Jul 9, 2014

Dunia Muda dengan Dunia Tua tidak Sama!

Bismillah.. 

"Seorang IBU mampu menjaga 10 orang ANAK , tetapi 10 orang ANAK belum tentu mampu nak jaga seorang IBU"

Saye terbaca satu statement yang saya rasa, saya setuju 100%. Tapi dari satu sudut yang lain, saya berpendapat menjaga orang tua itu tidak semudah menjaga anak-anak. kerana apa saya kata begitu? 

1. Sewaktu kecil, si anak hanya tahu menangis dan senang untuk memujuknya kerna apa? sudah menjadi fitrah budak kecik yang suka menangis kerna inginkan sesuatu. Mungkin si kecil menangis kerna inginkan susu atau lampinnya basah, ataupun perutnya kembung dan sebagainya. Maka, adalah tidak normal jika si anak jarang menangis atau tidak menangis langsung. Mungkin ada 'something wrong' disitu. 

Tapi bagi menjaga orang tua yang sudah uzur, lain pula caranya. Ya, kadang-kadang mereka akan menangis sendiri. Tapi kita tidak tahu apa sebabnya. Mungkin mereka menangis kerna teringatkan kisah-kisah yang lama, kisah pahit atau apa sahaja kisah yang membuatkan mereka terbayang-bayang sentiasa lalu mereka menangis sendiri. 

Ini menyebabkan kadang-kadang si anak tidak tahu nak buat apa, dan tidak tahu memujuknya sebab tidak tahu punca sebenar mengapa mereka menangis tiba-tiba. [Saya menceritakan ini dalam kondisi Dunia Tua yang sudah uzur.] 

2. Meracau si anak berbeza dengan racauan si tua. Ini kerana si anak, kita tahu mengapa mereka meracau-meracau..? mungkin sebab ada sesuatu yang berlaku terhadapnya dalam satu hari tu. Misal kate, diganggu oleh kawan-kawannya, atau juga diganggu juga oleh abang atau kakaknya. Saya amik contoh selama saya jadi kakak sulong kepada 8 orang adik. Sudah pasti gurau senda dan buli membuli itu penyeri bagi kami adik beradik. 

Adik yang 'last' sekali pasti menjadi 'bahan' gurauan kepada abang-abangnya yang atas. Jika kena buli petang tu, comfirm malam tu meracau-racau dalam tido. Sebab itu, Si ibu larang kita kacau adik-adik kita waktu petang sebab ibu kita sudah tahu, pasti malam nanti adik kita akan mengigau dan meracau-racau. 

lain pula bagi orang tua, meracaunya tiba-tiba. Fikirannya kadang-kadang membayangkan sesuatu yang tidak wujud. Kadang-kadang mengigaunya juga lain dari budak kecik. Sebab memori orang tua akan kembali kepada zaman-zaman dulu.. pasti banyak peristiwa yang mereka rasa, mereka masih dalam suasana itu. Jadi, jangan pelik kalau nenek-nenek kita bercakap tentang benda yang pelik-pelik. Contohnya "kita sama bas ke?" dan "adik dah balik ke?" [maksudnya, "Dia bertanya kepada emaknya, adik dah balik ke?"] Sehinggakan kadang-kadang, nenek kita membayangkan kita ini Emaknya. So, jangan pelik dan jangan pulak kita mengada-ngada nak nangis sebab nenek ingat kita dah tua. haha 

"Fasa kehidupan manusia"

3. Menjaga pakai makan budak kecik berbeza dengan orang tua. Sebab apa saya kata begitu? Ya, ketika anak kita masih kecil.. kita masih boleh basuhkan lagi.. kita masih boleh mengangkatnya ke bilik air dan basuh disitu. Sama juga dengan makan.. makannya tidak susah.. sebab jika baru lahir hanya perlu sediakan susu badan atau susu botol sahaja. Bila sudah didewasa sikit, kita masak.. mereka sudah boleh makan sendiri. Begitu juga untuk ke tandas.. mereka boleh uruskan sendiri.

Tetapi tidak orang tua yang sudah uzur, makan pakainya kita kena jaga betul-betul. Najisnya kita kena basuhkan.. Tak larat angkat ke bilik air, kena basuh juga di tempat pembaringannya. Kena mandikan.. Makan minum pun kena banyak jaga, tidak boleh lagi makan seperti orang muda. Makan kena bersuap, sebab orang tua ni sudah tidak larat lagi untuk menyuap sendiri. Kadang-kadang, najisnya juga berterabur. 

Oleh sebab itu, ramai yang tidak mampu menjaga ibu bapanya yang sudah uzur. Walhal, itulah ganjaran yang paling besar nilainya disisi Allah.  

Saya teringat kisah seorang Pemuda yang sanggup menjaga ibu bapanya yang telah bertukar menjadi khinzir. Hari-hari, si Pemuda tersebut bersihkan dan memberi makan kepada kedua ibu bapanya walaupun ibu bapanya sudah menjadi khinzir. Kisah ini sangat baik untuk kita jadikan contoh. Boleh baca lanjut disini.

Sehinggalah Allah berfirman :  "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Subhanallah, sungguh besar ganjarannya bagi yang sanggup menjaga ibu bapa mereka yang sudah uzur. 

Maka, jadilah anak yang soleh dan solehah. Hargailah pengorbanan ibu bapa kita. Memang susah untuk si anak menjaga ibunya yang sudah uzur tapi itulah satu-satunya pengorbanan yang mana ibu bapa kita sendiri harapkan.  

Terutamanya bagi lelaki, susah bagi seorang lelaki yang sanggup menjadi ibu bapanya bila mereka sudah tua. Dan ia menjadi peranan kepada seorang isteri agar sentiasa memberi peringatan kepada si suami tentang tanggungjawab terhadap ibu sendiri. Dalam masa yang sama tidak meninggalkan hak-hak seorang suami terhadap isterinya.

Wallahu'alam.

------------------------------------------------------------------------

Ini bukan persepsi kosong tapi ini kajian dari pengalaman sendiri. Saya bersyukur sebab saya dilahirkan didalam keluarga ini dan mempunyai seorang Ibu yang sanggup menjaga emaknya yang sedang uzur. Dan ibu menjadi inspirasiku untuk terus menjadi anak yang solehah. 

Saya mengharapkan, anak-anak umi nanti sanggup menjaga umi bila umi sudah uzur nanti ye. InsyaAllah.. Amin. ^_^