Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Disember 12, 2006

Selingan Mencari Makam Raja Ahmad...

Di bawah ini adalah beberapa posting dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT yang dibuat sementara menunggu gerak untuk menyambung cerita mengenai pencarian makam Raja Ahmad... Pembacaannya boleh disambung terus daripada artikel "Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3"....


------------


(Posted: 02 October 2006 at 6:58pm) Sambil tu, biar aku copy n paste balik posting aku tentang masjid lama yang aku jumpa kat Bandar Bharu tu... (peninggalan Bandar Bharu le sebab dah jadik estet dah tempat tu... Maka hilanglah kesan sebuah bandar Melayu yang pernah jadik capital Perak tahun 1820an....) Ni dia... Dari page 47 thread ni... 


(Posted: 13 September 2006 at 6:20pm) Ni, aku ada gambo masjid lama tinggal kat Bandar Bharu, Perak yang pernah jadi capital Perak zaman Sultan ke 19, Sultan Abdul Malik dalam tahun 1820an gitu tapi sekarang ni dah jadi estate kelapa sawit. Aku cukup minat le design dia, especially hujung penjuru atap yang ada macam bentuk tanduk ke pelepah kelapa... Menjurus ke bawah. Di sini, aku nak mintak jasa baik kawan-kawan... Kalo tahu atau tanya kat orang, design tu design mana? Kalo Minang, musti ada bumbung cam tanduk kerbau... Kalo ada buah potong, selalunya design Terengganu... Aku dah round hampir seluruh Perak, jumpa design ni kat tempat-tempat tertentu seperti Beting Bras Basah, Damar Laut, Raban, Lenggong, masjid lama Batak Rabit, Teluk Intan kampung bapak aku pun ada tapi tak sorang pun aku tanya dapat beri jawaban yang memuaskan... Tolong ek... Aku ketagih information ni... Tengok dan teliti betul-betul... A'kum!

(Posted: 03 October 2006 at 2:26pm) Hokeh... Berbalik pada cite mencari Makam Raja Ahmad... Dalam page 84, aku dah cite apa yang terjadi hari pertama mencari makam tu sampai aku boleh terjumpa masjid lama tinggal, juga makam Sultan ke 19 dan kubur Birch.... Aku rasa biar aku paste balik apa yang aku dah post kat thread lain... Sat yek...

Alright... Yang ni dalam page 4 thread "Laksamana Muhammad Amin kembali ke Perak"....

(Posted: 13 September 2006 at 6:01pm) A'kum. Hari tu aku pegi Pulau Besar di Perak nak cari Makam Raja Ahmad, masuk naik teksi ikut jalan Teluk Memali, sampai dekat Maghrib sampai drebar tak tak masuk jauh lagi selepas sampai kat simpang tiga tepi Sungai Perak... Maka aku pun terpaksa menapak dalam kesamaran senja, jumpa satu masjid lama tinggal yang lawa giler... Pas tu jumpa Makam Sultan ke 19 Perak, Sultan Abdul Malik ibni Sultan Ahmaddin yang merupakan cicit Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam. Raja Ahmad plak adalah anak Sultan Abdul Malik tapi ada setengah cite kata dia tu menantu, bukan anak kandung... Apapun, Raja Ahmad adalah bapa kepada Sultan Jaafar dan datuk kepada Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles. Dia juga adalah bapa kepada Raja Bendahara Alang Iskandar @ Marhum Teja iaitu bapa kepada Sultan Idris yang bukak Bukit Chandan dan menurunkan jurai keturunan Idris terompet dan Azlan Shah. Jalan punya jalan, aku sudah jumpa ini makam plak:


Secara spontan, mulut aku terkeluar perkataan celaka, kuat plak tu!... Dua tiga detik kemudian terdengar plak azan Maghrib berkumandang... Amacam kawan-kawan? Ada komen? Mat Saleh CI... (kena censored!) ni le yang buat masalah kat Perak sampai Maharajela, Datuk Sagor dan Pandak Endut kena gantung... Sultan Abdullah, Laksamana Muhammad Amin, Syahbandar Uda Ma'amor dan Ngah Ibrahim pulak terpaksa merengkok kat Pulau Seychells di Afrika... 


(Posted: 03 October 2006 at 2:46pm) Hmm.... Sekeliling forum aku carik, samada aku pernah post gambo makam Sultan ke 19 Perak, Sultan Abdul Malik Mansur Shah ke tidak... Tak jumpa gak... Makam ni le aku jumpa lepas terserempak masjid lama tinggal tu... Lepas makam Sultan tu, baru le jumpa kubur Birch... Untuk pengetahuan, Sultan Abdul Malik tu mak dia belah Laksamana.... Kalo ikut salasilah rasmi, Raja Ahmad yang aku carik makamnya tu adalah anak Sultan ini tapi ikut salasilah lain plak, Raja Ahmad tu sebenonya menantu... Ada rahsia tertentu yang cuba disorokkan pihak berkepentingan nanti, sebab tu Raja Ahmad dinyatakan sebagai anak Sultan ke 19 Perak, sebab tak nak orang tahu Raja Ahmad ni sebenonya berasal daripada satu keluarga lain... Nanti le aku cite (kalo rasa bole cite sebab ni kira rahsia keluarga gak ni)... 

Apapun, biar aku paste gambo makam Sultan Abdul Malik... Kewujudan makam ini tidak jauh daripada masjid tinggal adalah bukti akan kewujudan sebuah bandar besar Melayu yang pernah menjadi pusat pentadbiran Perak tahun 1820an... Tapi bandar ini diambil-alih British mulai Birch tahun 1870an sebelum dimusnahkan nanti lalu seluruh kawasan itu dijadikan estet untuk menghilangkan cite kewujudannya... Tengok ini gambar - Al-Fatihah...


 


Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3

Sudah jadi adat berforum, mesti akan termasuk bermacam jenis perbincangan yang kadang-kala membawa lari langsung sesuatu topik jauh ke arah subjek yang lain. Seringkali juga termasuk elemen gurau senda yang memakan beberapa mukasurat perbincangan sebelum ia reda lalu subjek serius dapat ditemui kembali. Adapun artikel bertajuk "Mencari Makam Raja Ahmad" bahagian 1 dan 2 disedut daripada mukasurat 59 thread "Berpetualang ke Aceh" di dalam Forum CVT... Sambungannya iaitu cerita dalam posting ini bermula daripada mukasurat 84 pula! Begitu jauh topik ini lari sebelum dapat disambung kembali... 

Apapun, teruskan membaca! Cerita ini bersambung setelah saya selesai menziarahi makam Sultan Abdullah I di Teluk Intan kemudian bersantai sebentar di warung majlis perbandaran sambil melayari Internet menggunakan line wi-fi free sampai hampir terlupa arah tujuan perjalanan hari itu! Sampai melepasi jam 6 petang lalu tidak ada lagi perkhidmatan bas menghala ke destinasi yang ingin dituju... :] Maka aku pun naik teksi pi Matang Pelandok... Sampai sana tanya orang, takda sorang pun tahu ada makam kat area tu... Rupanya kena pegi depan sikit, ada le 3 batu ke depan... Baru le jumpa signboard yang sebut ada makam Raja Ahmad dan beberapa orang Sultan kat dalam... Lupa plak nama tempat tu tapi bukan yg ini...

Signboard yg ini tu kat tempat lain, jauh sikit lagi menghala ke Kampung Gajah dari jalan Teluk Intan... Signboard yang aku jumpa petang tu, aku tak tergerak plak nak snap gambo. Masa petang tu, aku tak tahu pun ada jalan lagi elok yang ada signboard seperti yang tertera kat atas tu... Tempat yang aku sampai petang tu ada sign-board yang tak tunjuk jarak makam-makam tu berapa jauh... Setakat tulis nama Sultan-sultan dan Raja yang disemadikan... Aku pun tanya le orang kat tepi jalan... Pas tu teksi pun bawak masuk ke dalam...

Setelah masuk sekitar 1 batu lebih, jalan menjadi semakin kecil dan pecah-pecah, semak kiri-kanan... Perjalanan diteruskan dengan pemandu teksi mula gelisah... Maklumlah kawasan kampung dah tak nampak, dah mula masuk estet dan belukar sedangkan langit dah mula kelam masuk Senja... Jumpa plak simpang jalan merah macam jalan bendang tu, satu ke kiri, satu ke kanan beserta jalan terus ke hadapan yang semakin kecil dan buruk... Dah... Pemandu teksi makin tak boleh duduk diam... Betul ke jalan ni? 

Aku plak nampak macam ada bangunan rumah ke hapa warna biru ke kanan... Aku cakap, pakcik meh kita tengok sebelah kiri... Pakcik tu memang nampak risau, aku pun cakap... Tak pa le... Nanti aku tambah le bayor duit tambang ikut yang sesuai... Pakcik pun bawak teksi masuk kiri sampai ke penghujung jalan tanah merah style bendang tu... Rupanya ada bangunan loji air kecik, nasib baik ada orang mancing, boleh gak tanya direction pi makam kat mana... Rupa-rupanya kena jalan straight je tadi... Apapun, dipendekkan cite, setelah masuk lagi berbatu ke dalam dan dah nak masuk pukul 7 petang, kami pun sampai ke simpang tiga... Di depan tu dah Sungai Perak... Eh... Rasanya aku dah post sikit le cite ni... Sat, biar aku carik balik...

Hokek... Jumpa dah... Kat mana hang tau... Kat page 46 woo... Nasib baik aku terror research, dapat jugak carik kat mana... Heh! Ni, biaq aku copy n paste balik lah yek... Cite tu ditulis malam itu juga setelah aku keluo kawasan tu lalu port sehelai-sepinggang kat Kampung Gajah plak...


(Posted: 12 September 2006 at 11:48pm) A'kum! Sekali lagi, salam petualang daripada hamba yang sedang di perantauan. Adapun ketika ini, hamba sedang melepak di Kampung Gajah akibat tersangkut dalam perjalanan. Maka malam ini akan jadi kali ketiga le hamba bermalam di dewan makan Masjid Jamek Kampung Gajah, kali pertama hampir dua tahun lalu kerana perkhidmatan bas ke Teluk Intan sudah tamat, kali kedua dalam sebulan lepas, sama jugak sebabnya tapi sudah dijangkakan dan dah bersedia tido di sini. 

Bezanya, kali ini hamba datang sehelai sepinggang je... Tuala pun takda. Tu yang terpaksa pakai sejadah yang orang tinggalkan kat serambi masjid untuk mengibas-ngibas badan mengeringkan air setelah mandi malam di masjid tadi. Apapun, masih kira baik le berbanding hari Sabtu hari tu bila hamba ditinggalkan rombongan keluarga yang menuju ke Matang untuk pengkebumian jenazah Ngah Ibrahim, akibat leka berbual dengan buah-hati yang datang dari KL ke Bukit Chandan untuk menyaksikan pengkebumian jenazah Laksamana Muhammad Amin di kawasan permakamana diraja Perak. Masa tu, aku pakai baju hitam complete ngan samping n songkok... Pelik muka orang tengok aku bila ada sedara tu turunkan kat bus station Kuala... Dah nampak macam mamat mana pulak ni lari lepas nikah.... 

Nasib baik le dapat contact member lama aku kat Lenggong yang dah 8 bulan tak jumpa... Dapat le lepak sana ngan tuko pakaian yg lebih selesa, siap sempat gi Ipoh tengok Perak kalah ngan Perlis 2-1 ! Adapun hari ini, atas saranan seorang bapa saudara dahulu, hamba berhajat untuk menziarahi Makam Raja Ahmad, katanya kat area Matang Pelandok. Sebulan dulu, pakcik aku ada bagitahu, singgahlah kat makam tu... Pas tu dia kata, makam tu dijaga oleh harimau untut satu kaki atau Tok Tepok tapi aku belum tergerak lagi. La ni baru le rasa nak ke sana kerana ada cite lama yang nak dirungkai. 

Aku keluo daripada rumah pakcik kat Batak Rabit tadi jam 11 pagi gitu lalu ke Teluk Intan. Sempat le numpang wi-fi Internet kat gerai Majis Perbandaran pas tu lepas masjid sat sementara recharge laptop, bersolat dan berdoa dan tunggu hujan henti kemudian ziarah Makam Marhum Durian Sebatang (Sultan Perak ke 22). Pas tu aku masuk Internet lagi kat gerai, sedo tak sedo dah masuk pukul 6 petang. Nak ke Makam Raja Ahmad tu kena naik bas ke Kampung Gajah sedangkan bas dah takda lagi, ada pun cuma satu bas je yang dok ulang-alik dari Teluk Intan ke Kampung Gajah... Aku pun termenung sat... Camani ni? Lepak punya lepak dah masuk pukul 6.30 petang. Last-last ambik je teksi walaupun tambang kena RM20. 

