Tiba-tiba airmata
keibuan ku laju je nak keluar bila terdetik nak up post ni.
It’s about Dhia… Lama
dah rasanya tak post pasal Dhia. Hehe maaflah Dhia dulu Dhia kecik-kecik rajin
mommy up pasal perkembangan Dhia tapi dah semakin jarang dan tenggelam
sekarang. Bukan tak menikmati Dhia membesar tapi dah ketandusan idea dan
kekangan masa…. In short, malas senanya kan ko My.. -.-‘
Anyway, Today (27
June 2014) is the last day Dhia dijaga oleh pengasuh aka baby sitter. Bakal
bertukar pengasuh yang ke 4. Itupun sejak Dhia berusia 4 bulan.
Nak cerita panjang
pun tak guna. Sebab malas nak fikir lagi, cukuplah aku katakan Dhia dah tak
serasi dengan pengasuh sekarang. Jangan kata Dhia.. mommy pun rasa dah tak
boleh giiii dah. As mom, we have instinct that sometimes we feel something
wrong somewhere lagi-lagi bila melibatkan darah daging sendiri. Bukan instinct
as wife je kuat tau sebagai emak pun kau boleh rasa hape! So, kalau rasa
pengasuh yang kita amanahkan tu dah tak layak jadi pengasuh anak kita, lepaskan
dia.
Kalau boleh nak cari
sehabis perfect orang yang boleh jaga anak kita sebaiknya. Bukan dia tak boleh
atau tak jaga Dhia dengan baik. Kalau tak takkan aku hantar Dhia pada dia
selama ini sehingga dhia dah berusia hampir setahun 7 bulan. But, as I said..
dah tak serasi. Pengasuh pun ada sorang lagi baby berusia 7 bulan untuk dijaga.
Plus, dengan keadaan Dhia sekarang yang tengah lasak (but bukan hyper!) mungkin
sedikit mengganggu rutin hariannya. Maklumlah dia pun seorang emak… seorang
surirumah. Perlu memasak, perlu jaga rumahtangga ye dak.
InsyaAllah, dah jumpa
bakal pengasuh Dhia. Nampak lebih muda dari pengasuh sekarang (yang sekarang
umur 40an… yang baru ni dalam akhir 30an mcm tu la). Tak nampak dia perfect but
then tiada pilihan. We have no ther choices. Sebab tak kenal ramai orang dekat
kawasan perumahan. Yang ni pun recommended by one of our friend. Bab pengasuh
anak ni My tak lah terlalu cerewet… apa yang paling penting adalah, dia
sayangkan budak-budak (jaga budak bukan semata-mata nak duit), jaga makan pakai
anak kita dan pelihara keselamatan dia sepanjang dia berada dalam jagaan.
Berat sangat
sebenarnya nak biarkan orang lain jaga anak kita, lebih-lebih lagi orang yang
kita tak kenal hati budi. If I just can quit my job NOW…. L
Bila jadi macam ni my motivation with work become low…. Rasa nak berhenti kerja
tu tebal sangat… menangislah jugak beberapa harini mengenangkan anak…
mengenangkan diri sendiri… Yes, I wanna be at home.. look after my kids… InsyaAllah…
harap ini bukan niat sahaja. Enchek hasben pun dah cakap, dia akan usahakan
agar one day aku boleh berhenti kerja dan bergantung sepenuhnya pada dia. But
not now… dia masih memerlukan aku untuk bantu tingkatkan ekonomi keluarga kami.
Ya Allah kuatkanlah
hati aku… lindungilah keselamatan anakku tak kira ketika dia bersama atau tidak
bersamaku… Perkenankanlah niatku untuk menjaga sendiri anak-anakku suatu hari
nanti…
Amin…. InsyaAllah…..