MY FOLLOWERS

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

Berita - Malaysia Bakal Naiktaraf Aspek Keselamatan Siber

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia bakal menaiktaraf aspek keselamatan siber bagi mengawal pengaruh pengganas dalam talian. Beliau berkata tindakan ini juga adalah bagi menghalang rakyat negara ini daripada direkrut oleh mana-mana kumpulan pengganas.

Beliau yang juga Menteri Perumahan berkata kepada wartawan negara ini selepas pertemuan dengan rakan sejawat Itali, Angelino Alfano ketika membincangkan kerjasama dalam menangani masalah seperti pengganas, migran, pemerdagangan orang dan jenayah terancang. 

Pihak Itali melihat masalah keselamatan siber dengan serius dan memperuntukkan €150 juta (anggaran RM672.7 juta) bagi penguatkuasaannya. Malaysia perlu bertindak segera untuk mengawal sebarang percubaan untuk merekrut ahli kumpulan pengganas secara dalam talian. Polis pula perlu peruntukan yang besar untuk menguatkan aspek teknikal dalam penguatkuasaannya termasuk pengurusan.

Malaysia juga merancang untuk menghantar pegawai polis dan kastam ke Itali bagi melihat lebih dekat negara itu mengatasi masalah jenayah terancang dan imigresen.

Dalam lawatan 3 hari berkenaan, beliau juga bertemu dengan Ketua Polis Itali, Alessandro Pansa dan Ketua Jabatan Kebebasan Awam dan Imigresen, Mario Morcone. 



Sumber anti godam:  SINI  |   




Friday, October 23, 2015

Artikel - Ikon Emoji Jari Tengah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Ikon mencarut sudah ada ..... Whatta F********* ??? 





Apple telah memperkenalkan beberapa lagi ikon emoji yang baru termasuk ikon jari tengah. Simbol tangan yang bermaksud kasar ini, ada dalam pelbagai warna mengikut ton kulit. Ikon terbaru ini merupakan sebahagian daripada 150 karakter emoji sebagai sebahagian daripada kemaskini perisian bagi iOS 9.1 dalam Apple. Kini ia boleh dimuat turun secara percuma. Sistem operasi iOS 9.1 yang baru ini tiba bersama model iPhone 6s dan 6s Plus sebelum ini, namun ramai peminatnya yang tertunggu-tunggu perkembangan terbaru dalam perisiannya kecewa kerana ia tidak terdapat dalam kemaskini terbaru.

Sistem operasi versi 9.1 yang baru ini juga ada ikon kecil yang baru terbaru buritto, botol arak dan unikorn. Kemaskini perisian kali ini juga membawa kemaskini bagi foto bergerak dalam Apple’s ‘Live Photo’.

Pengguna Apple sepatutnya menerima kemaskini ini secara automatik, namun jika tidak pun, mereka masih boleh mendapatkannya di menu Settings, bawah General dan ke Software Update.


Kemaskini dan carutan:  SINI  |    



Thursday, June 25, 2015

Berita - Jenayah Siber Sasarkan Rekod Perubatan dan Peribadi

Kredit kepada: Yahoo SG
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum........




Tidak kira siapa pun dalang di sebalik kecurian data daripada komputer kerajaan Amerika Syarikat, kelihatannya kini sedang berlaku satu bentuk trend bagi penjenayah siber iaitu mensasarkan rekod perubatan dan peribadi mangsa yang dirasakan sangat berharga. Menurut pakar, data-data ini sangat bernilai bagi penjenayah siber lebih daripada maklumat kad kredit. Kebocoran data di Office of Personnel Management (OPM) mencadangkan perisik siber juga menjumpai nilai dalam maklumat yang ingin dicuri itu. Penyiasat siber dari iSight Partners berkata mereka telah mengaitkan pencerobohan OPM dengan kecurian maklumat perubatan sebelum ini dari Anthem Inc, sebuah syarikat insurans dan Premera Blue Cross, sebuah penyedia perkhidmatan kesihatan. Dalam serangan itu, berjuta maklumat telah hilang. Menurut John Hultquist dari iSight yang berpengkalan di Dallas, semua 3 pencerobohan itu ada persamaan iaitu perisikan siber biasanya memfokus pada mencuri rahsia kerajaan atau yang komersial. Serangan ini mensasarkan maklumat peribadi yang boleh dikesan. Data yang dicuri itu seperti tiada nilai kewangan dan pelakunya ada hubungkait dengan aktiviti perisikan siber, Tiada satu pun data itu yang diambil dalam serangan terdahulu dijual di forum sulit.

Sumber terdekat berkata pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang mencari kemungkinan hubungkait antara China dengan kebocoran di OPM yang mendedahkan data peribadi kepunyaan 4 juta kakitangan dan bekas kakitangan kerajaan persekutuan. Beberapa negeri kini sedang menyiasat kaitan antara China dengan serangan Anthem pada bulan Februari lalu. China masih berterusan menafikan penglibatannya dalam kerja godaman ini, seorang jurucakap di Beijing juga mencadangkan kebocoran di OPM sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak saintifik.


Hultquist berkata iSight tidak dapat mengesahkan penglibatan China dalam serangan itu tetapi berdasarkan kaedah sama, pelayan dan tabiat penggodam menjurus kepada kumpulan yang ditaja.

Pengkaji keselamatan berkata data perubatan dan peribadi menjadi bernilai 10 kali ganda kepada penjenayah siber melebihi data kad kredit. Harga kad kredit yang dicuri kini jatuh di pasaran gelap dalam talian kerana kebocoran besar-besaran yang secara tiba-tiba. Pemalsu data menggunakan data untuk mencipta pengenalan palsu untuk membeli kelengkapan perubatan atau ubat yang boleh dijual semula atau menggabungkan nombor pesakit dengan nombor penyedia palsu dan fail tuntutan palsu dengan insurans.

Penggodam yang ditaja ini mungkin tidak mensasarkan wang tetapi lebih berminat dengan data ini kerana mereka boleh mendapat sasaran yang lebih jelas.

Yang lain berkata data berkenaan akan memberi kesan kepada rekod pekerjaan, mungkin sasaran berada di jabatan kerajaan yang lain.

Tarikan kepada perincian data menyebabkan penggodam menggunakan cara yang lebih baru untuk menembusi pertahanan data hospital dan institusi lainnya yang mempunyai data seperti itu.

TrapX, sebuah syarikat keselamatan siber berkata mereka telah mengetahui kumpulan jenayah dari Rusia dan China menjangkiti peralatan perubatan seperti sistem X-ray dan penganalisa gas darah bagi mencari jalan untuk memasuki server dan mencuri data pesakit.  Pengkaji lain bersetuju serangan ini menjadi semakin biasa.



Sumber songlap maklumat:   SINI   |   






Wednesday, May 27, 2015

Artikel - Kita Takkan Tahu Bila Kiamat........

Kredit kepada: OOMediaNetwork
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....





Hari kiamat itu pasti akan tiba cuma manusia tidak akan tahu bila terjadinya. Kalau ada sesiapa yang terbaca artikel di mana-mana laman menyatakan pihak negara luar menemui bunyi atau ternampak penampakan pelik-pelik atau seumpamanya yang mungkin boleh mengejutkan, maka janganlah mudah sangat percaya atau kononnya memberi ingatan. Boleh jadi itu semua kerja pihak tidak bertanggungjawab cuba tipu masyarakat dunia sahaja. Sebaiknya kembalilah merujuk kepada ayat al-Quran mengenai hari kiamat ini. Contohnya daripada salah satu komen yang diterima seperti di bawah artikel ini.

WASHINGTON - Bunyi misteri dari langit terus menjadi tanda tanya di seluruh dunia sehingga mengejutkan mereka daripada tidur.
Berbunyi seperti trompet atau kolektif dari satu bahagian tembaga sebuah orkestra, Bunyi tersebut kedengaran dan dikesan daripada Kanada, Ukraine, dan Amerika Syarikat, Jerman dan Belarus menunjukkan kejadian yg aneh yang berlaku dia atas negara masing-masing.
Dan bunyi ngeri telah terus kedengaran pada setiap masa yang berbeza dan lokasi selama hampir satu dekad. - See more at: http://www.oomedianetwork.cc/2015/05/video-nasa-mengesahkan-bunyi-aneh.html#sthash.mSTlOpi9.dpuf
WASHINGTON - Bunyi misteri dari langit terus menjadi tanda tanya di seluruh dunia sehingga mengejutkan mereka daripada tidur.
Berbunyi seperti trompet atau kolektif dari satu bahagian tembaga sebuah orkestra, Bunyi tersebut kedengaran dan dikesan daripada Kanada, Ukraine, dan Amerika Syarikat, Jerman dan Belarus menunjukkan kejadian yg aneh yang berlaku dia atas negara masing-masing.
Dan bunyi ngeri telah terus kedengaran pada setiap masa yang berbeza dan lokasi selama hampir satu dekad. - See more at: http://www.oomedianetwork.cc/2015/05/video-nasa-mengesahkan-bunyi-aneh.html#sthash.mSTlOpi9.dpuf
WASHINGTON - Bunyi misteri dari langit terus menjadi tanda tanya di seluruh dunia sehingga mengejutkan mereka daripada tidur.
Berbunyi seperti trompet atau kolektif dari satu bahagian tembaga sebuah orkestra, Bunyi tersebut kedengaran dan dikesan daripada Kanada, Ukraine, dan Amerika Syarikat, Jerman dan Belarus menunjukkan kejadian yg aneh yang berlaku dia atas negara masing-masing.
Dan bunyi ngeri telah terus kedengaran pada setiap masa yang berbeza dan lokasi selama hampir satu dekad. - See more at: http://www.oomedianetwork.cc/2015/05/video-nasa-mengesahkan-bunyi-aneh.html#sthash.mSTlOpi9.dpuf

WASHINGTON - Bunyi misteri dari langit terus menjadi tanda tanya di seluruh dunia sehingga mengejutkan mereka daripada tidur.

Berbunyi seperti trompet atau kolektif dari satu bahagian tembaga sebuah orkestra, Bunyi tersebut kedengaran dan dikesan daripada Kanada, Ukraine, dan Amerika Syarikat, Jerman dan Belarus menunjukkan kejadian yg aneh yang berlaku dia atas negara masing-masing.

Dan bunyi ngeri telah terus kedengaran pada setiap masa yang berbeza dan lokasi selama hampir satu dekad.

WASHINGTON - Bunyi misteri dari langit terus menjadi tanda tanya di seluruh dunia sehingga mengejutkan mereka daripada tidur.
Berbunyi seperti trompet atau kolektif dari satu bahagian tembaga sebuah orkestra, Bunyi tersebut kedengaran dan dikesan daripada Kanada, Ukraine, dan Amerika Syarikat, Jerman dan Belarus menunjukkan kejadian yg aneh yang berlaku dia atas negara masing-masing.
Dan bunyi ngeri telah terus kedengaran pada setiap masa yang berbeza dan lokasi selama hampir satu dekad. - See more at: http://www.oomedianetwork.cc/2015/05/video-nasa-mengesahkan-bunyi-aneh.html#sthash.mSTlOpi9.dpuf
Sumber panjang lebar:   SINI   |  


Komen diterima:

Tiupan sangkakala pertama[sunting | sunting sumber]

Pada tiupan ini, seluruh alam semesta termasuk langit dan bumi serta alam buana akan bergoncang dengan sebenar-benar goncangan dan benar-benar hebat, seluruh makhluk digambarkan ketakutan dan amat terperanjat, Menurut Al-Quran gambaran tatkala pasca tiupan pertama cukup dahsyat, sehinggakan ibu yang menyusukan anaknya akan melepaskan (mencampakkan) anaknya, orang yang hamil, tiba-tiba melahirkan anaknya walaupun janinnya masih muda, manusia juga lintang pukang seperti kupu-kupu bertebaran (Surah Al-Qariah). Al-Quran juga jelas menggambarkan tiada sesuatupun yang mengetahui bila Kiamat itu muncul, sedangkan Hari Kiamat itu berlaku tatkala manusia sedang sibuk melayan urusan dunia mereka, ada juga yang sibuk memikirkan dan bertanya antara sesama mereka tentang bila Kiamat akan bermula dan ada juga manusia sedang sibuk bertengkar atas pelbagai urusan. Firman Allah SWT dalam Surah Yaasin ayat 48-50 bermaksud:

“ Dan mereka berkata: "Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar?. Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan sahaja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar. Lalu mereka tidak kuasa membuat satu wasiat pun dan tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya. ”
 
Digambarkan suasana keadaan bumi berlakunya gempa bumi yang dahsyat, gunung-ganang hancur dan berkecai (Surah Al-Qariah dan Surah At-Takwir), kerak-kerak bumi diterbalikkan, laut menaik seperti ombak tsunami yang begitu hebat serta panas mendidih (Surah At-Takwir). Kebakaran yang berlaku akibat letusan gunung berapi, meletupnya tempat simpanan gas, nuklear, sehinggakan tidak dapat dipadam, api marak dan menjulang tinggi dan seluruh dunia diselaputi asap tebal. Bumi digambarkan hilang cahayanya tiada lagi sumber cahaya, bumi menjadi gelap gelita.

Al-Quran juga menggambar suasana langit juga turut tidak teratur, planet-planet tidak lagi beredar pada orbitnya, langit dilihat terbelah (Surah Al-Insyiqaq), bintang-bintang bertaburan, matahari hilang akan cahayanya (Surah At-Takwir). Semuanya berlanggar antara satu sama lain. Tentang tiupan sangkakala pertama, Allah menjelaskan dalam Al-Quran:




 
"Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),"  - Surah An-Naaziat: ayat 6 
 
Dari dalil diatas ternyata apa-apa yang berada di seluruh pelosok langit dan di bumi akan mati, melainkan mereka yang dikehendaki oleh Allah. Ulama tafsir berpendapat makhluk yang masih hidup adalah golongan Malaikat. Surah An-Naaziat ayat 1 hingga 6 jelas menunjukkan pada saat berlakunya tiupan sangkakala pertama Malaikat-malaikat akan memulakan tugasnya dengan agresif untuk mencabut nyawa dan menghancurkan langit dan bumi atas perintah Allah.

Wallahualam....


 

Friday, May 22, 2015

Artikel - Satu Betul, Satu Tak Betul

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Awalnya terjumpa pautan ini bila ada kawan di Facebook yang letakkannya berkenaan isu menarik. Sekali bila tengok sahaja nama akhbar Harian Metro, ingatkan yang biasa kita tengok itulah yang kita akan dapat. Rupanya ada udang di sebalik mi pula. Laman Berita Harian pun sama. Versi tipu pula alamatnya beritahariann.org. Jadi semua pembaca kena hati-hati dengan pautan yang mahu diklik itu.   

Bila buka sahaja pautan, memanglah artikel paparannya agak menarik, tetapi bahagian yang tidak menariknya bila terus hingga bahagian bawah halaman itu yang diletakkan gambar kecil sebagai pautan ke laman web lucah dengan pelbagai nama pautan lain. Nama kasino ada, laman yang sudah tiada pun ada juga.





Bila dibuat carian, memang ada pun kedua-dua laman ini yang betul (hmetro.com.my) dan yang tipooo. Iklan bahagian tepi dan tajuk lain di bawahnya, memang tak usah cakaplah! Sendiri mau pikir jugaaaa!





Ohhh... sesungguhnya ia adalah satu penipuan yang sungguh nyata. Silalah ambil perhatian mengenai hal ini jangan tertipu...

Monday, May 11, 2015

Artikel - Foto Budak Dicuri dan Siar di Website Blue

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Laman Facebook bukanlah tempat terbaik untuk simpan rahsia - Yaaaa! Sangatlah setuju!

 

Seorang ibu anak tiga menemui sejumlah foto anak-anaknya di sebuah laman web selepas ia didapati dicuri daripada laman Facebooknya. Pada awalnya dia berniat untuk berkongsikan foto-foto anak perempuannya dan anak lelakinya berusia 9 bulan ketika itu hanya dengan kawan-kawan dan keluarga. Bayangkanlah sendiri bagaimana perasaannya apabila dia menemui semula foto-foto berkenaan di sebuah laman web pornografi! 

Brittany Champagne, ibu yang berasal dari Riverton, Utah, menemui foto anak perempuannya berusia 8 tahun di laman Instagram palsu pada minggu sebelum itu.

"Ketika sedang mencari foto kenalan, saya dapati ada orang lain yang ada foto anak saya sebagai foto profail." katanya kepada Yahoo Parenting. Laman berkenaan juga mengambil banyak lagi foto anaknya dari laman Facebook miliknya dan meletakkannya di Instagram disertakan dengan hashtag ke laman pornografi. Lebih mengejutkan apabila foto anaknya juga ada di laman porno berkenaan.

"Kami telah membuang foto-foto tersebut dari lebih 20 laman web tetapi ada di banyak laman lagi yang kami tidak dapat membuangnya," katanya. Sukar baginya untuk mengetahui siapa yang mencurinya. Dia menyangka mungkin ada laman milik rakan-rakannya yang digodam pihak tidak bertanggungjawab tetapi boleh jadi juga diambil oleh mereka yang tidak dikenali tanpa pengetahuannya. Menyedari semua fotonya tidak lagi peribadi, maka ada tetapan (setting) yang perlu diubah kerana ia amat memalukan.

Menurut Denise DeRosa, Pengurus Program bagi Good Digital Parenting at the Family Online Safety Institute, kekeliruan mengenai tetapan peribadi di laman sosial bukannya perkara baru dan adalah menjadi tanggungjawab bagi ibu bapa sekaligus satu tindakan yang bagus untuk memeriksa tetapan peribadi di laman sosial dengan lebih kerap. "Apabila anda letakkan foto anak-anak, anda perlu letakkan sesuatu had. Anda boleh pilih untuk hadkan pada kelompok penonton yang spesifik atau bentukkan laman kumpulan."

Jika anda berkongsi sesuatu secara umum, contohnya pautan ke artikel lain di internet, anda perlu ingat untuk betulkan semula tetapan perkongsian di Facebook bila anda kongsikan foto di masa akan datang, katanya. "Privasi akan ikut apa yang terakhir yang anda tetapkan sebelum ini." Instagram asasnya adalah untuk paparan umum, tetapi ibu bapa boleh mengawal tetapan paparannya.

Namun sekalipun pengguna telah mengambil langkah tetapan privasi sebaik mungkin, masih mudah bagi foto di Facebook menjadi paparan umum. "Akaun anda mungkin selamat, tetapi yang ada di sekeliling anda juga perlu begitu," kata Robert Neivert, COO syarikat privasi dalam talian iaitu Private.me, kepada Yahoo Parenting. "Katakanlah anda kongsi foto dengan keluarga kemudian ada yang kongsikannya lagi tanpa tetapan 'private', maka foto itu akan menjadi paparan umum. Perkara sama boleh berlaku jika sesiapa dengan tetapan umum LIKE foto tersebut. Adalah mudah menjadikan sesuatu itu umum secara tidak sengaja di Facebook atau Dropbox atau laman perkongsian foto yang lain." katanya.

Neivert turut memberi amaran agar memilih foto yang ingin dipaparkan, dengan berhati-hati. Sebagai permulaan, jangan paparkan foto yang bersifat sensitif. "Terdapat ramai pengguna internet di luar sana yang mencari foto dengan unsur yang tidak sesuai." katanya dan merujuk kepada program internet yang menanda foto yang memaparkan bahagian tubuh sebagai contoh. Pengguna dari kelompok ini biasanya menggunakannya untuk kebaikan supaya laman seperti Instagram boleh 'menangkap' mana-mana foto yang bersifat pornografik dan membuangnya. "Namun sistem tapisan sebegini jug boleh diterbalikkan. Sistem tapisan yang dibangunkan untuk menghalang pornografi ini juga mungkin digunakan oleh sesetengah laman web untuk mencari bahannya."

Dengan kata lain - jangan letakkan sebarang bahan yang berunsur sensitif seperti budak sedang mandi atau seumpamanya. "Fikirkan, bila anda lihat foto tersebut, jika foto ini dipaparkan secara umum adakah ia akan memberi kesan buruk? Adakah ia berbaloi? Sebelum ini, pernahkah anda letakkannya di papan iklan? Mungkin kebanyakan foto anda boleh dikongsi, tetapi anda perlu fikirkan, kerana Facebook bukanlah tempat terbaik untuk simpan rahsia."

Champagne berkata foto yang dikongsi tidak bersifat perkauman. "Foto anak saya menggalas beg galas, atau melepak atas kerusi. Laman web itu menambah konteks, menyifatkan kononnya mereka adalah teman dan hubungan mereka lebih daripada itu, serta menambah hashtag yang seksual." katanya mengenai foto anaknya yang berusia 8 dan 9 tahun. Insiden berkenaan menyebabkannya diserang rasa bersalah dan paranoia. Seluruh pengalaman disifatkan sebagai pencabulan peribadi. "Sungguh saya merasa jijik jika melihat foto kanak-kanak di laman pornografi, tetapi bila itu ialah anak kita sendiri dan anda yang letakkan foto itu, pasti akan lebih rasa bersalah. Saya tidak boleh bayangkan perasaan lebih dicabuli." katanya.

Di samping terus berusaha untuk membuang foto anaknya itu dari laman berkenaan, dia berkata tidak mahu lagi berdepan keadaan demikian dan tidak mahu letakkan sebarang foto lagi.



Sumber rujukan: SINI  | 



Nota: Maaf, tiada pautan ke sebarang laman web porno dari sini.


Saturday, December 20, 2014

Artikel - Bruce Lee Dari Afghan??

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment

 

Assalamualaikum.....
 
Wachaaa!!

Abbas Alizada, menggelarkan dirinya sebagai Afghan Bruce Lee, disebabkan wajahnya seiras bintang kung fu itu. Seorang warga Afghanistan yang bercita-cita berlakon di Hollywood, menjadi perhatian di internet memaparkan di sebalik apa yang berlaku dalam negaranya.


 










KLIK SINI untuk lebih banyak foto...wachaaa!!




Saturday, November 29, 2014

Artikel - Dari Google Street View..??

Kredit kepada: The Vocket
Gambar ihsan: The Vocket



Assalamualaikum.....


Kalau sebelum ini, kes kantoi dalam iklan hartanah ketika berjemur. Yang ini pula paparan entah apa-apa dari Google Street View. Harap-harapnya janganlah ada yang kantoi seperti dalam iklan hartanah itu. Hehehe.. 

Cuma penulis terfikir, paparan ini diambil daripada kamera keselamatan atau dron? :-)




Lawan pedang di tepi jalan






Iron Man tertidur??




Skuba di tengah jalan?





KLIK SINI untuk lebih banyak foto pelik-pelik..hehehehe

Thursday, September 25, 2014

Artikel - Prank Panggilan Kecemasan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Go! Go! Go!!


Bila membaca artikel ini penulis teringatkan satu iklan memaparkan Fizz Fairuz membuat panggilan palsu tentang kebakaran sebelum ditangkap. Mesejnya, elakkan membuat panggilan palsu kerana ia akan menyusahkan pihak berkuasa menjalankan tugas. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan.

Berkenaan hal membuat panggilan palsu ini, ia terjadi di mana-mana. Tidak kiralah panggilan ke 999 atau luar negara yang menggunakan nombor 911. Bukan setakat Call of Duty, dalam satu kes sebelum ini ia turut membabitkan permainan Watch Dogs. ( KLIK SINI untuk berita berkaitan ) Dalam beberapa kes, seorang pemanggil berkata dia menembak pekerjanya dan menjadikan selebihnya sebagai tebusan. Kes lain, pemanggil berkata ayahnya mabuk dan mengambil senapang dan mengancam keluarga. Pemanggil di Long Island di New York pula berkata dia telah membunuh ibunya dan mengancam sesiapa yang pertama cuba bertindak balas.   

