Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Oct 26, 2011

mengidam macam orang mengandung.

Hello. Assalamualaikum.

Adakah perkataan 'mengidam' hanya sinonim dengan orang yang mengandung aje? Aku memang tak faham betul, sebut aje mengidam, mesti orang tanya 'Haii ko ni dah berapa bulan yer?' atau 'Siapa bapaknyer?' Eceh. Sengall!

Pernah suatu hari aku mengidam nak makan asam. Dan aku suarakan hasrat hati aku tu kat kengkawan. Dan secara tak sengajanya volume suara aku naik ke level8. Orang sekeliling yang agak ramai masa tu asyik pandang-pandang aje dekat aku. Mimik muka diorang tu macam menggambarkan persoalan 'budak ni mengandung ke' HAHA.
Ape pon ta boley kan. Masyarakat kita ni terlampau memandang negatif sesama sendiri. Just take it as only a request sebab dah lama tak makan mende tu, tak boleh ke? Grrr !

Cakap pasal mengidam, aku teringin sangat nak makan JAGUNG BAKAR.


Wowww. Favourite zaman kecik-kecik dulu kot. Rembat je semua. Kalau orang offer mesti tak tolak punyer lah. Dan yang paling tak boleh blah, bila offer got rejected, mesti mak ngan akak aku tanya 'adik demam ke?' kehkeh~
( panggilan adik hanya melekat sehingga tahun 4 kot. Bukan sampai sekarang ok :P )


 Jagung neh dia letak keju ke ape? Aku tak pernah try lagi. Tapi nampak macam best. HAHA

c ya!

Aug 2, 2011

Jom Rembat Double GCB untuk buka puasa. ngeee!

Hello. Assalamualaikum.


Perghh! Telan ayaq liuq aku nengok GCB ni. Tapi bila tengok harga tetiba aku rasa macam tak best pulak mende ni. Grrrr

Melantak CGB untuk buka puasa? Ade je kott kan.. Tapi family aku memang tak pernah wat la, bukak puasa makan ala-ala mat saleh cenggini. Kalu masa aku dok kat Kolej Mara Kulim dulu ade lah pernah sekali. Buka puasa makan Snack Plate. Tapi perhatian yer. Sejak kontroversi pasal kerja tak senonoh budak-budak KFC tu, aku dah memang haramkan perut aku makan KFC. Nak tengok aku muntah? Belanja la KFC kat aku. :p

Siang tadi aku demand nak makan Double GCB kat mak aku. Ai, macam nak terkeluar bijik mata dia tengok aku. Hahaha. Actually, aku baru aje lepas melantak GCB sehari sebelum puasa. Sila jangan jealous. Rasanya tu kali pertama dan terakhir kot buat masa ni. Nipis poket jeans aku dibuatnye.

Jom sengat GCB!!

p/s : gambar pertama diambil setelah 4 bulan menternak lemak di rumah. Amacam, rasanya aku dah jadi penternak berjaya kan? :P

c ya!

Nak sesuatu yang murah untuk IPhone? Baca sini.

Aug 1, 2011

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.

Hello. Assalamualaikum.


Esok hari pertama umat Nabi Muhammad berpuasa kan? So, aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu manfaat lebih dari tahun yang sebelumnya.

Puasa tu puasa jugak kan. Memang la maksud puasa ialah menahan perut dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. TAPI korang kena ingat, puasa makan aje tak akan mencukupi. Puasa mulut dari mengumpat, puasa telinga dari mendengar umpatan, puasa mata dari melihat maksiat, puasa segala-galanya lahh. Tu adalah erti puasa yang sebenar.

Aku taknak bagi tazkirah panjang-panjang pasal ni sebab aku taw aku bukannya bagus sangat dalam bab macam ni. Kadang-kadang kita nak meluahkan rasa hati, nak share problem, tanpa sedar kita ter-umpat orang tu pulak kan. So, konklusinya, manusia memang takkan lari dari masalah. Yang penting, kita harus sentiasa cuba untuk saling menasihati dan memperingati antara umat Muhammad S.A.W ni kan..

Puasa seboleh-bolehnya jangan la tinggal melainkan sakit yang tenat dan sebab musabab tertentu yang tak membenarkan kita puasa. Hehehe. Kalau pompuan tak puasa, boleh gak consider dia lampu merah kan, tapi kalau laki macam mana? Takkan lampu merah jugak kot. Haha.

Yela, sunat untuk kita awal-awalkan berbuka dan lewat-lewatkan sahur. Tapi jangan nak buat-buat salah tafsir lak. Ni dok p sahur kul 9, then berbukak kul 1 watpa? Nak ikut sunah la katakan. Hotak hang. Haha.

Harapan aku untuk puasa tahun ni :
moga-moga sikit jer kena ganti pose. :p

c ya!

Jul 16, 2011

resepi baru !

Hello. Assalamualaikum.

FFuhhh~ Penat giler dowh aku hari ni. Penat ape korang taw tak? Penat sebab join bapak punyer banyak contest haha. Aku dah settle-kan semua contest yang aku dah TER-jumpa masa godekgodek blog orang lain. Aku ingat takde orang perasan rupanya ada jugak yang stalk aku yer, haha *perasan >.<

korang faham tak tu? 'kakah' tu refer pada aku la. HAHA
Owww, Alia stalk aku rupenya. HAHAHA. Btw, wish me best of luck keyh? Dah banyak GA join ni, kalau tak melekat jugak memang muka tak bertuah la aku ni. =.=' Melalut pulak dah. Just ignore this (X)

Ok, hari neh dua orang akak aku ada kat rumah. So, aktiviti masak-memasak hari ni agak meriah la sikit. Aku pulak belaja resepi baru *baru untuk aku la, untuk orang lain maybe dah lame :p* dengan akak aku.

IKAN KELI GULAI TEMPOYAK.

Nak taw macam mana nak wat?
  • blender bawang merah + tempoyak + cili (tempoyak tu ikot korang la nak banyak ke sikit. Kalau nak pekat letak la banyanbanyak)
  • Masukkan bahan yang di-blender tadi dalam air yang mendidih.
  • Masukkan ikan keli ( sila take note yang ikan keli perlu direndam dalam air asam jawa dahulu untuk mengelakkan bau hanyir ikan )
  • Masukkan 1@2 batang serai dan tambahkan garam secukup rasa.
  • DONE !
Perggggh~ bau yang sangat menyelerakan. Gulp! Gulp! aku telan ayer liur masa tengah masak. Hakikat sebenar, aku memang tak makan pon ikan keli. Yerkkk! Geli dowh haha. Maaf yer kepada penggemar ikan keli sekalian. 

Tapi ramai kan yang tak suka tempoyak. Aku tak tahu la kenapa mungkin sebab bau dia yang kuat kot. Tapi aku memang suka laaah. Tambah-tambah yang pedas punyer. Hm. Dah lama tak menyantap durian. Korang suka tak? Aku takde la fanatik sangat ngan durian tapi bolehh la ajak aku kalau nak wat partner makan durian haha.

gtg~
c ya !