Jun 28, 2011

13 Kejadian Aneh Dalam Israk Mikraj?



Alhamdulillah ála kulli hallin wa astagfirullahal'azim. Pejam celik..pejam celik, insyaAllah tepat jam 12 malam ni, ia mengenangkan kita kembali kepada satu peristiwa yang amat bermakna buat Umat Islam sepanjang zaman. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan. Ia berlaku pada malam 27 Rejab , tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.a.w. 


Bila dikatakan satu peristiwa yang menakjubkan, jadi terdapat 13 kejadian aneh dan menakjubkan sepanjang hari tersebut. Subhanallah.. mari kita hayati dan fahami setiap kejadian aneh tersebut. Semoga ia memberi ibrah dan keinsafan buat diri kita. 


1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.



Jadi, Ingatlah sahabat-sahabat, setiap amalan baik serta buruk kita semuanya telah dicatatkan dalam buku amalan kita. Ke mana kaki kita melangkah semuanya di catat oleh Malaikat kiri dan kanan bahu kita. Marilah kita sama-sama berfikir sejenak dan bermuhasabah sejenak, apakah amalan yang telah kita lakukan selama mana kita hidup di dunia? adakah diterima Allah atau tidak? 


Jadi, Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat, pergilah ke surau-surau yang berdekatan untuk mendengar ceramah. Ilmu itu tidak datang dengan sendirinya sahabat-sahabat, ia perlu dicari dan di gali. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan kali terakhir tapi sekiranya ia kali terakhir, maka rebutlah peluang terakhir itu. Renung-renungkanlah dan Insafilah.. Astagfirullahal'azim...


Hayatilah lagu ini.. 




Ya Allah,
sesungguhnya aku Hamba yang Maha Faqir, 
Sentiasa mengharap kekayaanMU, 
Ya Allah,
aku hamba yang Maha Lemah,
Sentiasa mengharap kepada BantuanMU..
http://www.smileycodes.info


Wallahu'alam~ 

Jun 22, 2011

Mengapa Selalu Fikir Soal Cinta & Hati? Mengapa?


Hubbullah
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh nun disana.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya? fikirkanlah sebelum memilih jalan yang terlalu mudah.
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.


Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!


Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.


Berapa ramai manusia zaman kini yang kecewa dengan cinta? berapa ramai manusia zaman kini yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana untuk mendapatkan cinta manusia? Janganlah kerana kita terlalu memikirkan soal cinta sampai sanggup korbankan segala-galanya tanpa memikirkan tanggungjawab yang sebenar-benarnya kepada Sang Pencipta.


Oleh itu, carilah cinta Ilahi sebelum kita mencari Cinta Manusia. InsyaAllah, dengan cinta Ilahi urusan kita akan dipermudahkan dengan urusan cinta manusiawi. 


Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Wallahu'alam.

Artikel from : http://www.iluvislam.com

Jun 20, 2011

Pangkor Vs Putrajaya!

Alhamdulillah.. selesai sudah 2 projek minggu lepas. Nak tahu Projek gapo? projek Cuti-cuti Malaysia dengan projek Kem Pendidikan Mara la. kui3 Okeh, InsyaAllah saya akan cite satu persatu. Pengalaman itu perlu dikongsi bukan disimpan, kan-kan? InsyaAllah.

1st day
Kami bertolak dari sabak Bernam ke Lumut pada jam 1 tengahari dan sampai di Lumut jam 3 petang. Selepas itu, kami naik ferry jam 3.30 petang. Sesampai je kami di Jety Pangkor. Kami naik Van Pink dan terus bawa kami ke Tempat Penginapan di Purnama Resort. 1 bilik 5 orang, kebetulan pula muslimat yang join 5 orang je. Dan Muslimin pulak 10 orang je.  Sikit kan? tapi nak buat macammana, semuanya sibuk.huhu Tapi takpelah, asalkan seronok. hihi Malam pula kami keluar pergi makan. Tapi saya tak tempah sebab perut da masuk angin so baik takyah makan..huhu Kongsi jelah.. takdela membazir sangat.hohO

| Macam-macam ada..kui3 | 

2nd day
Jam 8 pagi kami bergerak ke Pantai. Pelbagai game yang kami main. Antaranya 'Dukung Sayang' tapi kami tak main, muslimin je main. Malu kot..huhu Pastu, pas main Explorace.. kami main Banana. Banana tu tahu apa? alah yang ditarik dengan Bot kat atas pantai tu. Best sangat! Pengalaman baru. Sebab selama ni pergi melancong tak pernah main permainan air ni. Asyik-asyik shoping..shoping..shoping...huhu Tapi ganas jugak permainan ni, sampai ada yang terhantuk pulak tu.. Benjol kat tepi mata.isk3

Selepas solat Zohor kami bersiap-siap untuk pusing pulau dengan bot. Hampir ke Indon kami pusing.. cecey.. takdelah. hihi Lepas itu kami singgah di sebuah pulau. Di situlah kami buat Snorkling (betul ke ejaannya??hmm..hantaram sajalah labu..hehe) , main kayak di sekeliling pulau, pastu masak BBQ.. Yummy..^^,

Hari pun dah masuk waktu malam, selesai solat dah boleh makan-makan. Pastu bersiap-siap nak balik Chalet. Kami ingatkan naik bot balik, rupanya kena redah hutan barulah boleh balik bilik. Jadi, kami redah jelah hutan.. ingatkan jauh mana, rupanya tak sampai setengah jam dah sampai ke Pekan Pangkor. Huh! Dasyat Pengalaman time tu. Tapi saya memang suka mendaki pun.. dah biasa dididik sejak Sekolah Menengah lagi. hohO

| Inilah banana nye.. hehe Syok Habis! ^_^ |

Sampai je bilik, bersih kan diri terus tidur. Penat + Ngantuk! huhu

3nd day ( Last Day)
Waktu pagi takde buat pape, kalau ikutkan ada game tapi semuanya malas. Jadi, jam 11 tengahari kot barulah bersiap-siap naik ferry. Pastu kami bershopping di Lumut je. Sekejab je kami Shopping sebab takde ape sangat kat Pulau Pangkor. Then, balik Sabak Bernam terus tukar kete. Pada mulanya saya balik dengan kete Muslimat pastu naik kete Muslimin sebab nak kena cepat balik KL.

| Kenangan Terindah at Jeti Ferry..hohO |

Sampai je rumah jam 10 malam, pastu terus siap-siap p Masjid Putra at Putrajaya. Allahu Rabbi, memang penat sangat. Sampai je sana, ada briefing tok Program esoknya. Pastu balik bilik terus tidor. Ya Allah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Program tersebut dinamakan Kem Kepimpinan YPM. Peserta terdiri dari pelajar yang belajar di sekitar Putrajaya dan diketegorikan Pelajar Gred D. Maksudnya camne tu? ha.. maksudnya pelajar yang agak nakalla. Tapi alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar. Part yang paling saya suka, part akhir sekali iaitu sesi munasabah bersama parents yang hadir. Ya Allah, memang tak jangka macam tu sekali impaknya. Dan Alhamdulillah, saya dapat adik usrah baru. kui3

| Barisan Fasilitator Muslimat dan tetibe penyibuk sorang muslimin di belakang. hohO |

Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti diadakan untuk peserta. Dan kami mendapati respon yang sangat baik dari peserta yang hadir. InsyaAllah kejayaan milik mereka semua.. ameen! ^^, Salam Ukhuwah fillah juga diucapkan kepada Fasi-fasi yang baru kenal. huhu Alhamdulillah, di sini juga saya dapat pilihan nak beli Kamera DSLR yang mana 1..hihi sebab ada sorang peserta lelaki ni, dia bawak kamera DSLR die.. saya tryla.. yaAllah, cantik sangat gambarnya bila ditangkap. EOS 500D tak silap saya.. Wallahu'alam. Nanti try cari balik..hohO

Cuma kekadang saya rasa bersalah bila mengalami situasi Fasilitator sendiri tidak menjaga pergaulan. Even kita menganggap sahabat yang bukan muhrim seperti adik beradik kita sendiri tetapi syariat tetap membataskan pergaulan bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sama-samalah kita menjaga adab pergaulan kita sesama muslim. InsyaAllah..ameen! Asif diatas segala kekurangan selama mana saya menjadi fasi. Mungkin ini salah satu langkah saya dalam menyertai beberapa consultant bagi mencapai impian dalam membuka consultant sendiri bersama sahabat-sahabat perjuangan yang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan..ameen!

