Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.
Posted by
::musafir nuriman::
at
Monday, December 6, 2010
comments (0)
Alhamdulillah, walaupun dengan perancangan yang singkat kami berjaya mengadakan jamuan (sahabat-sahabat sek dulu) dan maLaM uKhWah (sahabat-sahabat akrabku) pada 4 Disember 2010... di Baitul Syakirin (kediaman Tg Fatin).
Syukran buat sahabat-sahabat yang sudi datang ke jamuan dan terutama buat sahabat2 yang disayangi ( Tg Fatin, Ain Solehah, Munira -juru kamera khas- , Nurul Fathiah -Tya- , dan Rabiatul -BB- ....) yang sama-sama memperindahkan lagi maLam uKhWah kita.. Buat Wan Aisyah, lain kali boleh sertai kami lagi walaupun bukan untuk sertai maLaM uKhWah... (sahabat yang dah berumah tangga terkecuali..) :)
Lepas jamuan (kuih dan kek buatan sendiri) , sesi sharing moment , solat berjemaah, baca yasin untuk ustzh Fatimah, sesi ukhwah... lepas isyak, belajar buat cupcake dan hiasannya dengan chef Tg Fatin ( fatinbakery )dan berakhir dengan bermalam ukhwah d Baitul As-Syakirin..
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, November 27, 2010
comments (0)
salam pembuka bicara....
Semalam saya terima 1 mesej dari seorang sahabat sejati kerana Allah, minta menjadi petugas tambahan nisa' katanya urgent..untuk program under Nisa' Terengganu, Hi-Tea Bersama Nora..Jam 2 ptg pada 27 Nov...Program Sepetang Bersama Nora ini diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER).
Oleh kerana tiada halangan, saya terus bersetuju dengan ditemani oleh 2 orang sahabat baik saya sejak di sekolah menengah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun Kuala Terengganu kini mendung dan hujan yang sangat lebat. Moga hujan itu adalah hujan rahmat dari Allah.. Kak Nora berkongsi kisah hidupnya secara ringkas dan padat bagaimana proses penghijrahan berlaku padanya. Kak Nora pernah ditanya oleh rakan artis, pihak media mahupun hadirin program ini turut menanyakan soalan yang sama... soalannya lebih kurang macam ni..
"Ada tak sesuatu peristiwa@ pengalaman perit yang menyebabkan Nora segera berubah ..? "
Tau tak apa jawapan Kak Nora? Kak Nora beri jawapan yang disangka-sangka oleh para pendengar malah mengetuk pintu hati yang sering lalai....
Jawapannya.." Takde.. Kita jangan tunggu sehingga ada musibah menimpa kita, barulah kita nak berubah. Kita kena ada kesedaran, jangan tunggu balasan Allah." Dari awal perkongsian cerita, Kak Nora ada menyebut perihal keluarganya yang bahagia dan beliau bahagia dianugerahkan suami yang dicintainya yang mana sentiasa menyokongnya.
Menurutnya telah beberapa kali beliau terdetik di hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan pada suatu hari, beliau tanya suaminya..." macammana kalau suatu hari nanti, saya nak bertudung?" Terkedu suaminya lantas mutiara jernih gugur ke pipi....Jawapan suaminya, "Tiada suami yang tak suka isterinya bertudung...tapi fikirlah banyak kali sebelum buat keputusan. Bila dah berbah, jangan sampai berpatah balik."
Beliau bertanya pula pada 2 orang anak kesayangannya..jawapan dari anak-anaknya sungguh mengharukan.."kami sayang mama.. kami tak nak mama masuk neraka.." Ya Allah menangais hati seorang ibu dan isteri ini yang mana menyedari bahawa beliau sebenarnya dikelilingi oleh orang yang sangat prihatin dan mahukan yang terbaik darinya.
Lantas beliau terfikir.. Allah telah kurniakan segalanya padanya... namun.. apakah telah benar-benar bersyukur atas nikmatnya ? Apakah yang telah diberikan kepada Allah?
