10 October 2009 |
3
comments
Les' Copaque, Geng dan Internet
Untuk pengetahuan kalian, Les' Copaque yakni syarikat yang berjaya menaikkan nama Malaysia dalam dunia animasi dengan aksi-aksi comel Upin & Ipin telah membuat laporan polis dan Cyber Security Malaysia berhubung dengan aksi para penagih internet yang memuat turun "Geng: Pengembaraan Bermula", mula-mula kedengaran panas di portal paling syok, kini laman torrent terjiwang juga dah kena terjah.
Petikan dari Harian Metro,
dan ini petikan dari Berita Harian,
Agak tertarik baca part
mungkin beliau memahami para pengguna Internet tegar di Malaysia yang dahagakan hiburan. Tapi mereka memang ada hak untuk berbuat begitu kerana ianya adalah karya animator Les' Copaque.
Petikan dari Harian Metro,
Les' Copaque kesan laman muat turun haram
LES' Copaque Production Sdn Bhd membuat laporan dengan polis dan Cyber Security Malaysia berhubung aktiviti memindah turun karya filem Geng: Pengembaraan Bermula yang kini berleluasa secara haram di Internet.
Beberapa laman menyediakan perkhidmatan pindah turun secara tidak sah melakukan kesalahan itu mengikut Akta Hak Cipta 1987 dengan menyalin semula karya tanpa kebenaran syarikat yang menjadi pemilik harta intelek filem itu.
Les' Copaque memandang serius perkara berkenaan dan berusaha mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melumpuhkan industri perfileman dan animasi negara.
Cyber Security Malaysia sudah banyak membantu syarikat dalam menangani isu salinan langgaran dan pindah turun secara haram di Internet, begitu juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang banyak membantu pihak Les' Copaque dalam memerangi gejala cetak rompak.
Geng: Pengembaraan Bermula adalah filem animasi 3D yang pertama di Malaysia dengan kos RM4 juta dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.
Peminat siri animasi Upin & Ipin boleh mendapatkan DVD dan VCD tulen yang berada di pasaran sejak dua minggu lalu.
Dengan bantuan beberapa agensi kerajaan, Les' Copaque akan mengesan individu tidak bertanggungjawab itu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Beberapa notis sudah dihantar kepada laman yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan aktiviti berkenaan.
Cadangan sudah dibuat untuk menghalang laman web terbabit daripada terus beroperasi.
Satu laman yang dikenali sebagai torrent.jiwang.cc dikenal pasti antara penyedia perkhidmatan memindah turun secara haram dan pihak syarikat sedang mengesan individu di sebalik laman berkenaan dengan bantuan Cyber Security Malaysia.
dan ini petikan dari Berita Harian,
DVD Geng: Pengembaraan Bermula jadi mangsa pemalsuan
AWAS kepada peminat karektor Upin dan Ipin yang mahu mendapatkan cakera video digital (DVD) Geng: Pengembaraan Bermula.
Apa yang wujud ketika ini bukan saja DVD cetak rompak tetapi juga pemalsuan daripada pihak tidak bertanggungjawab. Sekali pandang, DVD palsu memang tidak banyak berbeza dengan yang tulen. Ini kerana kulit DVDV hampir sama. Malahan lanun rompak DVD palsu ini juga tidak ada rasa malu dan bersalah langsung apabila turut mencetak iklan peraduan yang menyediakan hadiah sehingga RM75,000.
Kegiatan itu ternyata sangat mengecewakan Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi yang menganggap ia sebagai penipuan secara terang-terangan dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada pihak tidak.
“Sejak filem ini ditayangkan Februari lalu, alhamdulillah halangan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetak rompak filem ini berjaya disekat hanya untuk tujuh bulan saja.
“Sebaik filem ini dihasilkan dalam bentuk DVD dan mula dipasarkan seminggu sebelum Aidilfitri, kita menyedari pada masa yang sama filem ini mula dicetak rompak dan mula berlambak di pasaran gelap.
“Perkara ini masih biasa buat saya. Saya cuba melihatnya masalah ini secara positif walaupun ia perlu dibanteras. Secara positifnya aktiviti cetak rompak ini sedikit sebanyak membantu mempromosi dan mempopularkan penjenamaan Upin & Ipin.
“Lebih lagi saya percaya peminat setia filem ini cukup mengenali barangan palsu dan tulen berdasarkan kualiti dari segi semua aspek penghasilannya. Ratanya mereka memilih yang tulen sebagai tanda sokongan mereka terhadap kita.
“Namun apa yang membuatkan saya begitu kecewa, mereka bukan saja mencetak rompak filem ini malah lebih berani sehingga menipu semua pihak termasuk peminat filem ini dengan memalsukan hampir keseluruhan penghasilan DVD yang asli,” katanya pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Shah Alam, Jumaat lalu.
Agak tertarik baca part
“Perkara ini masih biasa buat saya. Saya cuba melihatnya masalah ini secara positif walaupun ia perlu dibanteras. Secara positifnya aktiviti cetak rompak ini sedikit sebanyak membantu mempromosi dan mempopularkan penjenamaan Upin & Ipin."
mungkin beliau memahami para pengguna Internet tegar di Malaysia yang dahagakan hiburan. Tapi mereka memang ada hak untuk berbuat begitu kerana ianya adalah karya animator Les' Copaque.