Wednesday, July 07, 2010

Ramalan Paul Tentang World Cup Palsu?

Dalam FIFA World Cup 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang dan sudah sampai ke peringkat akhir, satu perkara yang menjadi perbualan ialah ramalan seekor sotong bernama Paul dan mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Paul ialah seekor sotong kurita yang dipelihara di Aquarium Sea Life in Oberhausen dikatakan telah mula membuat ramalan perlawanan sejak Euro 2008 lagi. 

Walaupun lima ramalan Paul berkaitan dengan pasukan German adalah tepat, tetapi ada sebuah laman telah melaporkan ramalan Paul itu adalah satu pembohongan melalui kaedah photoshop. Saya perturunkan gambar yang mendakwa ramalan itu satu usaha penipuan.  Selepas melihat foto di bawah terpulanglah kepada pembaca sama ada hendak percaya atau tidak. Sila klik laman web yang membawa tajuk: Desperate Spain Fakes World Cup Octopus Prediction.

Saya suka memetik apa yang ditulis dalam sebuah blog yang menulis beginiWorld Cup Fans, Spain is going to win the game if the Octopus is right. But if you believe in hard work and the performance,then the one who deserve should win the game. 

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger