Showing posts with label Afne. Show all posts
Showing posts with label Afne. Show all posts

Monday, December 2, 2019

13th Anniversary

Happy anniversary yg ke 13 thn syg 😘


13 thn yg lps pd waktu ini pastinya kami lah insan yg plg berdebar menunggu saat utk diijabkabulkan. Perkenalan terserempak di KL semasa bln ramadhan 2001 membawa ke jinjang pelamin thn 2006. 5 thn utk mengenal hati budi memasing rupa-rupanya slps kahwin byk lg perlu dipelajari. Tq syg for everything. Moga Allah pelihara jodoh kita, trs saling bertolak ansur dlm menjaga keharmonian rumahtangga dan mendidik anak-anak  kita sebaik mungkin, amin.

Apa pun yg berlaku dlm tempoh usia perkahwinan ni, kami bersyukur dgn kehadiran 4 org anak yg menceriakan hdp kami sehari-hari. Benar lah kata org, anak itu pengerat kasih syg suami isteri. 









Allahuakbar... Nikmat apa lg yg hendak didustakan? Melihat mereka saja semakin hari semakin syg. Moga anak-anak kami membesar dgn sihat, jd anak soleh solehah, taat ibu ayah, dimudahkan urusan di jln kebaikan, bahagia, berjaya di dunia dan akhirat, amin. 




Friday, March 15, 2019

Happy Birthday To Me 🤗

Alhamdulillah, dgn izin Allah bertambah lg usia thn ini. Syukur msh diberi peluang menikmati ksh syg keluarga, suami & anak2. 

Hadiah plg bermakna selain ucapan keluarga tersayang... Kunci rmh baru kami! Bertahun-tahun menanti akhirnya, Alhamdulillah. 


Psl rmh ni kita cerita nanti-nanti lah yea. Kerja-kerja office & site pn tgh memerlukan lbh perhatian. Nk lepaskan dulu mood holiday end of March, In Shaa Allah. 

Ni gmbr mlm sblm hari lahir. Kakak ajak ayah mkn2 kat kedai cheese nan & tandoori fav dia. Ibu ikutkan je asalkan anak-anak happy 😊


Otw blk (tak jauh pn... tak sampai 10 mnt perjalanan) masing-masing 'pengsan'. Maklum lah anak-anak Afne jns tidur awal dan jarang keluar mlm. 


Lokong spent masa ber2 saja bawa pusing-pusing JB (bkn sng tau org tu manjang bz). Anak-anak tumpang kan setengah hari di kg. Tq syg belanja saya mcm-mcm. Love u to the moon & back 😘

Ohhh yea, sblm terlupa Afne nk ucapkan jutaan terima ksh buat sahabat-sahabat dan saudara mara yg sudi beri ucapan dan mendoakan. Afne doakan yg baik-baik juga buat kalian, moga bahagia, berjaya di dunia dan akhirat, amin.


Thursday, January 10, 2019

Cermin Mata Baru

Salam semua.

Mungkin ada benarnya petua org-org tua supaya pakai pilis utk jaga mata semasa berpantang. Tp keguguran aritu Afne tak buat pun sekadar berpantang ala kadar. Sejak discharge hospital mmg perasan penglihatan mcm lbh blur dr biasa.  Mungkin faktor usia. Mungkin juga sbb Afne cuma pakai waktu memandu & mengadap komputer sahaja.

Kebetulan ke shopping mall bawa anak-anak mkn sushi nmpk kedai cermin mata trs check power. Alamak.... rabun makin teruk kena tukar power cermin mata sedia ada.


Saja pilih bingkai yg bsr skt & fleksibel blh lipat kanan kiri atas bwh Maklum lah ada anak-anak kecik ni faham-faham saja lah. Lense tu afne mmg pilih clear tp yg penting ada uv protection, silau & anti calar.

Alhamdulillah, sejak kerap pakai cermin mata ni (sebulan juga lah) rasanya dah jarang kena sakit kepala.





Wednesday, December 19, 2018

Keguguran Dan Berpantang

Salam semua.

Ye, baru-baru ni afne alami tumpah darah & keguguran kali ke 2. Kali pertama tahun 2012 sblm dpt Hani Hadirah. Cuma kali ni pengalaman yg sgt berbeza sbb darah keluar tanpa henti. 

Kebetulan pula btl-btl masa hari ulang tahun anniversary kami yg ke 12. Lps mkn tghari tu dh rasa sakit mcm senggugut & darah keluar byk. Eddy trs bawa ke emergency & buat d&c (dilation & curretage) hari tu juga sbb slps pemeriksaan gynae ada darah beku yg sangkut di pangkal rahim tu yg buatkan darah fresh keluar tak berhenti. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan & Afne kena warded 1 mlm utk pemantauan sbb buat d&c tu dh ptg. Afne tak dibenarkan ke tandas sendirian & perlukan bantuan nurse. Time by time nurse akan dtg pantau tekanan darah. Walaupun mengantuk maybe sbb letih atau kesan ubat bius, Afne tak dpt pejamkan mata dgn lena. Rasa sedih juga mengenangkan dh 2 bln mengandung dgn morning sickness tiba-tiba janin tak ada. Teringat kat anak-anak kat rmh pun yea juga sbnrnya. 


Apa-apa pun, kita kena redha dgn ketentuanNya. Allah juga sebaik-baik perancang. Mungkin ada rezeki yg lbh baik utk kami di masa akan dtg, In shaa Allah.