Sebelum tu,Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai Fasilitator. Yang paling saya seronok adalah saya sudah jumpa kenalan dari Indonesia. InsyaAllah, harapan untuk menziarahi Medan, Indonesia akan tercapai suatu hari nanti. Biiznillah..ameen! ^^,

Owh ye.. hari ni hari bapa ye? tapi bagi saya, hari-hari hari bapa. ( Bapa banyak hari dah..=.= ) Selamat hari bapa Abah! Semoga Abah berjaya di dunia & juga akhirat dan sentiasa di cucuri rahmat serta kasih sayang Ilahi..ameen! Akak sayang Abah! ^_^

Wallahu'alam.

Jun 13, 2011

2 Program yang bermakna buat diriku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan limpahan kasih sayang serta kurnia-Nya, kita masih dapat bernafas hingga ke hari ini. Alhamdulillah Ya Allah! ^^,

Oklah, sudah seminggu lebih ana tak update blog. Kadang-kadang sebulan..hihi Rindu jugak sekali sekala sebab asyik bertakung je idea dalam kepala otak ni. Tapi masa tak mengizinkan.. huhu Takpelah, semoga setiap entry ana memberi manfaat buat pembaca dan diri ana juga..insyaAllah..ameen!^_^


Minggu yang lalu, ana telah mengikuti Program Kem Eksplorasi Smartleader's di Menara Maybank, Jln. TAR (Jalan Tengku Abdul Rahman) under CSQ Training & Consultantcy berkerjasama dengan PKIMB (Persatuan Kelab Islam Malayan Bank). Alhamdulillah, terubat juga rindu ana dengan minat ana untuk menjadi Fasililtator kembali. Pada mulanya, ada program sebelum tu kat Masjid Negeri. Tapi waktu tak mengizinkan sebab Abah dan ibu  serta sedara mara yang lain nak pergi Umrah. Jadi, kalutlah cari peganti tok gantikan tempat ana sebagai Fasilitator. Dan Alhamdulillah dapat juga. ^^,


Kem Smartleader's ni terdiri daripada anak-anak Maybank tu sendiri. Nak tahu bapa yuran seorang? em kalau anak Maybank RM80 seorang tapi kalau bukan RM100 seorang. ha.. mahal x?? ngeh3 tapi Ilmu dalam Program ni lebih mahal dari yuran peserta. Betul tak?? kui3 Think About That..:) Peserta terdiri dari Umur 8 tahun hingga 17 tahun. Jadi, ramailah budak-budak kecik yang sertai program ni. Ya Allah, kiut sangat. Ana dahla suka dengan budak-budak ni.hihi Tapi bila Camera DSLR dah ada kat tangan..hmm~ habis gambar budak-budak kecik tu ana tangkap. hohO tapi takde kat ana la.. ada kat kawan ana. huhu

 | Cutenya adik-adik ni..^_^ |

| Smartleader's Terbaik! :) |

Ya Allah, seronok sangat bila join jadi Fasi. Macam-macam ilmu yang ana dapat dari Program ni. Dakwah tu luas tau.. tapi macammana kita nak sebarkan dakwah adalah dengan menyertai Program-program beginilah. Sebab di sinilah ia mengajar kita cara nak berdakwah kepada setiap marhalah. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Alhamdulillah. Dan apa yang ana perhatikan, peserta yang sertai program ni terlalu bijak! bila ditanya result UPSR, PMR dan SPM, semuanya mantap-mantap..huhu Dasyat~=.=

Program tersebut berlangsung selama 2 hari (Rabu & khamis). Diadakan di Menara Maybank tersebut tapi dalam Masjid Al-Insaf yang diilhamkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Dan Alhamdulillah,ana dapat sahabat baru. Dijah, Azhani, Fatin dan lain-lain. Salam Ukhuwahfillah semua. ^^,

Selepas itu, Hari Sabtunya pulak ana ada Bengkel Teknologi Promosi dan Pemasaran Internet di UIA Gombak. Ana bukan p sorang tapi 3 orang dari UM. Tapi dalam bengkel tersebut semuanya student UIA, kami bertiga jelah dari UM. hohO Speakernye Puan Wan Hazira dari PKNS. Kalau nak tahu, seorang peserta di bayar oleh PKNS RM600 tapi kami kne bayar yuran just RM3 je.. huhu

Dalam seminar tu, kami di ajar bagaimana nak buat pemasaran dalam blog. Macammana nak buat order form and bla..bla..bla.. Tibe-tibe, beliau adakan pertandingan pulak. Dia suruh buat blog untuk pasarkan produk kite. 1 kumpulan 3 orang. Cukup-cukuplah kami 3 orang. hehe Kami punyalah blur nak pasarkan apa benda ni. Pastu fikir-fikir balik.. kami buat Graphic Design Services. Memandangkan itu kerjaya sementara kami, jadi kami pasarkanlah produk kami sendiri. hehe

Akhirnya kami kena present kat depan. Bayangkan semuanya dak UIA kami bertiga je budak UM. huhu Masing-masing present dengan bagus sekali. Ada yang guna blog pemasaran yang sedia ada, dan kami bertiga ni pulak, tak tahu apa-apa. Pastu tergopoh-gopohla nak buat blog. hehe Akhirnya, bila semua da present, result pun keluar. Dan keputusannya membuatkan kami rasa bersalah..huhu Eh sebelum tu nak tahu hadiahnya apa? 3 tiket free Seminar Millionaire Mind di PWTC yang bernilai RM400 tak silap ana. Keputusannya berpihak kepada kami bertiga, alangkah rasa bersalahnya kami. huhu Yelah semuanya dak UIA, kami bertiga je dak UM.

Tapi alhamdulillah kami bersyukur ada rezeki yang Allah beri kat sana. Akan tetapi, tapi lagi. hehe Ana tak dapat join seminar tersebut sebab hari ini ana kena bertolak ke sabak bernam sebab esok pagi ana akan bertolak ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam sebab ada Reunion Anak-anak Selangor masa ana di Nilam Puri. Lepas balik je dari Pulau Pangkor, ana jadi Fasi lagi di Masjid Putrajaya. huhu Tapi takpelah, ana minta orang lain tolong gantikan tempat ana tu. Mahal kot tiket tu. hmm~

Oklah sahabat-sahabat, sekian dahulu dari ana. Ana dah lambat ni..huhu Tapi ingat ye, jangan sia-siakan waktu cuti anda dengan tido. hehe Joinla apa sahaja Program. InsyaAllah ia bermanfaat buat diri kita sendiri. Lagi satu, Pengalaman tu sebenarnya lebih Mahal dari Wang Ringgit.

Wallahu'alam ^_^

Jun 5, 2011

Perhitungan Antara Keperluan Dan Kehendak!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,masih diberi nikmat hidup di bumi ni. Bila dihitung-hitung, sampai tak terhitung nikmatnya. Cuba anda kira apa nikmat yang telah Allah beri hari ini? nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat udara, nikmat penglihatan dan sebagainya, tak terkira rasanya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmatNya dengan sifatnya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..

Pertama-tama sekali, asif jiddan kerana dah lama tak update. huhu Keje banyak ke? program banyak ke? wallahu'alam. Saya pun tak tahu. Alhamdulillah, khamis lepas abah dan ibu sudah selamat sampai ke makkah Al-mukarramah bagi menunaikan umrah. Ibu kol pagi tadi, rasa tenang sikit. hihi semoga umrah mereka dimakbulkan dan dipermudahkan umrahnya di sana..ameen! :)

Jadi, apa entry kita kali ini? hmm.. senanye tak tahu nak coretkan tentang apa di teratak ini. Tapi saya ada satu perbincangan untuk kita bincangkan bersama. insyaAllah.. Okeh, apa itu keperluan? Keperluan itu adalah sesuatu yg perlu, perkara yg asasi, maknanya sesuatu yang wajib ada. Tapi keperluan itu boleh juga dikatakan kehendak.

Bagaimana pula dengan kehendak? kehendak itu adalah sesuatu yang kita mahu, yg kita inginkan. Mungkin juga boleh dikatakan kehendak dari nafsu-nafsi diri kita. Bunyi agak kritikalkan. Tapi itulah hakikatnya maksud kehendak. Tapi kadang-kadang keperluan itu juga boleh dijadikan kehendak. Dan kehendak juga boleh dijadikan keperluan.

