9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label persiapan bersalin. Show all posts
Showing posts with label persiapan bersalin. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Dhia recover + 39 weeks of pregnancy

Alhamdulillah... Dhia dah baik demam. Camne bleh baik? Kena duduk rumah bermanja dengan mommy baru dia ok.. :P Cuma masih berbaki batuk dan selsema. Rasanya demam sebab tumbuh gigi kot? entahlah aku pun tatao gigi yang ada tu tumbuh masa bila. Sebab banyak sangat plak yang naik.. 

Perubahan sejak demam ni, dia tak bernafsu untuk makan. Puaslah pujuk makan nasik makan mee itu ini dia tak berapa nak. Biasanya sebelum ni pantang nampak mommy makan bernafsu nak makan sama tapi sekarang ni sikit tak heran. Adakah sebab gusi dia bengkak tak selesa nak makan? Atau selera dia terhadap makanan dah berkurang? Entahlah. Tapi menyusu kuat... Sekejap2 nak susu.. so oklah kan cover balik dengan susu takdelah dia kelaparan. Hopefully selera makan dia datang baliklah lepas ni. Kalau tak aku kena ON Mealshake Shaklee lah jawabnya huhu.

Oh I am 39 weeks already...! Sekarang ni malam susah sangat nak tido, malam tadi je bape kali perut aku rasa tak sedap macam krem. Aku tatao lah itu contraction ke false contraction kepejadahnya tah yang aku tau memang sakit... susah betul nak lena.. Dah la susah nak tido dengan Dhia plak asyik merengek2 bangun. Terpaksa aku kejutkan daddy dia buatkan susu, tidokan dhia apa semua nak harap aku sorang memang tak larat. Nak bangun dari pembaringan tu pun Allahuakbar cukup seksa.

Dalam masa tunggu hari ni aku masih pergi kerja. Nak ambil cuti awal? Macam malas. kang tiba2 tengah ambil cuti terbersalin pulak dah membazir cuti kan. Aku suka simpan cuti untuk waktu2 genting macam anak sakit... kecemasan itu kecemasan ini... senang. Kalau takde benda penting memang aku sayang betul nak cuti. Yela kita dah ada anak ni bukan tentu kan. Ada masa2 macam Dhia demam baru2 ni takkanlah aku nak lepas tangan hantar dia kat babysitter pulak. Nak harap laki aku memang aku tak harap sangat yela nama pun bapak, lelaki.. kang Dhia yang jaga daddy bukan daddy jaga dhia hehe. Lagipun cuti tahun laki aku dah abes. Ni kang nak tambah cuti aku bersalin pun dia kena ambil unpaid. huuuu 

Korang doa2lah aku cepat bersalin. Turun tanda tayah serah2 diri pi induce macam dulu.. T__T

Lagipun aku tak sabar nak gomol2 baby baru ni uuuuuuuuu



 

Monday, September 3, 2012

Persiapan Bersalin & Persiapan Bayi will coming soon!

babycenter~
My baby is almost 7 months now. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... terlalu pantas masa berlalu... beberapa bulan saja lagi mommy bakal bertemu permata hati dalam tummy ni... can't wait! :) Dulu masa di awal-awal pregnancy rasa terlalu lambat masa berlalu.. asyiklah dok menghitung hari bilalah perut nak membesar, bila lah nak rasa movement baby... his/her kicking... now... i felt all that!!! Subhanallah... indah sungguh ciptaanMu ya Allah.... :')...

Kalau dulu sebelum kawen sibuk dengan maintenance diri sendiri.. nak kawen, sibuk dengan persiapan perkahwinan.. dah kawen plus dengan maintenance suami... bila dah pregnant, sibuk beli baju maternity... haritu persiapan raya pun ala kadar je... Laa ni.... dah nak ada baby... rasa teruja sangat nak buat preparation menyambut kelahirannya nanti.... Seyes! tak sabar sangat dah ni. Setakat ni baru sikit je barang-barang baby yang My dah persiapkan. Haritu nak raya... My lepaskan raya dulu then baru fikir nak sakan mencari kelengkapan bayi... Sekarang ni kalau ada masa lapang kat rumah confirm search online shop yang jual barang-barang baby. Oleh kerana My ni agak susah nak keluar shopping memandangkan sekarang pun tengah busy dengan wedding adik ipar n hasben  pun bekerja on Saturday makanya My beli online mana yang boleh. Yang perlu beli offline My akan beli kalau ada masa nanti... :)

Perasaan nak melahirkan dan menyambut orang baru ni macam-macam ada... Rasa gembira dah tentulah gembira.. berdebar-debar pun ada.. My terfikir.. macam manalah rasanya sakit nak bersalin.. macam manalah rasanya dah ada anak. Mampu ke My pikul tanggungjawab sebagai ibu? Jadi isteri pun belum cukup sempurna.. memasak pun masih tengok buku resipi...-.-... alahai... moga Allah permudahkan proses bersalin dan permudahkan My menguruskan bakal anak yang dilahirkan nanti... InsyaAllah....

So sekarang ni maintenance mommy dan daddy tolak tepi... perlu fikir keperluan bakal anak pula... :) Barang-barang baby sekarang bukan murah.. kadang-kadang satu barang je dah mengalahkan baju orang dewasa... haih~ so, kenalah berjimat-jimat.. n make sure persiapan untuk menyambut anak nanti lengkap... :) haih eksaited sangat.. sekarang ni koje My dok tengok barang-barang baby je lah.. ni dah balik keje, mandi, makan, solat... terus online n cari kedai-kedai online yang jual dengan harga yang berpatutan... banyak jugak yang My jumpa.. Nanti got time My share dengan M2Bies out there okay? :)

See ya! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers