Showing posts with label My lil garden. Show all posts
Showing posts with label My lil garden. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Salam semua. Apa khabar anda? Sudah lama aku tidak mengongsi rasa di sini. Tetiba hembusan bayu pagi 12 disember 2012 ini memanggil ku untuk mencatat sesuatu yang manis di sini.

Oooops MANIS? Ohoho.. apa yang manis yah? Angka duabelas itu yang manis. Kan???? Dan hari ini juga adalah angka bertuah buat saudara sepusat sepusingku yang menyambut hari lahirnya yang KE... ehem.. ehem.. tak payah lah disebut. Yang pastinya.. lilin penuh tercacak di atas permukaan kek hari lahirnya. *signel*. Selamat hari lahir adikku, moga engkau dan familimu dalam rahmah ILLAHI.. Hanya sekalung doa itu yang termampu ku hulurkan(setereo type, tak apa, janji IKHLAS)

Lupakan cerita angka bertuah itu, sekarang kita sudah di penghujung tahun 2012 dan tidak lama lagi 2013 akan mengetuk kita. Bermakna sudah SETAHUN aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Rasanya.. baru semalam aku meletakan jawatan 'itu'. Benar waktu begitu pantas berlari, semakin dikejar semakin aku tertinggal di belakang. Adusssss...

Dan HARAPANku moga 2013 akan lebih baik dan cemerlang lagi. Moga DIA merestui dan merahmati perjalananku.. Amin Ya Rabb.

Oh yah! Pada yang gemar pada dekorasi DESA, sekarang ini sedang berlangsung PESTA BUAH-BUAHAN DAN SATU KAMPUNG SATU PRODUK  di lapangan parkir ALAT-ALAT KEBESAR di pusat Bandar Seri Begawan. Bermacam-macam kraftangan hasil orang kampung sedang dijual di sana, dan kami dari wakil MPK Bunut Perpindah jua turut serta menjual dan mempamerkan beberapa dekorasi rumah ala DESA dan kraft tangan yang manis sekali.. Pada yang berminat silalah berkunjung ke booth 41.


Maaf sesangat aku keburu waktu.. Insya Allah jika waktu mahu bersahabat aku akan mencatat sesuatu lagi di sin, sampai ketemu lagi. Salam sayang semua. Mwaaaaah..

Wednesday, October 20, 2010

Riuh Pagi Rabu



Sekarang kita sudah berada di bulan Zulkaedah. Sekejap laji rombongan Jemaah Haji Brunei akan berangkat ke Tanah Suci Makkah. Pembantu bang Mat yang ditunggu tidak juga nampak batang hidung. Akibatnya, aku terpaksa jua turun padang membersihkan kebun belakang ini.



Sebelum matahari naik, aku sudah siap mengerjakan tempat kami bersantai yang tidak santai lagi ini. Segala nyamuk, siput, kerangga, balingkasa, katak, nenek cicak, ul... tak payah sebut lah.  Semua mahluk Allah yang merayap itu sudah pun menghuni tempat ini. Adeeeeeeh...



Aku letak garam, belerang, ubat serangga segala bagai jadi pengguris. Harap-harap selepas ni.. tetamu yang tak diundang itu tak datang lagi.TOLONG LAH. Penat.



Akhir kalam, salam riuh pagi rabu.

Sunday, October 03, 2010

Duha yang indah









Waktu Duha ini adalah waktu Duha-MU
Keindahan ini adalah keindahan-MU
Kecantikan ini adalah kecantikkan-MU
Kekuasaan ini adalah kekuasan-MU
Kekuatan ini adalah kekuatan-MU
Perlindungan ini adalah perlindungan-MU


Saturday, May 22, 2010

Syukur Nikmat

Pasti anda ingat lagi bukan, kebun jagungku yang dua baris itu.. Sejak dua menjak ini cuaca tidak menentu, sedang panas mentari menyengat tiba-tiba hujan turun mengurabat tanpa 'signel kecemasan'. Aniiiiiiii.. ambil payung... hujan dah turun...

