9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, December 11, 2015

Suami Eksiden Patah Tangan

Allahuakbar... Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat sihat. Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat sakit.. Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat kaya dunia.. 

Sepanjang Disember ni banyak sangat dengar musibah menimpa orang.. Yang tak pernah sakit mati tiba-tiba.. yang itu yang ini.. bila haritu Zass! kena kat diri sendiri. rasa terduduk sekejap. Allah..

Masa dapat berita buruk ni aku dari Perlis on the way back to KL selepas 3 hari berjalan ke rumah abang bersama family. Hasben tak ikut sebab kerja. Dengan izin dia aku dengan anak-anak je yang ikut. Dapat call daripada hasben tengahari tu. Dengan nada cemas dan menahan sakit dia cuma bgtau dia eksiden, patah tangan dan ada di hospital.. Allah... :'(

Kalau boleh terbang rasa nak terbang je haritu. jauhnya perjalanan ku rasakan. maghrib baru kami sampai direct terus ke KPJ Damansara tengok hasben kat sana. Luluh nya hati tengok tangan sebelah tergantung tidak mampu berfungsi dengan baik lagi.. :(

Mujurlah kami ada Medical Card. Dapatlah hasben berehat dengan selesa kat hospital tu. Kami anak beranak pun dapat tido sekali temankan. Hasben suruh gak balik kesian kat anak-anak tak selesa tido tapi aku nak temankan dia kat sana. Lagipun susah pulak aku nak berulang jauh dari rumah dengan anak-anak. Sekurang2 bila aku ada boleh tolong mandikan hasben, boleh tolong pakaikan baju, suap makan, etc.. 

Hasben discaj lepas 2 malam kat wad. Now bertukarlah rutin harian aku. daripada jadi supermak sekarang dah bertambah jadi superwife. Kena jaga 3 beranak kat rumah. Dengan anak-anak melasak, pergerakan suami pula terbatas.. Allah betul-betul menguji aku kali ni.. :'(

Ya Allah moga dengan ujian kecilmu kali ini buat aku lebih kuat dan sabar.. moga dengan ujian kecilmu ini aku peroleh pahala sebagai ibu dan isteri.. 

Aku penat.. tapi apa mampu aku buat? Aku cuma minta Allah bagi aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua ni..

Orang takkan nampak apa yang kita hadapi. Mungkin pada dasarnya orang lihat kita ok tapi hakikatnya hanya Allah mengetahui...

Moga aku sabar tempuh hari2 mendatang ni.. 

doakan aku ye kawan-kawan.. :(

nanti got time aku update lagi. till then!

Sunday, November 29, 2015

Danish Harraz 1 Year Old

Errr... bad mommy.. baru sebok nak update anak dah masuk umur setahun hehe.

How fast time flies.. sedar tak sedar Danish Harraz dah masuk setahun 7 November haritu.



Takde big party just pegi makan2 dengan family kecil kami. Hanya Doa yang mampu mommy panjangkan.. agar anak2 mommy sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan membesar jadi HambaNya yang soleh.. mommy harap diberikan kesabaran yang tinggi untuk menjaga dan mendidik anak2 mommy.. Amin...



Danish 1 year dah pandai berjalan.. Alhamdulillah cepat juga progress dia as a boy.. orang kata boy ni biasanya lambat sikit tapi memang ye compared dengan dhia danish agak lambat sikit meniarap, merangkak, berjalan. Lambat sikit je lah. Dhia dulu 11month dah berjalan adik setahun baru pandai berjalan.

Gigi adik pun lambat je tumbuh macam kakak dulu hehe baru 3 batang. 2 batang bawah sebatang atas. Adoiii bila menyusu datang geran dia tu menggigit nak terputus rasa oiiii!



Boy dengan girl memang nampak beza dia. Adik ni 'gagah' semacam kakak walaupun ganaz tapi masih nampak kelembutan dia as a girl hehe.. apapun, moga anak2 mami membesar dengan baik ok.. :)

I love you to the moon and back!

Wednesday, October 21, 2015

Kenangan Semalam....

Bismillah..
Assalam readers...

wahai mood berblog. datanglah! :P

jam sekarang menunjukkan 3.04 am... wah3 kau My... punya serius nak update post pukul 3 pagi pun kau tak tido lagi mentang2 esok 'tak keje' hahaha

Haha actually aku dah tido before 10pm tadi. Aku biasa memang macam ni lah. tidokan anak dengan aku hanyut sekali makanya aku tido dulu bangun kemudian untuk urus apa patut hehe. Biasanya aku sibuk dengan urusan bisnes tapi pagi ni aku pilih untuk berbelog jap. dengan harapan semoga aku lebih bersemangat untuk aktif kembali memandangkan esok (eh hari ni lah) bermulalah fasa terbaru dalam hidup secara tak rasminya.. hehehe

Anyway... kenangan semalam dah ku tinggalkan di belakang. Namun, aku tidak akan melupakannya.. never!

aku doakan mereka2 yang aku tinggalkan berjaya dalam setiap apa yang mereka lakukan.. begitu juga aku... semoga istiqamah...

InsyaAllah....

Friday, October 2, 2015

Istikharah Cinta

Adeh... Ingatkan dah ada app blogeroid rajinlah sikit hapdet kan. ko tengok ko tengok! culas jugak hahaha. ampunnn

Workload sikit recently. but still under control. sejak schedule KTM bertukar haritu aku jarang sampai stesen kat rumah aku tu on time 7pm. Masa busy dengan meeting kat ofis baru2 ni lagila keluar ofis lambat sampai rumah paling lambat 8.30pm.. what a tired day... sobs

aku penat aku lambat ok lagi. yang aku terkilan bila ben (enchek somi) pun terpaksa balik lambat sebab belum settle keje so anak terpaksa ambil lambat jugak. adehla... Dengan dhia yang dah petah tu.. aku sampai2 depan rumah BS je.. "mami!!! kenapa amik dhia lambat niiiiiii penat dhia tungguuuu...".. ko rase?? hahahaha

maca tu lah rutin aku everyday.. wakeup early at 4/5 am in the morning... and balik rumah paling awal sampai pun 7pm+ ... Malam tu ada 2 3 jam je masa bermain bersama dengan anak2.. sebelum diorang masuk tidur dan ulang rutin yang sama.. :) 


Anyway.. semalam 1 October 2015 aku dah buat satu keputusan besar dalam tempoh 28tahun hidup menumpang kat bumi Allah ni.. Aku tatao apakah itu yang terbaik tapi aku buat keputusan tu setelah fikir semasak-masaknya dan berbincang dengan shuben. Aku dah habis menangis.. aku dah istikharah... hati aku masih kata aku mahu pilih jalan ini... so that is the final...

