Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Kualiti sebuah kehidupan ?

Ketika kita masih mampu meniti setiap detik dan mempelajari setiap peristiwa hidup yang kita harungi sendiri, itulah salah satu anugerah terindah bagi insan dan hamba yang berfikir. Dan alangkah beruntungnya apabila kita mamaknakan hidup kita dengan 'memberi' kepada kehidupan orang lain.


Bagaimana kita mengisi masa yang telah diperuntukkan Allah untuk satu tempoh yang tidak kita pasti bila penghujungnya? Ya Allah, hambaMu ini menyedari hakikat masa ( al-'asr) namun aplikasinya ? astaghfirullah.....

Firman Allah swt :

"Demi Masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (surah al-'asr :1-3)


Hidup akan tersia-sia apabila dibiarkan sahaja dibuai dengan kesenangan dan kerehatan semata-mata, dihanyutkan oleh masa yang sentiasa berlalu pergi. Jika tidak diisikan dengan perkara kebaikan dan sesuatu kerana Allah, maka kelalaian dan kejahatan akan menjalar dan mengisi segenap ruang. Ada manusia tidak sedari tentang hakikat ini kerana ia diiringi dengan keseronokan yang selari dengan nafsu.

Tapi, ingatlah

Masa , jika kita tidak korbankan sesuatu untuk Allah, maka umur kita adalah sia-sia. umur hanya bermakna apabila kita perhatikan hidup ini ; jika tidak diisikan dengan kebaikan , nescaya kelalaian dan kejahatan akan menjalar dan mengisi segenap ruang. Apabila kejahatan mengisinya, ia tidak kelihatan sempit kerana ia penuh dengan keseronokan yang selari dengan kehendak nafsu.

namun, apabila kita isikan masa yang terluang dengan kebaikan maka kita akan dapati hidup ini seakan-akan sempit. Hal ini kerana , perkara-perkara yang baik , semuanya berlawanan dengan nafsu. Secara langsung , ianya membuatkan diri tersa berat untuk bekerja.

اللهم انا نسالك توبة نصوحا.. وتوبة قبل الموت وراحة عند الموت ومغفرة ورحمة بعد الموت والعفو عند الحساب والفوز بالجنة والنجاة من النار برحمتك يا عزيز يا غفار



Selengkapnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::