Akhirnya semua pakaian di ampain pun tak sempat nak diangkat. LENCUN.



Begitulah jua apa yang terjadi pada kebun jagung ku yang dua baris itu. Pertumbuhannya terbantut akibat hujan yang banyak kebelakangan ini. Ada yang sudah rosak dan menjadi santapan 'mahluk Rimba' yang lain. Memang sudah rezekinya. Dan Rezeki kami cuma yang di atas itu sahaja.



Namun aku tetap bersyukur walaupun jagung yang cuma cukup-cukup untuk kami makan lapan orang itu... Dia telah memberikan kami satu nikmat kepuasan yang tiada taranya.

Syukran Jazilan... terimakasih ya Allah.



Anekdot:Nak tahu rasanya? Buahnya begitu lemak dan tersangat manis sekali, membuat bang Mat berazam hendak mencuba sekali lagi. Ada sesiapa yang nak ikut tak?

Nak kongsi cerita sedikit, boleh kan? Pertamakali melihat mahluk Allah ini keluar dari celah-celah batang itu, aku teringat adik lucu kakmOn si Yazmin itu... sedang membasuh rambut jagung itu dengan syampoo. Hahahaha... kelakarnya budak tu..




Kalau nak tahu cerita sepenuhnya dapatkanlah novel DUA DUNIA ~ MajidahPasti anda akan terhibur dengan tingkah kelakar gadis comel itu.



Selepas khatam Dua Dunia, jangan lupa pula dapatkan sambungannya di DUNIA JAM 10. Si gadis lucu yang kronik itu telah bertukar menjadi gadis dewasa yang anggun dan berilmu.



Salam ceria di gerimis pagi sabtu

Saturday, May 01, 2010

Hilang gelap timbul terang

Dua minggu ini hujan turun hampir setiap malam. Aku semakin risau. Kata pakcik Tips itu, jagung lebih cantik buahnya ditanam waktu panas.

Alahai.. tak bersyukurnya aku.. Allah turunkan hujan salah, tak bagi hujan berkeluh kesah. Astaghafirullah Al-Azim.

Setelah kejadian hari khamis itu, aku tak keluar menjenguk kebun belakang. Berfikir, bercermin dan menilik kesalahan diri. Kenapa aku???

Petang tadi entah tak tahu kenapa, balik dari  kantor semacam ada kuasa magnet menarik aku ke kebun belakang.



Dari jauh nampak kolam kecil itu ditumbuhi daun pengagga air. Padahal lima hari yang lalu, aku tak perasan pun mahluk itu sudah berada di situ. Ajaib.



Dan cili Thailand ini sebenarnya hampir mati pada musim kering sebulan yang lalu. Kini dia mengeluarkan hasil lagi,  entah yang keberapa kali. Alhamdulillah.



Kulat ini pulak tetiba tumbuh di tepi-tepi tangga turun ke kebun jagung. Mungkin mahluk Tuhan yang berkaki empat itu sudah meninggalkan 'sisanya' di kebun kakMon. Ehmmmmm...



Dan jaggung ini baru saja ku lihat berbunga hari selasa yang lalu...





Tetiba, petang ini buahnya telah menjulur keluar. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar..



Rezki yang diturunkan-NYA ini benar-benar membuatku terkedu. Mungkin DIA ingin membasuh kesedihanku. Syukran Jazilan.



Dan akhir kalam, jagalah dan hormatilah jiran tetanggamu kerana dia adalah saudaramu yang paling dekat. Salam berhujung minggu semua.

Tuesday, April 20, 2010

FarmVILLE

Sejak hujan mula turun dua minggu yang lalu, kebun di belakang rumah kakmOn pun bernafas semula. Rumput yang hangus kekeringan pun sudah kembali hidup segar, mengebarkan selimut hijaunya. Sungguh mendamaikan.



