Showing posts with label C905. Show all posts
Showing posts with label C905. Show all posts
01 April 2010 | 6 comments

Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Penang



Entri ini sebenarnya dah lama patut dikarang, tapi disebabkan banyak urusan yang patut diselesaikan dahulu, maka lambatlah keluar. Hehehe. Ini semua ditangkap 6 Mac lalu, sewaktu bercuti bersama sang gadis di Pulau Mutiara.

Dari takde benda nak update, bantai saja! Layann



02 February 2010 | 17 comments

Hello Cameron Highland!


Lama benar aku tak pergi melawat Malaysia. Nak berblogging pun sibuk, tambahkan lagi nak Cuti-Cuti Malaysia! Hahaha.

Semuanya bermula dari hari sabtu hari tu, aku memang plan nak lepak dengan gadis tapi tak tau kat mana. Suddenly both of my sis said they wanna go ~shopping at The Mines. Si gadis pun tetiba kata memang nak ajak lepak The Mines. Memandangkan dorang tak pernah lagi berjumpa (tini dah, ecah belum, anis laaagi belum), aku ajak la lepak sekali. Hahaha, selambe gi dating bawak kakak tu! Hahaha. Kira okay la tu dari si gadis, ajak aku dating dengan Anuar Family hari tu!

Aktiviti untuk hari sabtu?


04 January 2010 | 9 comments

Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK)



Ada apa dengan persatuan ini? Apa kena-mengena dengan aku? Kenapa aku kat sini? Aku berenang pun tak reti ada hati nak jadi nelayan!



31 December 2009 | 8 comments

Selamat Tahun Baru 2010 | Selamat Tinggal 2009



Tiap-tiap tahun kita mesti buat azam baru, tetapi adakah azam tahun lepas sudah tercapai? Ataupun hanya sekadar angan-angan kosong. Aku sendiri hanya mampu mencapai beberapa azam, walaupun tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada juga sedikit impianku tercapai - "It's better than nothing".

Kepada yang mencari artikel-artikel untuk muhasabah diri, disini bukan tempatnya kerana aku sendiri bukannya seorang pakar motivasi, aku bukan insan sempurna yang sentiasa mencari kesalahan orang lain - seperti blogger-blogger yang menulis artikel, "10 Sebab Aku Tak Suka Korang".


03 November 2009 | 6 comments

Keluarga, Sahabat & Si Dia

Korang pernah hadapi tak perkara ni? Memang agak pening bila berada dalam situasi tersebutkan? Memang huru-hara hidup buat beberapa jam! Hahaha, tapi selamat aku boleh handle. Perkara ini berlaku pada aku Sabtu lalu, hari Perkahwinan Fazrul, teman sepejabat si gadis. Layan la gambar yang tak seberapa ini dahulu.



 

Hehe, inilah raja sehari yang telah selamat disandingkan. Semoga mereka sentiasa gumbira dan bahagia. Sebenarnya aku memang dah deal dengan si gadis nak pergi. Aku ajaklah bebudak mbsc sekali, dorang memang layan je. Tup..tup..boleh pula ayah dan bondaku roger, katanya nak pergi rumah Pak Long aku, kat Bukit Gadong, Klang. Ada kenduri sikit, dia nak pi haji. Aku pun pikir la, macam mana nak buat. "Takpa, kita tunggu hari sabtu baru otak seminit ada". Selalunya otak seminit ini memang menjadi! Tak percaya tanya kat sepang. Haha.

Hari sabtu pun tiba, ayah dan bonda tiba-tiba kata dah dalam perjalanan ke Banting, si gadis pun dalam perjalanan. Si gadis dah sampai kat Dewan Sri Jugra, aku tunggu ayah bonda dulu. Dorang sampai ja, lepak sembang-sembang, aku terus pelawa dorang makan kenduri (sebab si fazrul yang ajak ok, dia ada sms aku. Oleh itu, tak salah-lah. Hehe). Jenis ayah aku pun otak seminit juga, "Kira Boleh"! Haha. Aku balik suruh budak-budak ni siap, langsung ke dewan. 
Itulah pertama kali si gadis jumpa ayah bonda aku. Mak bapak aku memang agak sempoi, tanya la Luth! Dia siap tag-team dengan mak aku bantai aku sebab politik! Hahaha. Biar pendapat berselisih, janji hati sentiasa terikat. Jangan semuanya nak selisih, salah sikit terus tikam menikam. Itu politik sampah! Hmm
Aku rasa cukuplah setakat ini sahaja entri buat kali ini, kalau enchek eins sibuk dengan final, aku pula sibuk dengan test 2 dan assignment yang nak suruh aku pi masuk dalam hospital, tengok office layout. Hahaha, kalau ICU aku tau la keadaan dia macam mana sebab memang kerap aku singgah. Itu yang kena tegur, "Logo Raya Lagi"..Hahaha, dan aku rasa "Perangkap Tiga Serangkai" ini aku dah lulus! Haha.



23 October 2009 | 11 comments

New Layout For My Photoblog - C905Phy




Hi all, meet my Photoblog - C905Phy - Snap and Blog! with new template, extra ingredient with JQuery. This is the mobile photography blog that I create just to share with all of you. I just spend the whole day to design with using Rendurr 2.2, then bloggerized it with Notepad++. I used Jquery for peek-a-boo effect at "About" section, then, make the jquery change the standard blogger image size to s1600 to make it become HD.




$(document).ready(function() {
  $(".post-body img").each(function() {
   /*** - Pull the s1600 image with regex - ***/
   var new_src = $(this).attr("src").replace(/s320|s400/gi, 's1600');
   $(this).attr("src", new_src);
   /*** - Remove the default style - ***/
   $(this).removeAttr("style");
   /*** - Remove the Link - ***/
   $(this).parents("a").removeAttr("href");
  });
});

  • replace the regular size of blogger image
  • remove the default style of the image
  • remove the link of the image

and that is what I get on my first day playing with Jquery. Hehe, what do you think?


26 August 2009 | 8 comments

Preview Island Red Cafe, Butterworth

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Selamat berpuasa!

Sebenarnya, masa kami dalam perjalanan ke Gurney untuk berbuka puasa kat Island Red Cafe (IRC) tu, si aju ada call abang Muhammad, dorang dok sembang apa tah.. *tup*tup* aju ajak pi IRC Jalan Raja Uda, Butterworth. Dia kata abang Mohamad buat presentation IRC, dah mai satu kereta, layankan saja.




Nak pi sana pun dah sesat, bila dah banyak sangat pemandu arah. Wakakaka, aku mintak maaf la, memang aku bab seberang ni "kosong" habis. Kami ke sana naik feri! Syok2x!

Dah sampai tu, kami lepak minum sat dan terus masuk ke bilik seminar. Pengenalan pasal IRC suma bagai, ntah, aku pun blur. Tapi ia cabaran buat Enchek Mohamad tu, sebab majoriti yang hadir masa preview tu merupakan orang-orang yang kurang upaya, pekak dan bisu. Selamat dibantu oleh akak sorang tu.

Memang aku, panji dengan piduih agak bertuah la, dapat 2 biji hamper dengan baucer makan, hee. Langsung singgah minum kat Gurney balik lepas habis preview tu. Yela, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, ye tak?




Memang kekenyangan, seronok gila, sebab buat pengetahuan korang, kami memang dah jarang lepak sekali ramai-ramai. Flat Hijau pun dah sunyi sekarang ni, harapkan beberapa orang saja. Yela, ada yang kat Putrajaya, Seri Kembangan, aku kat Banting, yang pindah lepas kami takdak, yang tak masuk singgah flat bila "port" untuk lepak tak dibuka. Takpa, ada rezeki, kita jumpalah!

Minta maafla semua warga Penang yang aku tak roger tu, serius, memang aku takdak kredit, tanya gadis aku! Ada tak aku msg-msg dia..balik pun nak cepat saja, kelas habis pukul 5, balik hostel terus packing barang, dan terus ke stesen bas Banting. Naik bas ke Putrajaya, sebab dah janji dengan aju dengan panji jumpa kat sana.


25 August 2009 | 9 comments

Berbuka Puasa Di Island Red Cafe, Gurney Hotel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Hari keduaku di Penang, si aju dengan panji ajak berbuka puasa di Island Red Cafe (IRC) Gurney. Si aju rembat wira maklang dia, masing-masing serbu, panji, piduih, wan noli, aan, dengan aku terus ke Gurney Drive.

Aku pun ikutkan saja, main hantam saja, orang nak open, aku bab makan ni kira laju ja, betui dak panji? Wahahhaa, bunyi *ting* je, aku, panji dengan wan pandang dekat kaunter tu. Hehehe. Layannn..tapi 1 saja yang fail, mula-mula, aju dengan panji ingatkan ada buffet ramadhan, tapi bukan rezeki kami, kat Gurney Hotel tak dijalankan lagi. Layankan saja dalam menu tu.






Itu antara makanan-makanan yang dipesan! Air jangan dicakap la, bermacam spesis! Hehe, yang angel, yang flame, yang float, yang lemon, yang blended, macam-macam! Hehe, lepas makan, makan lagi..dekat 2 jam kat IRC tu. Borak-borak, kacau-kacau yuna piduih (dia kata gadis supervisor tu macam yuna - aku layankan aje..hehe), kacau-kacau baby dengan panji (panji start! aku layan ja..hehe).

Dari kiri: Aju, Panji, aku, Wan Norli, Piduih



Seawal Ramadhan di Balik Pulau

Labels: , , ,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!


Ohh, sudah beberapa hari aku meninggalkan Banting, untuk balik ke Penang merasai Bulan Ramadhan bersama sahabat-sahabat disana seperti satu masa dahulu. Si aju dengan panji la ajak balik sekali, pikir punya pikir, layankan jela sebab raya ni pun tak tau lagi balik ke tak.



Pengalaman berbuka kat sana? Pertama Ramadhan, aku berbuka dengan cekodok + murtabak saja (serius, aku tak dak selera nak makan nasik) yang aku beli kat Bazaar Ramadhan depan Masjid Daerah ni. Hari ke-dua? Next Entri! Hehehe..



Aku, Rokok & Ramadhan

Aku rasa, dah dekat 4-5 kali aku teruk bila tiba bulan ramadhan disebabkan side effect rokok ni. Aku memang hard smoker, dan aku mengawal penyakitku dengan merokok (aku dah buat kajian, so dont blame me! Grr..hehe). Ramadhan ni, aku cuba lawan! Ya, aku dah sakit teruk pada hari pertama, badan seram sejuk hari kedua, hari ketiga demam panas. Aku malas pi hospital, nanti doc tu kasi ubat! Hahaha.

Masuk Panji, jangan tak masuk! Hehehe


16 August 2009 | 8 comments

Selamat Bertunang Juju


Rosjunaidah, itulah sepupuku disebelah ayahku (anak mak lang aku) yang telah selamat bertunang pada 15 Ogos lalu. Walaupun serba sederhana, tapi rasanya kami semua germbira! Aku rasa, agak lama kami tidak bersua muka disatu tempat yang sama setelah pemergian Tok (Che Ah bte Baharin) & Tokwanku (Darus bin Hassan). Rasanya, ada la dekat 5-6 tahun kami tak beraya bersama, kalau ada pun, datang sekejab dan balik. Itulah lumrah bila pemergiaan orang penting dalam sesebuah keluarga. Awat aku tulis lain macam ja ni..wahahha



"Selamat Bertunang Juju!" - Wahh, sepupuku berlawan dengan orang kedah! Rombongan mai dekat 8-9 biji kereta. Walaupun bangun agak lambat, tapi dah bangun tu, memang langsung tak menang tangan la. Hehe, sat basuh pinggang, sat pi cari barang, sat gi sambut tetamu, sat mengemas, biasa la, tak ramai sangat laki yang remaja dalam family kami, kami berempat saja tadi, budin, atan (anak mak lang), eakal remy (anak Cik Lah, orang Kulim) dengan aku. So, agak kalut la jugak.



Inilah gambar yang aku rasa (pendapat aku la) amat berharga buat mereka, yang akan jadi kenangan sampai bila-bila. Yang kiri tu, mak lang aku, Salmiah dan yang kanan tu, pak lang aku, Roslan sebab dah lebih kurang 20 tahun depa bercerai dan ini gambar kenangan depa. Ini juga merupakan pertama kali (seingat aku) aku bersua muka dengan pak lang aku. Tadi dia mai dengan bini dia la @ mak tiri sepupu aku. Tapi kira ok la kan? Masih ada rasa tanggungjawab dengan anak-anak.



Esok aku akan pulang ke Banting semula, dah start semester baru! Kehidupan dikolej #@#$%^&! Hahahaha.

notakaki: bila la ada rezeki lebih boleh angkat sebijik slr, C905 ni untuk outdoor (ada cahaya matahari) ok, clear, cun. Tapi bila malam atau indoor, memang SAKS! Bukak flash nampak cacat plak, tak bukak blur plak. Aku pun tak tau nak buat camna dah. Hmm..mungkin tangan aku yang cacat kot. Hahaha (sumpah aku tak tau pasal lighting!)


03 June 2009 | 14 comments

Holiday in Penang + KBP Mini Gath

Setelah seminggu di Sitiawan, mf balik Pulau Mutiara! Yeah! Hehe, rindu gila kampung halaman! Tapi kali ini lagi menarik! Percutian 4 hari 3 malam, menetap didalam gua (rumah mf kat Flat Hijau, Genting, Balik Pulau - tak kira siang atau malam, sentiasa gelap + sejuk! Tak percaya cuba tanya Encik Sepang) bersama sahabat karib, Enchek Sepang! Haha.


mf menjejakkan kaki petang rabu (27 May) dan terus melepak dirumah kakak mf, cik Siti Nor Aishah kat kawasan situ juga (area Sungai Nibong) kerana menunggu enchek Sepang yang naik bas pukul 8 dari Kuala Lumpur. Dia sampai dalam pukul 12 lebih, dan terus menuju ke Khalel di Persiaran Gurney untuk menyaksikan perlawanan Manchester United dan Barcelona. Memang syiok! Dua-dua pasukan pilihan, dari sokong ManUtd, lepas saja tengok ManUtd punya peminat ramai, terus berpaling ke Barca.

Sampai ke rumah kakak mf dalam pukul 5 lebih, melayan internet sampai ke pagi dan dalam pukul 9 lebih, terus ke Balik Pulau yang terindah. Dipendekkan cerita, hari khamis memang kami tak mulakan lagi XPDC kami lagi kerana faktor kewangan (hahaha!) yang agak kurang.

Aktiviti Hari Jumaat?
  1. Pusing-pusing Queensbay.
  2. Beli tiket balik ke KL di Sungai Nibong.
  3. Menuju ke Bandar George (Georgetown) untuk melihat perkembangan Petak Masa Pulau Pinang (Penang Times Square) - tak siap sepenuhnya lagi - dekat saja dengan KOMTAR.
  4. Sepang suruh mf cari ATM CIMB, mf mana nak tau! Terus mf bawa sepang pergi ke CIMB besar di Gurney tu! Hahaha (mf ingat CIMB sebab ada 'gadis' pernah kerja di CIMB tu - bukan gadisku).
  5. Terus menuju ke Batu Feringgi (Si Sepang teruja tengok Ultraman dikawasan Tanjung Tokong! Hahaha, nanti kita pi bergambar dengan abang Ultraman itu ya enchek Sepang)



  6. mf bawa Sepang dating tepi laut! Port pelancong! Hahaha, si sepang lagi sekali teruja nak naik paraglider (mf taktau nama dia) tapi bukan rezeki dia
  7. balik ke Balik Pulau ikut Bukit Teluk Bahang! (sambil ambil bau durian - untuk makluman semua, sekarang ini memang musim durian disana!)


Sabtu? mf dengan Enchek Sepang melepak dengan Enchek Luth, Enchek Khairil dan Cik Munirah di Queensbay (kira mini gathering untuk Komuniti Bloggers Penang juga-lah!) dan melepak depan laptop lepas tu. Pada hari Ahad, mf dengan sepang balik semula ke tempat pertapaan masing-masing. Walaupun sekejab di Penang, sekurang-kurangnya dapat juga tunjukkan tempat-tempat menarik (ntah si Sepang ingat ke tak, tak tahulah saya! Hahaha).

Itu sahaja yang berlaku sepanjang cuti semester (hanya 2 minggu..iskk) dan sekarang sudah mula semester yang ke-lima (semester pendek, 7 minggu). Harap-harap dapatlah buat yang terbaik untuk semester ini.

Sekian


02 June 2009 | 12 comments

Seminggu di Perak + Duyong Jantan!

Macam mana dengan percutian 2 minggu?

Rumah di Sitiawanku, rasanya dah 68% siap. Bahagian atas memang dah boleh duduk, dan bahagian bawah, lantainya belum siap.




Mungkin dalam beberapa minggu lagi, rumah tu siap-lah! Hehe. Kalau korang tengok gambar yang kecik tu, gambar tu diambil pada Mac 8, 2009 dan gambar yang besar tu diambil pada May 16, 2009.


mf tidak melepaskan peluang untuk melepak tepi laut ketika berada di Perak ni. mf pergi lepak di Teluk Batik, Lumut! Wahh, ombak besar! Ramai tu memang ramai! Ingatkan nak snap banyak-banyak, tetiba nampak budak-budak photog, rasa segan pulak! Hehe, dan ada aksi paling lucah! ngeri di Teluk Batik! Ikan duyong spesis jantan ditemui tengah bersantai! Hahaha.


Haha, masa tangkap gambar ni, ada gadis (chumel! Muka macam wahida!) gelak-gelak, ada amoi kata, "Wahh, ini duyong laki-laki haa..". Hehe, mf memang sempoi je. Melayan je, ape nak kesah, bukan selalu pun jumpa dengan dorang.

Okay, ini baru kisah di Perak. Lepas seminggu lebih berada di Perak, mf terus menuju ke tempat asal! "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri", Ya! Memang benar! Hujan batu ke, hujan kayu ke, Balik Pulau tetap dihati! Haha, entri untuk Penang nanti pulak!


15 May 2009 | 5 comments

Tutuplah Buku Itu Untuk Sementara Waktu

Akhirnya, kertas terakhir ujian akhir untuk semester empat (4) telah pun tamat. Kini otak mf dapat rehat secukupnya, memang terasa aman untuk beberapa waktu. Dapat tutup buku kolej (macam-lah selalu buka buku! Haha) hingga awal bulan Jun. mf cuti semester selama 2 minggu dan akan bertolak ke Sitiawan, Perak esok (Jumaat) petang. Penang? Mungkin ya dan mungkin tidak, semua bergantung kepada takdir.



Genting | April 30, 2009 | Bersama si Gadis | C905Phy + Photoshoped




Sila klik pada gambar untuk lihat kesan sentuhan Photoshop (hasil untuk hari terakhir di semester yang terakhir)


19 April 2009 | 6 comments

Wawasan Open University (WOU) Postcard Contest Extended to April 30, 2009

Salam!

Buat pengetahuan semua, mf (myfr3ak) ada masuk pertandingan Wawasan Open University (WOU) Post @ Postcard Contest. Korang boleh tengok kat sidebar tu ataupun singgahlah kat posting ni.

Dorang tangguhkan pertandingan ni hingga 30 April ni! So, buat sesiapa yang nak join jugak dalam pertandingan ni, try la.



mf hantarkan gambar ni untuk pertandingan tu, amacam?





Gambar ni? My Firstime Photography Session!
ps: tengok tu, ada bendera Selangor ok! So, Hidup SELANGOR! Hahaha



Korang rasa, ada peluang tak?


10 April 2009 | 14 comments

Photoshop: Gadisku dan U-Mobile

Nak kena cerita ka? Hehehehe

Layan jerla ek..

dan ini gambar orinya

Lokasi: Depan Kedai U-Mobile, Times Square
Snap guna: C905

p/s: gambar yang 1st tu agak "over" disebabkan aku saje guna effect noise. Click je gambo nye, nampak la ok sikit..


27 March 2009 | 9 comments

C905Phy - Pasir Panjang, Balik Pulau, Penang


Salam semua, 

Korang mesti ingat peristiwa tsunami yang pernah melanda Pulau Mutiara pada penghujung tahun 2004 kan? Salah satu tempat yang teruk kena gelombang tsunami ialah Pantai Pasir Panjang. Kalau korang nak tahu, sehari sebelum kejadian itu berlaku, aku dan beberapa sahabat yang lepak kat DiNet (cyber cafe) planning nak camping sana tapi tak jadi disebabkan ada orang camping dah kat situ, Sekolah Seri Balik Pulau punya program agaknya, aku pun tak berapa pasti. 

Aku masih teringat tawa kanak-kanak tengah mandi bersama keluarga masing-masing. Time tu jugak ada minatang putih, cam jelly gitu tersadar kat tepian pantai (mungkin petunjuk).  Kami jalan sampai hujung pantai, tengok port-port menarik kat situ. Setelah matahari terbenam, kami pun balik rumah. Keesokkan harinya, mak aku contact aku (depa ada kat sitiawan). 

"Adi, hang tak apa-apa ka?"
"Uih, elok ja. Awatnya?"
"Penang kena tsunami! Hang tak rasa apa-apa ka?"
"Biaq betui! Takdak apa-apa pun. Rilek ja ni" - aku masih blur sebab betul-betul baru bangun tidur dan buat pengetahuan korang, aku adalah spesis yang tidur dalam keadaan aman (tido mati)
"Hang tak percaya, satgi hang tengok berita"

Tup,tup..member aku mai rumah, then masing-masing dok bising pasai tsunami. Malam kejadian baru la aku tau Penang dah dilanda badai. Dah! Takat tu saja! Tak sanggup nak ungkit-ungkit, biarlah peristiwa itu menjadi sebahagian dalam buku memori.

Aku memang sukakan kedamaian, suka buang masa tengok ciptaan Ilahi. Aku boleh habiskan berjam-jam tengok pantai, baring tepi pantai, maybe sebab aku  ni sentimental kot! Hehe.

Selama percutiaan aku, aku lepak Pasir Panjang dua kali! Sekali terlepas sunset sebab makan laksa janggus! (kalaulah cepat 3 minit! Time naik bukit nak pi Pasir Panjang tu, dah nampak dah. sampai ja, dah habis..memang rugi!) and the second time, boy, awie, kerol, along, aan, mat adam, dengan aku pi mandi-manda kat sana. Sunset? Awan melindungi matahari la, so, takdak! Hehe, hanya beberapa gambar sahaja yang aku snap! Enjoy~






If you wanna see the others picture from my C905, feel free to visit C905phy - Mobile Photography. Thanks ;)