak kena uruskan. Henset pula skrin dia pecah. Kesian dia.

Nantilah kita fikirkan apa caranya ye. Moga Allah permudahkan urusan umi sekeluarga menghadapi saat2 kuarantin ini. Think positif je...kerajaan bg cuti 10 hr.. Duduk diam2 kat bilik! hehe

Friday, October 29, 2021

BUNGA DI TAMAN LARANGAN!

 


Bismillah Walhamdulillah..

Jam 6.00 petang sekrang. Saiyidul Ayyam hari ni. Terengganu bercuti. 
Faheem main bola, Jazlah main lari2, Jumaanah main basikal.
Jannah dan Faseh sudah berada di kampung. Alhamdulillah.
Umi baru sudah habis usrah mingguan 'Bulatan Gembira' umi.
Sekarang masih mendengar zoom 'Tadabbur Quran' anjuran MSGA.
2 dalam satu umi dengar. Satu ikut laptop, satu ikut phone.
Tamak sangat umi nim. Sambil2 update bolg. Multitasking!

" Jangan Bandingkan Hidupmu dengan yang lain,
Kerana tak semua bunga kembang dan harum bersamaan"

Bunga2 yang umi tanam ni. Kembang dan harum bunga2 ini semuanya berbeza. Ada bunga ni setahun baru berbunga. Ada bunga tuh xsampai sebulan dah berbunga.

Kita cerita bab bunga petang ni. Diari Cancer Fighter duk dalam draft. 2 hari dah tertangguh. 
Moga umi ada idea dan kekuatan utk teruskan.

Ini bunga kertas. warna merah ni rare! bunga dia cantik!

Ini warna oren.bunga yg biasa kita jumpa.

Ini bunga kertas juga. Cantik, sejambak cenggini.

Ini pokok2 bunga kertas ni. Idea dari Tok Ma, suruh ikat pokok tuh. hehe..Umi ikat pokok yang jatuh tuh ke dinding. harapnya bertahanlah. Nanti next week Tok Abah mari, kita suruh Tok Abah trim bagi comey!

Ini nama bungani airmata pengantin! Hehe.. memang bila dia gugur tu macam air mata.hehe
Apalah sebab musabab dinamakan bunga ni cenggini kan.

Cepat sangat membiak pokok nim. Penuh dah pergola umi ni.

Ini bunga kemboja ke..wangi dan harum baunya. Senang nak jaga pokok bunga ni. Tahan panas dan berbunga sokmo.

Ni bunga TYT. Tomorrow, Yesterday, Today. Huhu..
Bunganya mula-mula kembang dengan warna ungu dan kemuian akan bertukar kepada ungu muda esoknya dan kemudian warna itu bertukar menjadi putih sebelum layu dan gugur. Bunga YTT (nama sainsnya Brunfelsia)berasal dari Brazil. Bunganya agak pelik sedikit kerana sentiasa berubah warna. Masa mula kembang ia berwarna ungu (purple) tetapi keesokan harinya ia berubah menjadi ungu cair dan hari seterusnya menjadi putih betul.

Tapi bungani wangi sangat2..umi suka!

Bunga sandpaper. Biasa orang buat pintu gerbang. Ni umi tanam..setahun baru berbunga. 

Cantik bunganya! duk menjalar atas pergola umi ni.

Oklah umi nak main badminton jap!
Malam karang sambung insha Allah!
Bai!
Siram Pokok!

Monday, October 25, 2021

DIARI CANCER FIGHTER SIRI 10

 Bismillah Walhamdulillah.

Jam 10.50 mlm.. umi teruskan coretan pagi tadi sambil tgk live Ustazah Asma' Harun yang kini berada di Masjid Nabawai, Madinah. Masha Allah tabarakallah..beliau buat live di sana. Sekarang tengah berkumandang azan Maghrib dari Madinah Al Munawwarah. Allah2 rindu dan sayu mendengar azan dari Masjid Nabawi. Live UAH terasa umi berada di sana. Sungguh tenang dan sayu terasa di hati. Allah2

Rasulullah insan yang paling disayangi Allah. Rasulullah kekasih Allah. Namun, Rasulullah diuji dengan pelbagai ujian. Yer... kita yang diuji oleh Allah, beruntung dan bersyukur kerana terpilih menjadi insan2 yang dikashih Allah. Allah2... menelusuri sirah kehidupan dan perjuangan insan agung ini, memneri 1001 inspirasi kepada umi untuk teruskan kehidupan mendatang, InshaaAllah.

 Ok..umi sambung DCF..


HARI-HARI TERAKHIR 



Kak Idayu ada datang ziarah dari Dungun. Dia juga telah kehilangan suami disebabkan NPC.
Allah2..berikan kami ketabahan menghdapi ujian ini.

Bunga hidup pemberian hamper YB Razif umi letakkan dalam pasu. Memandang bunga ini memberi ketenangan kepada umi. Memandang abi yang menanggung kesakitan di dunia ini memberi 1001 keinsafan kepada umi sendiri. Semua sakit, sihat, tua, muda, miskin kaya di dunia ini hanyalah bersifat sementara sahaja. 
Umi tanamkan kuat2 dalam pemikiran bahawa sakit abi ini hanyalah sementara di dunia ini. Sakit abi ini hanya sementara di atas duni ini. Di akhirat nanti abi akan berbahagia di taman2 syurga, InshaaAllah. Adakah umi yang banyak dosa ini mampu bersama abi di syurga nanti? Allah2.. 


InshaaAllah Kak Jannah, kita akan lihat senyuman abi ini lagi, tidak di dunia mungkin di syurga Allah nanti yang abadi. Doa banyak2, agar Allah rezekikan pertemuan yang abadi di syurga Allah. Allahumma ameen.

Allah2..meruntun kalbu setiap kali mok vc dengan abi. Mok hanya mampu menangis. Naluri seorang ibu dapat rasakan bahawa anaknya sudah tidak lama lagi berada di dunia ini. Mok vc sehari sebelum abi tiada. Allah2. Berikanlah ketabahan kepada kami semua menghadapi sebuah kehilangan ini.

Suhu abi sentiasa turun dan naik. Setiap kali panas suhu badan abi, umi akan letakkan ais sejuk di kepala abi bagi meredakan suhu abi yang panas.
18.8.2020 - Allah2.. ini hari terakhir abi diziarahi oleh TNC UniSZA, pepagi lagi apabila Dato' sampai dari KL terus datang ke rumah kami. Alhamdulillah, umi menerangkan semua tentang rawatan abi kepada mereka yang hadir. Abi hanya mendengar dan sedar ketika sumbangan disampaikan. Allah2. sekejap je masa berlalu.

Ini adik Jumaanah.


Ini di hari terakhir. Jumaanah duduk di atas katil abi. 
Abi pegang dan pandang anak bongsunya ini ..mungkin buat kali terakhir.

Haishlah anak umi ini..puas main kat atas, main kat bawah katil pula.

Ziarah dari sahabat2 abi memang bertali arus. Kami hadkan masa untuk mereka yang boleh masuk ke dalam bilik. Bagaimanalah bahasa terbaik untuk umi garapkan bahasa terbaik menggambarkan suasana pilu yang terjadi pada malamnya?

Allah2..berilah umi kekuatana untuk nukilkan dalam bahasa terbaik. Namun umi berperang dalam diri sendiri sebenarnya. Setahun 2 bulan sudah suasana pilu tersebut. Namun umi belum ada kekuatan yang jitu untuk meneruskan garapan idea bagi menggambarkan suasana pilu tersebut.
 
Jika diikutkan hampir setahun umi lanjutkan untuk siapkan ebook ketiga ini. Allah2..suasana inilah yang umi paling payah untuk nukilkan di dalam diari ini...

Mohon permisi dulu... 
Hakikatnya sudah pagi sekarang.
Umi tertidur lagi semalam.
Bai!
Malam nanti umi sambung lagi, InshaaAllah.

Saturday, October 23, 2021

Redha & Tenang!


Bismillah walhamdulillah.

