MY FOLLOWERS

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Artikel - Membuang Blog Tidak Dikehendaki Dari Senarai Blogger

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -



Assalamualaikum.....

Masalah ini rupanya sudah berzaman berlaku dalam dunia penulisan blog, kepada sesiapa yang menggunakan platform blogger ini. Halnya kalau mahu ikuti mana-mana blog dan tambah dalam senarai, senang sahaja tetapi yang menjadi masalah dan membuatkan rasa sakit hati ialah bila mahu membuang mana-mana blog yang sudah tidak lagi dikehendaki tetapi tiada butang sesuai untuk membantu membuangnya. Kalau sudah tidak berkenan, takkanlah mahu terus tersangkut memerhatikan ada dalam senarai begitu sahaja. Bukankah akan semakin menyemakkan kepala dan semakin menyakitkan hati dibuatnya?!


Jadi apa penyelesaiannya? 

Saya sendiri suka penyelesaian yang praktikal dan tidak banyak songeh. Kalau mahu baca ulasan daripada Google yang panjang lebar dan membuang masa, baik cari cara lain. Banyak cara ditunjukkan di internet. Pengguna hanya perlu terus mencari hingga jumpa yang sesuai. 

Mula-mula taipkan dalam petak enjin carian - how to remove blog from my blog list

Saya sudah baca dahulu beberapa halaman forum. Rata-rata pengguna platform Blogger memang marah dan tidak puas hati. Jadi ada seorang yang cadangkan penyelesaian seperti di bawah ini.


KLIK  https://www.blogger.com/manage-blogs-following.g  dan anda akan dibawa ke halaman ini.





Sampai di halaman ini, anda boleh klik pada ikon 'tong sampah' di hujung sebelah kanan setiap blog yang anda ikuti untuk membuang mana-mana blog yang anda mahu daripada senarai anda. Turun hingga ke bawah halaman itu dan ada butang Add jika mahu tambah blog baru dalam senarai anda. 



Sunday, October 4, 2015

Artikel - Tukar Kembali Attribute Fail dan Folder Tersorok Kepada Asal Akibat Virus

Kredit kepada: Google, laman Raymond Tech
Gambar ihsan: -



Assalamualaikum.....


Ada sesiapa pernah terkena virus komputer jenis ini?

Ciri virus ini bila menyerang anda:
  • Semua fail akan dengan attribute asalnya archive akan ditukar secara tiba-tiba menjadi hidden dengan keadaan tidak dapat ditukar. 
  • Semua fail asal akan disorok. (Jangan menggelabah dahulu sebab fail asalnya belum hilang, kena pergi ke Menu Tools > Folder Option > View dan klik pada Show hidden files untuk bolehkan komputer tunjukkan semua fail yang disorok itu)
  • Semua yang nampak macam asal itu ditukar kepada bentuk Shortcut (dengan anak panah)


Hari ini baru jumpa penyelesaiannya. Senang sahaja, mula-mula cari di Google dengan menaip how to change attributes of a folder dan lihat pilihan yang disenaraikan.





Kemudian, pilih pautan ini ( https://www.raymond.cc/blog/reset-system-and-hidden-attributes-for-files-or-folders-caused-by-virus/view-all/ ) dan anda akan dibawa ke halamannya seperti di bawah.   




Kalau anda rajin untuk membacanya, silakan baca hingga habis, tetapi kalau tidak mahu peningkan kepala dan mahu lebih cepat, skrol ke bawah dan anda diberi beberapa pilihan. Pilih yang ke-3 ( Unhide using Attribute Changer ) dan klik pada pautan Attribute Changer yang berwarna biru itu.



Segala ulasan di bawahnya boleh anda abaikan sahaja kalau terasa malas buang masa membacanya. Penyelesaian lebih praktikal dan lebih cepat mungkin pilihan buat mereka yang tidak mahu serabut dengan macam-macam masalah. Bila klik pautan Attribute Changer yang diberi, anda akan sampai pada halaman ini (lihat bawah) dan klik pada Download Attribute Changer. 




Kemudian anda akan sampai ke halaman ini seperti di bawah. Klik pada Download. Abaikan yang lain-lain.



Dan anda akan dibawa ke halaman ini. Bila keluar kotak dengan fail ac.exe, klik pada Save File. Anda boleh pilih versi mana yang anda mahu. Saya pilih versi 8.0b.



Bergantung pada di mana anda simpan (Save) perisian yang anda muat turun itu, cari di tempat anda simpan dan anda akan ada ikon seperti di bawah. Klik pada ikon berkenaan dan install perisian ini. Ikut arahannya hingga keluar arahan Finish.




Bila sudah selesai, anda boleh pergi semula ke fail yang terkena virus tadi. Klik kanan pada fail yang dipilih itu dan lihat Menu yang keluar, akan ada pilihan menu Change Attributes dalam senarainya. Lihat di bawah..





