Thank you for dropping by. Love you!
Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts
May 22, 2013
Give me a rainbow after the rain please
Assalamualaikum.
Dah lama xblogging. Seriously, last entry tahun bila lagi entah. Haha. Dah tade rupa macam blogger pon. But today tetiba rasa macam nk hapdate blog *mengigau mungkin*
Now i'm already 21. Actually not 21 yet but im approaching 21 this upcoming october. Dah kenapa yer tetiba hapdate blog ni? Mungkin sebab aku dah tade tempat nk luah perasaan kot. Twitter, Facebook semua dah tade privacy. Sekampus, sekampung semua dah add, dah follow aku ha. T.T
Banyak benda nak luahkan tp cukup la separuh je luah kat sini, separuh lagi biarlah antara aku dan Dia. Tapi kadang-kadang soal hati dah perasaan ni kalau pendam, lama-lama boleh jadi sewel. Frankly speaking, aku ni bukanlah seorang yang kuat, tambah-tambah pulak anak bungggsu (takde kaitan) , so sensitif la sikit. Mata aku ni tak pernah kering, asyik keluaq ayaqq ja. Achaner nk buat entah. Hmm.
Dugaan kan dalam berkawan. Banyak hati kena jaga sampai kadang-kadang hati sendiri tak sempat nak cek sihat ke tak. Sedih kenang nasib sendiri. Tapi memang aku akui semua benda jadi sebab aku, semua salah aku. Aku yang mulakan. Aku yang salah. Put the blame on me. Aku terima. :( Dah berapa hati dah sedih sebab aku. Aku cuma nak semua orang happy, tapi aku xberdaya.. Kalaulah aku boleh lari sejauh mungkin dari semua ni, dah lama aku buat. Nak pergi jejauhhhhhhhhh sangat. Biarlah aku seorang diri. Tapi lari xdapat selesaikan masalah.
Sekarang cuma berserah..
Masalah cinta bersegi-segi ni memang merumitkan. It is tooooooooooo complicated. So ive made decision, lepaskan semua. Tak payah pilih sesape, senang! Aku ni dah la rupa mcm muka makcik yg jual etak salai tepi jalan tu (yg ni sgt femes kt kelantan), jerawat berketul-ketul, lepas tu takde la baik, caring, penyayang like other woman.
I am not worth waiting for. Im not :'(
Malas dah conteng kt sini. Ayaq mata dah bercucuran dh (kan dah kata ayaq mata aku murah, 50sen sekilo).
p/s : U ask me not to blame myself because everything that happens comes from Allah, but then u never act like u dont blame me. I need to see ur smile, sahabat. I really want. :(
c ya!
cliks more on
cerita hati,
dewasa,
friends,
sedih,
student universiti
Dec 14, 2011
wordless wednesday #6
Assalamualaikum.
c ya!
cliks more on
cerita hati,
senyum,
wordless wednesday
Oct 31, 2011
Pengalaman blog diremove. Oh damn!
Hai. Assalamualaikum.
Dua hari (kot) blog aku di remove Google, atas alasan ape entah. Aku tak baca sangat pon Google cakap ape, aku dok sibuk dah suruh Google recheck and bagi balik blog ak je. Haha. Tapi kiranya aku ni melanggar hak asasi segala bagai la kot sebab spam link dalam blog.
#alasan common untuk sesape je yang blog dia kena remove
Hilang terus mood aku, nak study pon asyik dok terfikir aje, pasai pa blog aku malang sangat sampai blacklisted. Maybe sebab aku join banyak GA and segmen kot dulu, then diorang ne pulak suka sangat kan tinggalkan link dekat comment box. Uh takpe la, mende dah lepas. Blog aku pon dah dapat balik.
#senyuman kegembiraan :)
BTW, a special gratitude to En Shah sebab dah tolong aku via email. #Naseb baik saya tak nanges kan kan? T_T Thanks jugak to Ifwat sebab tolong dengar masalah saya *padahal tak tolong sangat pon haha :P
OWH OK, for those yang lepas ni dapat pengalaman 'manis' macam aku ni :
* firstly jangan nak sibuk nak nanges (aku lettew :P), cool je ok. blog hangpa bukan kena delete terus, still ada lagi dalam data cuma dia hide kejap je, saje nak test emosi hangpa kehkehkeh
* next, click aje dekat I can't find my blog on the Web, where is it? and ikut aje steps yang ada kat situ.
* kalau tak taw nak buat jugak, click dekat contact us #ade dekat bawah sekali. Hantar aje verification tu sebanyak mana yang hangpa mahu sampai Google activekan balik blog hangpa.
Okeh, nak pergi makan dah. Baru lepas test calculus tadi, Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang. *sigh of relief*
c ya!
p/s : maseh belum terlambat nak congrates to all nogori-an sebab menang 2-1 heeee!
cliks more on
blog removed,
blogger,
cerita hati,
comments,
experience,
friends,
info,
terima kaseh
Oct 14, 2011
lelaki setia, wujudkah?
Hello.!
BERDUA BERSATU-FORTEEN
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
|
Ape pon ta boley kan lagu ni? Rasa macam impossible giler orang yang macam ni wujud..
Bagi aku, Ok what i share is only my thought, maybe betul maybe salah kan. So jangan la pulak nak hentam aku tetiba. Haha. For me, nak cari lelaki yang betul-betul setia memang susah. Bukan takde, tapi orang kata satu dalam seribu. Sapa yang dapat memang bertuah kan..
Abang aku. Boleh dikategorikan sebagai setia. Untung bakal bini dia. *tetiba promote abang pulak. >.<
Kalau perempuan, dah ramai yang ak jumpa memang setia tahap boleh buat bini. Biasala, perempuan ade 9 perasaan kan.. Laki dia watpa pon dia terima aje selagi dia boley tahan kan..aku memang salute la orang macam ni.
Kalau aku memang dah lama blah dah. Dats y sampai sekarang single. Kehkehkeh. Ape dia ingat muka handsome, market tinggi then boleh wat main-main perasaan pompuan ka? ceitt.
Oct 9, 2011
budak kiut kembali aktif :P
HELLO. Assalamualaikum.
Wahh, dah lama giler tak blogging. Dah masuk sebulan dah kot. Aku pon dah terasa kekok nak menaip dalam blog usang ni sampai kena belek-belek semula older posts sebab dah lupa camana gaya penulisan aku dulu. cewahh :p
Lama tak on9 tapi ade jugak yer yang tercari-cari aku. Ehem. Sila muntah dalam toilet yer. TQ banyak-banyak la beb sebab dah naikkan BE aku. *poyo aje. HAHA. Kat sini aku pon tak faham nape xbole nak buka website Nuffnang tercenta. Tak dapat la den nak menge-check earning sekarang ni. BTW, aku tak kesah, blogging bukan semata-mata untuk duit kan.. =.='
Ade la jugak yang tertanya-tanya kemana budak perasan kiut ni pergi kan, sampai ta sempat langsung nak hapdate blog. Dulu kemain lagi hapdate tiap saat. Haha. Actually, laptop cap ayam ni rosak. Lebih specific lagi, hardics rosak. Bila orang yang agak haji bakhil macam aku ni dilanda masalah macam ni, so for sure la aku nak claim warranty. Dats y la baiki laptop sampai berbulan-bulan baru siap. Grrr ~
Cakap pasal laptop cap ayam ni, memang untung GILER jadi owner dia. Seminggu aku menapak dalam kampus, dia dah sibok nak buat hal aih. Memang bertuah! Kalau ikutkan hati mahu je aku campak-campak atas tilam :P (gimik)
gtg. belum brekfes ni. :p
c ya!
cliks more on
cerita hati,
gembira,
kampus induk usm,
laptop,
life
Aug 18, 2011
Kata yang bermakna, tapi sukar di lafaz!
Hai !
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya
didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya
disebut
Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
|
Tiga kata -KRU
Tak caya? Hayati lirik dia.
Ok, aku taknak cerita pasal i lap u, u lap me, between lovers. Tapi, between friends and family.
Sama ada korang perasan atau tak, lidah kita memang terkelu untuk cakap
' I love u, my fren' 'I love u mak' 'I love u abah'
Jarang didengar dan jarang disebut. Ye dak?
Mungkin ada antara kita yang memang dah terbiasa dengan semua ni. Tapi aku sendiri admit yang aku pon kadang-kadang susah nak cakap mende-mende cenggini. Ehem. Setakat cakap dalam hati je.
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
|
Kalau nak cakap-cakap 'aku sayang kau' kat wall FB kawan tu memang tadak hal la. Tapi bila berdepan, semua tu cuma hadir dalam hati je, tak terzahir di mulut.
Kenapa susah sangat yer? Sedangkan diorang adalah orang yang kita sayang..
Korang pernah rasa cenggitu tak? Aku 100% yakin, lelaki lagi la susah nak cakap-cakap mende cenggini kat kawan-kawan and family diorang. Kalau kat awek tu boleh pulak kan, dah cakap 100 kali dalam sehari pon still nak cakap lagi.
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di
sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita
bersandar
|
Kadang-kadang kita tak sedar betapa berharganya orang sekeliling kita. Kita tak hiraukan perasaan diorang. Kadang-kadang bila nak tegur, kita main tegur je. Maklumla dah lama kenal kan. Mungkin kita terlalu selesa dengan title KAWAN tu. Tanpa kita sedar, dah banyak perasaan kita guris.
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah
|
So, kawan-kawan aku, andai tiada hari esok untuk kita, aku nak korang tau aku sayang korang *malu
Tak cakap woaini tak bermakna aku tak sayang korang, tapi mungkin aku terlepas pandang tentang ni. Aku taw ade je kawan yang berjauh hati dengan aku. Aku tak sengaja ^_______________________^
c ya!
Untuk kawan-kawan blogger : saya sayang awak semua. tima kaseh support saya! hee :D
Aug 17, 2011
bila cikgu tak bertauliah menjalankan tugas..
Hai !
pic : ehsan gugle. |
Today is a very hectic day for me. Ter-speaking pulak. Maklumla dah lama tak practise MUET macam kat kolej dulu. Ehem.
Penat yang tak terhingga. As for now, aku tiap-tiap hari, dari pagi sampai petang kena p tolong mak aku wat bisnes kueh raya. And u know what, 2 minggu lagi lebih kurang nak raya kan? Beribu-ribu lagi tempahan biskut tak siap. Kaler mata aku pon dah jadi wane kuning semacam, sebab lama sangat tengok tepung adunan. Ngahaha!
Hari ni aku terpaksa siapkan order yang orang nak datang amik hujung minggu ni. Ape lagi, marathon aku sorang-sorang dalam rumah. Ade sepupu pon cesdale jugak. Selamba dia tinggal aku sensorang buat kueh raya. Kalau ada dia cepat la sikit kerja aku. Bole la aku suruh dia wat. kahkahkah.
Ok, nak buat confession sikit. Malam ni aku skip terawih. kehkehkeh.
Drop the subject.
Tengah-tengah syok layan perasaan sensorang, mak sedara aku mintak tolong mark paper student dia. Student standard one, ape la sangat kan paper dia. So, aku terima aje la. Bukan susah pon. *berlagak
Before g terawih, ade 4 bungkusan mak sedara aku tinggalkan dekat aku. Paper yang aku kena mark lah tu. Hamekkau. Ingatkan sikit. Tapi takpe, standard one je pon. *still berlagak lagi
Guess what? Aku tertido dekat meja. Penat dok terlentok kat meja, aku p berlunjur dekat sofa sebelah meja tu pulak. Ni lah yang jadi bila cikgu tak bertauliah duduk marking paper! kehkehkeh.
Penat dowh nak mark paper. Plus pulak bila budak-budak bagi jawapan yang memang takde dalam skema. Jawapan tak salah, tapi tak 100% betul la. Camane nak tanda? Pening..pening. Lalat pon tak sepening ni. Ngahaha!
Moral
Jangan ingat jadi cikgu ni senang. Nak layan karenah budak-budak ni pon satu. Yang kecik dengan cara budak kecik dia lah, tak dengar kata. Yang besar dengan cara tak sememeh dia lah, ponteng kelas segala bagai.
And, bukan mudah nak ajar student something sampai dia faham. Andainya student dia tak faham mende yang dia ajar, masa exam nanti dia jugak susah. Pening nak mark paper budak yang jawab entah pape tu pulak kan? kehkehkeh.
Konklusinya, jangan amik risiko untuk jadi seorang cikgu. ngeh3!
p/s : to our teacher-to-be Amira, maap yer. kihkihkih!
c ya!
cliks more on
cerita hati,
experience,
famili,
life,
nasihat,
teacher
Aug 14, 2011
babysitter or bibik?
Hello. Assalamulaikum.
Well, soalan tu ditujukan untuk aku. Aku pon kompius aku ni yang mane satu. Mana tak nya, semua kerja rumah aku sorang yang buat. Sepatutnya aku jaga budak kecik je. Kes dera betol..
Habes aje belajar dekat KM Kulim, akak aku dah awal-awal tempah aku jadi pengasuh anak dia. Nak tak nak, kena terima jugak la. Penat dowh jaga budak kecik.
Habes aje belajar dekat KM Kulim, akak aku dah awal-awal tempah aku jadi pengasuh anak dia. Nak tak nak, kena terima jugak la. Penat dowh jaga budak kecik.
Plus pulak kena jaga budak kecik yang tak berapa kecik. Haha. Giler kentang punyer nakal. Sekali dia sepahkan rumah, peluh menitik ibarat tengah bertani kat sawah bila kita nak simpan balik.
Ha, part sepahkan rumah memang aku hangennn. Penat simpan satu rumah. Then, in a blink of an eye, rumah jadi macam tongkang pecah balik. Nah, ni nama dia bukan lagi babysitter, tapi bibik.
Tu tak masuk lagi part diorang dok gaduh segala bagai tu. Sekali nangis, alamak terbalik dunia aku. Memang takkan berhenti punyer kalau tak cukup setengah jam sorang nangis. Adeh.
Aku pulak memang terkenal dengan mak sedara yang garang. Ehem. Pantang aku tengok budak-budak ni buat sampah. Sekali tegur takpa lagi. Tapi bila berkali-kali dah tegur, and diorang buat lagi, memang melangit la tinggi suara aku nanti. Haha. Kejam tak kejam, budak-budak ni kena ajar sikit.
Dok ngan papa mama diorang boleh la nak manja-manja, tapi dengan aku, rotan la aku hulur sebijik sorang. Tapi tak bagi real pon. Acah-acah je. Kihkih~
Orang kata marah tanda sayang kan? Aku memang sayang budak-budak tu. Plus pulak aku takde adik. Tapi aku tak manja okay! Ehem. Kalau budak-budak tu takde, sunyi giler aku rasa. Bosan pon ye. Takde orang nak bergaduh la katakan.
p/s : budak pompuan tu, budak kecik yang paling nakal. aku pon kadang-kadang rasa nak nanges bila kena buli ngan dia. :p
Ha, part sepahkan rumah memang aku hangennn. Penat simpan satu rumah. Then, in a blink of an eye, rumah jadi macam tongkang pecah balik. Nah, ni nama dia bukan lagi babysitter, tapi bibik.
Tu tak masuk lagi part diorang dok gaduh segala bagai tu. Sekali nangis, alamak terbalik dunia aku. Memang takkan berhenti punyer kalau tak cukup setengah jam sorang nangis. Adeh.
Aku pulak memang terkenal dengan mak sedara yang garang. Ehem. Pantang aku tengok budak-budak ni buat sampah. Sekali tegur takpa lagi. Tapi bila berkali-kali dah tegur, and diorang buat lagi, memang melangit la tinggi suara aku nanti. Haha. Kejam tak kejam, budak-budak ni kena ajar sikit.
