Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label comments. Show all posts
Showing posts with label comments. Show all posts

Oct 31, 2011

Pengalaman blog diremove. Oh damn!

Hai. Assalamualaikum.

Dua hari (kot) blog aku di remove Google, atas alasan ape entah. Aku tak baca sangat pon Google cakap ape, aku dok sibuk dah suruh Google recheck and bagi balik blog ak je. Haha. Tapi kiranya aku ni melanggar hak asasi segala bagai la kot sebab spam link dalam blog.
#alasan common untuk sesape je yang blog dia kena remove

Hilang terus mood aku, nak study pon asyik dok terfikir aje, pasai pa blog aku malang sangat sampai blacklisted. Maybe sebab aku join banyak GA and segmen kot dulu, then diorang ne pulak suka sangat kan tinggalkan link dekat comment box. Uh takpe la, mende dah lepas. Blog aku pon dah dapat balik.

#senyuman kegembiraan :)

BTW, a special gratitude to En Shah sebab dah tolong aku via email. #Naseb baik saya tak nanges kan kan? T_T Thanks jugak to Ifwat sebab tolong dengar masalah saya *padahal tak tolong sangat pon haha :P


OWH OK, for those yang lepas ni dapat pengalaman 'manis' macam aku ni :

* firstly jangan nak sibuk nak nanges (aku lettew :P), cool je ok. blog hangpa bukan kena delete terus, still ada lagi dalam data cuma dia hide kejap je, saje nak test emosi hangpa kehkehkeh

* next, click aje dekat I can't find my blog on the Web, where is it? and ikut aje steps yang ada kat situ.

* kalau tak taw nak buat jugak, click dekat contact us #ade dekat bawah sekali. Hantar aje verification tu sebanyak mana yang hangpa mahu sampai Google activekan balik blog hangpa.

Okeh, nak pergi makan dah. Baru lepas test calculus tadi, Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang. *sigh of relief*

c ya!

p/s : maseh belum terlambat nak congrates to all nogori-an sebab menang 2-1 heeee!

Aug 3, 2011

kesalahan yang selalu bloggers buat.

Hello. Assalamualaikum.

Berani mati giler aku nak komplen-komplen pasal blogger lain kan? Haha. Btw, kepada yang terasa, ni bukan compliment, cuma teguran yang dah banyak kali bloggers otai bagitaw, but then still ade jugak yang buat kan..

Satu



Korang mesti tak faham maksud pic ni kan? Ok, lets go on it through..

Tadi aku baru aje niat berkobar-kobar untuk blogwalking dan follow blog-blog sahabat blogger yang dah susah payah follow aku. Back then, sesetengah aje yang boleh aku trace jejak diorang. Kenapa? Sebab diorang tak letakkan link blog diorang dekat diorang punyer profile.

Sekarang ni sape yang rugi? Korang jugak kan.

Jom sama-sama atasi masalah ni.

Go to Dashboard > Edit Profile

Korang akan jumpe mende neh :



Korang kena pastikan korang TICK dekat pekat macam kat atas ni. Penting!


p/s : sila klik untuk pembesaran :) Aku jadi camni sebab aku ade more than one blog.

__________________________________________________

Dua


Bila mood nak komenkomen entri teman blogger sedang meluap-luap, then korang nampak mende alah macam kat atas ni. Aku nak tanya, ape perasaan korang? Korang pernah rasa macam aku rasa tak. Eiiii menyampahnya aku! Malas betul nak taip. Huh, tak jadi la nak komen.

pernah tak macam tu? 

So, kalau ade blogger-bloger yang maseh belum taw pasai ni, meh aku nak habaq cane nak buang mende ni.

Go to Dashboard > Setting > Comments

Then cari mende neh :


Dah tengok? Dah faham kan? Sila tick laju-laju dekat NO. okay :)

__________________________________________________

Entry ni adalah autopublish. Aku takda masa nak on9. Sedang melawat nenek yang saket. Doakan aku sempat jumpa nenek. :(

I'll drop by ur site soon. c ya!

Jul 30, 2011

Blog akan di delete?

Hello. Assalamualaikum.

Dulu, pernah la bloggers dok bising-bising pasal ni. Almost semua bloggers yang famous amos ni post pasal ni. Tapi masa tu, aku jadi silent reader aje sebab aku tak taw sangat pasal ni. Tapi tadi aku ada terbaca satu entry dari blog sape tah, dah lupa lak. Hehe. Ramai gak yang risau akaun blogger diorang akan di remove tanpa notis atau warning dari pihak Google.

I guess, dah ramai yang taw pasal ni. Mungkin ada sesetengah aje yang tak taw. Aku pon taw gitu-gitu aje. Tak pernah kena pon. Tapi ade je kawan aku yang kena. Sampai sekarang blog dia maseh belum boleh diaktifkan semula.


