Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Aug 25, 2011

"Nak baca Quran wat pe, bace pon bukannya aku faham! "

Assalamualaikum.

[semoga kamu ikhlas membaca entri ni ] ^_^


Astaghfirullahalazim. Pernah dengar orang cakap begitu tak?

Aku ada satu kisah untuk share dengan korang. Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

.Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.

‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata,

‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan.

Katanya, 'tengok Atuk, tak guna!'
‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata, 'tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Semoga korang mendapat sesuatu dari kisah ini.

c ya!

Aug 23, 2011

Fact : Orang bujang pendek umur !

Hai !


Urghhh! gambar ter-EMO pulak. =p

Anda BUJANG dan LONELY macam saya? Jom baca fakta di bawah.

 Ni merupakan kajian oleh penyelidik di Universiti Louisville, Kentucky.


Kajian mendapati bahawa orang yang berkahwin hidup lebih lama berbanding mereka yang single.



Wanita bujang berisiko meninggal dunia 7-15 tahun lebih awal.



Lelaki bujang berisiko meninggal 17 tahun lebih awal dari lelaki berkahwin.


 

Penemuan menunjukkan risiko kematian lelaki bujang mencapai 32% berbanding lelaki berkahwin, dan wanita bujang pula berisiko 23% lebih tinggi dari wanita berkahwin.



Jangka hayat pasangan yang sudah berkahwin lebih lama kerana memiliki sokongan yang lebih kuat. Bila dah berkahwin, pasangannya lebih menjaga kesihatan dan pemakanan mereka.


wahhhh! Nak kawen sekarang lah *pengsan mak aku

Anyway, I share this as a knowledge. Aku harap korang tak percaya sangat. Mungkin betul mungkin tak. Lagipon, jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan tuhan. Peace ^_^

c ya!

Video : Iklan solat yang memang haraaam nak tengok di Malaysia.

Hai.

Sempena bulan pose ni la kan, aku (merangkap ustazah tak diiktiraf) nak share satu video ngan korang. Video yang berunsur pengajaran sikit. Udah-udah la dua hari ni aku dok post entri merapu. Hahahaha.
Jom baca sini dan sini.

Tak sure la sama ada korang dah tengok video ni atau tak. Dah lama dah mende ni aku draft-kan, cuma baru terasa nak publish. See, bende baik selalu je kita nak lengahkan kan? *syaitan hasut ler tu. kehkeh.


Sila tekan button play yer. Kalau tak, anda akan mengigau malam ni. kihkihkih.

Dah tengok? Korang rasa ada tak dalam kalangan kita ni yang macam wanita dalam video tu? Aku rasa dua tiga kerat jer yang macam tu.

Aku admit aku sendiri pon kalau dah menapak dalam shopping kompleks, bukannya ingat mende lain dah. Kadang-kadang tu, mak aku kol 3 4 kali pon aku still tak notice lagi dapat panggilan dari dia. Maklumla, tengah syok shopping kan. Hehehe.

Ni kan pulak nak solat sejurus masuk waktu. Harammm. Plus pulak, mane ade shopping kompleks kat Malaysia ni yang pasang recording orang azan bila dah masuk waktu or wat announcement ke ape. Lagi dok melalak dengan music ade lah. 

Plus lagi bila dah dekat raya ni. Memang riuh dengan lagu raya lah, start dari bukak mall, sampai nak tutup balik. Macam tu la mall mane-mane pon. Ye dak??

Bila dah macam tu, kita pon solat pada akhir-akhir waktu. Siap aje bagi salam solat zohor, azan solat asar berkumandang.

Dahsyat kan kita? Melompat-lompat gembira syaitan tengok kita macam tu. Kita? Makin lalai dan lalai dan lalai. Jom la sama-sama berubah di bulan mulia ni. =]


sekadar renungan buat diri sendiri dan teman semua.
c ya!

Aug 12, 2011

News : Pelajar kena liwat?

Hai!

Kita bako aje cikgu macam ni..
p/s : click pic for enlargement.

Kalau korang baca paper BH hari ni korang akan tahu betapa bangangnya seorang cikgu bila dengan perasaan tak bersalah meliwat student dia sendiri.

