Dear yaya,
Semalam was the 1st day of ramadhan bg tahun 1431H/2010, tahun ni merupakan tahun ke-3 yaya bepuasa, yaya start masa umur
5 tahun, cuma time tu yaya sahur ikut suka hati bila yaya bangun tido, hehe..kalo yaya bangun pukul 8, maka sahur pada 8 pg lah, if pukul 10 yaya sahur pukul 10 lah, selalunya yaya sahur semangkuk cocoa crunch dan segelas milo. Mula-mula tu yaya buka puasa agak awal, selarat mana yang yaya boleh tahan, lama-lama makin lambat, dekat-dekat akhir yaya berbuka sama seperti org lain waktu maghrib. Waktu yaya umur
6 tahun pula ammi dlm pantang bersalin kan waidi, kita di rumah tokma sepanjang ramadhan, yaya cuba juga nak bangun sahur pagi ,kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tido kat meja, kalo yaya tak larat sangat yaya tido semula then bangun later sahur nasi dan air milo. After that yaya puasa sampai maghrib. Tahun ni pula yaya dah
7 years old, dah sekolah pun, yaya nekad nak puasa penuh! yaya nak sahur waktu yg betul, tak mahu lagi sahur 'cheating', semalam alhamdulillah yaya sahur pukul 5, then pergi sekolah, pukul 4 balik (ustaz bagi balik sejam awal bg bulan ramadhan), then petang rehat until berbuka.
Ammi heran gak yaya tak tido langsung petang tu, rupanya di sekolah 12-2pm (waktu lunch dan rehat) ustaz bg semua tido kat libraray, hehe..macam kat nursery pulak, tido kat sekolah, patutlah ammi tengok yaya ok je, menten baik punyer...
Si yaya bgn sahur dgn mata tak brp bukak lagi, hehe..
time ni cuma baba dan yaya saja puasa, ammi 3 hari sebelum ramadhan
dah kena serang, serang apa jgn tanyalah, hehe..
Ni dua budak ceria yg juga bgn sahur, yg sorang tu tgh nonton ASTRO CERIA, hmm..
Syaik sebenarnya bgn dah nak subuh, then mintak sebotol vitagen then kata nak puasa jugak, alhamdulillah syaik puasa sampai 2.30ptg, bersahur kan sebotol vitagen je..good boy syaik!
Dear syaik,
Yang lawaknya dalam pukul 2pm tu syaik mintak ammi nak minum air soya, ammi kata tunggu lah BUKAK PUASA ye minum dengan baba dan abg yaya, dengan keluh panjangnya si budak cerdik syaik bertanya lambat lagi ke nak kena TUTUP PUASA ni, hehe..alahai anak ammi sowang ni...pandai sangat!
Anak baba yg ni pulak nak ikut antar abg yaya dia pg school, car seat yg betul tu kat belakang,
yg seat ni dari zaman abg yaya dulu tp pasang depan so waidi feels secure ada baba di sebelah.
Setakat ni if baba drive je dia ok duk sebelah tu, anak baba la katakan..
On the way balik dari school tu dah kengantukan, yelah bangun kul 5.30..
(now dah around 7.45am)
tangan dah keluar, sungguh tak safety lah adik ni...
penat sangat lah tu..
Dear yaya,
Yaya balik petang tu yaya relax je, tengok tv and main PS2 dgn syaik, tak tido langsung, yaya kata cukup tido kat library 12-2pm tu, bagus betul ustaz bg anak-anak murid tido kat sekolah :-)
Menu berbuka malam tadi ammi masak sendiri, tak pergi bazaar pun, sementara ammi rajin ni, hehe..kang ammi malas ammi bgtau la baba jom pergi bazaar ramadhan, hehehe..
So menu nya ialah :-
Sosej roll goreng
Tahu sumbat (terlambat snap dah di ngap sebahagiannya)
Soya cincau
Main course-kueh teow kungfu.
Baba suka sangat lah byk yang dia suka..
si yaya ni tak brp gemar kueh teow, ammi offer masakkan nasi
makan dgn lauk tu tapi yaya tak nak.
Last-last dia mintak apa tau..
^
^
^
^
^
^
^
Nasi putih + nugget tempura 2 ketul + kicap cap kipas udang
hehehehe..
memang cucu jawa betul lah yaya ni!
jawa + omputih lah mkn nugget ;p ;p
(sila abaikan baju ammi tak berlipat di belakang tu)
Yang penting yaya happy dan kenyang ye syg,...
Ni anak baba minum soya cincau dgn sudu, macam org sakit daa..hehe..
Dear yaya,
Alahamdulillah yaya berjaya puasa penuh semalam ..walaupun sejak balik sekolah asyik bertanya tiap 10 minit bila nak berbuka puasa..Malam tu ammi SMS tokma yaya, tokma kata if penuh 30 hari puasa from sahur-maghrib tokma dan tokba nak bagi reward, duit raya sebanyak Rm100.00. Wah! sungguh motivated la jadinya yaya, cuma ammi dah terangkan juga kita puasa bukan kerana nak duit raya, tp kerana Allah dah wajibkan, ada dlm rukun islam, also kalo puasa je tapi tak solat tak guna lah kan, so sekarang yaya practice nak solat selalu di rumah. Baba kata hari sabtu dan ahd boleh ikut baba pergi solat subuh di masjid, hari-hari sekolah tak payah lah...untuk terawikh pula, hari jumaat dan sabtu...InsyaAllah u can do it my boy! baguslah sayang..keep it up kay! ;)
Blogger Templates