Friday, September 28, 2012
Al Fatihah To Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat
Thursday, September 06, 2012
Latest FIFA Ranking 5th September 2012
Saturday, May 19, 2012
Piala FA 2012
klik SINI untuk lihat gol yang dijaringkan. Youtube upload oleh sokernet.
Sejarah Piala FA
Thursday, February 02, 2012
PERANAN PENYOKONG
Saturday, December 03, 2011
Thursday, November 10, 2011
26th SEA Games - Malaysia 2 Thailand 1
Malaysia beat rival Thailand 2 - 1. Both goals from Badrol Bakhtiar and Izzaq Faris Ramlan.
Lets hope their winning ambition still fly high for the remaining games to show that 2009 Gold Medal and AFF Suzuki Cup 2010 is not just luck.
Thursday, August 04, 2011
Tahap Keselamatan Stadium Di Malaysia – Sejauhmana Selamat?
Sedih mendengar berita yang seorang penonton bolasepak, Ahmad Jazimin Jalaludin yang kehilangan penglihatan secara kekal setelah terkena bedilan mercun semasa hadir menonton perlawanan antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai 2011. Saya mengikuti berita tersebut melalui radio Era semasa dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak ke sekolah.
Mungkin itu takdir kerana Allah boleh menarik balik nikmat pemberianNya pada bila-bila masa sebagai satu ujian kepada hamba-hambaNya. Sebagai seorang Islam kita harus menerima takdir itu kerana mungkin ada rahmatNya di sebalik ujian tersebut. Namun sebagai seorang manusia sememangnya kita tidak mahu kemalangan itu berlaku apa lagi bukan oleh diri sendiri tetapi kerana kelalaian orang lain.
Ahmad Jazimin telah terkena mercun yang dibaling oleh penonton lain yang kerana keghairahannya menonton bola telah membakar dan membaling mercun itu tanpa niat mencederakan sesiapa tetapi perbuatannya menyeludup masuk bahan itu sendiri jelas di larang dan menjadi kesalahan. Oleh itu jika pembakar mercun itu berkata bukan niatnya untuk mencederakan sesiapa bukanlah satu alasan kerana beliau sendiri telah melakukan satu kesalahan. Sehubungan itu beliau adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan yang menimpa Mohd Jazimin.
Semasa siaran itu pengacara Riuh Pagi Era, Aznil Nawawi berinteraksi dengan pendengar dan ada seorang pendengar mempertikaikan bagaimana mercun boleh dibawa masuk ke stadium sedangkan pemeriksaan dilakukan di pintu masuk oleh pihak berkuasa. Memanglah benar, pemeriksaan dilakukan tetapi itu HANYA di pintu masuk. Bagiamana di kawasan lain?
Sebenarnya kawasan pagar Stadium Nasional itu sendiri bukanlah satu kawasan yang selamat dan bebas dari penyeludupan. Jika kita lihat, melalui pagar yang jarang itu bom dan sebarang senjata pun boleh dibawa masuk, jika ada yang berniat jahat. Biasanya sekitar kawasan pagar yang jarang itu, ada diletakkan pita menghalang sesiapa dari menghampiri pagar tetapi sejauh manakah ianya berkesan. Walaupun ada pita keselamatan hampir dengan pagar itu, tanpa kawalan ketat pihak berkuasa, orang ramai masih boleh menghampiri pagar.
Setiap kali ada perlawanan bolasepak dimana terdapat ramai penonton, kita akan lihat penjaja-penjaja “tidak sah” akan bertengek di tepi pagar untuk menjual minuman, makanan dan sebagainya kepada penonton yang sudah masuk ke dalam stadium. Jadi apa gunanya merampas air minuman botol (salah satu bahan larangan) di pintu masuk, jika penonton boleh membelinya melalui pagar.
Satu lagi sikap sambil lewa pemeriksaan oleh pihak keselamatan juga harus dipertanggungjawab. Misalnya saya petik laporan Berita Harian, “Rakannya, Mohd Azhari Ariffin, 29, berkata beliau kesal kerana aspek keselamatan tidak dititikberatkan pada perlawanan itu memandangkan ketika masuk ke dalam stadium, anggota keselamatan yang mengawal pintu masuk tidak membuat pemeriksaan rapi, sebaliknya hanya bertanya sama ada beliau membawa pemetik api”.
Sebaliknya kita patut akui bahawa pihak keselamatan tidak mampu untuk mengawal jumlah penonton yang begitu ramai. Sebab itu setiap kali ada perlawanan bolasepak, pasti bahan-bahan terlarang terlepas masuk. Buktinya setiap kali perlawanan, ada bahan terlarang terlepas masuk seperti mercun, bunga api dan lain-lain. Mutakhir ialah laser pointer seperti yang dipancarkan pada penjaga gol Indonesia semasa perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki dan juga terhadap penjaga gol Singapura semasa satu tendangan percuma diberikan kepada Malaysia. Mungkin jika tanpa gangguan pancaran laser oleh penonton tidak bertanggungjawab itu membolehkan Malaysia menghasilkan gol. Tetapi pancaran itu menyebabkan pengadil memberhentikan sekejap perlawanan dan pemain hilang momenton.
Bagi saya pagar Stadium Nasional itu sendiri perlu diberikan perhatian sebagai alat keselamatan. Pagar berbesi jarang seperti yang ada sekarang tidak sesuai dari segi keselamatan. Pihak bertanggungjawab harus bertindak melakukan sesuatu seperti membina tembok atau mengadakan satu lagi lapisan pagar dengan jarak buffer zon yang sesuai antara orang ramai di luar dan penonton di dalam. Yakinlah kita tidak akan dapat mengubah sikap penonton. Oleh itu kita harus melakukan sesuatu untuk mengawal sikap tersebut dan mencegah sikapnya itu dari menimbulkan ketidak selesaan kepada orang lain.
My Sukan berharap Sdr Ahmad Jazimin tabah menerima dugaan itu kerana Innalillahi Wa Inna Lillahi Rojiun.
Saturday, July 23, 2011
Kelayakan Piala Dunia 2014
Monday, December 27, 2010
Twitter Dan Piala AFF Suzuki
Atas: Gambar yang didakwa menggunakan pancaran laser sementara gambar bawah ialah gambar asalnya
Sila baca juga DI SINI
Sunday, December 26, 2010
Petang Di KSN - Sebelum Final 1 Piala AFF Suzuki
Saturday, December 25, 2010
Piala AFF Suzuki 2010
Saturday, October 23, 2010
Tuesday, September 07, 2010
Zakuan Mengalami ACL
Related articles by Zemanta
Sunday, August 01, 2010
Selangor Juara Liga Super 2010
Saturday, July 17, 2010
Statistik Piala Dunia 2010
Pemenang Anugerah Golden Boot: Thomas Mueller (Jerman)
Pemain muda terbaik: Thomas Mueller (Jerman)
Penjaga Gol terbaik: Iker Casillas (Sepanyol)
Piala Fair Play: Sepanyol
Pasukan banyak menjaringkan gol: Jerman, 16 gol
Pemain paling banyak menjaringkan gol : Thomas Mueller (Jerman), David Villa (Spanyol), Wesley Sneijder (Belanda), Diego Forlan (Uruguay), 5 gol
Pasukan paling miskin gol: Honduras, Algeria, 0 gol
Pasukan paling banyak kena jaringan: Korea Utara, 12 gol
Pasukan dengan jumlah cubaan menjaringkan gol terbanyak: Sepanyol, 121 shot
Pasukan dengan jumlah cubaan paling sedikit: New Zealand, 15 shot
Pemain dengan jumlah cubaan terbanyak: Asamoah Gyan (Ghana), 33 shot
Percubaan terbanyak dalam satu perlawanan: 49 shot, Uruguay versus Ghana (suku akhir)
Percubaan paling sedikit dalam satu perlawanan: 12 shot, Ivory Coast vs Portugal
Penyelamat terbanyak: Richard Kingson (Ghana), 24 kali
Pasukan paling sering melakukan pelanggaran: Belanda, 126 kali
Pasukan paling sedikit melakukan pelanggaran: Korea Utara, 26 kali
Pemain paling sering melakukan pelanggaran: Keisuke Honda (Jepun), 19 kali
Pasukan paling sering dilanggar: Andres Iniesta (Sepanyol), 26 kali
Pasukan paling sering dilanggar: Sepanyol, 134 kali
Pelanggaran terbanyak dalam satu pertandingan: 55 kali, Paraguay versus Jepun
Pelanggaran paling sedikit dalam satu pertandingan: 13 kali, Jerman vs England
Pasukan dengan kad kuning terbanyak: Nederland, 22
Pasukan dengan kad kuning paling sedikit: Korea Utara, 2
Pertandingan dengan kad kuning terbanyak: Sepanyol vs Belanda, 13
Pasukan dengan umpan terbanyak: Sepanyol, 3.802 passing
Pemain dengan umpan terbanyak: Xavi (Sepanyol), 669 passing
Pasukan belum pernah kalah dalam Piala Dunia : New ZealandPasukan paling sedikit mengumpan: New Zealand, 663
Jumlah gol: 145
Jumlah kad kuning: 256
Jumlah kad merah: 17
Sumber: http://terselubung.blogspot.com/2010/07/data-akhir-piala-dunia-2010.html
Wednesday, July 14, 2010
Azrai Khor Meletak Jawatan
Catatan: Posting ini baharu dipublish selepas pengumuman resmi dibuat oleh Setiausaha Agong FAM dan disiarkan melalui Buletin Utama malam ini (14 Julai 2010)