Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

A Day at YuKids Island
Thursday, April 5, 2012

Hi all,

We've been at Yu Kids Island last February. Baru nak update. Hihihi... Those yang tak pernah pergi lagi, Yu Kids Island located at The Curve. Tempat dia best! Semua benda bergerak sendiri... then ada giant balloons which is really interesting. Let's the pic do the talking lah! hehe






 Cute locker!





 Peanuts yg bergerak sendiri...



 Qaira with her fav nanny!




We went for the second time last Monday. Kali ni 3 of us jer. Was thinking to go to KidsZania.. but we have no time nak explore satu Kidszania.. so later kita pegi ok Qaira!





Anak dara saya. Dah besarkan? Hiks


Fees nak masuk RM20 for weekdays and RM30 for weekend. Parents FOC.

Oh, ada tempat yg cantik jugak for those yang nak buat birthday party! Really nice compared to Kidzsport. They charge on per head. RM25 je per head (for kids only). Then rent space kat situ for RM120 for 2 hours. Food u all boleh cater sendiri... best kan?



Till now,
xoxo

Goodbye 2011! hello 2012.. ;)
Tuesday, December 27, 2011

Hye all,

Yes.. i must blog about myself..it's a last month of 2011.. another 4 days we're in 2012.. so I guess this is my last entry for 2011... a summary for this month.. I've been so busy... to handle Qaira... my job...my family... fuhhh...

Rasa mcm sedih jer nak tinggalkan 2011. It's not a lucky year for me... a sad year i must said.. i lost my lil angel Damia... and it is really hurt me so much...! But, after all the sadness, it's Qada' & Qadar. I terima dengan hati terbuka. Disebalik kehilangan Damia, I still have my lil Qaira, hubby and my lovely family. Love y'all. And I hope in 2012, after all the sadness, semoga Allah memberi kebahagiaan dan dimurahkan rezeki di tahun 2012... Amin.

Oh ya... it's December rite? It;s a shopping time isn't it? Sana sini semua SALE rite now kan? I think I have spend a lot this month! Shopping jer kerja boleh dikatakan setiap hari! Boleh tak? Huhuhu.. But, shopping, shopping jugak... Savings are much more important... Alhamduilillah... rezeki.




Latest gadjet..thanks to Hubby! Even semua org dah ada ipad, I baru terkedek2 nak beli..wakakaka..


After 2 weeks I bought Ipad and asyik gaduh rebut dengan Qaira jer... so husband and I decided to buy LeapPad for Qaira... so jgn kacau Mama ok!


Budak skrg pandai kan? Tak payah ajar explore sendiri... semua dia tahu... oh ya., leappad ni i very recommend to all out there.. it is educational toys.. dari beli entah apa-apa, i think u should spend this for ur love one.. RECOMMENDED!


Another rembatan....And I bought my self yang memang lama sangat tak pakai since zaman anak dara...


Jeng jeng jeng.....................



*


*


*


*









Tadaaaaaaaaa...............





A 5 inch heels... since mengandungkan Qaira tak pernah pakai... Now, nak pakai balik... feeling2 cam model catwalk..huhuhu...





And another following week... ;)


Not to forget another online shopping ;)



And hereeee..... My FitFlop dh sampai... and I love it to the maxxx!!!


A set of make up for myself...  ;)
Thanks to those yang recommend Bobbi Brown kat FB hari tue..


And to reward husband for my Ipad2, I bought him.... SPANX!!! Ok, best eyhh! Berkesan... To all, I really recommend this product for your husband yang perut agak ke depan.. wakakaka... serius it help! My husband love it to the max!


 Aha... since the Candylicious shop dah bukak kat One Utama, cubaan pertama Garret.. maaflah I agak ketinggalan... wakakaka... sedapnya caramel with Macadamia nut... i love it! But it taste sweet... but, who cares???

Dan di samping sibuk with all MG's job, here my M&M's cookies.. thanks to all yang order.. and I love when people said.... SEDAP!!  Rasa happy dapat serve org makan sedap-sedap!







Nak order? E-mail me ya miz.amie@yahoo.com


Qaira yang dah big girl... ;)

Me with MG's team and MG's Junior... huhuhu..