Dok ngan papa mama diorang boleh la nak manja-manja, tapi dengan aku, rotan la aku hulur sebijik sorang. Tapi tak bagi real pon. Acah-acah je. Kihkih~
Orang kata marah tanda sayang kan? Aku memang sayang budak-budak tu. Plus pulak aku takde adik. Tapi aku tak manja okay! Ehem. Kalau budak-budak tu takde, sunyi giler aku rasa. Bosan pon ye. Takde orang nak bergaduh la katakan.
c ya!
cliks more on
cerita hati,
confuse,
cuti,
experience,
famili,
KMKulim,
life,
me,
penat
Aug 12, 2011
News : Pelajar kena liwat?
Hai!
Kita bako aje cikgu macam ni.. |
p/s : click pic for enlargement.
Kalau korang baca paper BH hari ni korang akan tahu betapa bangangnya seorang cikgu bila dengan perasaan tak bersalah meliwat student dia sendiri.
Ape dia tak tahu ke yang mak bapak budak tu hantar anak diorang untuk pergi belajar, bukan nak suruh engkau liwat anak dia wahai cikgu!
Aku memang hangenn baca berita ni. Memang tak patut! Naseb baek la budak tu dapat kumpulkan keberanian dia nak lodge report. Kalau tak, aku rasa sampai habes sekolah pon budak tu akan jadi mangsa nafsu serakah dia.
" Pelajar lelaki yang berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya.. "
" Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru lelaki itu antara Mac hingga Jun lalu.. "
Kesimpulannya, takde sesape yang kita boleh percaya sekarang ni. Famili pon kadang-kadang tak boleh nak percaya sangat. Dah banyak dah pon kes haruan makan anak.
Masya-Allah. Apa la nak jadi ngan dunia sekarang ni eh? Hari tu bising pasal hal gereja nak murtadkan orang Islam, hari ni kes cikgu liwat anak murid, esok-esok ape pulak?
p/s : maaf andai penggunaan bahasa hari ini buat pembaca sekalian SENTAP!
c ya!
Semoga kita sentiasa di bawah peliharaan-Nya. Insyaallah.
cliks more on
cerita hati,
current issue,
hurt,
islam,
lelaki,
semangat,
sentap,
social ill,
teacher
Aug 11, 2011
bila senang lupakan kawan!
As for me, friends are the people that are willing to lend their shoulders when we need them to cry on, friends are the people that share the happiness and the mournfulness. They are not just friends, they are like a family to us. These are what friends for, for me.
Ter-speaking pulak. Ehem. Ehem.
Aku sayang kawan-kawan aku. Diorang la tempat aku mengadu kalau aku kena marah dengan mak aku. Diorang la yang selalu tolong aku bila aku jauh ngan family aku.
Korang? Mesti korang pon sama gak kan. Tak ada nya orang yang benci kawan dia, melainkan dia simpan perasaan hasad dengki dekat kawan dia tu.
Aku paling pantang bila ada kawan yang lupakan kawan bila dia dah senang. Amboi. Masa susah pandai pulak terkedek-kedek cari kawan, tapi bila dah senang terus lupakan yer. Sungguh sopan santun kan dia. Grrrr.
Alhamdulillah, setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang buat perangai tak senonoh macam tu dengan aku. Kawan aku tiada gantinya. Yang lama tetap di hati, meski pun yang baru dalah silih berganti. Bermadah pulak. Ehem.
Nape senang sangat korang nak lupakan kawan ek. Tak sedar ke korang yang kawan tu dah bermacam pengorbanan diorang buat kat korang. Nak berkawan dengan orang lain tu tak salah, tapi jangan la sampai tinggalkan kawan yang dah lalui susah dengan korang tu.
Berbalik pada orang yang mudah lupakan kawan ni, andainya korang salah seorang dari diorang, cepat-cepat la mintak maaf dengan kawan korang tu. Aku sedar aku bukan kawan terbaek yang pernah kawan-kawan aku dapat. Tapi kalau diorang nak tahu, itulah aku. Aku mudah mengalah bila berkawan. Tapi tidak la bermakna kawan-kawan senang nak pijak kepala aku kan.
Nak cari seorang kawan yang baik, lagi susah dari mencari cinta. Kalau korang tak percaya, berkawan la seramai yang mungkin. Last sekali nanti, kawan yang kamu tinggalkan tu jugak yang akan kamu cari nanti.
Ter-speaking pulak. Ehem. Ehem.
Aku sayang kawan-kawan aku. Diorang la tempat aku mengadu kalau aku kena marah dengan mak aku. Diorang la yang selalu tolong aku bila aku jauh ngan family aku.
Korang? Mesti korang pon sama gak kan. Tak ada nya orang yang benci kawan dia, melainkan dia simpan perasaan hasad dengki dekat kawan dia tu.
Aku paling pantang bila ada kawan yang lupakan kawan bila dia dah senang. Amboi. Masa susah pandai pulak terkedek-kedek cari kawan, tapi bila dah senang terus lupakan yer. Sungguh sopan santun kan dia. Grrrr.
Alhamdulillah, setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang buat perangai tak senonoh macam tu dengan aku. Kawan aku tiada gantinya. Yang lama tetap di hati, meski pun yang baru dalah silih berganti. Bermadah pulak. Ehem.
Nape senang sangat korang nak lupakan kawan ek. Tak sedar ke korang yang kawan tu dah bermacam pengorbanan diorang buat kat korang. Nak berkawan dengan orang lain tu tak salah, tapi jangan la sampai tinggalkan kawan yang dah lalui susah dengan korang tu.
