Showing posts with label Kaka. Show all posts
Showing posts with label Kaka. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Pac Man Cookies KAKAK



Salam 7Ramadhan semua. Apa khabar? Moga-moga anda diberi kesihatan baik di bulan barakah ini. Entri kali ini aku kongsi bagas tangan kakak; Royal Icing Cookies. Sesuatu hidangan yang cukup menggoda, apalagi buat 'anak-anak riang ribena' seperti Adik dan Leyn.




Dua hari aku melihat kakak bersungguh-sungguh di dapur membuat cookies itu. Dan dua hari jua aku lihat 'guling tanganku' lintang pukang. Usahanya itu memang berbaloi bila melihat hasilnya yang sungguh comel dan manis. Si Leyn lah yang paling 'gumbira' bila mendapat habuan yang paling banyak. Apalagi bila dia pandai-pandai memberi markah over the rank. Orang suruh dia beri markah 1 hingga10. Leyn jawab 20. Si kakak sudah kembang-kempis dipuji melangit begitu.


PAC MAN ICING COOKIES

1/2 buku mentega beku (biarkan suhu bilik)
1/2 botol mentega kacang
1/2 cawan gula kastor dikisar halus

[Pacman-Sugar-Cookies-.jpg]
Foto di pinjam dari web FUNNBEE

PUKUL bahan di atas dengan sudip kayu hingga licin.
MASUKKAN 1 cawan cerelac dan 1 cawan nestum(kisar), kacau hingga mesra.
TAMBAHKAN tepung naik sendiri sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi sebiji doh yang licin.
CANAIKAN doh dengan pemotong biskut berbentuk bunga tulip.
BAKAR dengan api 170celcius hingga masak keperangan.
SAPUKAN dengan royal icing bila biskut sudah sejuk dan letakkan 2 biji manik sebagai mata PAC MAN.



Royal icing:
2 biji putih telur
1 sudu makan jus lemon
Dipukul(electrical hand held mixer) hingga kembang sedikit. Masukkan 4 sudu makan corn syrup dan pukul lagi. Kemudian tambahkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga pekat dan dapat disapukan di atas biskut.



Akhir kalam, Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibnu Umar; diam orang berpuasa itu adalah tasbih. Maka diam itu adalah yang lebih baik bagi kamu daripada berkata yang sia-sia.

Wednesday, March 24, 2010

Cuti Sekoah

Salam pagi rabu yang indah. Alhamdulillah, sudah beberapa minggu menunggu, akhirnya hujan yang ditunggu pun turun dengan rahmah Illahi jua. Syukran jazilan.



Cuti sekolah sudah tinggal beberapa hari saja lagi. Kami tidak kemana-mana, cuma melayan anak-anak dengan hobi masing-masing di rumah. Lagi pula sibuk dengan persiapan majlis nikah kahwin anak buah bang Mat di awal April nanti.

Oh yah! di sini kakmOn kongsikan hidangan anak dara kakmOn yang mudah lagi sedap. Kupang hijau bakar bersama minyak zaitun dan keju Cheddar.



1 cawan tepung serbaguna, ramaskan bersama 1 sudu mentega beku yang dicenceng hingga rata. Tambahkan secubit garam, daun saderi, 1/4 cawan keju cheddar yang diparut halus dan minyak zaiton. Uli hingga menjadi doh yang lebut. Kemudian letakkan doh tadi keatas kupang  hijau dan bakar hingga kuning keemasan.



Hidangkan sementara masih panas. Walah!



Wednesday, June 03, 2009

Bila anak dara ke dapur






Nacho Epal

1 biji epal hijau di potong panjang-panjang
1 sudu teh mentega
1 sudu teh serbuk cinnamon
1 sudu makan gula merah
1 cawan jejari kentang goreng
1 cawan keropok chachos
3 keping keju Kraft di potong empat

Panaskan ketuhar 200Celcius.
Sementara itu goreng epal hijau bersama mentega di dalam non-stick pan dua minit di atas api.
Matikan api.
Susun diatasnya dengan kentang goreng.
Lapiskan lagi di atasnya dengan keropok chachos.
Taburkan gula merah dan serbuk cinnamon, dan akhir sekali keju Kraft.
Masukkan kedalam ketuhar dan bakar sehingga keju Kraft cair.
Hidangkan sementara panas.

Monday, February 11, 2008

Famili 'gede-gede'


Resipi? nanti kita kongsi yah!


Tengok ni. Tangah Milah buat dengan kreatifnya. Kuih koci biasa di olah menjadi luar biasa. Comel kan dengan cucuk sanggol kak Melah... Ceh!


Kek buah Tangah Jauyah lembab dan sedap. Sekelip mata dah hilang. Masuk tupperware, tapau... Kwang kwang kwang kwang. Memengz, tadi pagi licin hahahaha


Atas meja ini terhidang kuih Mor(Makmor), Puteri Mandi, Kuih Koci, kek cawan, buah jambu dan kek buah itu.


Bahan-bahan untuk steam boat. KakmOn paling suka cendawan itu, sedap...



Ni power puff gal...


Shidah, ko gerammm???


Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil bagi Ninda yang dah pergi kemudian doa kesyukuran di panjangkan umur.


Cuti CNY dipenuhi dengan aktiviti 'mengayam karan'. Sudah menjadi tradisi famili kakmOn akan membawa hidangan yang menjadi 'trademark' masing-masing. Walaupun tuan rumah sudah menyediakan makanan penuh meja, namun rasa tidak sah bila datang dengan tangan kosong. Diatas itu adalah 1/4 daripada hidangan yang sempat kakmOn snap untuk dikongsikan bersama teman-teman kakmOn di sini.

Memandangkan bang Mat ke luar pantai dua minggu maka harijadi anak dara kakmOn kami sambut 5 hari awal dari tarikh sepatutnya. Maka kakak cuma tumpang sekaki di majlis harijadi mak saudaranya iaitu Tua Shidah(oooops jangan marah nanti kena jual Shidah.. ngeh ngeh ngeh)



Dah lupa dah, tapi minuman ni best. Campuran honey dew, lemon, soda dan aiskrim

Kari Kepala Ikan Nyonya kaw-kaw


Sotong goreng rangup


Ayam Kerabu Mangga

Tuesday, November 28, 2006

Yeyeyeyeeeee...

Kaka bawa balik trofi INFORAMA bersama sijil dan wang tunai BND80.00