Showing posts with label Yaya. Show all posts
Showing posts with label Yaya. Show all posts

August 5, 2010

Hari sukan yaya ahad lepas

Dear Yaya,
First of all sorrylah ye sayang ammi lambat buat entry pasal sukan yaya, kita sibuk sikit kan dengan yaya nak exam semua..yaya kata nak dapat nombor tak lebih dari 7 kan so yaya nak buat elok2 so ammi pun tolonglah yaya men 'study' kan diri...
Ammi tak nak cerita banyak2, cerita ni pun dah lama..juz nak upload gambar2 yaya beraksi..

Yaya purple team-pagi tu start lambat coz ujan, padang basah tp semngat sukan yg kuat,
teruskan jua..

Yaya beraksi dlmn acara 'pukul bola golf style'



acara 'susun tin recycle'


Mereka-mereka yg tak berapa pay attention pada acara2 sukan, huhu

acara gelung rotan

acara tempurung kelapa

ammi join acara 'karang getah' macam zero point tu, main kecik2 dulu..
malangnya ammi 'laju' sgt, hehe..

acara penyampaian hadiah

Dengan medal nya

Over all PURPLE team menang! seronok sgt yaya! balik tu semua penat, pergi makan, balik solat then semua terbongkang! hehe..yaya lah yg paling lama tido :)
seronok ammi tengok yaya sukan, seronok lagi tengok yaya gembira team menang!
Till next year sukan lagi..

Blogger Templates
Blogger Templates

July 29, 2010

AIR MANIS dan MUKA MANIS

Scene 1

Venue: Kedai Nasi Kandar Pelita
Waktu: Di suatu petang selepas Asar

Perbualan berlaku di antara yaya dan ammi tatkala yaya sedang menikmati Air sirap bandung dan ammi sedang menikmati teh tarik kaw kaw.

Yaya: "ammi, macam mana aurat yaya"

Ammi pun menerangkan serba ringkas mengenai aurat lelaki diantara pusat dan lutut blah blah blah..

Yaya: "alamak! kalau macam tu yaya dosalah ye ammi, yaya pakai seluar pendek ni,.."

Ammi: "ala takpela sayang, takla pendek sangat, lagipun yaya kecik lagi, kalau dah besaq nanti tak boleh la ye.."

Yaya: "Ooo..tak boleh bila yaya dah keluar AIR MANIS ye ammi...

Ammi...hampir tersedak air teh tarik MANIS ammi..:-)


Scene 2

Venue: Di luar kedai spec Focus Point
Waktu: suatu malam sekitar 9pm

Kami sekeluarga baru keluar dari Tesco menuju ke parking lot, si syaik tengah membebel dan merengek nak belon tapi tak dapat...kami melintas depan kedai Focus Point yang sedang mengadakan sales.

Ammi menegur seorang pekerja Focus Point yang agak tinggi, lampai, kacak, nice looking orangnya.

Ammi: "Dik, dik, agak agak boleh ke bagi satu belon merah tu untuk anak akak yang dari tadi merengek nak belon?"

Pekerja Focus Point: "anak yang mana satu kak?"

Ammi: "tu yang comel pendek tu, pakai baju bob the builder"

Pekerja Focus Point: "Ooo (sambil senyum), boleh, mai sini adik amik belon"

Baba dah menyengih time tu, yaya macam blur je tak faham apa yang berlaku..

Pekerja Focus Point: "eh abang dia tak nak?"

Baba: "eh, tak apalah tak payah susah-susah,boleh ke bagi banyak banyak ni"

Ammi: "nak bagi apa salahnya.."

Pekerja Focus Point: "tak apelah, ambik ni, adik baby pulak  nak tak?

Baba: "tak apalah, dia kecik lagi.."

Ammi: "tak apelah, boleh je bagi nanti kang dia berebut dengan abangs dia, kami dalam family ni sorang pun tak pakai spec, selalu tak masuk kedai macam ni tapi belon tu nampak menarik, tq ye dik" :)

Pekerja Focus Point: "sama-sama.." sambil babai kat 3 budak hepy dapat belon free

Dah dekat dengan kereta..

Baba: "nasib baik ammi ni muka tak....,err MUKA MANIS kan boys, haa dapat belon, suka tak?cakap apa kat ammi" sambil gelak besar.

Boys:"suka!!tq ammeh!"


Ammi: "tau dah apa abg nak cakap tadi" sambil jelir lidah pada baba of the boys ;p

3 belon percuma merah focus point untuk 3 abdul...


Blogger Templates
Blogger Templates

April 8, 2010

CERPENTOT

Dear Yaya...

Pandai yaya menulis sekarang..
Makin kemaruk yaya nak menulis ye...
Ammi mintak izin 'copy paste' cerita-cerita yaya ke dalam blog ammi ye...
Manalah tahu, hilang yang original, at least ada yang 'back up' ni....
Jangan risau, yaya tak payah malu...this is a learning process for you ok


CERPENTOT (Cerita Pendek Kontot)
By Yaya Abdul
Bertajuk: Bacalah Sayang 
Cerita, lagu dan teka-teki dalam satu buku


1. Cita rumah 
Pada satu hari saya napak rumah catik 
lepas saya pegi rumah catik
saya balik rumah saya

(Pada suatu hari, saya nampak sebuah rumah cantik,
selepas saya melawat rumah cantik itu,saya pulang
ke rumah)

2. Lagu si lopat katak
Lopa lopa
Si katak lopa
Lopa lopa
si katak lopa lopa
saya kena maka denan buwaya

(Lompat lompat si katak lompat,
lompat lompat si katak lompat,lompat!
si katak dimakan oleh sang buaya........)

3. Cita Teka-teki
Teka - teki orang maka bayak

A- Sebab diya suka maka ayam
B- Diya maka
C- Sebab diya gemo

(Teka-teki, mengenai orang makan banyak. Adakah
kerana dia suka makan ayam, atau kerana dia kerap makan,
atau kerana dia gemuk)

p/s: Actually ammi pun tak berapa faham apa yang yaya
nak tanya dalam teka-teki ni..;p

4. Cita orag pecurik
Pada satu hari ada orag kaya
orag kaya itu kata dekat pagart diya
jagan orag pecurik masuk
ta de kata pagart diya
jagan orag pencurik masuk lepas pegi tido
Lepas pagart tido orag pecurik masuk

(Kisah si pencuri-Pada suatu hari si orang kaya
mengingatkan kepada Pak guard nya supaya jangan 
beri pencuri masuk ke dalam rumah. 
Tetapi malangnya Pak guard tertidur, si pencuri
pecah masuk ke rumah orang kaya)

Abis Cerita ya..(sekian terima kasih)

Keep on writing my love...
Photobucket

March 26, 2010

26 Mac 2003, 1.25a.m



Dear anakanda sulungku yaya,
Genap 7 tahun lepas lahirlah yaya ke dunia, yaya lahir pada hari rabu, 26 Mac jam 1.25 pagi bertempat di HUKM berberatkan 2.55kg @ 36 minggu, 4 minggu awal dari due date. Ammi mengalami masalah air ketuban yg berkurangan dan terpaksa ammi di induce kan, Alhamdulillah yaya dilahirkan secara normal....
Di bawah ni gambar yaya beberapa minit selepas lahir,masih dalam labor room. Kelihatan ammi agak monyok tapi ceria.. Gambar adalah agak blur..maklumlah yaya lahir zaman kamera filem lagi, gambar ni di scan oleh baba, yang lain-lain banyak dalam album, dalam kotak kat umah tokma, malas ammi nak bawa setiap kali pindah..tunggulah ammi dan baba beli umah sendiri nanti kita punggah semua ye.



Gambar kat bawah ni pula dengan tokma (belah kiri) dan nenek, masa ni kita nak balik dah dari hospital..
Untuk tokma, yaya ni cucu sulung, untuk nenek no 3..

Time yaya dalam pantang, agak kuning yaya ni..


Yaya ku sayang,
Yaya kecik-kecik dulu tak la kuat nangis sangat, kuat nenen teramat, tak mau makan, tak mau isap botol..tapi yang pelik badan yaya macam di pam-pam, dgn muka ala korea, kulit putih gebu, bertahi lalat manis di bawah dagu belah kiri, ber lesung pipt di sebelah pipi kanan... yaya menjadi pujaan ramai....Sedara mara dan kawan-kawan ammi bg macam-macam nick name kat yaya..ada yg panggil Shin Chan, Michelin, Ah chong dan mcm-mcm lagilah..Ammi tak kisah, yang penting yaya sihat, & tak banyak ragam..


Ammi time dapat yaya baru je 23 thn, ammi kawen dgn baba alhamdulillah rezeki terus dapat yaya, ammi kawen dgn baba just after abis degree, so ammi memang tak sempat job hunting pun time tu, job yang ammi dapat.....Jaga yaya full time, memang best! just the 2 of us time tu..Baba balik kerja petang, its the 3 of us in our own little world..
Yaya's 1st raya
Trip to A Famosa waterpark
As you grow older, yaya become less chubby tapi still cheeky, pergi mana-mana je jadi tumpuan..orang cina ingat yaya anak angkat....mamak kat kedai mamak suka sangat dgn yaya, mesti yaya dapat treat selalu..,.makin yaya aktif, makin susut, hilang ketak-ketak Michelin semua..

Yaya,
Now 7 years later, u are a big boy, dah ada dua adik pun..yaya lah role model untuk adik syaik dan waidi. Yaya lah yang ammi harap boleh bantu ammi di rumah, tengok-tengok kan adik bila ammi busy, tunjuk teladan baik pada adik-adik. Ammi ucapkan Happy 7th b'day to yaya..Moga yaya jadi very-very good boy, jadi insan yang berguna dunia akhirat, jangan nakal-nakal, jangan buat ammi dan baba tension-tension..rajin-rajin solat..rajin tolong ammi..rajin belajar ye sayang..


.Ammi loves you soooo muchh!!
Photobucket

March 11, 2010

Exam result

Dear Yaya,
Dalam kesibukan pelajar lepasan SPM mengambil result mereka, yaya pun tak terkecuali mendapat result first exam yaya, ammi feels proud of you. Ammi tak kisah sangat pasal resultnya becoz ammi tau yaya did your best, yaya study/revise tiap malam, yaya betul2 serius dalam study yaya. Mula2 yaya macam tak suka sekolah kat Malaysia, yaya selalu compare dgn school kat Aussie yg more towards "learning thru play" compared to here that are more towards "academic oriented". Tunggu lah kut baba jd Minister of Education boleh tukar sistem, huhu..Tapi as time goes by, yaya are more adapted.Alhamdulillah ammi pun lega tengok yaya adjusting well here.


Berikut adalah results subjek-subjek yaya (ranking from lowest to highest)



  • Bahasa Arab - 72%
  • Pendidikan Islam - 76%
  • Science - 92%
  • English - 95%
  • Pendidikan Jawi - 96%
  • Bahasa Melayu - 96%
  • Mathematics - 100%

Ammi ucapkan tahniah utk yaya , you deserved this, you did your best.
Also tahniah utk acik adah, adik kepada baba yg resultnya  agak-agak ok la, dan tahniah untuk adik mak long bib yg mendapat result insan yang yang cemerlang.
Keep it up my boy! nanti kita balik umah tokba , kita mintak tokba belanja ek, hehe..
Mmmuaahh...
Photobucket

March 8, 2010

Shopping list

Dear yaya,


One sweet saturday evening, while ammi was cooking in the kitchen, ammi was saying out loud to baba things that needed to be bought the next day at TESCO. Ammi was going to make a shopping list later as there was so many things..


You overheard ammi & volunteered to write down the list of things. So you took ammi's little note book & your pencil, sat down  & begun writing whatever ammi said. You never asked for any spellings whatsoever...


This is what the shopping list looks like: 


Barag basah

sayo
ayam
naget
bega
min sewit 

Barag kerin

beras
vono
roti
magi
jasoberi
perago
bisukut oriyo
soso siram
soso tayi
cis
vatejen
gula
susu marigol
sirial ammi

Layin-layin

penodo
boto yaya
boto babi
makanan babi
buku yaya
habiyah zube

Toletelis

ph 5.5
2 in 1
pat ammi
babi puya sabun
ubat gigi
vaniyi

At the bottom of the list you wrote -masa da tamat


Maybe some day when you can read & write properly, you'll laugh your head off. Baba & ammi certainly did!
You light up our day darling
Thank you for helping ammi write down the list, ammi will keep that list forever..
It's so precious, your first ever shopping list...
love you to pieces...
Photobucket

March 6, 2010

Kad cinta dari yaya..

Al kisah..


Seorang budak bernama yaya balik dari sekolah dlm keadaan monyok/mogok/muncung..


Apabila disoal, rupanya mogok baba tak belikan sharpener baru menngantikan yg hilang kat school hari tu..


Maka turunlah baba nya ke ground floor semula beli kat kedai runcit SJM MART..kaler red, harga 20sen..


Mogok yaya tetap berpanjangan..,rupanya hendak kan sharpener ada bekas boleh tampung sampah sekali tu...


Baba kata "nantilah besok sabtu kita pergi beli"..


Ingatkan monyok bertukar jad senyum, tp sangkaan ammi salah, yaya tetap monyok sebab benda nya belum berada di tangan..


Jeling tajam je pd ammi dan baba..


Adik2 yaya tak di layan, buat dono je dgn syaik yg ajak main..


Adik waidi pun tak disapa, tak ditegur atau dimain cheek a boo seperti hari2 lain..


Ammi kata "kalau yaya nak terus mcm ni, semua org pun tak mau kawan dgn yaya, duduklah situ sorang2 buat hal sendirik, boh layan org mcm ni..".


Monyokkan nya berpanjangan sampai maghrib..lepas ammi solat maghrib, ammi mendapat sekeping 'kad cinta' dari yaya..



Kad cinta itu berbunyi..


Muka depan:


Ini ketas Baba dan ammi
siyapa yag pegan biya
gena cepu


Muka dalam:


I love u
ammi baba


sori ammi
sori baba
sori hamyari


geruwaga kita


hamyari
haduwa wuwadi
yaya
ammi
baba


Muka belakang:


yaya buwat ketas baba dan ammi


Yaya, yaya..ok jugak lah tulisanmu bg yg br bersekolah 2 bulan..


Ammi dan baba maafkan..
Jgn buat lg ye..
Photobucket

March 4, 2010

Exam week

Dear Yaya,


Tinggal satu hari je syg exam week yaya. Penat ye..ammi tengok yaya hari-hari balik sekolah letih je, kesian ammi tengok. Ingat ye sayang ni baru exam darjah 1, belum UPSR, PMR, SPM atau yg lebih tinggi. Yaya tak payah la stress sangat ye. Ammi tau yaya bila benda-benda berkaitan sekolah yaya memang ambil serius sampai kan bila ammi tegur ada cikgu buat silap spelling dlm buku pun yaya dah muncung, yaya takut cikgu marah, yaya takut cikgu tegur ammi tulis dalam buku yaya.


Yaya,
Ammi bukan nak buat cikgu marah ke apa ke, tapi kan dah tugas ammi utk check kerja2 dan homework yaya, bila cikgu ada buat silap, ammi akan betulkan lah, nanti yaya ingat itu semua betul. Cikgu pun cikgu biasa sayang, akan buat silap..Besok last paper yaya exam, cuma tinggal paper pendidikan seni. Yaya dah lepas paper pendidikan islam, bahasa melayu, jawi, english, bahasa arab , sains dan matematik. Ammi tahu yaya buat yg terbaik. Yaya ingat kan pesan tokma, "yaya do your best kay, yang penting yaya cuba sedaya upaya, jangan give up. If apa yg yaya target tak tercapai , tak apa. Yang penting yaya dah cuba.."