Aku harap Allah berikan aku kekuatan.. n korang pun doakanlah aku dipermudahkan ye..

Nanti bila dah settle everything aku share kat belog ye..

huuu tu je nak hapdet...

okbai

Wednesday, September 16, 2015

Happy Birthday Malaysia!

Minggu yang pack. Kat ofis dari pagi ke petang meeting.. 2 hari semalam keluar ofis lambat dan sampai rumah pun dah gelap. sobs.. 2 hari esok akan ada meeting lagi and ada beberapa kerja perlu diselesaikan. dah lama tak rasa sesibuk ni. pfffft~

Alhamdulillah... cuti Hari Malaysia harini dapat bernafas sikit, walaupun kat luar jerebu tak baik2 lagi. hehe.
hari malaysia
tq google
masa yang singkat ni moh lah kita golek2 dengan anak-anak sorga kesayangan. Kesian anak2 ambil haritu dah malam. Kalau laki aku pun banyak kerja dua2 lah balik lambat. Macam Isnin haritu lepas maghrib baru aku sampai, laki aku tak balik lagi Dhia dah tunggu depan pintu rumah bs huhu. Semalam nasib laki dapat balik awal sikit so dia ambil Dhia Danish dulu. pukul 6 lebih keluar opis, 8.30pm baru aku sampai rumah. sobs

Dhia aku balik je... "mami dah balik? Dhia tak nangis kat rumah ibu..." selalu sangat lately dia cakap macam tu, bagitau yang dia okay untuk tinggal kat rumah ibu dan dah tak nangis2 lagi macam sebelum2 ni. mami pun respond... "good girl.. macam tu la anak mami.. "... Tak sampai hati senanya hari2 terpaksa tinggalkan dengan orang sehari suntuk. Lagi2 Dhia dah petah and faham. huuuuu...

Dah2 tamo cakap pasal isu berbangkit nih. eh? haha. maybe it's the time to do 'something'... xpela, istikharah dulu... semoga Allah tunjukkan jalan... Amin..

Dah jom kemas2 rumah sket sementara anak2 sorga tido lagi. Harini ada project nak bagi kat Dhia hehe...

oh. Happy Birthday Malaysia! I'm proud to be Malaysian! Happy holiday uols! ke mana harini? hehe kurangkan aktiviti luar hokay udara tak sihat ni.. :)

Till then! 

 

Tuesday, August 18, 2015

Hello blog... hidup lagikah awak? :P

Assalam...

hehe as usual lah kan nak sebulan baru ada entry baru haha. mahap. sobs. 

Syawal dah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Sempat jugalah join rumah terbuka di hari-hari terakhir Syawal. Malah dah masuk 1 zulkaedah pun ada lagi yang masih buat open house haha. That's my Malaysia.. puasa sebulan.. raya pun sebulan haha. siap plus 1week after hehe.

So what's update? Me, myself macam biasalah rutin as working mom.. Kakak dah semakin petah bercakap. dah pandai buat muka dengan mommy haish.. adik is turning 9 month baru-baru ni and for sure pun dah makin lasak hehe. Baru ni dah pandai duduk sendiri yeay kipidap adik! 

Aku niat ni nak kembali aktif berblog. tak dapat blog kat opis aku blog kat rumah. kan ada app blogger (ada dah senanye haha). will see how... jangan hangat2 taik ayam macam biasa...

now tengah pikir... apa topik aku nak up hahahaha..

okbai.


Tuesday, April 14, 2015

Befday Hubby ke -30 dan Bekerja Sendiri

7 April baru-baru ni laki aku genap umur 30 tahun. Selamat melangkah ke alam 3-series sayang.. bukan masih berbaki 3-kuota hokay haha.. :P 

Aku? eh aku masih sweet 20's... bagi lah aku jimba2 sat dengan angka '2' ni lagi hahah... 


Befday hubs tak kemana pun. On the day aku cuti jaga anak while hubby pegi kerja. Malam tu je lepas Maghrib kitorang makan2 di Secret Recipi. Biasanya tiap2 tahun macam tu je lah. Takde special gift pun haha sebab aku ni tak reti nak bagi2 hadiah. Aku dah cakap ngan laki aku nak hadiah ape name it je tapi dia tak nak so as usual aku banjer makan je la. heheh

Sekarang ni schedule kitorang everyday agak lari sikit sebab hasben dah benti keje hakiki. Berhenti kerja hakiki means dia dah bekerja sendiri sepenuh masa. Bisnes yang dia handle secara part time since 2006 sebelum ni dah dijalankan sepenuhnya secara sepenuh masa. 

Bisnes apa?

Bisnes kecik2 je. Buat bisnes Aircond dan Electrical Wiring. But major dia adalah Air-Conditioner. Barang kelengkapan bekerja sikit2 dia kumpul since awal2 bukak bisnes dulu n now Alhamdulillah dah complete n ada transport sendiri untuk berulang alik buat kerja. Beli van second hand oklah daripada tak hado kan bertahan sampai bila Wallahua'alam but aku harap by the time dia mintak 'tukar' masa tu duit laki haku dah kepuk2 la haha.

Aku harap laki aku dipermudahkan dengan urusan kerjanya. Sian aku tengok balik kerja penat. Mana tak kalau sebelum ni keje dalam building but now ke hulu ke hilir dia pergi rumah customer. Petang dah rushing nak amik bini nak amik anak2... Dah rezeki dia kat situ... So biar lah dia dengan kepakaran dalam bidangnya... Aku mampu doa je lah.

Aku? Aku tiada kepakaran haha. Memasak pun aku masih fail.. :P Bisnes? InsyaAllah ada minat dan masih aktif berbisnes tapi masih perlu banyak belajar... :)

hii okbai.. :P


 

Thursday, November 6, 2014

Selamat Bersalin....

..... taik... :P

Hiii... Belum ada post pasal pengalaman bersalin kan anak ke-2.. :P Yes, aku belum bersalin lagi.. baby masih aktif dalam perut.. -.- So, bersalin taik je lah hari2 ngeh3....

At last aku dan hasben decide untuk bersalin kat PMC dengan Dr Wan Ratna. So bermakna due date aku jadi lewat lagi seminggu sehingga garis penamatnya adalah pada 9hb November ni. So boleh jadi aku sekarang dah 40weeks+7days atau ikut private aku 39weeks+. Kalau ikut LMP aku senanya date yang tepat adalah 30 Oct. Tapi baby tak nak jugak keluar nak buat camne kan. Doc Ratna pun advise tunggu sehingga 9hb since baby okay je and kalau boleh dia taknak induce2 biar natural baby tu nak keluar.

Entahlah, memang jenis aku ni lambat bersalin atau adakah aku ditakdirkan 'kena paksa' bersalin baru baby nak keluar? Oh baby, bagi lah mami sakit cepat.. :'( Kalau by 9th ni takde tanda2 juga maknanya kena induce lah jawabnya. Sama macam dhia dlu. Sakitnya contraction subhanallah Allah je lah yang tau. Tapi Alhamdulillah aku sakit 2 3 jam je terus bersalin. But this time? Wallahua'lam. Aku harap baby keluar lebih awal dengan turun tanda. Kalau kena induce redha je lah tapi harap2 dapat normal delivery lagi. Baby last week scan je dah 3.3kg. Might be lagi besar atau lebih kecil. Tapi biasanya mungkin lebih besar... +-600g... kemungkinan baby menjangkau 4kilo adalah tidak mustahil!!! Ya Allah nebesnya makkkkk!!

Aku dah start MC since Rabu last week. Doc bagi mc sehingga aku selamat bersalin. Nak ke kerja memang tak larat dah. Tulang pelvik ni dah sakit sangat. Nak bangun pun adui macam orang obes dah. Bila malam plak sakit macam2 tang perut ni tapi bukan contraction sakit main2. Susah aku dapat tido lena sekarang. Sepanjang siang memang duduk rumah je sambil buat keje2 rumah n senam mana yang larat. Dhia hantar pengasuh nak jaga dia sampai hasben balik memang aku dah surrender dah.. Sorry dhia.. :(

Kadang2 rasa tension pun ada.. dah buat macam2 nak suh baby kuar cepat tapi tak jugak kuar.. kawan2 asyik tanya je dah beranak ke belum.. Kebanyakan kawan2 yang due dekat2 ngan aku pun ada yang dah bersalin.. mana aku tak stress.. :( Segala wassap fesbuk aku kurang nak jengah.. Sorry la kawan2 yang aku xreply tu.. jiwa berkecamuk kekdahnya selagi baby ni tak selamat ada dalam pelukan.. :'(

Korang2 yang aku kenal.. yang kenal aku.. kalau selama kita kenal aku ada buat silap maafkan aku ye.. halalkan semuanya... doakan lah aku dipermudahkan bersalin dan doa2kanlah baby nak keluar dengan seikhlas hatinya bukan dipaksa2.. :( Aku tak sabar nak gomol baby ni.. huuuu

Walaupun dah ada pengalaman bersalin nebes tu tetap ada.. pengalaman kali ni mungkin tak sama macam sebelumnya kan. Apa2pun aku harap aku dan baby kuat dan selamat.. Ya Allah.. tenangkan hati aku.. permudahkanlah aku ya Allah.... Amin ya Rab...

Korang, doakan aku tau!!!


Monday, October 27, 2014

Saya Belum Bersalin hehe

Baaa chak! hehe. Aku belum beranak lagi. 39 minggu dah sekarang. And harini kali terakhir aku gi checkup kat Klinik Kesihatan.

Kalau ikut gomen, aku dijadualkan kena serah diri pada 30hb ni (due to GDM). Kalau ikut private aku bersalin 9 November.

So, skrg ni aku dalam dilema tatao lah nak ikut mana. Doctor Wan Ratna yang aku selalu checkup dengan dia kat PMC Sg Buloh tu tengah bercuti sehingga 2 November. Dia kata akan ada replacement Doc perempuan lain kalau kata aku bersalin masa dia takde. Harap2lah. InsyaAllah kalau sebelum 30hb ni nak terbersalin aku akan ke private dan serah diri dengan Doc perempuan tu. Nama pun aku tatao haha. Kalau kata takde Doc perempuan n aku nak bersalin dalam tempoh terdekat ni terpaksalah serah diri di gomen. Yela, dari aku mengangkang depan Doc lelaki di private lebih baik aku cuba di gomen mana tau bernasib baik dapat Doc perempuan kan.


30hb ni aku ada checkup kat private dengan doc perempuan lain tu. So aku takkan serah diri kat gomen dlu kot. Will see how. Kalau perlu 31hb baru aku ke gomen. Kalau rasa aku boleh tunggu lagi then aku mungkin akan tunggu Dr Wan Ratna balik. Yela, aku tak pernah bersalin kat private kan so aku pun tak boleh nak buat keputusan yang cepat dan tepat. Lagi2 bila kat gomen Doc sahkan aku diabetic (on diet control), di private dia takde pantau pun aku ada GDM ke tak ke, bagi doc aku ok je. dia scan baby pun ok. So dia memang tak ubah EDD asal aku 9 november tu. Dia suruh stick with that date.

Kenapa private ada dalam list? Bukan sebab keselesaan je jadi keutamaan.. tapi aku nak kan doc perempuan. That's it. ye aku tau bersalin kat mana-mana pun sakit tetap sama (typical orang kita, suka ckp gitu kan....). Tapi situasinya berbeza... tak faham tayah kondem2 hokay.. :P

Tanda2 bersalin? Belum ada lagi. Setakat sakit2 perut sakit2 pinggang tu ada lah. Aku pun tak pernah alami tanda2 hampir nak bersalin macam mana memandangkan dlu Dhia pun aku 1st experience, kena serah diri dan induce baru sakit datang. So, aku takleh nak cakap kali ni macam mana.. yang penting sakit tu bukalah contraction sebab contraction sakit yang konsisten. 

Aku harap2lah aku akan bersalin dalam masa terdekat ni. Aku harap2 ada turun tanda. Aku harap2 la tayah nak paksa (induce) bersalin baru baby nak keluar. n aku harap2 dan berdoa sangat aku dapat bersalin dengan doc perempuan.. tak kisahlah bersalin kat private or gov.

Pray for me pls... 


Thursday, October 23, 2014

Dhia recover + 39 weeks of pregnancy

Alhamdulillah... Dhia dah baik demam. Camne bleh baik? Kena duduk rumah bermanja dengan mommy baru dia ok.. :P Cuma masih berbaki batuk dan selsema. Rasanya demam sebab tumbuh gigi kot? entahlah aku pun tatao gigi yang ada tu tumbuh masa bila. Sebab banyak sangat plak yang naik.. 

Perubahan sejak demam ni, dia tak bernafsu untuk makan. Puaslah pujuk makan nasik makan mee itu ini dia tak berapa nak. Biasanya sebelum ni pantang nampak mommy makan bernafsu nak makan sama tapi sekarang ni sikit tak heran. Adakah sebab gusi dia bengkak tak selesa nak makan? Atau selera dia terhadap makanan dah berkurang? Entahlah. Tapi menyusu kuat... Sekejap2 nak susu.. so oklah kan cover balik dengan susu takdelah dia kelaparan. Hopefully selera makan dia datang baliklah lepas ni. Kalau tak aku kena ON Mealshake Shaklee lah jawabnya huhu.

Oh I am 39 weeks already...! Sekarang ni malam susah sangat nak tido, malam tadi je bape kali perut aku rasa tak sedap macam krem. Aku tatao lah itu contraction ke false contraction kepejadahnya tah yang aku tau memang sakit... susah betul nak lena.. Dah la susah nak tido dengan Dhia plak asyik merengek2 bangun. Terpaksa aku kejutkan daddy dia buatkan susu, tidokan dhia apa semua nak harap aku sorang memang tak larat. Nak bangun dari pembaringan tu pun Allahuakbar cukup seksa.

Dalam masa tunggu hari ni aku masih pergi kerja. Nak ambil cuti awal? Macam malas. kang tiba2 tengah ambil cuti terbersalin pulak dah membazir cuti kan. Aku suka simpan cuti untuk waktu2 genting macam anak sakit... kecemasan itu kecemasan ini... senang. Kalau takde benda penting memang aku sayang betul nak cuti. Yela kita dah ada anak ni bukan tentu kan. Ada masa2 macam Dhia demam baru2 ni takkanlah aku nak lepas tangan hantar dia kat babysitter pulak. Nak harap laki aku memang aku tak harap sangat yela nama pun bapak, lelaki.. kang Dhia yang jaga daddy bukan daddy jaga dhia hehe. Lagipun cuti tahun laki aku dah abes. Ni kang nak tambah cuti aku bersalin pun dia kena ambil unpaid. huuuu 

Korang doa2lah aku cepat bersalin. Turun tanda tayah serah2 diri pi induce macam dulu.. T__T

Lagipun aku tak sabar nak gomol2 baby baru ni uuuuuuuuu



 

Friday, September 12, 2014

Doktor tukar EDD Aku Bakal Bersalin Hujung Oktober!

Assalam..

Walaupun xde idea dan masa tetap nak update.. so kita make it fast n sukati aku nak karang macam mana.. :P 

Last weekend as usual sabtu di rumah dengan Dhia while hasben at work. Ahad pegi Sunway Lagoon hehe. Tahun lepas pun dah pergi tahun ni pergi lagi. Tiket FOC sape taknak pergi.. :P Tahun lepas Dhia baru nak bertatih.. tahun ni dia dah pandai jalan so besh sikitlah nak bawa berjalan kan. Tapinya, dia takut air.. mula2 punya lah payah nak bawa masuk air.. mungkin takut ke gayat ke entah lah tapi menangis tak hengat… Aku paksa jugak duduk2 kat air tu lama2 dia ok tapi setakat kat tepi-tepi je lah dia berani haha. Kena ajar slalu pegi kolam/pantai ni kalau idak kang smpai beso takut hehe. Kalau kat rumah tu pantang ajak mandi.. sampai taknak keluar sebab nak main air. Tapi setakat air dalam baldi je la hehe.

Monday aku MC.. jangan tanya kenapa. Biasalah orang mengandung bukan tentu tahap kesihatannya kan.. :P

Oh I went to checkup with gynae recently. Awalnya malas sangat nak follow appointment hosp tu yelah 2 minggu sekali kena g KK, sebulan sekali kena gi hospital (semua gara2 diabetic). Malas sebab kacau waktu kerja.. memanglah boleh masuk lambat ambil time slip tapi tetap macam tak besh kan. Tau je lah gomen kena tunggu berjam-jam.. -.- So, atas dasar sebab hospital ada yang lebih pakar untuk tau tahap kesihatan aku, aku pegi jugak. N luckily aku pergi hrtu sebabnya EDD aku dah tukar!

Awalnya dulu kalau ikut LMP (last month period), EDD (expected due date) aku 30 oct 2014. Tapi doc tukar2 jadi 9 nov sebab masa tu period aku tak regular bcoz of breastfeeding. Tapi masa checkup doc scan perut aku yang 31 minggu, dia kata baby besar… 31 minggu tapi baby macam dah 33 minggu. Alamak! Lepas tu doc kira, buat ukuran, graf, bla bla, which is aku tengok details jugak lah. N she said, KK should not change your EDD. 30 oct 2014 is the correct one. Gulp! Baiklah. We stick with 30th Oct 2014. Aku pun kurang konfiden dengan doktor kat KK.. ala bukan doktor betul pun pegawai perubatan je.. muda lagi pengalaman pun seciput dua. ngeh3. Doc hospital ni nampak lebih meyakinkan sikit. weee~

So maknanya, baby aku ni taklah besar tapi membesar mengikut date yang betul hehe. So, I’m officially 8month 1 week??? What???!!! Ok sebulan lebih je lagi. Or might be less than that?? Waaaaaaa! Tiba-tiba rasa seram sejuk. How fast!!! Bersediakah aku? Fuhhh fuhhh…. Sekarang pun dah terasa perut berat ke bawah. yela kepala dah pusing bawah.. nak terkencing selalu jangan cakaplah setengah jam tah bape kali aku kuar masuk toilet. huuuu~

Baju-baju baby baru start basuh first trip hrtu. Ada lagi baju-baju Dhia, mitten booties semua aku belum kemas n basuh. Erkkk… beg hospital pun tak kemas lagi hehe. N nak bersalin kat hospital mana pun aku tak decide lagi uwwwaaaaa! Aku plan nak pegi private tapi ada a bit takut bila dengar kes-kes kena ceaser... Yela sebab aku tatao nasib kali ni macam mana kan. Dhia dlu pun tak turun tanda. Sampai overdue n kena induce baru datang contraction n bukak jalan. Fuhhh, setiap perancangan Allah itu ada hikmahnya, InsyaAllah… aku yakin kali ni pun aku boleh normal dan lahirkan adik Dhia dengan jayanya… InsyAllah… moga Allah permudahkan!!! Amin Amin Amin Ya Rabb....

Haha korang mesti boring kan entry aku takde gambar.. :P Bukan apa, malas nak attach haha.. Lagipun pakai laptop, gambar dhia pun banyak dalam henpon bila nak upload kena transfer kat laptop. Leceh haha. nak pinjam gugel pun malas.. kiki.

Nanti next entry aku bubuh gambar banyak2 eh.. :P

Ok till then! ^_^









Friday, July 25, 2014

SELAMAT HARI RAYA

Makin dekat nak raya, makin kuat ingatanku pada arwah abah.. :') Raya pastinya agak suram tanpanya di sisi lagi.... Abah... moga abah tenang di sana... Amin...


Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua readers.. :) Ampunkanlah sekiranya ada tersalah taip sepanjang aku berblogging.. Maklumlah, aku insan biasa yang tak lepas daripada melakukan khilaf... :)

Pada yang pulang berhari raya di kampung, bandar, pekan dan mana-mana yang melibatkan perjalanan yang jauh diharap korang pulang dengan selamat... Pastikan jarak kereta yang selamat, pastikan sedia mental dan fizikal sebelum memulakan perjalanan.. Biar lambat asalkan selamat ok. Sedih dengar berita-berita kemalangan jalanraya lebih-lebih yang dah dekat2 nak raya ni.. :( So, ingatlah orang yang tersayang.. pandu cermat jiwa selamat... :)

Aku? Raya pertama di rumah mertua dulu di Kepong hehe. Perjalanan InsyaAllah makan masa 40minit sahaja.. :P Itupun kena berhati-hati ye.. :P

oklah. SELAMAT HARI RAYA semua... semoga gembira dapat bersama keluarga2 tersayang.... Makan ketupat rendang berpada-pada ya... hehe.

Saat2 yang takkan aku dapat lagi...... miss u abah... :'(

Monday, July 21, 2014

Dhia, Aku, & Raya

Assalamualaikum…

Pejam celik pejam celik tinggal seminggu je lagi nak habes Ramadhan. Dan hampir sebulan gak aku tak hapdet belog hahah. Aku puasa maka belog pun puasa kekdahnya.. :P
 
Dhia dah masuk minggu ke-4 di rumah babysitter baru. Tapi…. Sampai harini bila hantar,  sampai je kat depan rumah BS dia menangis semahu-mahunya. Alahai sayu btol hati.. Dia peluk My sekuat hati meronta-ronta mintak taknak dihantar ke rumah BS… :’(

Kenapa ek. Dah dekat sebulan pun dia menangis lagi. Menangis bukan sikit-sikit.. Dia punya air mata kuar boleh tadah penuh satu baldi.. aku pergi je pandang dia aduiii sebak sangat. Tak serasi kah Dhia dengan BS baru? Tapi bila tak lama aku pergi akak BS tu cakap dhia ok je main2 dengan abang kakaknya kat sana. BS siap hantar gambar thru wassap Dhia tgh ketawa2 main. Hurm…. Entahla… harap-harap Dhia dijaga dengan baik. Sorry Dhia.. Mommy terpaksa… L

Next week dah raya. InsyaAllah akan beraya di KL dulu then baru balik ke Johor. This year will be our first raya without ABAH… Sayunya lah hati bila dengar lagu-lagu raya di corong2 radio… sayu mengenangkan abah… teringat kenangan beraya dengan abah tahun lepas. Gambar family yang dah lama tak dapat kitorang rakamkan sejak anak-anak abah dah berumahtangga… Bila dapat berkumpul complete the whole family kitorang tak lepaskan peluang tu. Walaupun masa tu abah sedang kepenatan sebab baru balik dialisis buah pinggang. Kitorang suruh abah duduk je huuu. Ntahlah. Seolah-olah semua tahu Syawal yang lepas adalah Syawal terakhir kami bersama abah… :’(



Tahun ni, mak keseorangan dengan adik-adik. Raya pertama akak yang tinggal berdekatan je turn beraya kat rumah mak dengan adik-adik yang belum kawen tu. Kitorang yang lain beraya di rumah mertua dulu. Raya ke 2 atau ke 3 baru balik sana. Sian mak… :’( Semua orang pasti sangat2 rindukan abah… Abah, My harap abah baik-baik je di ‘sana’… Semoga abah tenang dan bahagia di alam sana… InsyaAllah My takkan lupa doakan abah… L

Persiapan raya tahun ni, boleh tahan. Mak buyong nak jugak bergaya di hari raya. Last minute masih sempat klik sana klik sini soping raya.. ish. Walaupun hati agak sayu sebab macam-macam jadi skrg ni… Dengan saudara-saudara Islam yang ditindas di Palestin… dengan kejadian pesawat MAS MH17 yang ditembak dan terhempas… MasyaAllah… apa nak jadi dengan dunia sekarang? Betullah, kita dah berada di penghujung dunia… Tunggu masa je… Allah… banyak dosa aku di duniaMu… Ampunkan aku ya Allah… :’(

Lets pray for Gaza... Pray for MH17... moga kita semua di bawah lindungan Allah SWT....








Pengedar Shaklee anda: 

Maizatul Akma ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife 
Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Thursday, June 19, 2014

I'm 19 weeks!

Salam.

Arghhhh nape mood berblog makin kelaut ni?? :( I am almost 5 months of pregnancy now. Perut dah besar macam 7 8 bulan… -.- Owh pregnant kali ni memang terasa sangat kebesaran badan ni. Mungkin sebab kuat makan kot.. -.- Kalau 1st pregnancy dulu tak lalu makan nasik but this time nasik nasik nasik.. omg!!!!

Just imagine last check up recently berat naik sampai 4kg! 1st pregnancy setiap kali checkup naik dalam 1, 2 kg je paling banyak… perghhh dasat ko my….. -.- Checkup baru ni gak kena minum air gula.. result 7.9mmol, nurse kata tinggi so esoknya tu kena plak check gula for the whole day. Ada satu result kantoi sampai 8.9mmol… :( Mungkin ada lagi GDM lagi this time… Urghhh…

Lately badan cepat sangat rasa letih. Mungkin gula tinggi? Entahlah tapi badan ni sakit-sakit teruk. Dr hujung kepala sampai hujung kaki la rasa sengal-sengal. Ingat haritu nak gi berurut tapi akak yang aku suka urut tu fully booked plak masa tu. Kena book awal-awal kalau nak mengurut dengan dia lepas ni. Macam ni la kalau dah biasa mengurut. Tak dapat diurut adeh la badannnnn…. Nak suh suami urut tak puas… :(

 Fuhhh… +- 4months lagi… longgggg way to gooooooooooo….. Tapi tak larat nya macam dah sarat. Ok my! Sila control makan! Konsisten suplemen!  >_<

Ya Allah permudahkanlah perjalanan kandunganku……. Amin…..