Apahal pun aku musti bergerak keluar daripada Teluk Intan, sampai ke tak sampai destinasi, itu lain cite... Dipendekkan cite, orang Matang Pelandok pun tak tahu kat situ ada makam.... Rupanya depan sikit kat Pulau Beso gitu, ada sign-board beritahu kat situ ada dalam 4 makam Sultan Perak, tanya orang, masuk dalam, tersilap masuk jalan tanah merah sampai drebar teksi Melayu tu dah mula hilang sabo... Nasib baik jumpa jalan tapi sampai kat simpang tiga yang mengadap Sungai Perak, drebar tak nak masuk lagi... Nampak gaya macam takut je, ye lah dah nak masuk Maghrib masuk kat tempat jin bertendang... 

Aku plak terpaksa le bayor RM35 memandang drebar pun dah susah-payah... Pas tu menapak le dalam kesamaran senja... Jumpa satu masjid lama tinggal yang orang tak pakai. Ingat nak tido kat situ tapi bila fikir balik, eletrik takda OK lagi... Takut air takda sedangkan aku ni jenis membuang air beso malam-malam... Susah tu... Lagipun belum jumpa makam, jadi teruskan perjalanan... 

Sampai satu ketika, muncul seekor helang sebeso budak 5 tahun daripda celah pokok, duduk kat tengah jalan mengadap aku pas tu terbang naik atas pokok. Aku terus berjalan sampai le jumpa makam Sultan Perak ke 19, Sultan Abdul Malik... Singgah sat hadiah Fatihah pas tu jalan lagi... Masa tu dah pukul 7.10 pm gitu... Jauh le jugak jalan lagi, terserempak pulak dua budak muda naik moto lawan arah... Tanya depa ada tak makam kat depan lagi.. Depa keruk kepala pas tu sorang kata ada lagi sikit kat depan... 

Aku pun naik balik semangat, jalan laju sikit pas tu jumpa le makam... Tapi kali ni aku terus menyumpah... Apa taknya, kubur si celaka J.W.W. Birch siap bertanda salib lagi... Tapi aku fikir balik, mungkin ada sebab gak aku jumpa tu, so ambik gambo daripada luar je le, tak nak masuk ke dalam... Break sat...

OK... Sambung balik... Budak-budak tu ada sebut, kalo jalan terus bole keluo balik jalan beso... Aku pun terus jalan, sempat lalu beberapa buah rumah tinggal... Rupa-rupanya lebih 100 tahun dulu, kawasan tu sebenonya agak pesat ngan penduduk, namanya pun Bandar Baru walaupun sekarang tinggal hutan ngan estet kelapa sawit je... Jalan punya jalan, dekat pukul 8pm terserempak pulak lori ngan tiga orang muda tengah punggah kelapa sawit... Tu yang aku dapat tumpang, asalnya mintak sampai keluo ke jalan beso sebab nak cari kedai makan... Depa kata kedai makan kat area dekat-dekat dah tutup, yang ada cuma kat Kampung Gajah dekat 10km lagi sedangkan depa nak pegi Pulau Juar dalam 4-5 km gitu... 

Alhamdulillah, depa tu baik hati, hanto aku terus sampai Kampung Gajah sebab kesian aku tak dapat nak makan agaknya... Itu le sebab malam ni aku ada kat sini... Ni aku cite ni daripada Internet Cafe kat Kampung Gajah le ni... OK... Kita biar cite ni tergantung dulu yek... Besok aku kena pegi Pulau Beso balik sebab tak sampai lagi Makam Raja Ahmad. A'kum!


Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 2

Hokeh... Sambung cite... Siang 12 September 2006, hari apa yek... Hmm... 9 hari Sabtu, 12 hari Selasa... Wokey... Pagi tu dalam pukul 10 gitu, aku keluo sehelai sepinggang memakai seluar curut biru, t-shirt biru dan bag laptop meninggalkan rumah Mak Uteh di Batak Rabit lalu naik bas ke pekan Teluk Intan... Terus singgah ke warung majlis perbandaran untuk tumpang wi-fi, masuk Internet n check forum, sangkut le sampai lepas lunch-time... Pas tu baru aku sedar... Eh... Kata nak carik Makam Raja Ahmad, kata pakcik aku (laki Mak Uteh) kat Matang Pelanduk, jalan pegi Kampung Gajah...

