Showing posts with label Triple H. Show all posts
Showing posts with label Triple H. Show all posts

Friday, May 13, 2016

Minggu Yang Panjang

fuhhhhh... lega rasanya dh jumpa hari jumaat. sbb apa tauuuuu sbb mggu ni minggu exam pertengahan tahun serentak sekolah kebangsaan & sekolah agama. sebagaimana mak2 lain tentu lah sesibuk mana pun (serious tgh super duper bz dgn keje office wehhhh), afne akan cuba luangkan masa utk ulangkaji pelajaran dgn anak2. 


last week anak2 join kem bestari solat trs bawa diorg beli buku latihan. masing2 semangat latih tubi dgn buku baru 😀


lps blk sekolah agama trs ulangkaji sama2 sesambil buat keje. masa ni haziq dh 'tumbang' penat sgt gamaknya. bila mlm yg lain2 dh tido, giliran haziq pulak mengulangkaji. haziq ni special skt kena bg extra attention & byk bersabar bila mengajar dia. tp plg2 lewat pun jam 10 mlm mmg kena tido sbb esoknya kena bgn awal nk ke sekolah kan?!


si rambut kenteng ni pun sbk mengalahkan ibu dia hehe... Alhamdulillah mmg minat 'buku & pensel' mcm kakak hana sejak kecik. moga minat belajar sampai bila2 yea dik, In shaa Allah.

ujian yg lps hana dpt no 1 utk sekolah kebangsaan & no 2 utk sekolah agama, Alhamdulillah. haziq pulak no 12 utk sekolah kebangsaan & utk sekolah agama msh blm tau keputusan sbb blm terima kad ujian. apa2 pun afne tak tekankan no brp kedudukan dlm kelas tp yg penting anak2 dpt menjawab & manfaatkan ilmu yg dipelajari.


Tuesday, September 1, 2015

Mandi Manda @ The Legends Golf & Country Resort

cerita mggu lps... ikut bos 'sabit rumput' di The Legends Golf & Country Resort. lokasi di Sedenak, Johor. kita lyn kolam aje lah lg pun dh lama x bawak anak2 mandi manda kt swimming pool.





bdk rambut kenteng ni terjerit2 dgn muka x puas hati sbb x dpt join terjun masuk kolam. alahaiiii kesian adik... ibu lupa bwk pelampung baby. jd ibu je lah tukang celup hani keluar masuk kolam. 



piece yoooo... ehh four le dik! hahahaaaaa.


2-3 jam juga diorg lyn berendam keluar masuk terjun kolam. masing2 blk kulit kelabu je warna hehe. btw, tmpt ni mmg best, cuma kolam utk kanak2 takde tangga so saiz mcm hani mmg kena guna pelampung sbb klu hani berdiri sampai dasar pn air kolam btl2 paras dagu dia. tmpt bersih, lanskap cantik sgt, entrance bangunan penuh ikan2 kap dlm kolam, tandas, bilik persalinan & surau semua tiptop. cuma bab mkn mnm je ada mahal skt.


Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu 2015

hari2 pn hari ibu tp istimewanya hari ini (hari ahad kedua bln mei setiap tahun) diwartakan sbg hari mengenang jasa & pengorbanan setiap insan bergelar ibu. hargai lah ibu kita setiap masa setiap hari kerana tanpa mereka kita bkn lah sesiapa di dunia ni. k, ini bkn ayat copy paste ye kwn2 hehe

slmt hari ibu utk mak yg byk berjasa mengandungkan, melahirkan, menjaga, membesarkan, mendidik epi sampai hari ni. semua teguran & nasihat mak epi simpan & semat dlm hati. moga satu hari nnti epi dpt jd ibu yg sehebat-sekuat-setabah mak dlm membesarkan & mendidik anak2 epi. slmt hari ibu utk mak mertua yg telah melahirkan & membesarkan suami. tak lupa juga slmt hari ibu utk adik afne, kwn2 & blogger2 di luar sana. 

bintang hati ibu...


alahaaaiiiiiiiiiiiiiii rindunya waktu korg 'comel-comel' mcm ni!!!