 

Thursday, May 15, 2014

Baaa Chak! :P

Assalamualaikum readers… :)

Hiiii as usual suka2 hati mak je nak hapdet bile kan… :P Owh I miss my ‘blogger’ part time job… :P yang ada masa untuk update post… yang ada banyak idea untuk story mory personal life and sharing tips! Dah 2 tahun kawen pun masih tak pandai nak manage 24jam/sehari… urghhh…. How bad……

Anyway, just back from Wesak holiday. Going back to Segamat to visit emak and pusara abah…. 5 bulan dah abah pergi… tapi tetap rasa abah masih ada… boleh kata saban hari ingat kat abah.. mimpikan abah… Rasa macam mimpi je yang abah dah pergi selama-lamanya…. We miss u abah… :’(

Emak semakin pulih. Rutin hariannya ke tempat kerja… kalau tak kerja ikut kumpulan marhabannya seperti dulu. Tak dinafikan kalau di rumah mak mesti rasa kesunyian. Kalaulah aku boleh menemani emak setiap hari…. :(

Aku? Aku tak ingat sekarang usia kandungan ni dah berapa minggu hehe. 13weeks+ kot ngee~ maklumlah dah no 2 so takdelah beria sangat.. steady je.. :P Morning sickness masih belum hilang. Aku rindu napsu makan aku dengan makanan2 sedap… L Kalau masih muntah macam ni bilanya aku boleh melahap macam dulu? Janganlah sickness ni smpai bulan puasa kang. Jenuh oiii kalau tak dapat nak puasa.. :(

Dhia? Dhia dah setahun 5bulan.. J Makin cerdik… gigi baru 4 batang haih. Berlari dah macam orang tua. Dah lah kalau gi mana-mana macam shopping complex ke tak mahu kita pegang tangan. Menonong jalan sorang2 tak pedulik kat mak pak die. Nak bebas katanya grrr. Apaknye la yang kena kejar mommy xlarat huhu. Dhia sekarang faham sangat apa kita cakap. Dah boleh disuruh amik itu amik ini hehe. Dia je belum pandai cakap nak respon balik masihla dengan bahasa aliennye tu hehe. Tapi kalau kita cakap dia dah pandai mengikut. Contoh suruh sebut mommy… dia pun ikut tapi jadi mama. Sebab tak pandai nak belok2 lagi perkataan nya haha. Mommy jadi mama. Daddy jadi dada. Nenek jadi nana. Hehe. Dhia dhia…

Laki ai? Hehe. Alhamdulillah sepanjang sickness ni dia banyak membantu. Tolong tukar pampers dhia.. cuci berak dhia… mandikan dhia… main dengan dhia.. tolong kemas rumah… macam-macam la. Tq yunk… ngee~

okla tu je nk update.. :P



Tuesday, April 15, 2014

Luahan Rasa

Salam...

I am 10 weeks of pregnancy now, still in critical time... with sickness. Masih bekerja macam biasa eventho kadang-kadang i can't focus on my work. one task yang biasa amik masa sekejap dah berlarutan dengan begitu lama. Arghh... :( MC? rasanya dah lebih 3 hari MC kot sepanjang pregnant ni... 

Anyway, Dhia baru je recover from Chicken Pox. Siannya. Daddy dah cuti few days jaga Dhia haritu. Mommy memang tak larat nak jaga. So hantar gi rumah MIL mintak tolong jaga eventho MIL pun bukan larat sangat. Maap mak... critical sangat dah... :( aku ni kalau boleh nak baring n rehat je all the time... :'(

kadang-kadang i feel sebak. feel lonely. Sebabnya i have no one in KL. Tiada mak tiada abah. tiada adik beradik sorang pun. Kalau ada, boleh jugak ngendeng2 kat diorang mintak tolong kan. But then. nobody... :( husband ada semuanya di sini. Mak bapak... siblings. Tapi keluarga sendiri tak sama dengan keluarga orang lain. Feeling bersalah jugak kalau nak mintak tolong. Plus, kakak abang hasben pun banyak tanggungjawab n komitmen. Apetah lagi masing2 punya family dan anak kecil. hurm.

Hasben all the time keje. Isnin-Sabtu keje hakiki. Ahad, ada je orang panggil mintak tolong service aircond la... btolkan itula.. ini la... Kalau aku sihat mungkin aku redha je kena tinggal. Tapi waktu2 macam ni rasa tertekan bila dia gi buat keje. Dah tu nak buat macam mana redha jela.. customer dia lama tunggu mintak tolong itu ini. So Sunday aku akan lepak dengan Dhia dekat rumah MIL sampai hasben siap buat keje. Yela nak duk rumah berdua dengan Dhia aku belum cukup larat. So kalau gi rumah MIL ada backup huuu. Itupun letih. Berehat kat rumah sendiri dengan rumah orang lain tak sama.. :(

Lately ni selalu teringat arwah abah. Boleh kata everyday mimpi dia... teringat dia... terbayang2 lagi kenangan-kenangan dengan abah... Ya Allah... aku rindu sangat2 kat abah. Akak post gambar baru-baru ni. Gambar buah-buahan kat keliling rumah abah. Buah-buahan yang abah tanam tengah berbuah lebat. Doyan belanda, betik, mangga.... Subhanallah lebat betul buahnya lagi-lagi mangga. Kalau abah ada lagi konfem dia dah buat jeruk simpan dalam peti ais.. :') Banyak jasa abah pada tanah. Alhamdulillah... Abah... kitorang sume rindukan abah... tak dapat bayangkan Ramadhan yang tak lama lagi ni tanpa abah... :'( Smoga abah tenang di sana... semoga abah ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman... Amin....

Sekarang ni, aku nak baik dari alahan. Kalau xbaik lagi memang sume keje tak jalan. kain baju dah sebulan tak berlipat. Nak cari suar dalam pun duk bongkar2 gunung kain oiii. haru tak. Oh sickness... pls go away... :'(

Buku pink tuk adik baby dah register. Checkup as usual akan pergi KK. InsyaAllah this time bersalin nak pegi private plak. will see how. n hopefully no GDM anymore kali ni. Nurse dah bagi form suh minum air gula tapi aku mintak hold dulu at least smpai baik alahan. Tak sanggup oiii minum air gula time mabuk2 ni... :'(

Urghhh. okla sekian luahan rasa untuk harini. Tah hape2 hapdet kan. dengan gambo takde ape takde. aaahhhh ade aku kesah... -..-

okbai. tenks le rajin bace kome oiiii... doakan aku ye! hihi.