Entri sebelum ni tengah mengedit lagi.
Cari semangat sikit.
Tak sanggup nak menulis sambil membayangkan suasana pilu tersebut.
Allah2... berikan umi kekuatan Ya Allah!

 

DIARI CANCER FIGHTER SIRI 9


                                                Bismillah Walhamdulillah.

                                    sambung yg sebelum ni....InshaaAllah. Moga Allah permudahkan!

  

                                

                                     Ini kami dalam perjalanan ke Kuantan.


                                                    MASUK WAD HTAA, KUANTAN. 

Akhirnya abi dimasukkan ke wad setelah berlaku episod fitting yang berulang kali. Mak ayu yang bawa kali ini ke wad. Tengok tarikd discaj note, admit 26.7.2020. Discaj esoknya. 2pagi rasanya baru naik ke wad biasa. Sampai je di hospital memang banyak pertanyaan oleh dr2 di sana.Menceritakan keseluruhan proses rawatan abi. Mujurlah Mak Ayu staff nurse di sini ( kena ingat semula detik2 ni  mak ayu, recall semula..nnt umi edit semula )


RAYA HAJI

31 Julai 2020 raya haji. Kami beraya sekadarnya di Chendering. Abi teringin makan sup tulang yang dimasak oleh Kak Lah. Alhamdulillah abi hirup sup tersebut. Juga teringin makan lempeng nyior. Ditunaikan oleh adik beradik abi. Alhamdulillah.

Abi kekurangan air dalam badan, mak ayu masukkan air. Urat di lengan abi memang payah dah nak di cari. Akhirnya ambil urat di kaki abi. Alhamdulillah. 




LAGI SEKALI MASUK WAD.

Secara tepatnya tarikh. 2.8.2020 mak Ayu call ambulans setelah habis ikhtiar yang kami lakukan. Ini merupakan kali kedua abi masuk wad di HTAA. Ambulans datang ambil memandangkan keadaan abi tidak membenarkan kami membawa menggunakan kenderaan biasa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Selama 3 hari berkampung di HTAA kali ini. 

Sahabat2 abi dari Terengganu, Ust Syed, Prof Nasir dan Hj Ismail ada datang ziarah di sini. 

Alhamdulillah, Abi discaj pada 5.8.2020. Tarikh utk ke HUSM utk radioterapi juga sudah ada iaitu pada 9.8.2020. Namun dengan keadaan fizikal abi yang tidak stabil, rasanya kami berehat dulu di Terengganu sebelum ke HUSM.



Status Kak Jannah. Allah2

VC dengan adik Jumaanah. Abi ceria dan rindu anak2.



Abi cek gigi di HTAA, Kuantan. Mak Ayu yang bawa sekali.




Chu Eda datang melawat di HTAA, Kuantan.

Abi makan pizza.

Mak Ayu datang ziarah.

Kak Nor juga ada datang ziarah.

Ceria sgt2 abi masa ni. Alhamdulillah.


CEK GIGI DI IIUM MEDICAL CENTRE

6.8.2020 Buat rawatan di IIUM Medical Centre. Alhamdulillah Allah mudahkan. 

Sebelum ni kami ada buat rawatan di klinik Dr Imran.





Ini Dr Imran. Belajar di JUST dulu. 
Alhamdulillah Allah temukan dengan mereka yang menyantuni abi sebaik mungkin. 



BALIK TERENGGANU.

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami balik ke Terengganu.Kami tidak singgah ke mana2. terus sampai di rumah. Alhamdulillah.

Mengikut perancangannya kami akan bertolak ke HUSM dalam masa yang terdekat. Namun atas nasihat sahabat2 abi, mereka minta tangguh dulu memndangkan keadaan fizikla abi tidak membenarkan untuk rawatan radioterapi.

Segala persiapan untuk ke sana telah umi buat. Tempah rumah sewa di sana. 

Umi  akan bawa anak2 juga ke sana.

Umi hantar hero2 umi ke Maahad Tahfiz Ar Rahmah. 
Moga menjadi hafiz suatu hari nanti, Insha Allah.
Bahagiakan umi abi dunia akhirat.


PASANG WAYAR SUSU.

Sahabat abi, Prof Nasir dan isteri dan juga Dr pakar dari HSNZ datang ke rumah untuk pasang wayar susu ( apa hentah dalam bahasa formalnya-nnt carik!) . Alhmdulillah Allah permudahkan. 

Mereka ambil keputusan atas nasihat mereka2 yang pakar, agar tunggu keadaan abi stabil, baru pergi ke HUSM. Hampir setiap hari abi bertanyakan bila akan ke HUSM untuk rawatan radioterapi. Allah2..luluh hati umi setiap kali pertanyaan diajukan kepada umi. 

Bagaimanalah bahasa terbaik utk umi garapkan bagi menenangkan buah hati kesayangan umi ini.. Allah2..memang semangatnya untuk terus berjuang tidakkan pernah padam. Insha Allah terus berfikiran positif beritahu abi. Tidak pernah putus asa, yg ada TERUS ASA! Abi  memang KUAT!

 Abi minum susu dan makan bubur menggunakan mende alah ni ( nak panggil apa ni..nnt carik semula )

 Allah2..meruntun kalbu memndang gambar ini. 
Tidak sanggup memandang wajah abi ketika ini. Allahu.


Sungguh Ya Allah aku menyaksikan ketabahan dan kesakitan  yang abi tanggung. Ingin sekali aku menanggung semua kesakitan ini. Allah2 tiada gambaran kata2 dan bahasa yang mampu umi nukilakan saat menghadapi situasi getir ini. 


2 MINGGU ZIARAH BERTALI ARUS.

Allah2.. sahabat2 abi datang ziarah memang bertali arus. Tidak putus2. Semua ingin bersua muka dengan abi. walau abi sudah tidak boleh bercakap. Hanya mampu bertemu mata. 

Mungkinkah kali terakhir bagi mereka?

Ziarah yang bertali arus tidak kira siang dan malam umi dan keluarga terima dengan tenang dan syukur. Rezeki mereka yang datang ziarah beri kekuatan dan ketabahan pada umi sekeluarga. Alhamdulillah ma dan abah sentiasa berada di sisi umi menemani umi sekeluarga. Memang bergilir2 umi dan ma abah menjaga dan melayan tetamu2 yang hadir.

1001 perasaan berbaur tatkala bercerita tentang segala2nya mengenai abi. Namun umi cuba kuatkan hati, tidak pernah menitiskan airmata di hadapan orang mahupun di depan abi sendiri. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bermain dalam pemikiran umi. Cuba untuk terlihat tabah, berpura2 kuat dan positif abi akan sembuh. Namun tidak menafikan akan keuzuran dan masa yang singkat abi di dunia ini.

Berpura2 terlihat tabah dan kuat adalah satu perasaan yang amat2 menyiksakan. Hingga saat entri ini ditulis, air mata masih mengalir laju, selaju keyboard ini ditekan. baru sekarang umi boleh menitiskan air mata dengan penuh kesyukuran atas apa yang Allah rezekikan dan Allah hadirkan ujian utk umi sekeluarga.


Hadiah dari Kelab Kebajikan UniSZA



Abi hanya berbaring di sini. Semua tetamu yang hadir juga bergilir2 utk masuk ke sini.

Buah tangan dari YB Razif. 

Terimakaseh YB dan isteri  atas ziarah ini.

Alhamdulillah Isteri YB datang bacakan yasin beramai2 bagi memudahkan urusan abi.

Alhamdulillah, Prof Nasir pinjamkan katil arwah ibunya utk abi. Alhamdulillah memudahkan pergerakan abi yang agak terbatas sebelum ini. Abi solat di atas katil ini. 

Allah2..tiada gambaran bahasa mampu dinukilkan sebenarnya..
Tak boleh nak menaip dah...
Allah2
Beri kekuatan !


Oklah..umi sambung next entri ye.
Nak g keje.
Thanx Acik Tie... banyak sungguh makanan pagi dikirimkan pagi ini.
Ukhuwah indah apabila bertemu berpisah keranaNya.

Bai!
Siram pokok2!
Pecut g keje!
Bismillah!

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com