"trm ksh Ya Allah atas segala nikmat & pemberian yg Engkau berikan dlm hidupku. berikanlah aku kesabaran yang tinggi utk menjalankan tggjwbku sbg ibu dlm membesarkan & mendidik anak2 ini. moga mereka sentiasa sejahtera dlm lindunganMu, membesar dgn sihat & dipermudahkan segala urusan, amin."



Friday, March 7, 2014

Sibuk & Jadual Padat. I love My Job :D

sedar2 dh hari jumaat....sedar2 dh hari jumaat... hari2 lain pn sedar tp x secergas hari jumaat kahkahkahhhhh! hahhhh.... mula lah tu nk fikir x senonoh kan? pastu memanjang alasan x update blog sb bz. serious beb mmg bz. biasalah kan klu dh nk hjg bln mula bz dgn payslips, gaji pekerja, kwsp, socso, claims bla bla bla membawa ke pertengahan bulan. ni pun br lps bergelumang dgn borang2 sebutharga sampai naik juling biji mata. dgn handle anak2 & house chores lg. mcm ni le gaya sahm/wahm. jadual padat but i love my job :D

mcm biasa lah bila update blog, gambar tuan punya blog jarang2 ada. ngadap lah gambar buah hati pengarang jantung yg selalu buat ibu aktif 24/7 :)


btw, kt atas tu gambar few days back. mcm ni lah tetiap hari masing2 mood seronok ke sekolah mcm nk pegi bercuti hehe... mana aci kan gambar kakak & abg je, kena la tepek gambar hani jugak ;)


gambar tayang lubang hidung special utk auntie ros yg hadiahkan gaun ni masa hani newborn lg. rasanya ni lah yg nmpk senonoh sikit sbb yg lain2 tu hani goyang2 la, joget2 ke kanan ke kiri la, mata pandang lain la... bkn sng nk snap gambar molek2 sejak hani suka ddk ni. bdn pn dh makin susut sejak bertambah2 aktif & rajin 'mengemop lantai' heheheee

ehhhh... dh masuk bulan mac rupanya. yahooooooooooooooooo sbb ada cuti sekolah 1 mggu (agak2 usul nk gi bercuti diluluskan x ekk?) & yg plg penting bulan kelahiran afne ngeeeeeeeeeeeee

ooohhhh yea, slmt berhujung mggu yea kwn2. minggu ni x rasa hjg mggu sbb esok (sabtu) hari cuti ganti sekolah cny aritu.


Wednesday, October 23, 2013

Baby Car Seat

korg msh igt entry baby car seat? turun temurun dr hana kemudian ke haziq & skrg ke hani....... 6 thn lbh ok!!! tp condition msh sgt bgs cuma ada bhgian sarung yg agak season. mmg tak rugi beli sbb banyaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk sgt berjasa pd kami terutamanya setiap kali bawa anak2 keluar & ulang alik kl-johor. korg pn tau kan mcmn afne survived kt kl bertahun ddk jauh dr suami dgn handle 2 org anak kecik. pengunaan baby car seat ni afne dh mulakan sejak usia anak2 3-4 bln. merengek sikit2 tu biasalah kan bdk2 tp bila dia dh selesa & dh biasa, In Shaa Allah takde masalah utk disiplinkan anak. nsb le kan triple H dpt ibu yg garang hahahahaaaa

belek2 folder album lama jmpa gambar hana & haziq ni. alahaiiiiii rindunya korg time ni. wangi, comel & sgt bergantung pd ibu. skrg ni dh masyam sbk dgn aktiviti masing2. tp tido mlm tetap nk cium ketiak ibu kannnnnn

 hana 

haziq

aritu selongkar stor abah cr baby car seat yg dh setahun lbh tersimpan. bukak satu-satu, basuh body car seat & sarungnya wangi2. since hani pn dh 3 bln lbh rasanya molek sgt lah afne psg dlm kereta. seriously, afne mmg jarang tinggalkn hani kt rmh walaupn keluar sekejap jemput hana blk sekolah atau ke pekan beli brg. tgk hani pn ok je kena 'ikat', lg dia seronok dpt tgk pemandangan luar kan :)