Masuk gak la gambar nie... karang nanges gambar dia takde.. huhuhu

Well..a happy ending 2011..even banyak kenangan pahit, I think life must move on... So to all, Happy New Year! Kita jumpa tahun depan ok.. InsyaAllah..

Till now,
xoxo

Aksi Diva Qaira Jasmine
Thursday, October 20, 2011

Sejak Damia takde, sikap Qaira kadang-kadang moody jer. Entahlah.. maybe dulu orang asyik panggil dia kakak jer.. and selalu sebut pasal adik.. but suddenly semua org dah tak cakap pasal adik langsung. Until now, she keep asking about her sister. And we all selalu cakap, "Adik kat syurga..".

And sekarang dia dah pandai... bila dia tanya, "Mama, where is adik?". Then dia juga yang jawab sendiri, "Adik, syurga eyhhh?". Sambil tadah tangan pastu mulut terkumat kamit then dia Aminnnn kan doa dia.. Hihihi.. Good girl Qaira. No need to sedih-sedih ok.. Adik will remain waiting us at Jannah.. Adik pun tengah happy2 sekarang. And nanti, insyaallah, Qaira akan  jadi kakak jugak.. tapi later ok... ;)

About Damia, siapalah yang tak sedih bila anak yang kita kandungkan selama 9 bulan, tiba waktu yang dinantikan, dia tak dapat bersama kita. But, here something to share with those yang alami nasib yang sama with me.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Then, after all I tak perlulah sedih lagi. Bukan ke dah terbukti Nabi Ibrahim A.S yang menjaga Damia sekarang. I rasa berjuta-juta kali baik Nabi Ibrahim yang jaga. I redha. And Damia akan tunggu Mama, Abah and kakak kan?

Apabila kita mengingati Tuhan, maka Tuhan juga akan mengingati kita.
Apabila Tuhan mengingati kita, maka Tuhan akan menguji kita.Terima Kasih Allah kerana memilih aku..kerana memilih Damia untuk menunggu aku di sana.. 

So, why should I nangis mcm org giler, kalau dah sah-sah ini yang terbaik untuk I kan?  I smiled :)

Untuk Damia anak Mama, every moment of having u in me was great.. and you will be forever mine.. ;)

Enough with Damia... and anak sulung I sekarang, tengoklah aksi dia.. mcm diva ok.. menyombong tak tentu pasal.. especially bila org nak snap pic, mesti nak buat ala-ala gaya menyombong dia tue...


Tengoklah... muka tak boleh blah... ikut mood dia jer...



Gambar ni, a week before adik dia lahir.. still nak menyombong...tapi dengan pacifier dia.. haish.. dh 2 years old, but still on pacifier.. ni skrg husband and I tengah cari jalan nak elakkan dia dengan pacifier.. any tips guys??



Well, kadang-kadang kesian tengok Qaira.. waiting for her sister selama 9 bulan, tapi akhirnya takde sape teman dia main... luckily, Anya is here.. tempat gaduh, tempat bermanja.. semualah... hari-hari jumpa, hari-hari gaduh...hihihi...tunggu Anya besar sikit dah boleh jalan, mesti jadi kawan baik... hehehe..

Qaira and Anya

Ok, till now
xoxo

Heylow and Salam to all Blogger!
Wednesday, October 5, 2011

It is almost 2 months now. I know...I owe all readers about my precious baby's story... Mmm, I'm full recovered now... happy dan teruskan hidup. Tapi tiada kekuatan lagi nak bercerita pasal Damia. Well, life must goes on... Orang kata I tabah... Yes..kena tabah. I selalu remind myself that segala yang terjadi ada hikmah. Hikmahnya apa, I pun tak pasti but I mesti redha on what happen to me. Even it's hurt, I always said Alhamdullillah. I'm the chosen one. Dan bukannya dalam dunia nie, I yang rasa sorang-sorang benda nie. Ramai lagi ibu-ibu uang senasib malah lebih teruk lagi ujian yang diterima dari Allah. And I believed that Allah turunkan ujian ini sebab Dia tahu I mampu menanggungnya. To Damia, Mama bersyukur Damia pergi. At least Mama dah tahu Damia confirm tunggu Mama and Abah kat sana. Amin..