Bila sudah tukar, keadaan fail akan kembali pada asal. Boleh juga untuk lakukan proses ini pada banyak fail sekaligus.




Wednesday, July 23, 2014

Artikel - Tegakkan Kembali Paparan Video Dengan Freemake

Kredit kepada: Google, Freemake
Gambar ihsan: Freemake



Assalamualaikum.....

Dalam apa jua aktiviti, rakaman video turut memainkan peranan sebagai rekod selain daripada foto-foto. Sesudah diambil dan dilihat kembali, adakalanya sesetengah paparan tidak berada dalam keadaan atau orientation yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah jika ia adalah foto, hanya dengan klik kanan dan klik arahan rotate, dan foto akan dipusing mengikut darjah dan arah pusingan secara arah jam atau lawan arah jam dan masalah sudah selesai. 


Bagaimana pula kalau itu terjadi pada paparan video?

Baru-baru ini beberapa video sudah dimuat naik di laman kumpulan di FB dan kebanyakannya dalam kedudukan condong 90 darjah. Untuk itu, penulis dicadangkan untuk menggunakan perisian untuk memusingkan video yang boleh dimuat turun secara percuma dari internet. Maka penulis menggunakan perisian Freemake Video Converter.  Untuk mencari di enjin carian Google, taipkan rotate video software free download dan banyak pilihan akan dipaparkan.


Bila sampai di halaman Freemake ini, klik pada butang Download (hijau) untuk dapatkan setup-nya. Simbol seperti huruf 'V' berwarna oren pada butang Download (rajah di atas) adalah ikon yang akan muncul bila perisian ini selesai dimuat turun dalam PC anda nanti. Install dahulu dalam PC anda untuk membolehkan anda menggunakannya.


Sesudah install, anda boleh klik pada ikon Freemake berwarna oren dan paparan ini akan muncul.


Untuk memusingkan video, pilih video yang anda mahu dan masukkan dalam senarai. Anda boleh klik pada File dan klik Add Video atau klik sahaja butang biru bertulis +Video seperti di atas. Boleh pilih satu atau lebih untuk masukkan dalam senarai menunggu anda.



Bila muncul senarai, klik pada ikon 'gunting' seperti ditunjukkan di atas dan pilihan yang senget itu akan muncul seperti di bawah....
 


Untuk pusingkannya, boleh klik butang rotate (warna hijau) atau klik kanan tetikus anda dan pull down menu akan muncul seperti di atas. Dalam pilihan ditunjukkan, boleh untuk pusing arah jam (Rotate CW) atau lawan jam (Rotate CCW). Boleh juga kalau mahu Flip.


Selepas klik, keadaan yang sudah dibetulkan akan ditunjukkan seperti di atas. Klik OK.


Pergi semula ke senarai menunggu anda, dan klik Convert. Boleh pilih dari pull down menu atau ikon dalam barisan di bawah senarai berkenaan.  Dalam pilihan ini, anda boleh tukarkan format video anda kepada pilihan lain yang anda mahu sama ada MPEG, MP3, MP4, APPLE, dan sebagainya.  Dalam pengalaman ini, penulis pilih untuk tukarkan format sedia ada kepada MP4.


Pilih tempat untuk simpan pada kotak Save As: Komputer akan buat salinan bagi setiap fail pilihan anda yang sudah dibetulkan orientation paparannya.  Klik butang Convert berwarna biru.


Paparan di atas akan muncul. Tunggu sehingga proses converting selesai.


Bila selesai, klik OK dan Close. Lihat di tempat simpanan fail yang anda pilih dan salinan fail dengan format baru dan orientation baru akan ada di situ.


Jika mahu teruskan kerja-kerja converting ini, klik File dan Add Video seperti di awal tadi. Terlebih dahulu, pergi dahulu ke senarai menunggu terawal dan klik Edit. Pilih arahan Remove All dan buang dahulu semua yang ada dalam senarai tersebut. Jika anda teruskan converting video anda tanpa membuang senarai terdahulu (tidak kiralah ada satu atau lebih video dalam senarai anda), komputer akan convert sekali lagi semua yang ada dalam senarai berkenaan sekaligus, yang lama dan yang baru. Ini akan jadikan fail video redundant.


Selesai!


Selamat mencuba!

Tuesday, March 4, 2014

Kesihatan - Menggunakan Dinding Sebagai Medium Senaman

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine



Assalamualaikum.....



Kaedah tanpa sebarang peralatan mahal untuk dapatkan bentuk tubuh idaman anda. Dengan hanya menggunakan dinding di rumah anda sebagai medium, apa yang anda perlukan hanyalah kaedah untuk melakukan senaman ini. Gunakan kaedah ini untuk mencantikkan dan membentuk perut, pinggul, peha, lengan dan seluruh badan anda. 










KLIK SINI untuk mengetahui lanjut tentang kaedahnya.

Friday, December 13, 2013

Artikel - Muat Turun Video Dari FB

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Sudah lama tidak paparkan entri tutorial sebab kebelakangan ini berdepan dengan demam belajar seni beladiri dengan senjata.. uhukk..uhukk.. Kemudian dalam entri yang selainnya ditulis tentang apa yang belajar dalam kelas. Mungkin itu bukan sekadar luahan (hehehe..) tetapi juga boleh jadi tutorial mempertahankan diri. Mungkin sedikit (jangan pening dengan ulasan, itu cuma tulisan. Bila buat, cuma beberapa saat sahaja  :-P) tetapi diharapkan masih boleh beri sedikit manfaat buat semua.

Ada masalah untuk dapatkan video untuk ditonton daripada sumber Facebook? Manalah tahu kalau suatu hari nanti video yang dipos di laman berkenaan sudah dibuang atau akaun yang berkenaan tidak lagi aktif tetapi masih mahukan video berkenaan tanpa perlu bergantung pada Facebook lagi. 

Sebenarnya penulis sendiri pun awalnya pening juga fikir bagaimana cara untuk dapatkannya, tetapi pakcik Google kata usah bimbang sebab dia ada jawapannya. Ente hanya perlu tanya di kotak enjin carian disediakannya. 



Ini jawapan pakcik...uhuk..uhuk...





Pengunjung boleh ke laman WikiHow ini (KLIK SINI) atau ke FBDown jika video berkenaan adalah private (KLIK SINI) sebagai kemudahan untuk dapatkan video berkenaan. Jangan lupa, anda kena lihat juga kalau aturan/setting video berkenaan sama ada public atau pun private. Laman WikiHow ini hanya mengehadkan muat turun kalau video itu bukan private. Jadi anda perlu ke laman FBDown. Panduan untuk menggunakannya juga disediakan (KLIK SINI) tetapi kena rajin sedikit untuk baca.

Untuk mudahkan pembaca, di sini saya berikan contoh untuk video yang private.


Mula-mula pergi ke laman video berkenaan dan klik kanan. Klik pada View Page Source dan akan keluar kotak dengan kod HTML di bawah.



Salin semua kod ini (tekan Ctrl+A kemudian Ctrl+C) dan lekat (Ctrl+V) pada kotak disediakan di FBDown seperti di bawah. Sesudah lekat, klik pada butang Download di sebelah kotak tersebut.



Kemudian klik pada butang Download Video in High Quality dan akan keluar kotak kelabu seperti di bawah. Pilih Save File dan klik OK.


Selesai!





Thursday, August 15, 2013

Seni & Kreativiti - Buat Peminat Arena Fotografi

Kredit kepada: Blog
Gambar ihsan: Blog


Assalamualaikum....


Asalnya saja-saja gatalkan tangan untuk buat carian foto di Google, tetapi terpandang pada satu ikon foto yang paparkan gadis yang cukup menawan dan cantik. Wow! Terpesona sekejap bila lihat fotonya. Penulis kemudian cuba klik pada pautan tersedia dan dibawa ke laman ini ( http://mohdyouharman.blogspot.com/ ).

Rupanya laman ini merupakan blog kepunyaan seorang jurufoto. Bukan setakat yang cantik-cantik sahaja dipaparkan dalam entrinya, foto landskap, kereta dan ada banyak lagi yang ditulis dan boleh dijadikan panduan terutama kepada mereka-mereka yang berminat dalam arena fotografi secara profesional. Ada entri yang memberitahu tips dan jenis lensa kamera yang boleh diguna selain ada juga entri dipaparkan memberikan tutorial untuk menjadikan foto yang di-shoot kelihatan lebih menyerlah dan lebih sempurna. Anda boleh pergi sendiri ke laman blognya seperti di atas.


Atau jika mahu terus ke entri berkaitan, di sini penulis berikan beberapa entri sebagai permulaan:


http://mohdyouharman.blogspot.com/2011/08/eye-enhancement-part-1.html
http://mohdyouharman.blogspot.com/2013/04/how-to-get-soft-skin-without-losing.html
http://mohdyouharman.blogspot.com/2013/06/toksah-dok-syoq-sendiri-na.html
http://mohdyouharman.blogspot.com/2013/08/applying-softlight.html
http://mohdyouharman.blogspot.com/2013/02/kene-rajin-xde-pilihan.html
http://mohdyouharman.blogspot.com/2012/12/ayunee-azmee-strobe.html
http://mohdyouharman.blogspot.com/2011/08/faq-frequently-asked-questions.html
http://mohdyouharman.blogspot.com/2011/08/resize-for-facebook.html













Cantik? Fuhh! Cairrr!!















Dengan kemahiran sebegini, yang tak cantik pun akan jadi menyerlah. Bak kata penulisnya di salah satu komennya, dia amalkan teori Ada Cahaya Maka Ada Warna.

Fuhhh!! Nice!!