kepentingan penggunaan baby car seat ni bkn lah semata2 memudahkan kita time drive tp lbh kpd KESELAMATAN. dulu2 haziq ddk kt baby car seat ni mmg bantai tido je lah sepanjang perjalanan. kl-johor pn lbh kurg 2 jam hingga 2 jam setengah. klu dia bgn nk menyusu, afne berhenti rehat kt rnr yg berdekatan & parking tmpt yg ada org tp pastikn pintu berkunci utk keselamatan. kena igt tau klu perjalanan jauh yg melebihi 2-3 jam, jgn biarkn je baby ddk lama2 kt car seat tu. kita yg dewasa ni pun klu ddk statik gitu berjam2 mau lenguh2 bdn dibuatnya. berhenti lah rehat, susukan baby, korg mnm/mkn, melepas hajat ke apa kemudian trskn perjalanan.

- SHARING IS CARING -


p/s : kak ros, msh kah kau igt head support tu ko belikn kt sogo 6 thn lps?
p/s/s : gmbr2 sblm hani botak.


Friday, October 18, 2013

Korban @ Aidiladha 1434H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. apa yg dirancang, berjalan dgn lancar. ada rezeki dpt buat korban utk kami 5 beranak. masukkan sekali nama adik eddy & nur aneesah maisarah.

lembu sampai waktu ptg sehari sblm hari raya. kebetulan masa tu hana & haziq keluar ikut makde ke bandar so masa diorg blk tu dh waktu maghrib x dpt tgk lembu dgn jelas.


bgn tido pagi esoknya, anak2 dh x sbr nk tgk lembu dekat2. ibu bg syarat kena mandi wangi2, sng kerja sbb lps tu kitorg akan sbk dgn kerja masing2.


afne dgn mak plan sediakan juadah yg semudah mungkin. soto & mihun sup. kuih karipap & kasui tu order je sng kerja. ada balance kek marble & jambu batu yg org sponsored masa kenduri kesyukuran & doa slmt kelmarin.






org2 rewang dh mula ramai lbh kurg jam 11 pg. mula2 tu kan rasa mcm berani nk dtg dkt tgk diorg sembelih lembu, last2 afne makin lama makin undur ke blkg hehe.... hana, haziq & bdk2 lain mmg seronok la dpt pengalaman tgk org menyembelih & melapah lembu.





Alhamdulillah, dpt berat bersih daging 130kg & dibahagikan mengikut nama yg disenaraikan. pembahagian daging korban blh rujuk di website JIM.


org tgh sbk melapah lembu, diorg ni sbk main anak kucing. hana & haziq ligat btl bila dh jumpa kwn2. seronoknya maklong dpt jmpa neesa. paklong & maklong x dpt bg apa2 kt neesa, korban ni je lah kita kongsi sama2. rindu sgt kt arwah ida. sayu dgr takbir raya terkenangkan mereka2 yg telah pergi. moga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg soleh & beriman, amin. Al-fatihah...



ini x tau la kerja hana atau haziq. suka hati dia main snap je. sedar2 ada gambar pakngah (ayah neesa) & cik erni yg tgh mengandung 5 bln. cara dia bercakap, gerak gaya, lemah lembut pn akan2 arwah ida.


plan asal nk berkumpul dgn adik beradik eddy tp memandangkn masing2 ada urusan/nk blk awal so x sempat la nk posing mosing bagai. dpt sampikan daging tu kt adik beradik pn afne dh cukup gembira. sikit sama sikit asalkan merasa :)

fuuhhhhh... lega bila semua dh selesai. Aidiladha thn ni sgt bermakna buat kami. moga ibadah korban kami diterima Allah, amin. jutaan terima kasih utk mak, abah, adik2, adik ipar & makcik2 yg byk sgt membantu. utk eddy, terima kasih abg utk segalanya. utk hana, haziq & hani, ibu syg korg dunia akhirat.