Dalam kehidupan ni macam-macam yang perlu kita buat perhitungan, boleh juga dikatakan sebagai pilihan. Lagi-lagi bila kita sudah masuk alam Universiti, macam-macam jenis yuran yang perlu kira bayar. Yuran pengajian la, yuran kampus la. Pastu bila mana kita sudah masuk kampus, macam-macam persatuan yang akan kita sertai. Jadi, bila sudah jadi begitu.. duit dari PTPTN pun tidak mencukupi. pening kan?? pening-pening. huhu tapi saya tak amik PTPTpu, PAMA yang tanggung semua. ha... itu lagila pening pale bila takde duit, sebab saya tak suka mintak-mintak..huk3 bila terdesak sangat-sangat, barula rayu-rayu nak mintak. hehe

Jadi, bila sudah jadi begitu.. dalam bab makan juga perlu buat perhitungan. Bagi ahli gerakan, Makan itu sebagai kehendak dan sedekah itu sebagai satu keperluan. Kerana apa?? kerana bagi mereka, bila dapat 2-3 suap nasi itu sudah kira bersyukur bagi mereka. Itu mungkin bagi ahli gerakan yang miskin, kerana setahu saya ada Gerakan yang kaya dan ada juga Gerakan yang Miskin. Gerakan yang miskin inilah yang membentuk ahlinya agar lebihkan bersedekah dari melebihkan kehendak diri. InsyaAllah. Orang kata apa? biar Miskin harta tapi jangan miskin Ilmu.


Sekarang ni, saya berkehendakkan Camera DSLR.. kerana ia menjadi satu keperluan dalam kerja saya. Tapi nak beli sesuatu pun, kena fikir 10 kali kot. huhu Tapi setelah saya buat beberapa perhitungan dan akhirnya, adalah kumpul duit dan dapatkan Camera DSLR..InsyaAllah! Macammana nak kumpul duit ek?? keje pun tidak! huhu Tapi takpe... rezeki itu sentiasa ada, cuma kita kena yakin dan berusaha. Boleh? InsyaAllah boleh! ^^,

Tapi kan, kadang-kadang bila kita berkehendakkan sesuatu ia juga boleh mendatangkan kepada pembaziran. Misalnya, bila kita pergi bershopping.. lagi-lagi bila awal bulan,kan masuk gaji. Asal bershopping je, bila baju barulah, kasut barulah, handphone pun nak baru. Walhal, baju dalam almari tu berlambak-lambak belum pakai lagi, kasut pulak, ada lagi yang belum bukak dari kotak. Handphone pun baru beli sebulan jagung dah beli handphone baru. isk3 dasyat kan?? itulah namanya membazir. Ingat ye sahabat-sahabat, Allah tak suka dengan hambanya yang suka membazir. Pakai handphone Nokia biasa pun oklah, asalkan boleh bermeseg, boleh call dan yang paling penting tahan lama. Hentak banyak kali pun tak rosak-rosak.. ha.. ade ke?? ada..insyaAllah! macam handset saya la kot.. saya kan suka campak-campak handset..hihi gurau-gurau..=.=

Oklah, setakat ini dahulu coretan saya kali ini. Oh ye, bulan rejab dah masuk kan..? so, Macammana persiapan anda untuk menghadapi bulan Ramadhan akan datang ye?hmm.. renung-renungkan ye. Dalam bulan Ramadhan nantilah kita akan banyak buat perhitungan. Yelah, bila nak dekat-dekat raya tukan, mesti berkira-kira nak baju raya berapa pasangla, kasut berapa pasangla, walhal baju raya tahun lepas tak pakai lagi. ngeh3 Buat perhitungan tu biar berpada-pada ya.:) Pesanan buat sahabat-sahabat perempuan yang belum habis ganti puasa, cepat-cepat habiskan ya. Tapi lainkali jangan suka lambat-lambat ganti puasa. Tak elok tangguh-tangguh. kui3

Allahumma bariklana fi rajab wa syaában wa ballighna fi Ramadhan, Ameen! ^_^

Wallahu'alam~