Hello. Assalamualaikum.
FFuhhh~ Penat giler dowh aku hari ni. Penat ape korang taw tak? Penat sebab join bapak punyer banyak contest haha. Aku dah settle-kan semua contest yang aku dah TER-jumpa masa godekgodek blog orang lain. Aku ingat takde orang perasan rupanya ada jugak yang stalk aku yer, haha *perasan >.<
korang faham tak tu? 'kakah' tu refer pada aku la. HAHA |
Ok, hari neh dua orang akak aku ada kat rumah. So, aktiviti masak-memasak hari ni agak meriah la sikit. Aku pulak belaja resepi baru *baru untuk aku la, untuk orang lain maybe dah lame :p* dengan akak aku.
IKAN KELI GULAI TEMPOYAK.
Nak taw macam mana nak wat?
- blender bawang merah + tempoyak + cili (tempoyak tu ikot korang la nak banyak ke sikit. Kalau nak pekat letak la banyanbanyak)
- Masukkan bahan yang di-blender tadi dalam air yang mendidih.
- Masukkan ikan keli ( sila take note yang ikan keli perlu direndam dalam air asam jawa dahulu untuk mengelakkan bau hanyir ikan )
- Masukkan 1@2 batang serai dan tambahkan garam secukup rasa.
- DONE !
Perggggh~ bau yang sangat menyelerakan. Gulp! Gulp! aku telan ayer liur masa tengah masak. Hakikat sebenar, aku memang tak makan pon ikan keli. Yerkkk! Geli dowh haha. Maaf yer kepada penggemar ikan keli sekalian.
Tapi ramai kan yang tak suka tempoyak. Aku tak tahu la kenapa mungkin sebab bau dia yang kuat kot. Tapi aku memang suka laaah. Tambah-tambah yang pedas punyer. Hm. Dah lama tak menyantap durian. Korang suka tak? Aku takde la fanatik sangat ngan durian tapi bolehh la ajak aku kalau nak wat partner makan durian haha.
gtg~
c ya !