 

Thursday, February 27, 2014

baaaa chak! :P

Seems like I only blogposting once in a month… how fast time flies! Dah sebulan rupanya tak post entry huhuhuhu. See see how busy I am? :P

Sedih senanya… sebab tak boleh nak manage 24hourse per day yang Allah bagi sebaiknya. Always rasa tak cukup MasyaAllah… L

Anyway, latest perkembangan? Makin ‘berkembang’. Tataolah apa yang aku makan weh. Ok I admit that I memang kuat makan.. cannot handle… T__T

N pejam celik pejam celik dah almost 3 month abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Makin lama abah pergi.. rasa makin rindu.. rindu.. dan rindu.. saban hari aku masih teringatkan arwah abah. Masih merasakan abah ada… ada kat kampung bersama mak..  :’(

Mak? Aku yang dah 26 tahun jadi anak abah pun masih terasa inikan mak yang dah hampir 40tahun hidup dengan abah… Luaran mungkin mak nampak okay tapi hatinya Allah saja yang tahu, lagi-lagi bila duduk kat rumah dengan adik sorang tu je I’m sure mak mesti sangat lonely… kat group wassap family pun dia slalu type muka sedih… n aku tahu ada peluang mak mesti akan nangis sorang-sorang dalam bilik. Tabahlah emak…:’(

Dhia? She turn 1 year n 3 month this coming 3rd March.. J Subhanallah dak kecit sorang ni. Aktif sangat! Sampai kadang-kadang mommy rasa hilang sabar nak melayan. Dhia Dhia… keletahmu sangat membahagiakan mommy n daddy… J Dhia sekarang dah pandai… dah faham apa yang kita cakap and bertindak mengikut arahan hehe. Dah pandai amik remote bila disuruh, dah pandai amik pampers bila mommy cakap nak tukar, dah pandai buang sampah ditempat yang betul.. dah tau rasa sedih bila kena marah… bijak sangat! Geram! Dhia kuat makan tapi gigi baru naik sebatang huuuu… lambat beno naiknya. Mommy hari-hari pikir nak bagi dhia makan apa yang sedap dan sesuai so that dhia boleh kunyah. Cepatlah tumbuh gigi sayang……

Myself? Baik-baik je. As I said, makin berkembang. -.- Tengah loaded of work at office. Dah lama rasanya tak ada banyak kerja macam ni. Lagi-lagi kalau kerja yang perlu gunakan akal untuk berfikir.. memang agak stress… L Dah lah tengah rasa demotivated untuk bekerja. Rasa nak duduk rumah je jaga anak n buat bisnes kecik2 tapi belum boleh terlaksana. I wish one day….. InsyaAllah….

 

Monday, August 19, 2013

Testing testing 123

Bismillah…………..
Testing.. testing  123… 123!! Hiiiiiiii hello eberibadi… miss me? :P

Baru lepas tebas semak samun di belog naïf ku ini kikiki… homaigod!!! Sebulan lebih tak hapdet hokayyy!!!  Maaf teman-teman.. mood ke laut.. ditambah busy dengan kehidupan.. eceh.. :P ok seyes I have no idea what to blog eventho I’ve lots of story to write here!! Just dunno where to start where to end… kosong! Sudahnya semua terbengkalai dan tak terhapdet. Kalau korang login ke belog ku ni banyak benau post yang save as draft.. semua separuh jalan… T____T

Setelah merasakan diri ini amat melampau makanya hari ini ku UP kan jugak post dengan harapan selepas ini mood dan idea kembali merasuk jiwa agagagaga… :P

Owh.. Selamat berpuasa yang dah lepas.. -.- dan Selamat Hari Raya. Puasa penuh ke yu olsss…. Ai is ingat dapat puasa penuh tahun ni memandangkan masih breastfeed si kecik tapi punah harapan bila kena ganti puasa 6 hari… huuuu redha je lah……

Ya Allah rasa macam baru pulang dari penjara… banyak cerita kengkawan yang My tak hapdet walaupun sebenarnya My selalu je ada di belog cumanya, tak hapdet n kurang berblogwalking…. Ye.. sangat kurang…. 0.01% barangkali… =(

Rindu pada korang… masih ada lagi ke korang kat sini? Hihi.. How’s life??? Takpe nanti ku terjah sorang-sorang hokay…. My sekarang okay2 sahaja. Sejak-sejak dah raya ni badan semakin membulat gara-gara tak boleh benti makan… =( Dhia? She’s already 8month+ now!!! She’s growing!!! Badan da panjang hokayyy…. Dah laju sangat merangkak dan dah mula memapah dan berdiri… kejap2 ada juga dia cuba berdiri tanpa berpaut apa-apa… haish berani budak kecik ni kita yang  tengok takut hihi.

Dhia dah kenal sangat dengan muka mommy n daddy… seyes! Rasa vangga pun ada hehe… Sekarang ni ke mana-mana pun mesti cari mommy n daddy… Kurang nak dengan orang. Cuti raya balik kg langsung tak mahu nenek dukung. Kejap2 je nak. Oi anak… nenek itu yang tolong bersengkang mata jaga kau masa mommy lahirkan kau dulu tau…. Hehe. Memang rasa vangge bila die kanal kita mommynye tapi agak susah jugak bila tak nak orang mommy nak membuang tinggal kejap pun terpekik tangisnya grrr….

Dhia dah pandai babai sekarang… bila sebut babai laju je tangan dia melambai… sekarang tengah train dia belajar salam tangan n flying kiss pulak hihihi…. Dhia cepat belajar… seronok sangat… ramai cakap mungkin cepat dhia berjalan nanti.. InsyaAllah… gigi pun belum tumbuh. Xpela mungkin anak mommy nak berjalan dulu kan? =)

Ok lah ni je untuk hari ini… sebagai permulaan kepada pemangkin semangat baru… pemangkin sangat…. :P Nanti My hapdet lagi k. Cerita warna-warni hari raya coming soon!!! =)



 

Monday, April 15, 2013

Mommy Gagah!


Kami tiga beranak tak sihat. Mula-mula Dhia diserang selsema+kahak.. berjangkit pula pada mommy n daddy. Sudahnya Dhia pun kena balik selsema. Huuuu sorry sayang mommy terkiss lebey-lebey ngee~. Pelik. My ni jenis yang jarang nak demam, selsema semua ni. Tapi this year dah 2 kali demam. Adeh. Ikutkan badan ni memang tak larat. Flat je rasa kat rumah tapi demi tanggungjawab sebagai isteri dan mommy kat rumah tu, ku gagahkan jua.