Ape dia tak tahu ke yang mak bapak budak tu hantar anak diorang untuk pergi belajar, bukan nak suruh engkau liwat anak dia wahai cikgu!

Aku memang hangenn baca berita ni. Memang tak patut! Naseb baek la budak tu dapat kumpulkan keberanian dia nak lodge report. Kalau tak, aku rasa sampai habes sekolah pon budak tu akan jadi mangsa nafsu serakah dia.

" Pelajar lelaki yang berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya.. "

" Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru lelaki itu antara Mac hingga Jun lalu.. "

Kesimpulannya, takde sesape yang kita boleh percaya sekarang ni. Famili pon kadang-kadang tak boleh nak percaya sangat. Dah banyak dah pon kes haruan makan anak.

Masya-Allah. Apa la nak jadi ngan dunia sekarang ni eh? Hari tu bising pasal hal gereja nak murtadkan orang Islam, hari ni kes cikgu liwat anak murid, esok-esok ape pulak?

p/s : maaf andai penggunaan bahasa hari ini buat pembaca sekalian SENTAP!

c ya!

Semoga kita sentiasa di bawah peliharaan-Nya. Insyaallah.

Aug 10, 2011

Selena Gomez & Justin Bieber kembali intim?

Hello. Assalamualaikum.

Pergggh~ Gosip lagi di bulan puasa. Kikiki :P


Nampak happy je kan pasangan ni. First time dengar memang aku tak boleh terima yang Selena Gomez couple dengan Bieber. Tapi nak buat macam mane kan, dah tu pilihan dia. Tak kan la kita yang dia tak kenal batang hidung ni nak p cakap ' Sel, ko tak boleh kapel ngan Bieber! ' haha :P

Semalam dalam berita diorang dah brake up sebab Selena Gomez tak suka Bieber kawan ngan Sean Kingston, Lil Wayne and Chris Brown sebab risau akan bagi oengaruh buruk kat buah hati dia. Tapi sehari lepas berpisah, orang ramai tengok depa dokpegang-pegang tangan dah. 

Cinta diorang ni maseh kuat kot. Jeles pulak bila every pic yang di snap, diorang ni tak pernah lepas dari berpegangan tangan. Ehem. Ohh, how romantic! (Dalam Islam ditegah okay!)


p/s : baru aku taw yang Sean Kingston adalah bekas pencuri!

c ya!

Aug 8, 2011

jangan mudah terpedaya!

Hello. Assalamualaikum.


Berita hari ini ;

         Seorang mangsa terus menerus di pujuk untuk mendekati gereja walaupon selepas dia buat keputusan untuk berhenti terima bantuan dari gejera tersebut.




Mangsa pada mulanya tak nak terima bantuan dari pihak gereja tersebut, tapi bila fikirkan balik tentang nasib anak-anak dia, dia terpaksa terima bantuan tersebut setelah gagal dapat bantuan berterusan dari BAITULMAL.

Macam-macam bantuan yang pihak gereja ni berikan. Barangan keperluan harian segala bagai. Diorang jugak ada call banyak kali semata-mata untuk bertanyakan khabar. Anak-anak mangsa juga pernah ditawarkan untuk tinggal di asrama di gereja tu dan sanggup tanggung perbelanjaan sekolah kanak-kanak tersebut.

Pelik kan, orang kita sendiri pon boleh kira dengan jari, berapa orang aje yang tersangat perihatin macam tu dengan kaum sendiri. Dah terang lagikan bersuluh, bantuan tu adalah perangkap nak memesongkan akidah orang Islam.

Biasanya orang-orang yang tengah sengkek duit, pelajar IPT especially, mudah terjerat dengan bantuan dari gereja ni. Diorang memang dah dapat baca, budak-budak remaja ni memang takkan tolak kalau kena sogok dengan duit. Bahaya betul..


Korang nampak tak betapa bersungguh-sungguh nya Kristian nak mempedaya kita, nak suruh kita orang Islam ni masuk agama dia. Orang Islam, ada ke sampai macam tu? Kalau yang berdakwah pon, ade ke sampai nak tolong macam tu sekali. Aku tengok, lagi ramai yang terpesong ada la.

Ni la orang dok kata, dunia akhir zaman. 

Itu la mak aku selalu dok pesan, pergi belajar jauh-jauh, solat jangan tinggal. Sekalipon nak bersosial, biar berpada-pada. Ingat asal-usul. Ingat pada yang SATU. Insnyaallah kita selamat dunia ahkirat.

sekian tazkirah ramadhan.

c ya!

Aug 1, 2011

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.

Hello. Assalamualaikum.


Esok hari pertama umat Nabi Muhammad berpuasa kan? So, aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu manfaat lebih dari tahun yang sebelumnya.

Puasa tu puasa jugak kan. Memang la maksud puasa ialah menahan perut dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. TAPI korang kena ingat, puasa makan aje tak akan mencukupi. Puasa mulut dari mengumpat, puasa telinga dari mendengar umpatan, puasa mata dari melihat maksiat, puasa segala-galanya lahh. Tu adalah erti puasa yang sebenar.

Aku taknak bagi tazkirah panjang-panjang pasal ni sebab aku taw aku bukannya bagus sangat dalam bab macam ni. Kadang-kadang kita nak meluahkan rasa hati, nak share problem, tanpa sedar kita ter-umpat orang tu pulak kan. So, konklusinya, manusia memang takkan lari dari masalah. Yang penting, kita harus sentiasa cuba untuk saling menasihati dan memperingati antara umat Muhammad S.A.W ni kan..

Puasa seboleh-bolehnya jangan la tinggal melainkan sakit yang tenat dan sebab musabab tertentu yang tak membenarkan kita puasa. Hehehe. Kalau pompuan tak puasa, boleh gak consider dia lampu merah kan, tapi kalau laki macam mana? Takkan lampu merah jugak kot. Haha.

Yela, sunat untuk kita awal-awalkan berbuka dan lewat-lewatkan sahur. Tapi jangan nak buat-buat salah tafsir lak. Ni dok p sahur kul 9, then berbukak kul 1 watpa? Nak ikut sunah la katakan. Hotak hang. Haha.

Harapan aku untuk puasa tahun ni :
moga-moga sikit jer kena ganti pose. :p

c ya!

Jul 27, 2011

wordless wednesday #3

Hello. Assalamualaikum.


p/s : macam tak boleh blah kan? cermin diri dulu la..

pengajaran : jangan nak sibuk-sibuk mengimpikan orang yang PERFECT, yang baik, kalau diri kita sendiri pon tidak berusaha untuk jadi seseorang seperti tu. :)

Jul 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban.

Hello. Assalamualaikum.

Ahaiiii, bising pasal bola lagi ek? Hmm. Tadi dah cite pasal bola, laa ni pulak aku nak cakap pasal kita orang Islam pulak.

Hmm, dok bising-bising pasal bola ni, tadi korang bace Yaasin tak? Korang taw tak malam ni malam Nisfu Syaaban? Mungkin ade sesetengah taw, mungkin jugak de yang tak taw.

To be frank, aku sebenarnya lupa and tak notice pon esok 15Syaaban, maksudnya malam ni kena baca Yaasin 3 kali kan. 1 family aku tak ingat. Dahsyat kan? Astaghfirullah, lalainya hamba Allah ini. Tapi Alhamdulillah sempat jugak habiskan Yaasin 3 kali.

Aku nak tima kaseh sangat-sangat dekat seorang facebooker ni. Dia sangat mulia sebab dah beramal sambil ber-FB. (cewah)


Sebab ter-tengok komen tuh la, baru aku tersedar malam ni malam yang sangat baik. Insyaallah kita akan sentiasa panjang umur (sentiasa boleh beramal), murah rezeki dah sentiasa dalam iman. :)

setakat ini sahaja tazkirah malam ni. Ustazah Nadia ni belom graduate lagi pasal-pasal agama ni. Sekadar peringatan buat semua >.<

gtg~
c ya!

Jul 15, 2011

Jangan Cepat Melatah.

Hello. Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat. Pertama-tama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kat teman-teman blogger yang dah datang golek-golek kat blog aku, tapi aku belom sempat lagi nak balas kunjungan korang. Semalam aku tengah sibuk buat header baru, and then bila dah nak siap laptop aku pulak takde pasal-pasal ter-restart. So, habis la terbang segala mood nak meng-update entri bagai. Hehehe.