Macam mana I accept the ujian fr Allah. Well, honestly rasa pahit. Anak yang dikandung 9 bulan tiba-tiba pergi sekelip mata jer. But, bila rasa sedih, I pujuk hati. Damia adalah milik Allah dan kepada Allah jua dia kembali. And not only Damia...myself pun satu hari nanti akan pergi juga. Hanya masa yang  menentukan. Dan selalu I rasa rugi sangat kenapa I tak berkesempatan hidup bersama dengan Damia. Tapi I pujuk lagi hati bahawa dunia ini hanya sementara. Yang kekal adalah akhirat. Dan yang kekal juga I akan bersama Damia buat selama-lamanya.. Bukan hanya sementara....It's really changed me a lot. The way how I look at myself. Banyak benda yang kita alpa masa kat dunia. And I try untuk berubah sikit demi sikit. Alhamdulillah.

I read this before. How to handle perasaan kita dengan ujian yang kita rasa paling berat untuk diterima. I might share this with you. When I pray, I doa "Sesungguhnya ujian yang Allah berikan pada aku adalah sangat berat untuk ditanggung... Aku amat merindui anakku Damia.. Ya Allah...Tapi aku redha dengan segala kepahitan ini. Dengan keredhaan ku ini, kau berikanlah ganjaran pahala buat diriku dan suamiku serta anakku...Dan makbulkanlah segala permintaan dan doaku ini..Amin". Dan ia buat I tenang.

Yes, I cried when I missed Damia so much. Bila teringat dia...bau dia..rupa dia...But, I never cried and blame Allah on this.. NEVER! I rasa bersyukur.. Ini cara I pujuk hati...Alhamdulillah..it works! Tak salah menangis..Asal kita tahu batasannya.

Well..I patut  habiskan cerita Damia... this is my diary.. satu hari nanti I harap Qaira dan adik-adik dia dapat baca diari ni bila I dah takde lagi.. and dari situ dorang akan tahu, macam mana keadaan dunia ini. Ia bukanlah selalunya indah. Tapi kita kena selalu bersyukur. And semoga dia tahu apa yang berlaku pada Mama, Abah, diri dia and mungkin adik-adik dia...

Mmmm, I hope lepas ni I can post entry biasa yang ceria tanpa rasa sedih lagi. Bukan Mama tak ingat Damia atau nak lupakan Damia.. Damia selalu ada dalam hati Mama and Abah buat selamanya...

She almost 2..how time flies.. i missed her so badly!
Monday, June 20, 2011

Hye


Yup true... I've been very super duper busy with workload!!! And sedar tak sedar my pregnancy dah almost 8 months and my super darlink little dotter dah nak hit 2! Huhu.. just imagine.. how time flies... And i missed my little Qaira so badly! Being a pregnant mom for our 2nd children nie, my feelings dah bercampur baur.. I just cannot imagine, camna nak sayang 2 org in one time? Hahaha.. Ok fine, anak tak keluar lagi..and tak pernah jadi ibu kepada 2 org anak.. so, it's a normal feeling lah!


And.... lately asyik tengok gambar Qaira dr dia kecik till now... cepatnya masa berlalu!!!


Newborn petite Qaira... she is 2.8kg jer... 


1 month young!


2 months young!


3 months young!


4 months young!


5 months young!


6 months young!


7 months young!


8 months young!


10 months young!


11 months young!


She hit 1 year old!


And today...............................


She almost 2! Dah besar anak dara sorang nih!


And my 2nd baby bump belly what so ever! This time, baby lagi besar dr Qaira! haha.. And I;m so ketegangan perut and tak larat! But still busy working lah!



My latest job... sume org kata... perut dah besar pun still keja lagi ker... takpe people.. i'm the boss.. arah sana sini jer... hahaha!

Ok, my EDD is on 3rd August.. insyaAllah... please pray for me and tak tahulah bila ada kelapangan nak update blog lagi as I'm busy with workload every weekend sampailah puasa nanti! Well, after all, I just can't wait with so many things in my  life... Satunya, anak sorang pengarang jantung dah nak masuk 2 tahun. Second, tunggu kelahiran anak kedua ni mmg tak sabar! Third, my marriage will turn 3 on July! Forth, I'm rebranding my business... tunggu je nanti.. new look from MG!


And last but not least, I;m very happy with my life now!

Till now,
xoxo