last but not least, gambar afne dgn anak dara kecik :)



p/s : Alhamdulillah, murah rezeki anak2 dpt duit raya :)


Monday, October 7, 2013

Dengarlah Bintang Hatiku


Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yg ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yg ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku
Kerna bagiku engkaulah nyawaku


anak2 adalah anugerah dari Allah yg tak ternilai jika dibandingkn dgn apa juga di dunia ni. ibu akan cuba didik anak2 ibu sebaik mungkin, In Shaa Allah. ibu syg korg sgt2 :)

pernah x korg tgk anak2 terutamanya waktu diorg tido... tiba2 korg rasa sebak & mengalirkan airmata?? rasanya takde perkataan yg sesuai utk gambarkn perasaan kita di masa tu, btl x?!


Wednesday, September 25, 2013

AKCC Hotel Resort

kan dh kabo masa cuti Hari Malaysia 2013 aritu kami mengekor eddy main golf kt AKCCB. pg2 lps subuh nk gerak, mlm ni br bgtau... berdesup si isteri ngemas beg baju. suka tau buat plan last minute. klu x, blh jugak bermalam & pusing2 melaka kan. esoknya 5.30 pg bgn, mandi, solat, angkut beg & anak2 masuk kereta. diorg biar mandi kt hotel.

perjalanan dr yong peng ke akccb lbh kurg 1 jam je. view tmpt ni mmg cantik serba serbi hijau. jln masuk ke dlm pn bersih & terjaga. sampai2 je trs check in. cuma ada 2 jns bilik.. 2 single bed & 3 single bed with basic facilities. hok alohhhh... yg jaga kaunter tu speaking mat saleh campur2 slang jepun adoyaiiii... utk bilik 3 single beds dpt harga RM200 (harga asal RM230) sbb kitorg x stay overnight. check out jam 6 ptg. sblm tee off jam 8 pg, eddy tapaukan nasi lemak, mihun, kuih muih, air segala bagai so tinggallah mak2 & anak2 bikin funfair dlm bilik hehe.

jom tgk gambo bilik...







ok lah tu kan cuma takde bath tub je. tp x pe, anak blh mandi manda kt swimming pool. btw, kita blh pilih samada nk bilik bwh view padang golf atau bilik atas view swimming pool. afne pilih view padang golf sejuk je mata memandang hijau sana sini.



cilok gambar swimming pool dr website AKCCB. afne x dpt join anak2 bermandi manda sbb hani tgh tido. anak dara kecik tu sng je dpt aircond lampu suram2 tido lah dia. kt sini ada kolam utk dewasa & kanak2. kot2 nk feeling2 hitamkan kulit blh le berjemur kt situ hehe...


lps puas anak2 mandi manda tentu2 lah memasing lapar kan.. tapau je kt cafe & mkn dlm bilik. tau je lah haziq tu kan. yg lain2 tu dh bsr sng dijaga. masa ni apak2 dh nk hbs menebas rumput.


walaupun sekejap huhahuha kt sini tp seronok jugak lah. paling tidak dpt bawak anak2 jln2 mandi manda. tmpt cantik, mkn sedap, complete bilik solat utk muslim.




sblm tu plan nk pusing2 bandar melaka tp mcm dh ptg sgt so kitorg ke area pantai klebang je. nk masuk muzium kapal selam dh tutup le pulak...


kebetulan nmpk kereta kuda ni. eddy lynkan hana & haziq, afne ddk dlm kereta je jaga hani yg tgh tido. puas juga la hana siap naik kuda sorg2 lg.





lps tu kami 2 family singgah mkn di umbai. ya ampun.... mmg x dan snap gambo lgsg. masing2 lauk sampai je trs serbu sbb lapar hahahaaaa. afne pn sbk pegang hani kan. kt situ ada gerai2 jual mknn/brg/cenderahati. tak dan nk pilih2 sgt.. tgk & beli. nk masuk kereta cpt2 sbb hana dh merengek nk tido dlm kereta.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...