Ok, yang keduanya, since hari ni result UPU dah keluar kan, aku nak congratulate la dekat sape-sape yang dapat kos yang diorang nak. Aku ade jugak dengar khabar angin memang ramai giler applicants yang dapat kos yang mengarut bagai tuh. Memang nak menjatuhkan bangsa ke ape. Hm.



Aku taw sebab ramai jugak kawan aku yang jadi mangsa. Even yang 3 pointer pon dapat kos yang memang takde dalam choices diorang, apatah lagi bagi orang yang dapat legi rendah dari tu kan. Sistem tahun ni memang pelik. Susah nak jangka. Tapi korang jangan mudah melatah, jangan salahkan takdir. Jangan cepat mengeluh dan menyesal dengan ketentuan-Nya. Insya-Allah apa yang korang dapat adalah yang terbaik dari Dia.

Kawan aku ade mesej, cakap dapat kos ngarut giler. Dia dah fedup giler, memang nak reject terus offer tu. So, nasihat aku dekat kawan-kawan, jangan terlalu cepat menyerah kalah. Try surf dulu pape yang korang perlu taw pasal kos yang korang dapat tu for instance cari pasal peluang kerjaya etc. Kalau korang rasa tak yakin korang boleh, mintak pertolongan dari Dia. Itulah yang sebaik-baiknya.

Aku bukan saja-saja cakap pasal ni. Tapi aku memang dah pernah rasa. Ya, dulu aku frust giler bila tak dapat wat farmasi dekat UIA. Berapa hari tah aku nangis. Masa tu aku tak sedar yang Tuhan nak aku masuk matriks. And you know what kat sana aku dapat score. Memang bukan yang TER-tinggi tapi Alhamdulillah aku manage to be one of USM-ians this Sept. See, Dia dah rancang yang sebaik-baiknya buat kita. So, terima la dengan redha. :)

Just bear in mind, tak dapat ape yang korang nak tak bermakna korang takde masa depan dah. Semuanya dah hancur dah. Ye, mungkin cita-cita korang terkubur tapi siapa tahu suatu hari nanti korang mampu jadi lebih baik dari yang korang nak kan?Ada kalanya kita perlu berkorban dulu sebelum dapat yang terbaik pada suatu hari nanti.

Aku taw, korang mesti cakap, 'ala, engkau cakap aje boleh la, beban atas bahu aku bukan bahu engkau' kan? Memang bercakap lebih senang dari membuat, tapi Tuhan takkan bagi dugaan yang hamba dia tak mampu untuk tempuhi. Percayalah, aku pon pernah rasai semua ni. Just pray the best for the future.

Ok, kawan-kawan ku sayang, jangan jadi macam kucing ni keyh?

comel pulak mende alah ni. HAHA
gtg~
c ya! 


Feb 15, 2011

salam MAULIDUR RASUL

assalamualaikum.

memandangkan ini adalah post pertama aku pada tahun 2011, aku na ucapkan banyak-banyak sangat bende kat korang. tapi untok kali ni aku tanak bertapa lamalama kt cnie sebab aku na kena rehatkan semua neuron-neuron, saraf-saraf aku. esok ade Qiamullail agy, nk kena pi berarak lg, nk basuh baju agy, nak study agy..macam-macam. WELL, life's so hectic. na wat cane, adat jadi perantau, adat jadi seorang pelajar kan ?

buka mata, tutop mata, sat je rasa idop ni. as a muslim, agakagak ari ni korang taw ta ary ape? i didnt mean that VALENTINE's day tapi ary neh adalah ary MAULIDUR RASUL ; ULANGTAHUN KELAHIRAN NABI MUHAMAAD ,S.A.W rasul junjungan kita.

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah. 

ta sangka lak ea, maulidur rasul kali neh jatuh pada ary yang sama ngan ary yang sangat ta digalakkan dalam Islam, VALENTINE'S DAY. tapi yang agak terkilannye, maseh ade agy seorang yang mengaku muslim menyambut ary tersebut. MASYAALLAH.

enuf dulu. mata da ngantok.
daa. nunite. t8 care everybody. :DD