Bismillah
Setelah setahun berlalu, inilah posting berikutnya. Dan merupakan post pertama di tahun 2019 hahaha
.
Aku dah unpublish blog ni beberapa bulan lepas. Decide macam takde nak menulis dah kot.
.
Atas beberapa sebab, harini aku ambil keputusan untuk publishkan semula dan kembali menulis.
Dengan niat dan harapan aku akan menulis untuk bekalan ke syurga...
.
giteewwwwwww! 😹😹
.
oklah sebelum aku elaborate lebih lanjut niat sebenar aku nak kembali berblog ni izinka aku sinopsiskan kehidupan aku sepanjang setahun tak berblog ni ye haha. sudi ke baca? ahhh belog aku sukati aku laaaa hahahahahahaha
.
Aku masih seperti dulu
Gitew subtopik dia haha. ye, masih seperti dulu. Masih tu maksud aku masih setia sebagai home engineer di rumah haha. Masih dengan rutin bangun pagi solat, mengemas, siapkan anak ke sekolah, ambil balik sekolah so on so on haha. Dan tahun ni rutin tu bertukar sikit sebab Dhia dah mula sekolah, darjah 1.
.
Part time business aku pun masih Onz. Aku aktif menjual produk Pendidikan Awal. Aku suka sebab aku sendiri seorang ibu kan. Sedikit sebanyak aku tahu apa ibu lain perlukan untuk pendidikan anak-anak so senanglah aku nak consult keperluan mereka. InsyaAllah. Cuma belum jadi boss besar je lagi... hahahah.
.
Dunia bekerja? Takde terfikir nak bekerja balik. Rindu tu ada. Rindu nak me time. Rindu nak lunch dengan partner in crime, rindu nak pakai cantik-cantik. dekat rumah setakat pergi ambil anak sekolah + pergi beli ayam dekat kedai idoklah aku nak mekap cantik2 hahahahhaha.
Takpelah. Donia je semua tuuuuuuu hahaha. Back to the reality Maiiiiiii 😝
Dhia and her schooling
Alhamdulillah persekolahan Dhia baik-baik saja. Dah tak ada sistem exam2 kan so aku tak lah risau sangat. How fast time flies dah darjah satu dah anak aku huhu. Itu maknanya aku dah TUA oiiii huuuu. Oh FYI aku hantar Dhia ke sekolah swasta Integrasi. Senang campur akademik + KAFA sekali dekat sekolah tu. Lama aku fikir nak sekolahkan Dhia dulu ni. Memandangkan kami ni duduk tempat hulu-hulu kampung ni. Sekolah SK sini bercampur dengan ramai jenis bangsa dan bilangannya agak padat buat aku terfikir nak sekolahkan Dhia di tempat lain.
Masalah sosial zaman sekarang pun antara sebab aku risau nak hantar Dhia ke SK. Aku jadi paranoid bila fikir macam mana Dhia sekolah nanti, surrounding dia, kawan-kawan dia. Yelah, once anak kita dah keluar dari kepompong kita ni kita dah tak berkuasa penuh ke atas dia. Maksud aku, Dia bukan 100% milik kita dah. Tak mungkin anak dengar 100% cakap kita saja. Banyak benda yang boleh pengaruhi dia. So, aku nak dia belajar dengan suasana yang aku rasa aku lebih tenang untuk lepaskan. Dan aku nak biarlah anak-anak dari kecil hidup dengan 'agama'.. Bukan maksud aku sekolah biasa tu tiada agama, cumanya kalau aku boleh memilih yang lebih baik kenapa tidak kan? Doakan suami aku dilimpahkan rezeki untuk bayar yuran sekolah anak aku ya hehe.
Danish & Dayyan
Danish & Dayyan
Danish dah mula ke Tadika tahun ni. Kalau tahun lepas aku tak sampai hati 2 3 hari je dia ke sekolah sudahnya aku berhentikan hahah.
So tahun ni hati mak kenalah kental. Dia nangis lantak kan je. Walaupun simtom pertama kali sekolah dia tu tak seteruk tahun lepas dekat 2bulan jugaklah aku layan drama swasta Danish ni haha. Mana taknya hari2 aku kena teman dia sampai masuk kelas. Mujur lah mak kau ni surirumah. 😏
.
End up, ada one day tu Danish kata tak payah teman dah dia masuk kelas. Ehhhh betul ke anak aku ni. Aku pulak sedih. Anak aku dah besarrrrr 😔 Sekaranggggg dia pulak membebel kenapa aku ambil awal sangat dia belum puas main hahahahahhah
Dayyan InsyaAllah nak dekat 2 tahun dah bulan depan. Kejap je kan. Banyak akal dah. Tak terasa dia membesar woi pejam celik pejam celik je. Rasa macam masih baby. Dah lah masih kuat mengempeng. Adoiii camne lah nak wean off dia sok ni huhu.
Tu je lah kot nak cerita. Suami? takkan nak cerita gak kot haha. Laki aku macam biasalah masih dengan bisnes aircond dia tu. Busy kalah pak menteri. Ni baru-baru ni beli sebjijik lagi van. Korang doa2 lah laki aku berlimpahan rezekinya ye. Dapat bagi aku 10k sebulan pun jadilah hahahaha
Will see how. Kalau tiada kerajinan pun tak guna jugak betul tak. Doa-doakan lah aku diberi nikmat masa yang banyak so that aku boleh isi ruang yang ada tu untuk manfaatkan blog ni ok huhu.
Okay tu je lah nak update. harap2 ni bukan post terakhir tahun ni hahhahahahahahahahahhahahah
okbai.
No comments:
Post a Comment