Korang pernah hadapi tak perkara ni? Memang agak pening bila berada dalam situasi tersebutkan? Memang huru-hara hidup buat beberapa jam! Hahaha, tapi selamat aku boleh
handle. Perkara ini berlaku pada aku Sabtu lalu, hari Perkahwinan Fazrul, teman sepejabat si gadis. Layan la gambar yang tak seberapa ini dahulu.
Hehe, inilah raja sehari yang telah selamat disandingkan. Semoga mereka sentiasa gumbira dan bahagia. Sebenarnya aku memang dah
deal dengan si gadis nak pergi. Aku ajaklah bebudak mbsc sekali, dorang memang layan je. Tup..tup..boleh pula ayah dan bondaku roger, katanya nak pergi rumah Pak Long aku, kat Bukit Gadong, Klang. Ada kenduri sikit, dia nak pi haji. Aku pun pikir la, macam mana nak buat. "Takpa, kita tunggu hari sabtu baru otak seminit ada". Selalunya otak seminit ini memang menjadi! Tak percaya tanya kat
sepang. Haha.
Hari sabtu pun tiba, ayah dan bonda tiba-tiba kata dah dalam perjalanan ke Banting, si gadis pun dalam perjalanan. Si gadis dah sampai kat
Dewan Sri Jugra, aku tunggu ayah bonda dulu. Dorang sampai ja, lepak sembang-sembang, aku terus pelawa dorang makan kenduri (sebab si fazrul yang ajak ok, dia ada sms aku. Oleh itu, tak salah-lah. Hehe).
Jenis ayah aku pun otak seminit juga, "Kira Boleh"! Haha. Aku balik suruh budak-budak ni siap, langsung ke dewan.
Itulah pertama kali si gadis jumpa ayah bonda aku. Mak bapak aku memang agak sempoi, tanya la
Luth!
Dia siap tag-team dengan mak aku bantai aku sebab politik! Hahaha. Biar pendapat berselisih, janji hati sentiasa terikat. Jangan semuanya nak selisih, salah sikit terus tikam menikam. Itu politik sampah! Hmm
Aku rasa cukuplah setakat ini sahaja entri buat kali ini, kalau
enchek eins sibuk dengan final, aku pula sibuk dengan test 2 dan assignment yang nak suruh aku pi masuk dalam hospital, tengok office layout. Hahaha, kalau ICU aku tau la keadaan dia macam mana sebab memang kerap aku singgah. Itu yang kena tegur,
"Logo Raya Lagi"..Hahaha, dan aku rasa
"Perangkap Tiga Serangkai" ini aku dah lulus! Haha.