Lopak ini pun dipenuhi air hujan. Kekadang ada tetamu comel kakmOn yang sedang turun minum dan bermandi-manda di situ.

Terasa ingin membela ayam-itik pula dibuatnya.



Anak buah labu ini pun sudah mula membesar. Harap-harap bulan julai nanti boleh merasa hasilnya.



Yang ini pula adalah jagung manis Taiwan. Usianya baru dua minggu. SUNGGUH tak sabar kakmOn menanti buahnya keluar.

Di depannya itu pulak, adalah anak pokok buah tarap. Tak sangka, biji yang terjatuh ketanah, menghasilkan benih yang mengujakan.



Dan saat ini kakmOn sedang mengumpulkan kayu-kayu untuk membuat 'barn FarmVille'(ini benaran tau, bukan main-main, BUKAN macam kat FB itu).



Harap-harap dua bulan lagi, kakmOn akan dapat merasakan hasil tanam-tanaman yang sekangkang kera itu. Doakan kebun kakmOn berhasil yah.

Hingga ketemu lagi di entri Jari Amai, esuk. Insya Allah.

Selamat malam semua, moga mendapat mimpi yang indah.

Monday, March 15, 2010

Tetamu


Suasana sungguh panas tiga minggu ini. Hujan cuma membasahi bumi ala kadar. Kolam ikan yang didepan tu pun terpaksa diisikan dengan air paip saja. Rumput yang menjadi tikar di kebun belakang hangus kekeringan. Rain tree itu pun sudah hampir gondol tak berdaun.

Apakah ini satu karma dari DIA. Ya Tuhan ampunkanlah dosa-dosa kami, baik dosa yang kami lakukan terang-terangan mahupun yang kami sembunyikan.

Semalam, sekembali ku dari kantor, masuk kerumah melalui pintu belakang, tiba-tiba sekumpal hitam terbang melayang. Jantungku terhenti. Subhanallah, aku mendongak keatas, rupanya Rain Tree itu penuh dengan mahluk hitam bermata merah, bertengek memandang tepat kepada ku.



SELANGKIR sedang menyerang dikebun belakang. Aku langsung meluru kedalam mengambil D90ku. Dan lihatlah... inilah yang dapat ku kongsi bersama.



Setelah ku amat-amati, bukan Selangkir saja yang sedang berpesta diatas Rain Tree itu, ada beberapa spesis lain lagi yang ku tidak kenal siapa...








Dan yang hitam bergaris putih di badannya ini adalah si-Kalanjiau yang selalu mendendangkanku setiap kali aku duduk di patio,  menunggu DOHA tiba...



Dan yang berdada kuning susu ini pula selalu mencuri-curi minum dibekas tembikar dihujung kebun belakang itu.









Dan semalaman aku tidak dapat tidur, berfikir, kenapa mereka beramai-ramai menjenguk ku..  Bukan dua atau tiga. Tapi berpuluh-puluh... 

Ada apa-apakah rahsia yang mereka ingin sampaikan.. Subhanallah... Walhamdulillah.. Wallailahailallah... Wallahuahuakbar...

Wahai angin... khabarkanlah berita gembira....

Sunday, February 28, 2010

Pesta Kebun Mimpi



Akhirnya... atas izinNYA pesta Kebun Mimpi menjadi nyata. Terimakasih bang Mat, kakak, abang, adik dan saudara sepusat sepusing yang bersama merealisasikan impian ku, impian kita.. Dan terimakasih semua ayanda dan bonda saudara turut bersama mewarnai Kebun Mimpi. Jua pada sepupu sepapat yang sporting habis.. Aku sayang kamu...














































































Aku benar-benar bahagia. Hadiah hari lahir yang termanis untuk dikenang hingga kehujung nyawa...

p/s - Terimakasih Bro G untuk foto-foto yang indah ini.
Kaksu, Kebun Mimpimu... Kebun Mimpiku jua.. 
Pada semua yang menghantar sms ucap selamat 'itu'  terimakasih sebanyak buih di laut. Sayang semua...