Beruntunglah jadi seorang lelaki, suami dan daddy kan. Tak perlu beranak… Tak perlu fikir bape banyak botol susu dan jumlah oz nak dibekalkan pada pengasuh.. tak perlu fikir berapa helai baju, berapa helai seluar, berapa helai sarung kaki nak diletakkan dalam beg dhia untuk bekalan seminggu ke rumah pengasuh, Tak perlu fikir berapa banyak baju anak yang masih muat dipakai, hanya tau bila si mommy mula buka suara perlu beli baju yang baru. Tak perlu basuh baju anak… tak perlu lipat baju anak… Tak perlu mandikan anak… Tak perlu berjaga malam untuk susukan anak…

Apa yang daddy tau? Tukar pampers Dhia (in case mommy has another thing to do)… Rendamkan susu dalam air panas and feed Dhia (In case mommy has another thing to do)… Tidurkan Dhia (In case mommy has another thing to do)… yeah… Itupun only a few times yang berjaya… if not, mommy jugak yang kena tidokan Dhia…  Mandikan Dhia? “Tak reti… nanti mommy complaint tiak Dhia leher Dhia masih berdaki..”… Lipat baju Dhia? “Tak reti”… Bila daddy tahap dah try the best tidurkan Dhia, tapi Dhia taknak tidur ditambah dengan mengamuk… “yang tolong.. Dhia taknak tido lah.. cuba bagi susu (direct feeding)”… hurm… mommy jugak……

Ye… kadang-kadang diri ini sangat stress. Enchek hubby memang helpful. Bukan jenis lepas tangan kalau kat rumah.. Tapi mungkin dah lumrah keje-keje di atas memang semuanya untuk seorang isteri dan seorang ibu makanya sangat tak sempurna bila diserahkan pada seorang yang bergelar lelaki dan bapa. Is it? Or… Daddy yang taknak belajar untuk jadi sempurna?

I’m solute to all mommies yang bergelar housewives out there! Sesungguhnya anda di rumah bukan duduk goyang kaki je.. hanya kami-kami yang bergelar isteri dan ibu ni je tau dan faham betapa ‘robot’ nya anda di rumah. Jadi housewife pun perlu kekuatan mental dan fizikal hokay… Sangatlah dukacita jika seorang suami tidak memahami tugas kita sebagai isteri dan ibu. Tugas kita lebih berat dari tugas mereka ditempat kerja. Exactly! So… sangatlah hebat jika seorang ibu bekerjaya mampu menggalas tugas sebagai isteri and mommy at the same time is it? Mana nak fikir soal kerja di office… mana nak fikir pasal suami n anak-anak di rumah… All tenaga need to be divided into all things… fuuhhhh…. Am I great? Hihi…

Hiii… meroyan plak. Saje je. Nak release ketensenan + kepenatan diri ini… Yang penting, saya sayang keluarga saya! Anda bagaimana? huuu…

Till then!








Pengedar Sah Shaklee anda:
Maizatul Akma
ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Wednesday, April 10, 2013

24 jam = 24 saat


Nak kata busy.. not really. But 24hours given per day ku rasakan seperti 24 saat. Yeup I even dunno how to manage my time….-.- Bangun seawal 5.30 am. Setengah jam untuk diri sendiri ; mandi, solat, pump, dan sediakan keperluan nak gi keje dan Dhia nak ke rumah pengasuh. Around 6.15am kejut daddynya plak mandi2 n solat sementara My melayan Dhia yang biasanya dah bangun seawal 6.00 – 6.30 am. Pegi keje before 7.30 am right afta hantar Dhia ke rumah pengasuh. Sempat breakfast dengan enchek hubby and akan sampai office before 8.30 am.

Kalau takde urusan kerja akan balik around 5.30 – 6.00pm. Sampai rumah before 7pm and terus gi ambil Dhia kat rumah pengasuh. Kalau Dhia tido awal ada la extra time untuk My rehat-rehatkan diri. If not.. akan berganti-ganti dengan enchek hubby mandi, solat, makan. Seketika letak Dhia depan tibi bagi dia layan babytv okaylah jugak. Tapi kalau dah sampai masa dia bosan berbunyilah dak kecit tu so kenalah layan dia.. sampailah bila dah berjaya tidurkan dia… baru ada masa untuk diri sendiri. Biasanya around 9pm ke atas. Itupun bukan boleh duduk-duduk saja… dok cuci-cuci botol Dhia… kemas rumah ke.. lipat baju  ke… Fuhhhh… Kalau dah takde apa nak buat seusai Isya’ dan pump susu je memang My dah letak kepala atas bantal. Tapi selalunya lewat gak. Around 11pm – 1 am. Tu belum masuk waktu berjaga malam untuk susukan Dhia. Pagi-pagi esoknya 5.30am dah kena ulang balik rutin yang sama huhu.. see? tak cukup bagiku 24 jam kan ngee~

Kalau My gi keje merempit as usual dengan hubby bolehlah gerak seiring dengan masa 24 jam tu. If not, kalau ada urusan keje macam meeting ke, etc My terpaksalah naik komuter. Sementara enchek hubby kena balik dulu ambil Dhia. My hanya akan sampai rumah around 8pm ke atas. Bila dah balik lambat mulalah kelam kabut macam tak cukup masa.. dengan Dhia tak tidur lagi… Biasalah biasanya tangan mummy dia ni je yang Berjaya tidurkan dia.

Fuhhhh… begitulah rutin harianku sebagai mummy bekerjaya. Ini baru sorang anak kalau 2,3,4,5,6,7?? Wallah….! Hehe. InsyaAllah… alah bisa tegal biasa. Kami tak serik pun ada anak… Pakallah Dhia kecit lagi kalau idak memang nak bagi adik-adik dah ni hahaha…

Anyway, Dhia semakin membesar. She is 4 month+ now. Berat? 5.9kg. Huuuu tak berapa nak berat kan. But still normal. Mungkin mummy dia kurang makan makanan berkhasiat sebab tu Dhia pun tak banyak naik beratnya. Entah benarkah? Anak yu ols yang breastfeed tu biasanya berat monthly naik banyak tak? Dhia around 400-500g je. Takpelah. Yang penting masih berat yang normal dan anak mommy sihat… :)

Perkembangan? She is very talkative! Ada je benda nak diboraknya lagi-lagi kalau dengan daddy haih~ Meniarap belum lagi. Tak sabar nak tengok Dhia meniarap… merangkak… cepatlah besar sayang!

Oh ye! isu pengasuh dah settle. Errr at this moment la... Hehe. Third baby sitter yang on the spot pi hantar haritu yang jaga. Dah masuk minggu yang kedua n kakak tu tak pernah plak merungut. Bila tanya Dhia ada buat hal tak dia kata biasalah kalau baby kecik menangis tu. Dia dah biasa jaga anak orang so bagi dia budak meragam, menangis perkara biasa yang dia boleh handle. Alhamdulillah… harapnya Dhia okaylah dengan baby sitter yang baru ni. Setakat ni My boleh gi lagi lah dengan dia walaupun sehari 3-4 pasang Dhia berganti baju sedangkan My bagi betul2 cukup untuk 5 hari… -.- BS tu mandikan dia 3 kali sehari okay. Panas katanya so dia mandikan Dhia bagi segar sikit… adeh~ apa-apalah yang penting Dhia baik-baik je.

Yu ols apa khabar? Dah lama tak BW. Nantilah ada masa My jengah okay.. :)

Till then!

Pengedar Shaklee anda:
Maizatul Akma ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife 

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers