Nurul Hannah seorang wanita yang bijak dan kerjaya menjadi keutamaannya. Dari SPM sehingga menjadi mahasiswi Ijazah Kedoktoran, satu demi satu kejayaan diraih. Namun keluarganya menerima lamaran daripada Aidil sedangkan perkahwinan dilihat sebagai ancaman kepada cita-citanya.
Aidil nekad untuk memperisterikan Hannah. Dia yakin Hannah ialah wanita yang dijadikan ALLAH daripada tulang rusuk kirinya. Jika tidak, mana mungkin perasaan cintanya terhadap wanita itu tidak pernah pudar.
Ternyata kesabaran dan ketulusan cinta Aidil berjaya mengubah Hannah. Cinta Hannah menjadi milik Aidil sepenuhnya. Biarpun begitu Aidil tidak pernah membiarkan Hannah melepaskan cita-citanya. Mereka berjaya dalam dunia profesional dan membina syurga cinta dalam perkahwinan.
Ketika segalanya kelihatan sempurna, takdir mencipta naratif berbeza. Hadir orang ketiga dalam hubungan mereka. Demi kebahagiaan anak-anak, Hannah tabahkan diri menerima wanita lain di dalam hidup Aidil. Namun sejauh manakah dia mampu bertahan? Adakah pengakhirannya sepahit hempedu atau semanis madu?
Itu kesimpulan dari selepas membaca novel ni. Selepas berhempas pulas mengkhatamkan, apa yang ku rasa adalah geram, tak puas hati dan dramatik sangat.
Siapa2 yang suka drama2 memang sesuai la baca novel ni.
Ada banyak pengajaran dalam kisah keluarga ni, antaranya, kahwin tanpa cinta, penghargaan seorang ibu, kasih sayang seorang ibu susuan, harta tidak menjaminkan kebahagiaan, dan pelbagai isu menarik dikupas dalam novel ni.
Percayalah, pembaca akan dibawa seperti naik rollercoaster dan tak sabar nak khatamkan kisah ni.
Terimakasih penulis kerana mewarnai dan menceriakan hidup kami pembaca.
No comments:
Post a Comment