Ketika kita masih mampu meniti setiap detik dan mempelajari setiap peristiwa hidup yang kita harungi sendiri, itulah salah satu anugerah terindah bagi insan dan hamba yang berfikir. Dan alangkah beruntungnya apabila kita mamaknakan hidup kita dengan 'memberi' kepada kehidupan orang lain.
Bagaimana kita mengisi masa yang telah diperuntukkan Allah untuk satu tempoh yang tidak kita pasti bila penghujungnya? Ya Allah, hambaMu ini menyedari hakikat masa ( al-'asr) namun aplikasinya ? astaghfirullah.....
Firman Allah swt :
"Demi Masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (surah al-'asr :1-3)
Hidup akan tersia-sia apabila dibiarkan sahaja dibuai dengan kesenangan dan kerehatan semata-mata, dihanyutkan oleh masa yang sentiasa berlalu pergi. Jika tidak diisikan dengan perkara kebaikan dan sesuatu kerana Allah, maka kelalaian dan kejahatan akan menjalar dan mengisi segenap ruang. Ada manusia tidak sedari tentang hakikat ini kerana ia diiringi dengan keseronokan yang selari dengan nafsu.
Tapi, ingatlah
Masa , jika kita tidak korbankan sesuatu untuk Allah, maka umur kita adalah sia-sia. umur hanya bermakna apabila kita perhatikan hidup ini ; jika tidak diisikan dengan kebaikan , nescaya kelalaian dan kejahatan akan menjalar dan mengisi segenap ruang. Apabila kejahatan mengisinya, ia tidak kelihatan sempit kerana ia penuh dengan keseronokan yang selari dengan kehendak nafsu.
namun, apabila kita isikan masa yang terluang dengan kebaikan maka kita akan dapati hidup ini seakan-akan sempit. Hal ini kerana , perkara-perkara yang baik , semuanya berlawanan dengan nafsu. Secara langsung , ianya membuatkan diri tersa berat untuk bekerja.
0 comments:
Post a Comment