9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, June 27, 2014

Dhia bakal tukar pengasuh lagi...

Tiba-tiba airmata keibuan ku laju je nak keluar bila terdetik nak up post ni.

It’s about Dhia… Lama dah rasanya tak post pasal Dhia. Hehe maaflah Dhia dulu Dhia kecik-kecik rajin mommy up pasal perkembangan Dhia tapi dah semakin jarang dan tenggelam sekarang. Bukan tak menikmati Dhia membesar tapi dah ketandusan idea dan kekangan masa…. In short, malas senanya kan ko My.. -.-‘



Anyway, Today (27 June 2014) is the last day Dhia dijaga oleh pengasuh aka baby sitter. Bakal bertukar pengasuh yang ke 4. Itupun sejak Dhia berusia 4 bulan.



Nak cerita panjang pun tak guna. Sebab malas nak fikir lagi, cukuplah aku katakan Dhia dah tak serasi dengan pengasuh sekarang. Jangan kata Dhia.. mommy pun rasa dah tak boleh giiii dah. As mom, we have instinct that sometimes we feel something wrong somewhere lagi-lagi bila melibatkan darah daging sendiri. Bukan instinct as wife je kuat tau sebagai emak pun kau boleh rasa hape! So, kalau rasa pengasuh yang kita amanahkan tu dah tak layak jadi pengasuh anak kita, lepaskan dia.

Kalau boleh nak cari sehabis perfect orang yang boleh jaga anak kita sebaiknya. Bukan dia tak boleh atau tak jaga Dhia dengan baik. Kalau tak takkan aku hantar Dhia pada dia selama ini sehingga dhia dah berusia hampir setahun 7 bulan. But, as I said.. dah tak serasi. Pengasuh pun ada sorang lagi baby berusia 7 bulan untuk dijaga. Plus, dengan keadaan Dhia sekarang yang tengah lasak (but bukan hyper!) mungkin sedikit mengganggu rutin hariannya. Maklumlah dia pun seorang emak… seorang surirumah. Perlu memasak, perlu jaga rumahtangga ye dak.


InsyaAllah, dah jumpa bakal pengasuh Dhia. Nampak lebih muda dari pengasuh sekarang (yang sekarang umur 40an… yang baru ni dalam akhir 30an mcm tu la). Tak nampak dia perfect but then tiada pilihan. We have no ther choices. Sebab tak kenal ramai orang dekat kawasan perumahan. Yang ni pun recommended by one of our friend. Bab pengasuh anak ni My tak lah terlalu cerewet… apa yang paling penting adalah, dia sayangkan budak-budak (jaga budak bukan semata-mata nak duit), jaga makan pakai anak kita dan pelihara keselamatan dia sepanjang dia berada dalam jagaan.

Berat sangat sebenarnya nak biarkan orang lain jaga anak kita, lebih-lebih lagi orang yang kita tak kenal hati budi. If I just can quit my job NOW…. L Bila jadi macam ni my motivation with work become low…. Rasa nak berhenti kerja tu tebal sangat… menangislah jugak beberapa harini mengenangkan anak… mengenangkan diri sendiri… Yes, I wanna be at home.. look after my kids… InsyaAllah… harap ini bukan niat sahaja. Enchek hasben pun dah cakap, dia akan usahakan agar one day aku boleh berhenti kerja dan bergantung sepenuhnya pada dia. But not now… dia masih memerlukan aku untuk bantu tingkatkan ekonomi keluarga kami.


Ya Allah kuatkanlah hati aku… lindungilah keselamatan anakku tak kira ketika dia bersama atau tidak bersamaku… Perkenankanlah niatku untuk menjaga sendiri anak-anakku suatu hari nanti…

Amin…. InsyaAllah…..



 

Monday, June 23, 2014

KEPENTINGAN SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

Perlukah seseorang ibu yang hamil mengambil suplemen sepanjang kehamilannya? Once disahkan positif hamil, bakal ibu tersebut pasti mencari sumber dan rujukan terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu persoalannya adalah sejauh  mana vitamin/suplemen diperlukan untuk kehamilan.

Diet yang betul dan seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Namun, berapa ramai bakal ibu yang boleh ikut dengan betul cara pemakanan seimbang tersebut? Betul tak? Contoh terdekat, aku la haha. Bab makan memang susah sangat nak control… sebab tu lah berat naik mendadak walaupun baru 5 bulan hehe.

Dulu masa pregnant kan Dhia aku memang buta bab-bab suplemen, makanan tambahan semua ni. So aku makan je lah ubat yang klinik selalu bagi tu. Iron tablet, Bcomp apa tah lagi. Tapi tak pernah konsisten pun. Sebab rasa dan bau ubat klinik sangatlah meloyakan haha. Sudahnya HB aku selalu rendah gara-gara skip makan ubat. Oleh sebab aku ni memang susah nak telan pil, nak-nak yang berbau kuat ni kan… Aku makan iberet folic je yang aku beli dari farmasi. Iberet tu lengkap dah mengandungi semua ubat-ubat yang klinik selalu bagi. Kiranya semua dalam satu tablet. So, senang. Sampai ke sudah aku telan iberet je. HB pun dah jarang turun.