Sebenonya Pak Utih dah cite pasal makam ni dekat dua bulan lalu masa aku pi round Perak time tu... Kata dia, makam tu dijaga oleh harimau Tok Tepok yang untut satu kaki... Masa tu aku tak tangkap pot... Mungkin sebab penat dah round jauh... Dah banyak sangat tempat dok merayap dan Makam Raja Ahmad tak masuk dalam programme... (tu le first-time aku jumpa KetuaLanun, MOM, Pak Tam, Pak Din n Kuali kat Manjung pas tu seberang Sungai Dinding, pi Pantai Remis, pi Beruas, pi Kuala Kangsar, pi Bota Kanan, pi Kampung Gajah, baru balik Teluk Intan... Pas tu pi Sg Durian, pi Kampong Setia, naik bot dari Hujung Rintis seberang Sg Perak pi Bagan Datoh, pi Beting Beras Basah, pi Sabak Bernam, pi Kuala Selangor... Satu perjalanan dalam 12 hari gitu, lepak atau tido kat 19 masjid n ziarah makam 15 orang Sultan Perak) 

Kali ni, setelah selesai menghadiri pengkebumian jenazah Laksamana Muhammad Amin di Makam Diraja Perak di Bukit Chandan, timbul gerak yang kuat untuk ziarah Makam Raja Ahmad dan mencari identiti sebenarnya... 1. Sebab ikut cite makam tu dijaga harimau Tok Tepok, ikut firasat aku, setiap makam yg ada Tok Tepok, ada kaitan dengan keluarga besar aku yg berasal daripada Samudera-Pasai, 2. Aku baru kaji balik salasilah Perak lalu mendapati Raja Ahmad sebenarnya bukan anak Sultan Malik Mansur Shah (Sultan Perak ke 19) tetapi adalah menantu... Tengok balik sikit salasilah yg aku post kt atas tadi... Tapi sebelum mencari Makam Raja Ahmad, aku rasa wajib pegi Kampung Terengganu untuk ziarah Makam Sultan Abdullah I Marhum Durian Sebatang, Sultan ke 22 Perak.. Masuk pukul 2 petang, aku gi masjid jamek lama Teluk Intan untuk bersolat... Dah hujan plak... Terpaksa le melepek sat, tapi dapat jugak charge lap-top... Pas tu aku pun menapak dalam 1 batu gitu pi Kampung Terengganu... Ni, biaq aku paste gambo makam tu...

Hmm... Bole baca tak tulisan kat signboard tu? Rasanya OK kot... OK... Sikit background... 

22. 1851 - 1857 H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'llah Muhammad Shah I 'Atiku'llah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu 'Abdu'l-Rahman, Sultan of Perak. Granted the titles of Raja Kechil Muda, Raja di-Hiler (cre. 1826), and Raja Bendahara (cre. late 1826). Succeeded 1851. m. (first) as her first husband, Raja Tipah binti al-Marhum Paduka Sri Sultan Shahab ud-din Ri'ayat Shah Saifu'llah, daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Shahab ud-din Ri'ayat Shah Saifu'llah ibni al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh, Sultan of Perak. m. (second) Raja Sharifa Ngah Amina binti Raja Alang Radin, Raja Perempuan, daughter of Raja Alang Radin bin Sultan 'Ala ud-din, by his wife, Raja Chik. He d. 1857 (bur. Kampung Trengganu, Teluk Anson), having had issue, three sons and one daughter: · 

1) Raja Ngah Lob Yusuf, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Yusuf Sharif ud-din Muzaffar Shah Ghafiru'llah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'llah Muhammad Shah, Sultan of Perak (s/o Amina) - see below. 