Yaya,
Kelakar pulak ammi dengar baba cerita apa yg disampaikan cikgu Izzah, cikgu kata lepas yaya habis paper sains, yaya mengeluh kuat, yaya mengeluh "eee..,susahnya nak jawab.." sambil garu2 kepala. Cikgu izzah terhibur tgk gelagat yaya, cikgu kata yaya tak perasan yaya mengeluh kuat dan ambil serius betul exam yaya. Macam ambil exam besar je. Lagi satu yg cikgu cerita, semasa paper english & yaya tak reti jawab, yaya pergi tanya cikgu jawapan utk soalan tu, hehe..gelihati ammi. yaya, yaya..


Yaya,
Sifat ambil serius pasal sekolah dan exam bagus, tp mungkin tak perlu serius sgt ye syg. Bila yaya terlalu serius yaya jd stress, yaya jadi marah2 dkt adik2 yaya if ganggu yaya. Yaya jadi marah kat ammi if ammi tak check yaya baca setiap buku teks dari mukasurat 1-50. Yaya muncug muka dgn baba if terlewat sikit hantar yaya ke sekolah.



Apa2 pun yaya sayang,
buat elok2 utk paper pendidikan seni esok.
InsyaAllah weekend ni kita gi jalan2 utk kurangkan stress dan penat yaya ye..
Photobucket

February 12, 2010

Yaya's version

Alkisah..
Malam td ammi membantu yaya dgn homework nye..
sambil2 ammi menyoal ttg rukun islam..


Ammi : ok yaya, apa dia 1st rukun islam?

Yaya : percaya kpd Allah

Ammi : tu rukun iman syg, rukun islam..mengucap?

Yaya: oh, err 2 shadat

(jamali shadat?)ammi dah tergelak sikit, tp kontrol lg nih

Ammi : k, no 2? solat, 5? ape?

Yaya : err, 5 rakaat

Ammi : 5 waktu la yaya, 5 rakaat kang ajaran sesat lak..
(ammi dah tergelak agak kuat)
k seterusnya no 3?berpuasa pd? bulan ape?

Yaya : haa! pd Ramadan kawan yaya kat school

Time nih ammi & baba dah tergelak-gelak, x leh nak kontrol dah

Ammi : k la smbg lg, no 4 pulak? mengeluarkan??

Yaya : yaya tau, kuarkan zaka

Ammi : ??? zakat syg bukan zaka

Huhu..baba dia dah gelak tak kuar suara, ammi pun dah smpi tahap nak terguling

Ammi : k, k, ni last. no 5? mengerjakan haji di ?

Yaya : ala ni senang, kat tabung haji la.

Kih kih kih, ammi dan baba dah tahap guling2, baba dah nak jatuh dr sofa. 
ammi dah terbaring kat lantai.huhuhu..

Yaya ni still in learning process, biasalah budak2. Don't worry,
ammi & baba dah betulkan mana yg salah, 
Tahap guling2 gelak tu sekadar hiburan pd mlm jumaat.
Yaya? blur je..join in the gelak tp tak faham ape joke nye.

Sekadar pix hiasan yaya at work

Photobucket

February 4, 2010

Little Owlet No 1


Little Owlet Nombor One

Oh litttle owlet what is it you want?
Ammi knows u have problem with ur 'hafazan',
As u allready knows, ammi is ready with 'bantuan',
people do say, 2 heads are better than one...

Oh litttle owlet what is it you want?
Maybe u are not really focusing, got to less 'berangan',
You always complain, whine & grunts,
Ustaz is not that fierce, just u who 'perasan'....

Oh litttle owlet what is it you want?
Ammi looks at u, ammi feels 'kesian',
You are just 7, do not feel 'tertekan',
InsyaAllah u can do it, of course u can!

Oh litttle owlet what is it you want?
Ustaz said u are improving, proud of u, well done!
Now u are happy, cheery as the sun,
InsyaAllah for ur 7th b'day, u'll get that toy gun...

Oh litttle owlet what is it you want?
You tried ur best, u can 'hafal', now that's 'balasan',
You are happy, Ustaz too, menjadi 'kesayangan',
Ammi too, is happy my darling eldest son..

Don't ever give up! my owlet nombor one..

P/s: This poem has a 'campurization' of languages,
Please do not try this at home & practise this daily *wink*
Photobucket