Hish, memang menakutkan! Ce korang bayangkan, penat lelah kita update blog tiap-tiap hari, kasi cantik-cantik, tuptup blog kena remove! Pekejadahyer kan..

FYI, aku pernah terbaca pasal ni. Salah satu sebab kenapa blog kena remove ialah sebab kita letakkan link dekat comment box orang lain. Dan ade jugak ura-ura yang kata, blog yang diletakkan link tu pon ade potensi untuk di remove jugak. Haih. Habis tu, yang dok join contest, GA, segmen segala bagai tu macam mana? Aku risau jugak sebab aku pon ade join mende tu. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang blog aku maseh lagi wujud.

Pihak Google remove blog diorang-diorang yang letakkan link ni sebab menganggap diorang telah SPAM. So, for the sake of ur blog, i think it is better sekarang ni stop dulu join sebarang aktiviti kontest mengontest ni. Haha. Aku sendiri pon berlambak GA nak join. Tetapi terpaksa batalkan hasrat, risau jugak kot-kot bila nak try buka page aku, kuar mende alah 'mishnadia.blogspot.com has been removed'. Mahu nyer gila meroyan aku sebulan. Haha.


p/s : ade orang kata blog yang diremove ni boleh diaktifkan kembali. tapi ada la steps yang pihak Google suruh dia wat.

Happy blogwalking. C ya!

No credits at 3 a.m? Jom topup kat sini. Doakan saya dapat Blackberry Playbook ni yer. ^_^

Jul 29, 2011

dah pandai wat header sendiri!

Hello. Assalamualaikum.

Semalam memang gegak giler kan pasal bola, pasal sandiwara si LION segala bagai tu. Hari ni aku dah taknak cakap pasal tu, KECEWA maseh lagi terasa. Siapa yang tak frust kan bila team lawan maen macam haram sedangkan team kita dah put on effort giler-giler untuk dapatkan paling kurang pon agregat 5-5 dengan si Lion tu semalam.

Ok, bola issue's dropped. Aku kembali menceriakan hari dengan wat header baru! Tengok la kat atas tu. Takde la se-lawa yang korang punyer, memang tak leh dinafikan, tapi kira okay la kan? Baru first time buat ni. Aku ni otak tak berapa kreatif sangat pon. Hehe.

Lama punyer.
Ni yang baru. 

Credit untuk entah sape yang dah komen header lama aku tak lawa. Anonymous. Huhu, agaknya dia takut nak kutuk depan-depan kot, so dia wat anon jek. Tape-tape, aku tak marah pon. Tu adalah kritikan membina! ^_^

Sebarang kritikan dan pujian untuk the latest header ni aku terima. BTW, comel tak doodle tu. Kihkihkih~

Jul 26, 2011

takde maknanye kalau ber-blogwalking dengan tinggal jejak kat shoutbox je.

Hello. Assalamualaikum.

Firstly, dah jarang sangat aku blog jogging kat blog korang and contengconteng kat comment box korang kan? 
Aku memang suka komen entri orang sebab aku taw bukan senang orang nak dapat idea untuk post satu-satu entri tu kan? That's why aku akan cuba jugak komen entri blogger lain kalau aku ade masa.

Tapi belakangan ni aku agak sibuk. Tambah-tambah pulak semenjak dua menjak ni aku tak boleh nak bertapa lama-lama depan lappy, nanti mula la rasa pening + mual. Entah wabak ape pulak yang menyerang. 


Back to the topic, aku tak kata kat semua, MUNGKIN ade jugak SESETENGAH blogger yang jenis drop by kat blog orang lain, tapi just tinggal jejak kat shoutbox je. Then, terus blah. Aku taw memang ade orang yang buat macam ni, sebab bila aku takde masa sangat-sangat nak berlama-lama kat blog korang kan. Tu pon sebab TERPAKSA okay. Bukan sebab malas ke ape.

Nak baca entri orang then nak komen lagi bukan senang kan? Nak-nak pulak bila tenet laju macam kura-kura praktis jalan ala-ala catwalk gitu. Tapi apa salahnye spend sikit masa untuk baca kan. 

Mungkin ade jugak sesetengah blogger ni yang jenis silent reader. Malas nak drop comments. Kalau aku la, aku memang konfirm 100% akan jejak balik orang yang tinggalkan komen dekat entri aku sebab dari situ aku boleh trace yang diorang ni baca entri aku. Kalau yang ber-Hai hai dekat shoutbox tu aku tak heran sangat. Mungkin diorang baca entri kita, mungkin tak. Tul tak?

WARNING !
Entri aku ni bukan nak raih simpati sebab takde pengomen tegar ke ape. Aku taw aku ni blogger newbie je. Follower pon baru berapa aje. Tapi aku nak berterima kasih sangat kat korang yang sudi komenkomen entri aku. THANK YOU ! Nah hadiah ,, Muahhhhh! :P

c ya!