Berbalik pada orang yang mudah lupakan kawan ni, andainya korang salah seorang dari diorang, cepat-cepat la mintak maaf dengan kawan korang tu. Aku sedar aku bukan kawan terbaek yang pernah kawan-kawan aku dapat. Tapi kalau diorang nak tahu, itulah aku. Aku mudah mengalah bila berkawan. Tapi tidak la bermakna kawan-kawan senang nak pijak kepala aku kan.
Nak cari seorang kawan yang baik, lagi susah dari mencari cinta. Kalau korang tak percaya, berkawan la seramai yang mungkin. Last sekali nanti, kawan yang kamu tinggalkan tu jugak yang akan kamu cari nanti.
c ya!
Tolong doakan saya cepat kurus yer!
cliks more on
cerita hati,
friends,
life,
lupa diri,
nasihat
Aug 4, 2011
Alhamdulillah, nenek tak seteruk yang di sangka.
Hai!
Alhamdulillah sebab maseh sempat jumpa nenek aku. Tengah malam semalam kitorang sampai, tapi disebabkan dah terlalu lewat, budak-budak pon dah penat, so malam tadi mak aku syorkan tido kat rumah akak aku dulu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umor nenek. Petang tadi baru berkesempatan jumpa nenek dekat hospital.
Syukur sebab dia tak seteruk yang aku bayangkan. Nenek maseh boleh bercakap segala bagai. Cuma kitorang tak berapa nak faham butir bicara nenek. Nenek diserang stroke. Tapi alhamdulillah Allah tak bagi dugaan yang terlalu berat untuk nenek, cuma bahagian kiri aje nenek tak boleh bergerak. Kata mak sedara aku, nenek tak teruk. Memang sebelah badan dia tak boleh bergerak, tapi nenek maseh boleh rasa bila nyamuk gigit, atau bila kena cubit.
Akhirnya, mak aku mampu tersenyum. Walaupun agak terasa sebab tak dimaklumkan lebih awal dengan keadaan nenek, tapi mak aku faham. Mungkin sebab kami dok jauh, so diorang taknak susahkan kami balik sebab nenek masih belum nazak.
TAPI, tapi yang sedihnya nenek dah tak kenal aku. Parents aku dia kenal aje. Mungkin sebab proses tumbesaran yang berlaku menyebabkan nenek tak cam aku. Yela, dah lama tak balik kampung kan. Bila plan nak balik, ada-ada aje kekangan yang datang.
Tapi yang lagi sedih, bukan setakat nenek tak cam aku, mak sedara aku yang lain pon dah tak berapa ingat aku ni sape. Haih, kena balik kampung selalu-selalu la kalau macam ni. :P
p/s : sekarang aku on9 di rumah nenek, pakai berukband. so, i have to postpone all the blogwalking activities sebab line laju sangat macam kura-kura jalan catwalk. grrrr! i'll view ur site soon!
c ya!
Jom tengok kot-kot korang salah seorang blogger yang wat salah macam ini.
cliks more on
blogger,
cerita hati,
experience,
famili,
health,
nenek,
sakit,
sedih,
semangat
Jul 29, 2011
tips nak dapatkan pujaan hati.
Hello. Assalamualaikum.
Walaweyh, entri gedik ke ni? TAK la. Actually aku baru aje terbaca pasal ni dalam majalah. So, saje-saje nak share. Sharing is caring kan? Semoga korang berjaya dalam sesi meng-adjust awek @ pakwe! wink wink ^_^
Tips nak menge-date
Hehehe.
Buang rasa malu
|
Berusaha mendapatkan
nombor telefon dia dari kawan-kawan
|
Sapa atau tegur
si dia dengan sopan @ ajak berbual.
|
Jangan kelam
kabut @ gabra depan dia (buat malu aje)
|
Jangan paksa si
dia terima kehadiran korang, at least bagi dia sedikit masa untuk terima
korang sebagai kenalan dia
|
Kalau dia reject korang, tunjukkan
kesungguhan dan keikhlasan korang nak berkawan ngan dia
|
Kenali sikap/karakter
dia, so that senang untuk korang dekati and amik hati dia
|
Be positive dan
terima dia seadanya
|
Ajak dia keluar
date bila korang dah beransur-ansur kenal. Jangan la pulak kenal hari ni,
esok dah ajak date. Tu berburu-buru namanya.
|
Kalau korang
berani, mintak la izin ngan family dia untuk ajak dia keluar. Ini akan
menampakkan ke-siyes-an korang (ni dah tahap siyes kentang dah ni)
|
Ha, amacam? Dah bersedia nak ajak aku date? Haha. Just kidding :)
p/s : tak tau la tips boleh pakai ke tak. Aku sendiri pon belom pernah date mengedate ni. :P
c ya!
cliks more on
cerita hati,
couple,
dating,
life,
malu,
perkenalan,
tips
dah pandai wat header sendiri!
Hello. Assalamualaikum.
Semalam memang gegak giler kan pasal bola, pasal sandiwara si LION segala bagai tu. Hari ni aku dah taknak cakap pasal tu, KECEWA maseh lagi terasa. Siapa yang tak frust kan bila team lawan maen macam haram sedangkan team kita dah put on effort giler-giler untuk dapatkan paling kurang pon agregat 5-5 dengan si Lion tu semalam.
Ok, bola issue's dropped. Aku kembali menceriakan hari dengan wat header baru! Tengok la kat atas tu. Takde la se-lawa yang korang punyer, memang tak leh dinafikan, tapi kira okay la kan? Baru first time buat ni. Aku ni otak tak berapa kreatif sangat pon. Hehe.
Lama punyer. |
Ni yang baru. |
Credit untuk entah sape yang dah komen header lama aku tak lawa. Anonymous. Huhu, agaknya dia takut nak kutuk depan-depan kot, so dia wat anon jek. Tape-tape, aku tak marah pon. Tu adalah kritikan membina! ^_^
Sebarang kritikan dan pujian untuk the latest header ni aku terima. BTW, comel tak doodle tu. Kihkihkih~
cliks more on
blogger,
bola,
cerita hati,
comments,
experience,
header,
life,
me
Jul 26, 2011
takde maknanye kalau ber-blogwalking dengan tinggal jejak kat shoutbox je.
Hello. Assalamualaikum.
Firstly, dah jarang sangat aku blog jogging kat blog korang and contengconteng kat comment box korang kan?
Aku memang suka komen entri orang sebab aku taw bukan senang orang nak dapat idea untuk post satu-satu entri tu kan? That's why aku akan cuba jugak komen entri blogger lain kalau aku ade masa.
Tapi belakangan ni aku agak sibuk. Tambah-tambah pulak semenjak dua menjak ni aku tak boleh nak bertapa lama-lama depan lappy, nanti mula la rasa pening + mual. Entah wabak ape pulak yang menyerang.
Back to the topic, aku tak kata kat semua, MUNGKIN ade jugak SESETENGAH blogger yang jenis drop by kat blog orang lain, tapi just tinggal jejak kat shoutbox je. Then, terus blah. Aku taw memang ade orang yang buat macam ni, sebab bila aku takde masa sangat-sangat nak berlama-lama kat blog korang kan. Tu pon sebab TERPAKSA okay. Bukan sebab malas ke ape.
Nak baca entri orang then nak komen lagi bukan senang kan? Nak-nak pulak bila tenet laju macam kura-kura praktis jalan ala-ala catwalk gitu. Tapi apa salahnye spend sikit masa untuk baca kan.
Mungkin ade jugak sesetengah blogger ni yang jenis silent reader. Malas nak drop comments. Kalau aku la, aku memang konfirm 100% akan jejak balik orang yang tinggalkan komen dekat entri aku sebab dari situ aku boleh trace yang diorang ni baca entri aku. Kalau yang ber-Hai hai dekat shoutbox tu aku tak heran sangat. Mungkin diorang baca entri kita, mungkin tak. Tul tak?
WARNING ! |
Entri aku ni bukan nak raih simpati sebab takde pengomen tegar ke ape. Aku taw aku ni blogger newbie je. Follower pon baru berapa aje. Tapi aku nak berterima kasih sangat kat korang yang sudi komenkomen entri aku. THANK YOU ! Nah hadiah ,, Muahhhhh! :P
c ya!
cliks more on
blogger,
cerita hati,
comments,
life,
me
Jul 25, 2011
Ubat Musuh Ketat!
Hello. Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni, kerap jugak aku sakit kepala. Tak taw pe penyakit pulak yang datang. Kadang-kadang sakit mengejut, tetibe aje. Risau jugak, tapi aku buat tak taw je.
Malas nak cakap kat mak aku, nanti dia bising suruh makan ubat lak kan. BTW, aku nak tanya korang,
suka tak makan ubat?
Haha. Silly question right? Majoriti memang orang tak suka makan ubat, tapi ade jugak yang suka. For instance, anak sedara aku. Walaupun tak demam, sanggup dia ngaku dia demam sebab nak makan ubat. Pelik tapi benar ;)
Kalau aku ni korang tak payah nak tanya la. Tengok aje mende biji-biji macam coklat tu, aku dah rasa mual dah. Tak taw la kenapa, aku memang susah sangat nak makan ubat. Yang tak boleh blah nyer, dulu cita-cita nak jadi pharmacist. Eceh, berlagak hoho.
Pernah ada suatu hari aku demam, batuk-batuk teruk dan selesema. Mak aku ajak pergi klinik, but I refuse to go. Haa ni satu lagi masalah. Aku memang tak suka jumpa doktor. Sebab dia banyak mulut, banyak tanya. Then, mak aku suruh telan panadol. Dengan perasaan tak bersalah, aku buat-buat telan. Lepas mak aku blah, terus aku campak masuk dalam tong sampah. Haha. Sampai macam tu aku tak mau makan ubat.
_____________________________________________________
Masa dok kat matriks dulu-dulu, memang selalu jugak aku kena makan kelepek free ngan kiubmate aku. Sakit yang tak boleh nak bangun pon belum tentu lagi aku akan makan ubat. Sampai kena paksa habis-habisan, baru la aku makan.
Setahun dok kat matriks. Tapi panadol yang mak aku belikan masa dok kat kolej sebagai preparation kot-kot tetiba sakit kan, dua tiga biji aje baru dimakan. Tu pon bukan aku yang makan, aku derma kat kawan-kawan yang memerlukan. Kang nanti bawak balik sebotol penuh kang, mak aku marah lak. =.='
Satu je, bila gastrik menyerang, tak perlu ade sape-sape perlu paksa aku makan ubat, memang aku akan makan. Tapi yang pastinyer, bukan ubat gastrik yang kaler putih n cair macam antibiotik tu! Yang biji-biji aje okay huhu.
c ya!
cliks more on
cerita hati,
friends,
headache,
hurt,
KMKulim,
life,
mom,
paksa,
sakit kepala,
ubat
Jul 23, 2011
Best ke kawen ?
Hello. Assalamualaikum.
OK, title entri aku kali ni kedengaran agak gediks dek kerana aku nk maseh muda lagi untuk fikir pasal kawen bagai ni.
Prince Charming. Wujudkah?? |
Hari ni dan semalam aku sangat sibuk pergi ringan-ringankan tulang tolong mak sepupu aku yang wat kenduri sambut menantu hari ni. Majlis yang agak grand walaupun hanya majlis sambut menantu sebab dua pupu aku tu kawen dengan Mat Salleh. Walaweyh! Gempak satu kampung (hiperbola aje) :P
Macam-macam performance bole lihat hari ni. Silat, tomoi bagai ade. Agak teruja la, sebab 4 orang akak aku yang dah kawen tu, tak pernah pulak mak aku wat cenggini. Haih, dah lawan tokey (tauke) nampak. Haha.
Bila tengok orang pakai lawa-lawa, bersanding atas pelamin, terasa penyakit gedik di datang menyerang pulak. Gatai! Taw dek mak aku maunyer kena sembur. Degree pon tak habes lagi. Hehehe. Ok, drop the subject.
Back to topic, best ke kawen? Bukan ke kawen ni menjadikan kita lebih banyak tanggungjawab ke? Tanggungjawab kat suami/isteri, kat mertua, ipar duai bagai. Kecut pulak terasa bila fikir betul-betul pasal kawen kan? Risau giler kot-kot, calon suami aku nanti ni anak mak, haih, maunyer dia dengar kata mak dia aje. Kita ni tolak tepi.
Trend sekarang ni kawen laaammmbat sangat dan ceeeeepat sangat. Yang tengah-tengah tu jarang-jarang je. Haha. Kalau tak umo 20 dah kawen, umo 30 la pulak diorang kawen.
Yang umor 20 tu, most of them dah tak nak belajar, konon-kononnya dah pandai pikul tanggungjawab jadi suami/isteri. Yeke? Mak ayah pon belum tentu boleh tanggung lagi. Ni aku cerita bukan refer kat semua okay, kay sesetangah aje. Kang tak pasai-pasai ade yang melenting pulak. Peace =.='
Kalau yang umor 30 tu pulak, biasanya kalau laki orang tak pelik la kawen umo 30. Kira ikut piawaian antarabangsa la tu kot. Haha. Tapi kalau pompuan ni pelik sikit. Mostly, wanita yang sangat pentingkan kerjaya akan kawen lewat. Ekonomi mesti stabil dulu beb!
Kalau aku la, aku rela kawen lewat. Tolong kemaskan dulu poket mak ayah aku (insya-Allah panjang umor diorang) dulu, baru la aku akan fikir pasal kawen nikah ni. Tapi jodoh dan takdir semua kat tangan Tuhan. Kita cuma rancang je. Kalau jodoh sampai awal, alamatnyer kena redha jer lah kan. Tu namanya rezeki. Haha.
gtg~
c ya!
cliks more on
cerita hati,
experience,
famili,
future,
life,
love,
me
Jul 20, 2011
Anti polis trafik!
Hello. Assalamualaikum.
Aku nak wat confession sikit hari ni. Memang geram + sakit hati bagai aku dah tak tahan. Nak luahkan jugak dekat sini. Biar semua orang tahu betapa aku anti dekat polis trafik ngan JPJ. Maaf la kalau ade sape-sape antara saudara mara korang bagai tuh polis trafik. =.='
Semalam hari yang sangat malang bagi aku sebab kena SAMAN. First time dalam hidup tu kot. Maybe korang kata ' Ala, saman je pon. Nak kecoh-kecoh lak' . Whatever !
TAHNIAH buat pachek polis trafik tua for successfully wat mak aku tak cakap dengan aku semalaman. TQ ! TQ !
Geram betol, nasib baik aku tak snap pic polis tu, then upload kat Facebook. WANTED. Haha. Haihh. Geram! Geram! Tambah-tambah pulak zaman ekonomi tengah gawat ni kott.
Kalau aku boleh amik pakcik tu letak dalam blender macam ni kan bagus. MUAHAHAHA (gelak jahat) |
p/s : memang salah aku pon. tapi consider la sikit. dah sah-sah aku ni muka budak-budak lagi (nak menang jugakk. haha ) >.<
c ya!
cliks more on
cerita hati,
emo,
experience,
life,
pokai
Jul 6, 2011
hurt.
Hello. Assalamualaikum.
Before i go further on this, please take note yang aku nak bercakap hari ni secara general keyh. Harap no heart feelings ke ape ke. Peace ^_^
Have you been hurt by someone? Or should I ask u, have you ever hurt someone's feeling?
The answer is absolutely yes, right? No one is perfect. No one could run from doing any mistakes. Sometimes, we never mean to hurt that 'someone' but things happen without we even realize it. Kejam ke kalau macam tu? Kejam ke, sedangkan kita sendiri pon tak sanggup nak dilukai, takkan la pulak kita sanggup nak lukai perasaan orang lain kan? Okay, secara generalnya, sometimes as a human being, yang penuh dengan ke-tak-sempurnaan ni, tak kira la dengan the special one ke, girlfriends ke, boyfriends ke, family ke, member ke, mesti kita ada wat salah kan? Ye, bila dah sayang, semua tak kena. Orang kata, marah itu tandanya sayang. So, wat pe nak heartfeeling-heartfeeling sebab orang marah untuk kebaikan kita. Peace ^_~
Tapi kadang-kadang ade jugak jenis manusia yang memang sengaja nak sakitkan hati orang. Korang pernah jumpa tak orang macam ni? Kalau aku jumpa la orang macam ni depan mata aku, memang dah kena cepuk lah dia tu haha. Jenis manusia macam ni memang tak boleh nak bagi muka sangat. Ape dia ingat dia tue hebat sangat la, boleh buat orang lain menangis, meraung. Sedangkan dia tak tahu, sekali dia buat macam tu, seribu orang terasa macam nak balas dendam kat dia.
Hm. Most of the time, when we talk about being hurt, or heartbroken, these must be linked with somebody in a relationship right? Adat la orang bercinta, kalau tak gaduh tak sah. Tu belum jadi laki bini lagi huhu. Tak masuk lagi dengan kes curang or whatsoever. Sanggup pulak dia nak sakiti perasaan boyfie or girlfie dia sebab orang lain. Tak sedar ke dia yang dulu, susah senang dia, sakit dia, merajuk dia, kapel dia tu jugak yang amik berat. Tapi, kalau korang terasa macam dah tak suka sangat, better tell your partner the truth. The truth will hurt him/her but keep on being silence and cheating will hurt them more if they found out the truth by themselves. Aku memang faham perasaan orang yang being hurt by his/her couple ni *walaupun aku tak pernah kapel hoho. Aku tahu memang sakit sangat, kalau tak, takde la pulak sampai ada yang nak kelar tangan la, terjun bangunan la, makan pil la, pape tah lagi. Hm. Banyak pulak aku membebel. Senang cerita, moral of the story nya, jangan la korang bagi harapan dekat orang kalau dah taw korang tu bukannya sayang sangat kat dia. Jangan dok ajak orang kapel ke ape ke, kalau dah sedar yang diri korang tu tak sedia lagi nak bagi komitmen kat dia SEORANG je. Ok? *ni bukan marah, tapi sekadar nasihat.
Kalau korang nak tanya aku, YES, I admit I'd been hurt. Bukan sekali, tapi banyak kali. Reasons? Banyak sangat, so xpayah la nak cite. But something for sure is, aku terluka bukan sebab boyfie ke ape, but mostly because of my family. Well, adat la kan. hoho. So for those who being hurt by someone, just forget what he/she had done to you. Yes, once we've been hurt, it's not easy to heal it, but at least we try. Start a new day, find the true happiness, find someone that appreciate you the way you are. -.-'
okeh, gtg.
tapi sebelum tu, read this ;
“I have learned now that while those who speak about one’s miseries usually hurt, those who keep silence hurt more.”- C.S. Lewis
“Being hurt by someone you truly care about leaves a hole in you heart that only love can fill.”- anonymous
“Spiteful words can hurt your feelings but silence breaks your heart.”- anonymous
“There’s always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.”- anonymous
c ya!
cliks more on
cerita hati,
emo,
hurt
Jul 3, 2011
nak mintak sedekah boley?
Hello. Assalamualaikum.
Post title aku hari ni agak menyedihkan kan? Aku memang amat memerlukan sedekah dari teman-teman, saudara mara dan sape-sape je lah yang rasa dia banyak fulus dan baik hati haha.*gurau jep. Seriously i've no money at all for this time being. Mane nak ada fulus nya, aku tengah jadi penganggur kehormat sekarang ni. Ye, nak kerja tu memang la nak kan, tapi keadaan tak mengizinkan. Aku terpaksa jadi babysitter kehormat sekarang ni memandangkan takde orang nak jaga semua anak-anak saudara aku tu. Well, mak aku sekarang ni tengah sibuk dengan bisnes kuih raya dia. So, by hook or by crook, kena terima la jugak kan. Nak buat macam mane kan, tanggungjawab untuk tolong adik-beradik lagi penting. Hm. ^.^
Selama dua bulan ni, semua tugas menyelenggara rumah serta menjaga budak-budak kecik aku buat dengan jayanya. Jarang-jarang aje aku komplen ngan mak aku pasal perangai budak-budak yang buas ni. Kang kalau komplen kang, takut pulak mak aku terasa hati. Mintak tolong sikit pon dah banyak rungutan kan. Tapi sejak-sejak kehilangan handphone aku yang sangat canggih tu *sebab kena campak dengan budak 3 tahun* aku rasa macam ' eiii, kena mintak ganti rugi ni ' haha.
Tragedi handphone dicampak keluar rumah melalui tingkap memang buat hiidup aku sengsara. Memang rosak terokkkkkk. Bapak punyer besar sesalan aku sebab lupa nak simpan fon aku dalam bilik. See, sekarang ni dah lebur haha. Tapi takpe lah kan, nak marah budak pon tak guna, lagipon diorang tak taw pape. Mak aku selalu cakap, ' Kau nak marah budak tu? Hm, lagi baek kau marah kat kau punyer @#$%& tuh ' . *errr,,betul gak kan? haha.
So, sekarang ni kalau ade sesape yang terjumpe contest ke pentandingan ke, pape je lah, yang nak bagi hadiah henfon sebijik ke, duit seribu dua ke, korang roger la kat aku eh? *desperate giler haha. Yela kan, haram nak beli pakai duit sendiri. Satu sen belum tentu ade dalam purse aku.hoho
okeh, gtg~
c ya!
cliks more on
cerita hati,
love,
pokai
Subscribe to:
Posts (Atom)