Baginda adalah bapa Sultan Yusuf I, Sultan yang menggantikan Sultan Abdullah II yg dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877... Di bawah ini adalah kaitan Sultan Abdullah I dengan Sultan Ahmadin, Sultan Perak ke 18 yang merupakan nendanya... Juga menurut perlembagaan negara Perak sekarang, seorang bakal Sultan mestilah daripada zuriat Sultan ke 18... Tengok ni: 

18. 1792 - 1806 H.H. Maulana Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah, Sultan of Perak. Appointed as Raja Kechil Bongsu, promoted to Sultan Muda 1773, and became Heir Apparent, March 1789. Regent 1786-1792. Succeeded on the death of his brother, September 1792. m. (first) Che' Pusa Puteh binti Dato' Jambu, Dato' Dalam, elder daughter of Tok Jambu, Sri Maharaja Laksamana, by his wife Ngah Nusani, eldest daughter of Nakhoda Hitam Dato' Kuala Bidor, 1st Laksamana. m. (second) Raja Tengah Bongsu binti al-Marhum Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah Hajiu'llah, daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah III Hajiu'llah, Sultan of Perak, by a commoner. m. (third) Che' Sri Nayan Sofia binti Dato' Imam Malik ul-Amin, daughter of Dato' Imam Malik ul-Amin bin Syed 'Ali, of Katiar. m. (fourth) Dato' Nah binti Dato' Jambu, younger daughter of Dato' Jambu, Sri Maharaja Laksamana, by his wife, wife Ngah Nusani, eldest daughter of Nakhoda Hitam Dato' Kuala Bidor, 1st Laksamana. m. (fifth) Che' Sinuh Sakdiah, of Sungkei Siput. He d. at Chegar Galah, 1806 (bur. Kota Kanan, Parit), having had issue, three sons and two daughters:  

1) Raja 'Abdu'l-Malik, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mansur Mu'azam Shah Jamalu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Sultan of Perak (s/o Che' Pusa Puteh) - see below. 

2) Raja Inu Muhammad Saleh ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Raja Kechil Lasa (s/o Tengah Bongsu). m. Raja Tengah Mas Irang binti Raja Inu Tengah, daughter of Raja Inu ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah, Raja Bendahara, by his second wife. He had issue one son and one daughter: · a) Raja Chulan, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Shahab ud-din Ri'ayat Shah Saifu'llah ibni al-Marhum Raja Inu, 21st Sultan of Perak - see below. · a) Raja Alang binti al-Marhum Raja Inu. 

3) Raja 'Abdu'l-Rahman Kampung ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Raja Bendahara (cre. 1826) (s/o Sofia). Previously styled Raja Kechil Sulong Tua and Raja Kechil Bongsu (cre. 1825). m. (first) Che' Halima binti Wan Bentau [Limah], daughter of Wan Bentan bin Temenggong Pa' Hujan, of Kuala Prai. m. (second) ... He d. at Kampong Mangkassar, after 1826, having had issue eight sons, including: · a) Raja 'Abdu'llah bin Raja Bendahara 'Abdu'l-Rahman, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'llah Muhammad Shah I 'Atiku'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara 'Abdu'l-Rahman, Sultan of Perak (s/o Che' Halima) - see below.


Adapun Sultan Abdullah I inilah Sultan yg terpaksa berlindung di rumah Laksamana Tuk Janggut (tu yang engkorang baca kitab hikmat Tuk Janggut) setelah Raja Muda Ngah Jaafar merampas takhta... Kata Raja yang jadik Sultan ke 23, Sultan Jaafar ni, Sultan Abdullah tak pandai memerintah... Saya difahamkam, sebab sebenarnya adalah Sultan Abdullah menolak campurtangan Inggeris kerana dapat melihat sesuatu yang tidak kena... Sultan Jaafar plak nampaknya sangat ghairah untuk bekerjasama dengan Inggeris terutama untuk memajukan lombong... Baginda le yg bertanggungjawab bagi jajahan Larut kat Ngah Ibrahim... 

Rasanya cite yg berlaku selepas tu tak payah le aku ulang... Dah lebih dua tiga kali aku cite dalam forum ini... Selesai ziarah makam tu, aku pun menapak balik ke warung perbandaran... Bukak lagi Internet... Seperti biasa musti sangkut punya, lepas pukul 6 baru aku perasan, eh apa ni... Melepek lagi aku terlajak waktu... Baru nak pegi bas-stand, dah tentu le tak dapat bas sebab bas nak pi carik Makam Raja Ahmad sebab bas tu adalah bas Teluk Intan-Kampung Gajah yang cuma ada satu dipakai ulang-alik... Aku terpaksa fikir sat, camana ni... Nak abort mission ke sambung besok... Eh... Mana boleh... Aku mana boleh patah balik... Jadik aku carik le teksi... Depa kat boleh pi Matan Pelandok tapi kena le bayo RM20... Maka bermula gerakan mencari Makam Raja Ahmad hampir senja itu... To be continued bila aku ada mood...