Apabila ditanyakan kepada beliau tentang risiko selepas penghijrahan. Pernahkan rasa disisihkan atau seumpama dengannya ? Beliau menyatakan jawapan dengan penuh rasa bersyukur..."saya tak rasa disisihkan kerana penghijrahan inilah memberi saya kenal lebih ramai orang yang baik dan sangat menyenangkan hatinya malah dapat rasakan rezekinya makin bertambah".
P/s : Allah sajalah pemberi hidayah. Antara ayat Allah ialah, surah al Qashash ayat 56 yang bermaksud; "Sesunguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang engkau sukai, akan tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah itu."
Apabila Allah menitiskan hidayah di hati (terdetik di hati untuk berubah @ kesedaran), maka berusahalah menggapainya sebelum ia hanyut dek masa yang akan berlalu detik demi detik dan tak akan kembali lagi. Kita akan dapat apa yang kita usahakan. Timbalah ilmu, berkawanlah dengan orang baik dan alim ulama'.
sesungguhnya "manusia akan dipertanggungjawabkan apa yang dikerjakannya".
Muhabah untuk diri ini dan buat sahabat-sahabat.. jangan rasa selesa dengan diri kita sekarang.
Jom berubah ke arah yang lebih baik KERANA ALLAH...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, October 16, 2010
comments (0)
Bismillahirrahmanirrahim….diriku memulakan bicara dalam alam maya ini...
Rasanya dah lama tinggalkan ruangan ini bersawang..bukannya kerana terlalu sibuk, bukannya terlalu malas untuk postkan sesuatu namun hakikatnya tidak semua yang dilalui atau yang dirasai dapat diungkapkan dengan kata-kata. Astaghfirullahala’zim… perkongsian ilmu pun sunyi di ruangan ini…apatah lagi diri ini bukannya insan yang terbaik untuk memberi peringatan dan pengisian yang langsung terkesan ke hati pembaca atau pendengar..
Di ruangan kali ini, diri ini hanya ingin memutar kembali apa yang telah berlaku sepanjang ruangan ini diam membisu selama sebulan lebih.
Ramadhan dirindui, Syawal dinanti…
Alhamdulillah Ramadhan diharungi dengan tenang dan tekun. Cuma… hanya harapan dan doa pada Allah agar segala amalan di bulan yang mulia itu diredha Allah. Ramadhan semakin melabuhkan dirinya dan Syawal pula muncul tiba. Di waktu ini bercampur dua perasaan antara gembira dan sedih di kalangan umat Baginda Rasulullah s.a.w., gembira menanti kedatangan Syawal dan sedih meninggalkan Ramadhan.
Jika kita toleh kembali apa yang telah kita harungi di bulan Ramadhan, adakah telah kita sempurnakan hak Ramadhan yang mubarak ini? Jawapannya hanya diri kita sendiri sahaja yang dapat menjawabnya.
Di bulan Ramadhan juga. kita telah dikejutkan dengan satuiklan iluminati yang berkait rapat dengan perayaan krismas. Pada akhir Ramadhan yang lalu juga hinggalah menjelang Syawal, umat Islam diuji keimanan dan kesabarannya. Kali ini adalah angkara rancangan biadab sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat. Terry Jones, paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi 11 September 2001 dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa). Sebelumnya, iaitu pada akhir bulan Julai lalu, mereka melakukan propaganda keji dan permusuhan terhadap Islam dengan menyatakan “Islam is Of The Devil” (Islam adalah syaitan). Terry Jones menuduh Islam dan hukum syariah bertanggungjawab atas aksi keganasan terhadap World Trade Center di New York. “Islam adalah syaitan. Agama itu menyebabkan jutaan orang masuk neraka, agama menipu, agama kekerasan”, katanya ketika diwawancara dengan CNN. Dalam laman webnya, mereka mengemukakan sepuluh alasan mengapa Al-Quran mesti dibakar. Di antaranya, Al-Quran dianggap tidak asli, tidak mengakui Jesus sebagai Tuhan dan mengajarkan totalitarisme kekuasaan. Islam juga dianggap tidak sesuai dengan demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Barat. Rancangan gila Jones ni mengundang kritikan hebat dari umat Islam di seluruh dunia. Malangnya pentadbiran AS langsung tidak mahu bertegas dengan Jones atas alasan ‘kebebasan’ di bawah sistem demokrasi yang mereka amalkan. Setelah kecoh dunia dibuatnya, Tapi Jones membatalkan rancangannya di saat akhir.
Syawal tiba…
Syawal dirai dengan gembira, meraikan kejayaan kita dalam berbuat amal ibadah di bulan yang cukup mulia ; Ramadhan. Alhamdulillah, raya tahun ini diri iniseperti tahun-tahun yang lalu kamiberaya di rumah nenek sebelah ayahandadan petang raya barulah ke rumah tok wan (sebelah bonda). Kami sekeluarga dimeriahkan lagi dengan adanya ahli baru dalam keluaga kami. Eh… bukannya ayahanda dan bonda dapat menantu (calon pun xde lg)…bukan juga kami mendapat adik baru… tapi kami ada 4 orang adik angkat yang mana mereka semua ada ibu bapa yang berbeza…bermusafir kerana ilmu dari salah satu Negara di Asia Tenggara. Alhamdumdulillah, kerana ilmu dan Islam, mereka sanggup ke Malaysia untuk mendalami ilmu agama. Mereka belajar di Maahad Tahfiz wa Tarbiyyah (MTT), Tok Jiring , Kuala Terengganu.Kalau tidak silap, mereka berumur lingkungan 14-19 tahun.Keempat-empat orang adik angkat kami tu mempunyai nama akhir yang sama; Khan. Hanya seorang sahaja antara mereka yang mampu memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Namun mereka cuba untuk belajar bertutur sepatah dua Bahasa Melayu yang mudah. “Stu…due…tiga..”mereka belajar mengira dengan slanga mereka. :)
Mereka menceritakan tentang keadaan di Negara mereka yang mana hanya boleh mengamalkan ajaran agama di tempat-tempat ibadah sahaja. Bersyukurlah kita kerana hingga saat ini kita dapat melakukan segala suruhan agama, ibadat dimana-mana sahaja. Boleh mengadakan majlis-majlis ilmu dan program-program yang berunsurkan agama di mana sahaja; di dewan besar, di pantai, di resort , di bukit dan sebagainya – tidak tertumpu di surau atau masjid semata-mata..Alhamdulillah.
_______________
*Syukran kepada sahabat-sahabat yang sudi memenuhi jemputan rumah terbuka pada hari raya ke-4.Itulah masanya kami bersua muka antara satu sama lain yang mana ada yang hampir 10 tahun tidak berjumpa. Terpisah dek jarak dan masa. Terima kasih kepada sahabat yang datang dari jauh. Semoga kalian tetap dalam redha Allah.
Kini bulan Zulkaedah tiba, Ramadhan dan Syawal telah berlalu.Peristiwa dan ujian dari Allah sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun ini insyaallah dapat mematangkan diri ini dalam menempuh hari-hari yang mendatang.Diri ini menyedari hakikat ujianMu Ya Allah.. Tetapkanlah hati ini dalam agamaMu dan syariat agamaMu.. Permudahkanlah urusankuyang akan datang.. Ya Rabbal ‘alamin.
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, April 17, 2010
comments (1)
syukran buat sahabatku, Nurul Fadhilah atas award yang diberikan...
Jadi, saya akan nukilkan 5 fakta menarik tentangnya...
a) anak ke 5 daripada 6 orang adik-beradik b) kecik n comel, tegas, ceria c) pendengar yang baik d) sahabat y serasi n sentiasa di sisi :) e) mmg mudah lapar bile tiba tengah malam... ;)
Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya..
- anak sulung drpd 9 - suka contact kawan2 lama ( sek ren, sek men, ...dll) - Pendiam kecuali telah dirangsang... perlu belajar kemahiran bersosial - suka membaca buku - surf internet untuk baca artikel - suka ziarah / melawat adik2 junior - suka berkongsi cerita - perlukan seorang pendengar y baik n y bleh bg nasihat
Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..
1) Naima ( Tim lajnah dakwah n siasah MTEN.....junior @ IPG Kpi 2) Asiah Fadhilah 3) Tg Fatin Najihah Tg Hasan ( Best fren sejak d Shams) 4) Ain Solehah ( sahabat y serasi) Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, January 9, 2010
comments (0)
Assalamualaikum....
Makin hari makin bertambah umur. Makin bertambah pengalaman. Makin bertambah kesedaran. Makin bertambah dosa pahala. Makin bertambah kesalahan. Makin dekat dengan kematian. Setiap perbuatan akan dihitung. Syurga dan neraka sudah pasti. Percaya atau tidak percaya, pasti dilalui. Inilah hakikat dan kebenaran....
Semakin kita berjalan.. semakin dekat dengan destinasi.. Jadi, betul la.. semakin lama kita hidup ,semakin dekat kita dengan kematian.. Adakah kita sedari hakikat ini..?
Bila tiba hari lahir, ramai yang meraikan hari lahir dengan penuh ceria… ramai kenalan, ahli keluarga, saudara yang menyampaikan ucapan yang pelbagai… antaranya ‘Barakaallah fik’, ‘ Semoga panjang umur’ , ‘semoga murah rezeki’, ‘Semoga semakin matang harungi liku-liku kehidupan’, ‘semoga takdir terbaik mengiringimu’ dan ada juga yang mengucapkan ‘semoga cepat kahwin’… ish3… banyaknya ucapan.. J
Seorang sahabat ana bertanya tentang salah satu ucapan-ucapan yang ana sebutkan tadi.. “kenapa kita masih memberi ucapan ‘semoga panjang umur’ ? Sedangkan kita dah sedia maklum yang ajal maut telah ditentukan Allahsejak azali lagi…”
Ana nyatakan daripada salah satu sumber bacaan ana iaitu buku Nota Hati Seorang Lelaki.. karangan Pahrol Mohd Juoi… katanya…panjang umur yang dimaksudkan itu adalah panjang umur dengan perkara-perkara yang diredhai Allah..
“Rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur ialah…
Orang yang sedar tentang tujuan. Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup dan juga tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”
Maksud ‘semoga panjang umur’ juga boleh diertikan dengan panjang umur dengan menambahkan ilmu, menambahkan amal, mengeratkan silaturrahim, menambahkan rasa takut kepada Allah…
Adakah Semakin meningkat umur kita, semakin meningkat ilmu, ukhwah,kematangan, amal dan taqwa kita? Semoga kita berusaha mencapai keredhaan Allah di dunia ini.. menuju alam yang abadi..
Sumber : Nota Hati Seorang Lelaki.. karangan Pahrol Mohd Juoi
Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku. Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena. Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara. ......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha Dengan keyakinan kau pasti berjaya
Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati Adalah kebahagiaan iman Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan Pasti menghasilkan kecemerlangan
Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya Berserahlah kepada Allah
Hakikat kehidupan bekalan di akhirat Didiklah diri menjadi insan bertaqwa Kesucian di hati keimanan bersemi Merasa diri adalah milik Ilahi
Kau datang hanya dari-Nya Kepada-Nya kan kembali Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya
Sulamilah kesungguhan Dengan doa pengharapan Kesyukuran menambah redha-Nya
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
Majalah " At-Taqwa" Isu 7
-
Terdapat dua artikel Ustaz Roslan Yasnain : 1. Kolum Tetap Tazkirah : Jom
Hijrah, Jadi Manusia Hebat! 2. Kolum Tetap Bicara Ustaz : Jangan Rampas
Hak A...
MAKLUMAN : laman-annur.blogspot.com Telah Berpindah
-
Salam semua Setelah menanti selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya
laman-annur.blogspot.com tiba-tiba muncul setelah harapan untuk pihak
www.blogger.com men...