Afne berpantang juga secara ala kadar cuma takde param & pilis. nk pergi berurut pn msh blm berkesempatan sbb tukang urut kt kg yg selalu Afne guna khidmatnya cuma mengurut waktu mlm. Bab mkn mmg Eddy uruskan sepenuhnya, of course lah beli hehehe... Seminggu yg pertama tu mmg mkn beli tapau saja lah sampai jemu. Anak-anak pn dh komplen kedai msk tak sedap mcm ibu msk hahahahaaaa... btw, kt bwh ni lauk pertama yg Afne msk masa pantang. Yg mudah dan cpt asalkan kenyang perut.


Nk masuk mggu ke 2 Afne dh mula kerap msk menu2 simple. Family dr kg ada dtg melawat bbrp kali. Bkn tak nk berpantang kat kg tp kasihan kan mak dh berusia lg pun ada jaga cucu. Fikir-fikir tak apa lah berpantang kat rmh sendiri saja. Anak-anak pn dh bsr dh blh diharap buat kerja-kerja mudah cthnya sidai baju, lipat baju, basuh pinggan mangkuk dll. Tp faham-faham saja lah bila berpantang sendiri dgn anak ramai ni mmg tak dpt lah berpantang 100%.

Hbs kan stok ayam dan sayur-sayur yg entah dh brp lama bertapa dlm peti ais tu. Maklum sejak Afne demam panas awal cuti sekolah bersambung pulak keguguran mmg jarang memasak.


Mkn dgn serunding bwg 3 layer dap nyaaaaa.... ok, nnti afne buat entry khas psl serunding ni. Serious sedap.


Tgk anak mkn biskut rendam dlm milo pn dh terliur weehhhh... pantang-pantang gini lah kan keje nk mengunyah saja!




Lauk ayam kg ungkep special mak msk bawa kan dr kg. Eddy yg jarang berat waktu mlm siap suruh kita msk nasi lg. Licinnnnn hahahahaaaa


Yg nasi goreng kg ikan bilis berterabur namanya kikiki... awal Subuh kita msk sbg bekal suami nk pergi outstation. Kat JB je pun tp kita dh pesan... awak klu pi kursus ni dgr elok-elok lps tu ada exam klu sampai tak lulus sendiri mau igt haaaaa (lady boss garang kan?! kikikiiiii)








17/12/2018 hari tu follow kes d&c. Alhamdulillah, gynae scan semua ok. Walaupun dh pernah 2 kali keguguran tp tak jd masalah klu Afne nk mengandung lg cuma jarakkan 3-6 bln slps kes ni. Takpe lah doktor, saya nk rehat dulu. Tunggu dh tenang-tenang lps pindah rmh nnti ke kannnn

Ok, cukup sampai sini. Nanti ada masa Afne kongsi cerita lg. Tq sudi baca.


Sunday, December 2, 2018

12th Anniversary :)


Alhamdulillah, syukran. Trm ksh Ya Allah msh dipanjangkan jodoh kami suami isteri dan moga bahagia kekal hingga ke jannah, amin.

In ups & down, through thick & thin.... Allahuakbar hanya Allah yg mengetahui segalanya. Moga kami sentiasa bersabar dan saling bertolak ansur sepanjang melayari hdp berumahtangga. Tipu lah klu tak gaduh, bohong lah klu tak merajuk tp semua tu asam garam berumahtangga. 









Ehhh... br perasan byk selfie ber2 dlm kereta rupanya kikikiiii.. Ye lah itu je klu masa btl2 ber2 ada urusan kerja. Klu keluar dgn anak-anak mmg tak dan nk pegang hp.

Apa-apa pun tq syg sbb selalu bersabar dgn saya yg selalu mood swing ni huhu... tq selalu bg apa saya nak selalu lyn kemahuan saya. Tgh mlm isteri ajak ngeteh dia layankan, kita teringin cheese nan dgn tandoori dia temankan mkn, teringin kerang sambal dia bawakkan juga. Lps tu dia tanya kita.. Yang, awak yg suka mkn mlm knp perut saya yg naik? Kahkahkahhhh

Hadiah anniversary? Dh tua-tua ni kita doa yg baik2 je lah. Biaq pi lah apa yg dtg sekali pun, saya tau dia tetap utamakan keluarga 😜


Thursday, March 15, 2018

Happy Birthday To Me

Alhamdulillah, syukur diberi peluang msh merasa nikmat dunia dan bertambah lg umur.


Anak-anak adalah hadiah terbaik dlm hidup. Dalam apa juga situasi, kalian lah penawar segala2nya. Ibu sentiasa mendoakan yg baik2 utk anak2 ibu.

Thn ni lokong suprise mcm2 sampai sendiri naik segan hahahahahaa poyo! Dia kesian kot tgk bateri hp cpt nau kong, handbag 3 thn tak bertukar, offer pulak kasut raya in advance weeeeee...


Tqvm syg... saya doakan moga awak dimurahkan rezeki dan sentiasa dlm lindungan Allah swt, amin.

Saturday, December 2, 2017

11th Anniversary

Salam semua 😀

Kasi chance la ahkak feeling2 pengantin sentiasa baru hakhakhakkkk



Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Cecah 11 thn usia perkahwinan kami melalui suka duka tawa nangis rajuk pujuk. Allah.... mcm-mcm sgt tp biarlah kami berdua simpan utk dikenang di hari tua kelak, In shaa Allah. 



11 thn dgn kehadiran 4 org anak, Alhamdulillah. Tiada hadiah yg lbh bermakna selain anak-anak ibu sendiri. Moga ibu dan ayah sentiasa diberi kesabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Ibu sentiasa mendoakan kalian menjadi insan yg berjaya di dunia dan di akhirat, amin.





TQ syg for everything. Moga Allah pelihara jodoh kita sampai syurga & hidup kita sekeluarga dirahmati Allah swt, amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...