I stumble upon 1 blog nie. And I read this.
Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting.
MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.
Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar.
Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.
Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ‘Nas’ yang bersifat kebinatangan.
“Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia ‘Nas’ yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia ‘insan’ yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan.
“Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .
Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.
Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.
“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.
“Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sehingga kenyang,” katanya.
Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.
“Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.
Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.What do you think? Is it fair for those who are not breastfeed their baby? For me, IT'S UNFAIR!
Just imagine la, manusia mmglah boleh berpatah balik kepada fitrah. tapi for those yg dah berusaha nak breastfeed their baby, tapi tak boleh, nak bt cmna kan? Penyelesaiannya, tetaplah kepada susu lembu atau susu soya. So, kalau cmtue, cmna pulak dengan manusia2 yg makan daging lembu nie? Akan jadi binatang jugak ker? Yg minum susu lembu? Yg masa korang pregnant dok telan susu lembu.. Salur jugak khasiat dia kepada baby. Binatang jugaklah kan?
Mmm, I guess SOME of ibu2 yg EXCLUSIVE BF baby nie kadang2 terlampau taksub sgt! I cakap some of them. Not all. My fren ada yg exclusive bf their baby. tapi takdelah sampai taksub dan memperkecilkan org lain. I guess, org yg menyampaikan ceramah nie pun, bukanlah bermaksud "Ibu yg bagi anak dia susu lembu akan jadi binatang anak2 dia". Dia bermaksud for those "Yg gemar memberi susu lembu dari susu ibu...". Maknanya yg awal2 dah pilih susu lembu dan avoid BF.
Nak jadikan cerita zaman Rasulullah, bila kekurangan susu, cari ibu susuan. Kalau nak compare dengan zaman sekarang, kat mana nak cari susu ibuan. Kalau korang yg exclusive BF nie, ha nak ke kalau I anta anak I utk korang susukan. Sanggup? 1 jer I nak tanya. U all sanggup atau tak. Kalau jawapan dia tak sanggup, jadi korang tak payahlah nak mempertikaikan apa2, ok. And those yg cakap sanggup tue, drop me your contact number. I nak hantar Qaira utk u all susukan. Nie I serius cakap ni. Atau advertise kan lah kat blog korang mcm nie.
"Sedia menyusukan anak yg tak dapat susu ibu"
Then, I rasa dulu masa I kecik2 pun minum susu lembu. Membawa sampai ke besar mmg I suka minum susu. So, maknanya I nie pun budak susu lembu. Atau budak binatang. Tapi bila besar, I tak pernah pun buat sumbang mahram. Merogol atau membunuh. Atau dengan kata lainnya, perangai I nie takdelah mcm binatang. I guess perangai manusia nie terbentuk dr mcm mana ibu bapa mendidik anak. Dan bagaimana anak2 tue terdedah dengan kehidupan sekeliling mereka.
Dan kalaulah susu lembu tue boleh jadikan anak2 nie berperangai binatang, I rasa Allah Maha Mengetahui. Kalau ia mendatangkan keburukan, mungkin susu lembu pun akan jadi mcm babi. Diharamkan sebab mendatangkan keburukan. Tapi tak kan? Allah tue Maha Mengetahui. Dia tahu apa yg terbaik utk makhlukNya. So, I rasa tak salah lah kalau anak kita minum susu lembu. Wallahualam. Dan kalau perkara2 bersifat kebinatangan nie berlaku dr zaman Jahiliyah, dan masa zaman Jahiliyah tue tak minum susu binatang, so dr mana sifat kebinatangan tue terjadi?
Dan kalau betullah susu binatang nie menjadikan manusia binatang, dah jalankan kajian kepada anak2 yg exclusive breastfeed masa dorang kecik2 tue, mmg confirm takde sape yg jadi pembunuh? Yg jadi perogol? Confirm ker? Kiranya dah confirm la nie 100% yg minum susu binatang yg jadi pembunuh perogol tue semua? Kiranya yg exclusive breastfeed nie semua bila dah besar mmg yg baiklah? So, cmna pulak dengan org yg bukan beragama Islam, yg masa keciknya 100% breastmilk, bila dah besar boleh pulak berzina? Kat sini terang2 dah nampak, perangai sesorang tue lebih cenderung dimonopoli oleh pegangan agama. I believe, jika kita ada pegangan agama yg kuat, takkan jadi perkara2 zina, rogol bunuh nie semua. Semua sebenarnya dtg dr kita. Dan kembali kepada kisah Iblis dengan Adam. Yg mmg bersumpah akan menyesatkan manusia! Nie ambil kira tak?
Sorrylah kalau entry ni entry emo. I bukan nak shoot ibu2 yg breastfeed nie! Giler, dulu masa I pregnantkan Qaira, I lagi bersemangat waja nak exclusive breastfeed kononnya! I lagi prepare complete set utk nak breastfeed! I rasa I punya set lagi complete dr ibu2 yg tgh breastfeed nie! Sbb masa tue I mmg betul2 nak breastfeed my baby. Tapi Allah tu dah tetapkan bukan rezeki I agaknya. So, I tak boleh nak breastfeed. U all ingat I suka terkinja2 ker tak dapat nak breastfeed? Takkan nak citer I menangis 1001 malam sbb tak boleh breastfeed? Takkan nak citer I mengamuk kat semua org sbb mentaliti I yg asyik fokus nak breastfeed tapi tak boleh! Takkan nak canang kat semua org kan? Only Allah knows how bad I felt dulu. Sedih! Paham?
And to those yg exclusive bf nie, tak payahlah nak berlagak2. Ni Allah dah bagi rezeki kat u all, bersyukur jela. Buatnya kalau Allah tarik balik nikmat tue, ha, u all tahulah perasaan I mcm mana. Ingat ya, takde ibu yg tak nak bf anak dia except J.Lo. Yg tue, I tak tahu. Mmg crazy mother tak nak bf anak dia. Tu u all boleh maki hamun ok. So, tak payahlah u all tulis kat blog u all tue, perkara2 negatif to those yg tak breastfeed. Tulis perkara baik n kelebihan breastfeed, takpe. I suka baca. Jgn tulis yg boleh memperkecilkan hati org lain. I sebagai ibu sedih ok kalau baby I yg tak tahu apa2 nie, korang dah label jd binatang. Ingat, Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Dia tahu apa yg terbaik utk makhlukNya. Setiap org dah ada kelebihan dan kekurangan masing2. Jadi, hanya Allah jer tahu nasib manusia. Ok?
Siapa ibu2 exclusive bf nie yg nak serang I, tak payah drop comment. U all boleh direct call I jer. Nanti kita jumpa and discuss. I kalau nak tulis, mmg boleh panjang2. Tapi kalau ckp panjang lagi best. So, take this entry as luahan ibu yg tak boleh nak bf, ok. I bukan nak halang BF! Siapa yg boleh bf tue, teruskanlah sampai anak u all 2 tahun. Mmg bgus. I tak denied. Ok?