Alhamdulillah pengalaman melahirkan Dhia Batrisyia tidaklah seteruk pengalaman-pengalaman lain yang pernah aku dengar atau baca (rujukan sebelum kelahiran). Malah aku seronok plak bersalin haha sebab tu laju je nombor 2 ni haaaaa hahahahhaa… :P

Bila dah masuk pregnancy kali ke 2 ni syukur aku dah mengenali suplemen/makanan tambahan. So, ubat klinik memang totally aku tak telan langsung atas sebab tahap kesedaran tentang bezanya ubat klinik dan suplemen semulajadi… J

Apa yang aku amalkan? Sudah tentu Suplemen Shaklee. Kenal Shaklee masa lahirkan Dhia. So masa berpantang dulu memang makan Shaklee je, konsisten without fail. Dan Alhamdulillah segar sepanjang hari masa berpantang. Macam tak pantang je kikiki. So bila dah jatuh cinta dengan Shaklee, sampai la niamik Shaklee je la. Yang pasti, Shaklee selamat dan 100% semulajadi. So, sangat-sangatlah berbeza dengan ubat-ubat klinik yang nurse bagi tu.

Kenapa berbeza? Sebab ubat klinik tu bukan suplemen semulajadi, ianya adalah sintetik.. J Shaklee berasaskan sumber semulajadi. Sebab tu lah ubat-ubat tu free free je dia bagi sebab pemprosesannya tidak memerlukan research atau sumber-sumber khas macam Shaklee dan suplemen semulajadi lain.. Cara ia bertindak dalam badan pun sangat berbeza. Bab ni kalau nak cerita sampai minggu depan pun tak abes haha.

So, in short apa yang aku makan sepanjang kehamilan ni?



Haaa ni dia. Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vita-C, B-Complex, Ostematrix Omega dan ESP.

Antara kelebihannya adalah:


Tapi, kalau korang jenis yang culas makan pil macam aku.. tayah amik semua pun takpe. Macam aku cuma amalkan Vita-lea dan Ostematrix saje haha. Vita-lea tu multivitamin so aku amik yang tu je all in one. Ostematrix tu aku amik sebab selalu sakit-sakit badan n kaki krem malam2. Alhamdulillah setakat ni checkup HB tak pernah low n malam-malam dah takde kaki krem lagi hehe. ESP & Omega aku cadang nak on tak lama lagi. Sebab haritu mabuk so baru few weeks ni je aku on suplemen. ESP & Omega tu aku nak amik untuk bagi tenaga, anak sihat, anak cantik, dan untuk perkembangan otak janin. InsyaAllah... :)

So, pada sapa-sapa yang nak cuba suplemen semulajadi ni bolehlah cari aku. Konsultasi percuma. Harga Istimewa (t&c applied). wokeh? :P

Jom sehat dengan Shaklee!!!

#postalaalapromosigitewwwww


yang benar,

Shaklee Independent Distributor
Rawang, Serendah, KL Sentral, Klang Valley

    

Thursday, June 19, 2014

I'm 19 weeks!

Salam.

Arghhhh nape mood berblog makin kelaut ni?? :( I am almost 5 months of pregnancy now. Perut dah besar macam 7 8 bulan… -.- Owh pregnant kali ni memang terasa sangat kebesaran badan ni. Mungkin sebab kuat makan kot.. -.- Kalau 1st pregnancy dulu tak lalu makan nasik but this time nasik nasik nasik.. omg!!!!

Just imagine last check up recently berat naik sampai 4kg! 1st pregnancy setiap kali checkup naik dalam 1, 2 kg je paling banyak… perghhh dasat ko my….. -.- Checkup baru ni gak kena minum air gula.. result 7.9mmol, nurse kata tinggi so esoknya tu kena plak check gula for the whole day. Ada satu result kantoi sampai 8.9mmol… :( Mungkin ada lagi GDM lagi this time… Urghhh…

Lately badan cepat sangat rasa letih. Mungkin gula tinggi? Entahlah tapi badan ni sakit-sakit teruk. Dr hujung kepala sampai hujung kaki la rasa sengal-sengal. Ingat haritu nak gi berurut tapi akak yang aku suka urut tu fully booked plak masa tu. Kena book awal-awal kalau nak mengurut dengan dia lepas ni. Macam ni la kalau dah biasa mengurut. Tak dapat diurut adeh la badannnnn…. Nak suh suami urut tak puas… :(

 Fuhhh… +- 4months lagi… longgggg way to gooooooooooo….. Tapi tak larat nya macam dah sarat. Ok my! Sila control makan! Konsisten suplemen!  >_<

Ya Allah permudahkanlah perjalanan kandunganku……. Amin…..



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers