Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..
Kehidupan ini bukanlah suatu yang terjadi tanpa sebab. Hidup bukan sekadar hidup, tetapi Islam mengajar umatnya untuk hidup dalam matlamat. Allah berfirman dalam surah al-Mukminun ayat 115:
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja)?..."
Matlamat membawa makna tujuan, target, apa yang perlu dicapai. Seperti Islam berpesan kepada umatnya untuk tahu tujuan hidup mereka di atas muka bumi ini dengan turunnya ayat 56 surah az-Zariyat:
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu."
Dalam Islam setiap yang berlalu dalam kehidupan seorang insan, pasti ada sesuatu yang perlu dicapai dan jalan untuk mencapainya juga. Matlamat memulakan sebuah langkah...
Niat Dan Matlamat
Niat amat penting dalam Islam. Niat menjadi kayu pengukur kepada sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim. Membezakan sama ada sesuatu perbuatan itu sebagai adat atau ibadat juga membezakan antara sesama ibadat itu sama ada fardhu atau sunnat. Berteraskan kepada sebuah hadith yang panjang, diriwayatkan oleh Imam Muslim, Sayiduna Umar al-Khattab memberitahu bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Setiap amalan itu dimulakan dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya.."
Niat membantu seorang insan untuk mencapai apa yang ditargetnya atau ditujunya. Niat adalah bukti adanya matlamat kerana niat adalah permulaan kepada langkah untuk mencapai matlamat. Sebagai contoh, matlamat hidup seorang Muslim seperti yang diinginkan Allah swt adalah untuk beribadah kepadaNya. Jadi, jika tanpa niat, bagaimana seorang Muslim itu mahu untuk mengorak langkah beribadah kepada Rabbnya sedang dia tidak ada apa-apa yang terlintas di hatinya untuk dilakukan. Hasilnya, tidak ada gerak langkah kepada matlamat itu -kosong-.
Begitu juga dalam hidup di dunia ini. Matlamat perlulah jelas. Pengkelasan matlamat secara rawak dapatlah saya cuba singkapkan kepada beberapa pecahan:
i- Matlamat Utama Hidup - sudah semestinya menjadi Hamba Allah "Ibadurrahman" yang sentiasa beribadah kepadaNya (rujuk 51:56)
ii- Matlamat Dalam Bermualamah (Bersosial) - Berkasih sayang sesama Muslim dan bersikap tegas dengan selainnya. (rujuk 48:29)
iii- Matlamat Dalam Belajar - Pesan guru saya kepada saya semasa saya belajar dahulu: "Belajarlah untuk ilmu bukan untuk peperiksaan"
iv- Matlamat Dalam Berumah tangga - Mencapai kesuburan mawaddah dan rahmah (cinta dan kasih sayang) (rujuk 30:21)
v- Matlamat Dalam Ekonomi - Mencari yang halal dan baik. (rujuk: 2:168)
Matlamat sudah dirancang, apa lagi langkah seterusnya untukk menggapai kejayaan matlamat?
Pak Pandir Dan Mat Jenin
Semua orang pasti tahu bukan kisah Pak Pandir dan Mat Jenin ini. Kisah Melayu lama yang masyhur bagi kita semua. Pak Pandir dan Mat Jenin ini masing-masing membawa analogi yang tersendiri.
Pak Pandir,kesian kepada dia. Orangnya rajin berkerja (berusaha). Apa disuruh, pasti dibuat. Tetapi malangnya tiada matlamat atas setiap usaha yang dilakukannya. Hasilnya hanyalah sia-sia cuma. Mat Jenin pula, orang yang kuat angan-angannya. Baru sahaja naik pokok kelapa, sudah bermimpi untuk menjadi jutawan segera. Matlamatnya ada tapi usahanya tak seberapa. Jadi, hasilnya hanya angan-angan cuma. Tiada kejayaan yang dapat dicapai oleh kedua insan ini.
Matlamat - Usaha = Angan-angan
Usaha - Matlamat = Sia-Sia
Solusi Mencapai Kejayaan
Setiap matlamat yang digarap, janganlah diabaikan. Islam mengajar kita untuk melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh. Inilah saranan yang Nabi Muhammad saw berikan kepada kita dalam pesanan Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Ya'la:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yang melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh."
Matlamat sudah ada. Langkah seterusnya ialah merancang USAHA. Usaha perlu dirancang dengan sebaiknya. Untuk matlamat jangka pendek, apakah usaha yang diperlukan. Untuk matlamat jangka panjang, apakah juga usaha yang perlu dilakukan. Semua ini adalah subjektif, terletak kepada cara dan persepsi seseorang insan dalam kehidupannya.
Sebagai menyempurnakan matlamat dan usaha ini, hubungan dengan Allah perlukan diperkuatkan. Dengan apa? DOA dan TAWAKKAL. Setiap apa yang dilakukan, berdoalah kepada Yang tidak pernah jemu-jemu mendengar dan memperkenankan permintaan dan doa daripada hambaNya. Dan juga dalam setiap tindakan yang diambil, bertawakkallah (menyerahkan segala urusan kehidupan kita kepada Allah setelah didahului dengan usaha) kepada Allah swt. Biar Dia yang menentukan apa yang terbaik buat kita.
Hidup perlu bermatlamat. Matlamat perlu kepada usaha. Usaha perlu dihiasi dengan Doa dan Tawakkal. Barulah KEJAYAAN akan dicapai. Di dunia dan juga di Akhirat, pasti adanya kejayaan itu.
Matlamat + Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan (menanti)
ini matematiknya..
berkongsi,
-cheguostat-
© ezshah haizum basfary
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
4 comments:
nice blog :)
salam kenal dari kami outbond di malang :)
jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/
MMORPG OYUNLARI
instagram takipçi satın al
TİKTOK JETON HİLESİ
tiktok jeton hilesi
Sac ekimi antalya
instagram takipçi satın al
İnstagram takipci satın al
metin2 pvp serverlar
İnstagram takipci satin al
Perde modelleri
sms onay
mobil ödeme bozdurma
nft nasil alınır
Ankara Evden Eve Nakliyat
Trafik Sigortasi
dedektör
web sitesi kurma
Aşk Romanları
Smm Panel
smm panel
iş ilanları
instagram takipçi satın al
Https://www.hirdavatciburada.com/
Beyazesyateknikservisi.com.tr
SERVİS
tiktok jeton hilesi
Post a Comment