Dalam setiap kes seperti ini di luar negara, pasukan SWAT akan dihantar ke lokasi kejadian. Dalam kes seperti di atas, mereka tidak menemui sebarang kesan kelakuan jenayah dan keganasan atau mangsa yang cedera. Sebaliknya mereka temui pemain permainan video sedang leka bermain permainan atas talian di tempat duduk mereka. Pihak berkuasa menyatakan penipuan yang pada awalnya hanya mensasarkan selebriti kini digunakan dalam permainan kombat dalam talian, sambil bermain dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Si pelaku dapat melihat pemain lain yang jauh di seluruh dunia menerusi tetingkap disediakan memaparkan imej video secara langsung. 

Lawan mereka dicari menggunakan maklumat daripada buku panduan telefon atau servis dengan nombor yang tiada dalam senarai. Mereka mengeksploitasi program yang menipu nombor 911 membuatkan mereka percaya berlakunya panggilan kecemasan yang datang daripada nombor telefon mangsa atau alamat mereka. Kejadian sebegini menyebabkan pihak berkuasa membelanjakan sekitar $100,000 untuk menghantar 60 pegawai sepanjang April lalu ke Long Beach, New York.

Dalam satu kes di Connecticut, seorang lelaki ditahan kerana membuat panggilan palsu sekurang-kurangnya di 4 negeri. Pihak berkuasa menyatakan pesalah ini juga terlibat dalam satu kumpulan Crucifix or Die dengan ahlinya ada di United Kingdom. Menurut FBI, mereka masih mencari identiti mereka yang lain. 





KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sunday, August 17, 2014

Artikel - Teknologi Dahulu dan Kini

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 


Assalamualaikum.....




Dulu: Talian tetap
Kini: Telefon mudah alih
Kalau dilihat keadaan masa dahulu, masih susah untuk hubungi orang yang dikehendaki sebab hanya boleh bercakap dengannya hanya bila dia ada di rumah atau di pejabat sahaja. 




Dulu: Dial-up Internet access
Kini: DSL broadband dan 3G/4G

Bila ada rumah yang ada sambungan internet, mesti akan ingat bunyi ton dial-up neng-nong-... sebelum boleh masuk dalam talian internet. Yang susahnya siapa mahu tunggu selama 10 minit hanya untuk muat turun foto dikehendaki? Kelajuan internet pun jauh daripada apa yang ada hari ini. 




Dulu: Pemain muzik analog
Kini: Telefon bimbit, iPod
Dahulu mana ada bentuk digital. Kalau mahu dengar lagu, mesti ada walkman untuk pasang kaset atau pemain audio CD. Kemudahan telefon pintar hari ini memudahkan pengguna dapatkan apa sahaja lagu daripada aplikasi yang digunakan. 




Dulu: Kamera filem
Kini: Telefon pintar, kamera digital
Dahulu kalau tersalah klik pasti sudah membazir satu filem. Ingat lagi, biasanya dalam segulung ada 36 negatif untuk kamera filem. Selalu kena beringat betul-betul sebelum tekan punatnya. Kini dengan aplikasi digital tidak kira dalam telefon pintar atau kad memori dalam kamera, semuanya jadi mudah. Tidak perlu risau membazir filem atau 'kodak' pun. Kalau tersalah klik, hanya perlu tekan 'delete'. 




Dulu: Mesin faks
Kini: Email
Yang ini dari dahulu hingga kini, mesin faks masih digunakan dengan banyak penambahbaikan. Tidak sekadar hantar teks, boleh juga digunakan untuk hantar foto atau apa sahaja maklumat bercetak. Email adalah dalam bentuk digital dan boleh disimpan dalam komputer sahaja.




Dulu: TV besar
Kini: TV LCD dan skrin rata
Sekitar 80an, sesiapa yang ada tv mesti perlu perbaharui lesennya setiap tahun seperti memperbaharui lesen kenderaan. Sekitar 90an, lesen tersebut dimansuhkan. Saiz tv pula gemuk dan berat.  Kini ia dibina secara komponen digital dan menjadi lebih ringan dan lebih banyak menu dan tetapan untuk dipilih pada alat kawalan. 




Dulu: Cakera optik
Kini: USB
Kalau dahulu, untuk simpan data yang banyak, anda perlukan cakera optik. Masalahnya kalau bukan versi rewritable maka anda boleh simpannya sekali dan ia kekal begitu. Kini dengan teknologi USB drive yang lebih kecil dengan pelbagai saiz storan, anda boleh simpan data dalam bekas kecil yang boleh dimasukkan dalam poket.





Dulu: Surat, poskad
Kini: SMS, IM, YM, media sosial
Dari dahulu hingga kini dan sampai bila-bila pun ia masih relevan. Bukan setakat kirim surat, tetapi juga pelbagai bungkusan. Namun kini kalau mahu setakat menghantar teks, foto dan video sudah boleh dilakukan menerusi media sosial. 




KLIK SINI untuk artikel penuh.

Wednesday, July 23, 2014

Artikel - Tegakkan Kembali Paparan Video Dengan Freemake

Kredit kepada: Google, Freemake
Gambar ihsan: Freemake



Assalamualaikum.....

Dalam apa jua aktiviti, rakaman video turut memainkan peranan sebagai rekod selain daripada foto-foto. Sesudah diambil dan dilihat kembali, adakalanya sesetengah paparan tidak berada dalam keadaan atau orientation yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah jika ia adalah foto, hanya dengan klik kanan dan klik arahan rotate, dan foto akan dipusing mengikut darjah dan arah pusingan secara arah jam atau lawan arah jam dan masalah sudah selesai. 


Bagaimana pula kalau itu terjadi pada paparan video?

Baru-baru ini beberapa video sudah dimuat naik di laman kumpulan di FB dan kebanyakannya dalam kedudukan condong 90 darjah. Untuk itu, penulis dicadangkan untuk menggunakan perisian untuk memusingkan video yang boleh dimuat turun secara percuma dari internet. Maka penulis menggunakan perisian Freemake Video Converter.  Untuk mencari di enjin carian Google, taipkan rotate video software free download dan banyak pilihan akan dipaparkan.


Bila sampai di halaman Freemake ini, klik pada butang Download (hijau) untuk dapatkan setup-nya. Simbol seperti huruf 'V' berwarna oren pada butang Download (rajah di atas) adalah ikon yang akan muncul bila perisian ini selesai dimuat turun dalam PC anda nanti. Install dahulu dalam PC anda untuk membolehkan anda menggunakannya.


Sesudah install, anda boleh klik pada ikon Freemake berwarna oren dan paparan ini akan muncul.


Untuk memusingkan video, pilih video yang anda mahu dan masukkan dalam senarai. Anda boleh klik pada File dan klik Add Video atau klik sahaja butang biru bertulis +Video seperti di atas. Boleh pilih satu atau lebih untuk masukkan dalam senarai menunggu anda.



Bila muncul senarai, klik pada ikon 'gunting' seperti ditunjukkan di atas dan pilihan yang senget itu akan muncul seperti di bawah....
 


Untuk pusingkannya, boleh klik butang rotate (warna hijau) atau klik kanan tetikus anda dan pull down menu akan muncul seperti di atas. Dalam pilihan ditunjukkan, boleh untuk pusing arah jam (Rotate CW) atau lawan jam (Rotate CCW). Boleh juga kalau mahu Flip.


Selepas klik, keadaan yang sudah dibetulkan akan ditunjukkan seperti di atas. Klik OK.


Pergi semula ke senarai menunggu anda, dan klik Convert. Boleh pilih dari pull down menu atau ikon dalam barisan di bawah senarai berkenaan.  Dalam pilihan ini, anda boleh tukarkan format video anda kepada pilihan lain yang anda mahu sama ada MPEG, MP3, MP4, APPLE, dan sebagainya.  Dalam pengalaman ini, penulis pilih untuk tukarkan format sedia ada kepada MP4.


Pilih tempat untuk simpan pada kotak Save As: Komputer akan buat salinan bagi setiap fail pilihan anda yang sudah dibetulkan orientation paparannya.  Klik butang Convert berwarna biru.


Paparan di atas akan muncul. Tunggu sehingga proses converting selesai.


Bila selesai, klik OK dan Close. Lihat di tempat simpanan fail yang anda pilih dan salinan fail dengan format baru dan orientation baru akan ada di situ.


Jika mahu teruskan kerja-kerja converting ini, klik File dan Add Video seperti di awal tadi. Terlebih dahulu, pergi dahulu ke senarai menunggu terawal dan klik Edit. Pilih arahan Remove All dan buang dahulu semua yang ada dalam senarai tersebut. Jika anda teruskan converting video anda tanpa membuang senarai terdahulu (tidak kiralah ada satu atau lebih video dalam senarai anda), komputer akan convert sekali lagi semua yang ada dalam senarai berkenaan sekaligus, yang lama dan yang baru. Ini akan jadikan fail video redundant.


Selesai!


Selamat mencuba!

Monday, April 14, 2014

Sekadar Luahan - Apa Jadi Pada Blog Selepas Blogger Meninggal Dunia??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......

Sebelum ini, terjumpa tulisan di FB menyentuh mengenai perkara ini. Menarik juga untuk difikirkan. Pun begitu ia bukanlah perkara baru sebab kehidupan manusia itu sendiri sentiasa akan berulang dan berulang. Sebelum itu lagi penulis sudah lihat menerusi laman-laman blog lain memaparkan berita mengenai pemergian beberapa rakan penulis blog yang lain. Paling biasa, berita paparkan mereka meninggal dunia sebab sakit dan ada juga atas sebab kemalangan. Seterusnya mengingati kembali segala sumbangan mereka dalam bidang penulisan di blog. 




Berdasarkan pengamatan sebelum ini, bermula dengan pemergian penulis asal blog Telordibasuh, penulis dapat lihat sendiri walaupun kini penulis asalnya telah pergi, ia kini diambil alih pula oleh seorang kenalannya. Bolehlah ambil ini sebagai contoh. Bukan setakat blog ini memberikan pendedahan tentang info yang selama ini ramai yang tidak tahu atau yang bersifat rare, tetapi juga membuka tempahan baju sebagai satu bentuk promosi blog tersebut. Memanglah, kalau diperhatikan kini trademark penulisannya tidak sama dengan yang asal. Semoga segala info bermanfaat yang didedahkan kepada pembaca akan memberikan ganjaran berterusan kepada penulis asalnya yang telah pergi.

Itu kalau blog berkenaan diambil alih oleh kenalan yang masih ada. Bagaimana pula keadaannya kalau blog berkenaan tiada siapa yang mahu ambil alih? Jangkaan penulis, ia akan jadi seperti rumah yang lama ditinggalkan. Akan penuh bersawang dan penuh dengan pokok-pokok yang tumbuh meliar dari lantai sampai ke bumbung. Isi kandungan akan terbiar dan tiada kemaskini. Kalau ada sesiapa yang tahu keadaan penulisnya yang sudah tiada tetapi tidak mahu ambil alih, biarkan sahaja atau padamkan terus blog berkenaan daripada dunia siber.Bagi penulis sendiri, selain menulis, saya sendiri pun membaca blog-blog lain. Menyedari akan keadaan ini, daripada membiarkan kebaikan itu hilang bila akaunnya dipadamkan, penulis ambil kesempatan ini untuk menyalin info-info berkenaan dan dimasukkan dalam simpanan untuk bacaan di masa akan datang. Sekarang ini pun entah berapa banyak dalam simpanan, itu sudah lupa. Mungkin kena semak semula.




Begitu juga dengan akaun miliknya di mana-mana laman sosial. Bukan semestinya di FB sahaja, Friendster, Instagram, Twitter, Hi-5, Tagged, tidak kisahlah apa sekali pun nama laman webnya. Yang ini, seeloknya akaun berkenaan ditamatkan penggunaannya.

Saturday, February 22, 2014

Kesihatan - Bahaya Minuman Red Bull

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...........





RED BULL direka untuk merangsang otak mereka yang aktif dengan sukan. Minuman Red Bull dikomersialkan ke seluruh dunia sebagai salah satu produk minuman tenaga. Sasarannya ialah golongan muda dan atlit sukan.

Bahannya terdiri daripada kafein dan taurin. Perancis dan Denmark telah mengharamkannya kerana kandungan vitaminnya yang turut dicampur dengan GLUCURONOLACTONE, sejenis kimia yang amat berbahaya, yang dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat ketika 1960-an, bagi merangsang moral askar mereka di Vietnam yang bertindak seperti dadah halusinogen bagi meredakan tekanan akibat perang. Namun, kesan sampingannya terhadap hidupan amat memeranjatkan dan ditamatkan kerana berlakunya banyak kes migrain, tumor otak dan penyakit limpa yang ditemui dalam tubuh askar yang mengambilnya. GLUCURONOLACTONE, telah dikategorikan secara perubatan sebagai stimulan.

Antara bahaya pengambilannya:

  • Bahaya jika diambil tanpa terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal kerana peranannya sebagai pembekal tenaga akan mempercepatkan kadar denyutan jantung dan boleh menyebabkan serangan mengejut.
  • Anda berdepan risiko pendarahan otak kerana komponennya yang mencairkan darah bagi memudahkan jantung mengepam darah tanpa perlu bekerja kuat serta membolehkan badan mengeluarkan daya fizikal dengan tenaga yang sedikit.
  • Adalah dilarang mencampurkan Red Bull dengan alkohol kerana ia akan menukarkan minuman ini kepada bom jangka yang menyerang limpa secara mengejut, menyebabkan bahagian terjejas tidak akan sembuh semula.
  • Vitamin B12 dalam Red Bull digunakan untuk membangunkan pesakit dari koma, keadaannya seakan dalam keadaan mabuk.
  • Pengambilannya secara berterusan menyebabkan simptom penyakit saraf dan gementar yang tidak dapat dipulihkan.

Ada sesiapa minum?