p/s: Untuk Nur yang tersayang... Saayyaaanngg sangat awak... Kalo awak terbaca ni, saya cuma nak bagitahu... Saya tahu, awak kurang minat bab raja-raja, bukan macam saya yang dok kemaruk carik cerita-cerita cam ni sana-sini... Tapi saya terus jugak pung-pang dok ceghita kat awak sampai awak pun naik pening, apa kejadah mamat ni, tak henti-henti dok cite pasal ni... Nak buat camana, kan awak dah tahu saya ni kepala sewel... Di sini, saya nak ambik peluang menyatakan secara terus-terang, I'm very sorry my dear sebab selama ni dalam sedar tak sedar, saya dah paksa awak dengo cite-cite saya walaupun tak semuanya awak faham dan suka dengar... N you have your own problems to sort out while I have been very selfish in expecting you to lend me your ears all the time... 

I'm very sorry my dear loving angel for being such an inconsiderate person... Tnks anyway for the attention you gave me all these while... Without you, surely I would be dead by now or most probably, I would have been stuck in Tanjung Rambutan... Saya akan cuba settle kan segala hal saya sementara awk settle kan hal awak... Insyaallah, kalau Tuhan izinkan kita dapat betul-betul bersama nanti n saya akan bawak awk balik ke Aceh mengadap nenda di Samudera... Awk dah lama faham kan my lovely dayang? You know all the things I've accomplished so far (if you can call it as accomplishments), I could not have done it without you, without your presence, your understanding n you loving support. For that, let me publicly pledge my eternal love to you, sayang... Love u so much SM, always... Ever n ever dunia n akhirat, Insyaallah!...



Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 1

Subhanallah! Entah kenapa, kali ini tergerak untuk memaparkan cerita mengenai pencarian makam Raja Ahmad yang pernah saya post dalam Forum CVT bermula 22 September 2006 (kebetulan tarikh lahir anak perempuan saya. Cerita ini dimulakan dalam mukasurat 59 thread "Berpetualang ke Aceh") sebelum "terganggu" kerana masuk perbincangan lain lalu disambung kemudian. Biar diambil tulisan yang relevan untuk dipaparkan di sini dan dalam bentuk dan gaya bahasa santai seperti yang  selalu dipakai di forum. Silakan baca! :] 

----------

Ni aku nak bawak plak satu lagi elemen dalam perbincangan ini iaitu mengenai seorang kerabat diraja Perak dahulukala bernama Raja Ahmad. Salasilah rasmi Perak sekarang mengenalkannya sebagai anak Sultan Perak ke 19, Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang memegang jawatan Raja Kecil Tengah. Baginda adalah ayahanda Sultan Jaafar yang menerbitkan Sultan Abdullah II (yang dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877) dan Raja Muda Musa, moyang Raja di Hilir Perak sekarang, Raja Ja'afar. 

Anak Raja Ahmad seorang lagi adalah Raja Bendahara Alang Iskandar yang menerbitkan Sultan Idris I yang membuka Bukit Chandan... Dari Sultan Idris ini lah terbitnya dua lagi cabang keluarga diraja Perak yang memegang takhta Perak moden iaitu cabang Sultan Idris II (Idris trompet member P. Ramlee) dan Sultan Yusuf II, bapa Sultan Azlan Shah. Tapi ada plak salasilah menyebut Raja Ahmad sebagai menantu Sultan Abdul Malik sedangkan nasab asal-usul ke atas tak disebut. Lebih menarik lagi, walaupun salasilah rasmi menyebutnya sebagai Raja Kecil Tengah sahaja, ada plak yang memanggil sebagai Sultan malah ada title Johan berdaulat lagi kat belakang... Tengok ni: 


19. 1806 - 1818 H.H. Maulana Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mansur Mu'azam Shah Jamalu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Sultan of Perak. Appointed to succeed his father three months after his death because the designated heir, Raja Bendahara Mahmud, would not come down to Sayong to be installed. Deposed 1818. m. Raja Hitam binti Raja Inu Tengah, eldest daughter of Raja Inu ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Muhammad Shah Amanu'llah, Raja Bendahara, by his second wife, Raja Che' Puan Tengah, daughter of Raja Hamid. He d. at Bandar Bahru, 18th August 1825 (bur. there), having had issue, three sons and three daughters: 

1) Raja 'Abdu'llah bin Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azam Shah, Raja Muda, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'llah Mu'azam Shah Khalilu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azam Shah Jamalu'llah, Sultan of Perak (s/o Raja Hitam) - see below. 

2) Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azam Shah Jamalu'llah, Yang di-Pertuan Muda (cre. 1806) (s/o Raja Hitam). Previously styled Raja Kechil Tengah, and Raja di-Hiler. m. Che' Long binti Daeng Masiah, Che' Puan Busu [Bongsu], daughter of Daeng Masiah [Masak], a Bugis Prince from Lingga, by his wife, Raja Galuh. He d. 1820, having had issue, two sons and one daughter: 

a) Raja Ngah Ja'afar, who succeeded as H.H. Maulana Paduka Sri Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azam Shah Waliu'llah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah, Sultan of Perak (s/o Che' Long) - see below. 

b) Raja Alang Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah [al-Marhum Kuala Teja], Raja Bendahara (cre. 1841) (s/o Che' Long). m. (first) the Raja Che' Puan Kechil (cre. 1841), eldest daughter of Raja Yusuf bin Raja Muhammad, Raja Kechil Tengah of Kedah, by his wife Raja Busu binti Raja Radin, Raja Che' Puan Muda, daughter of Raja Radin Shahidu'llah bin Raja Inu, Raja Muda. m. (second) Che' Ken Uda Sari binti 'Abdu'l-Rahman [Alang Milu], daughter of Che' 'Abdu'l-Rahman, Panglima Dalam. He d. at Kuala Teja, having had issue, four sons and one daughter: 

i) Raja Hassan ibni al-Marhum Raja Alang Iskandar (s/o the Che' Puan Kechil). He had issue one son: 

(1) Raja Ngah Ja'afar bin Raja Hassan. 

ii) Raja Kulup Muhammad Kramat ibni al-Marhum Raja Alang Iskandar (s/o Che' Ken Uda). He had issue one son: 

(1) Raja Ismail bin Raja Kulup Muhammad Kramat. 

iii) H.H. Sultan Sir Idris Murshid al-Azam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Alang Iskandar, Sultan of Perak (s/o Che' Ken Uda) 


Lebih menarik lagi adalah kaitan Raja Ahmad dengan Beting Bras Basah... Tengok ni:


Perhatikan perenggan di bawah: Adalah dipercayai almarhum (Raja Ahmad) adalah penjaga jin kerajaan Perak di Beting Beras Basah (Kuala Sungai Perak). Tempat ini merupakan tempat yang mesti dilawati oleh setiap raja yang akan ditabalkan menjadi sultan... Ada apa-apa ke? Apa ada kat Beting Beras Basah? Adakah Raja Ahmad tu le Haji Ahmad atau Ahmad Dewa? Tengok ni plak:

 
Siap sebut title Sultan dan Waliyullah... Signboard yg aku post kat atas tu ada sebut Raja Ahmad hilang setelah terjatuh di Sungai Terus. Zaman dulu, kawan Sungai Terus sampai ke Kuala Sungai Perak adalah jajahan dalam bidang kuasa Laksamana Raja Mahkota... Ada apa-apa ke? Sila, bagi le pendapat... Tapi bersangka baik le... Jangan le terus hentam benda ni sebagai permainan jin dan qarin yek... Kita cuma nak tahu, ada yang special sangat pasal Beting Bras Basah selain jin dan makhluk apa lain... Silakan... Ahaks!


Isnin, Disember 11, 2006

Chaaaakkk!!!


Assalamuaikum para pembaca sekalian. Tadi, saya telah menulis sedikit mengenai pengalaman terbaru mengembara ke Perak yang dibuat Sabtu dan Ahad lepas, perjalanan yang asalnya mahu dilakukan sampai ke Tanjung Malim sahaja tetapi "terlajak" hingga ke Sungkai terus sampai ke Bidor dan Teluk Intan lalu ke beberapa tempat lain.
Cerita ini dinukilkan sedikit dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Maka semasa hendak memilih gambar untuk diletakkan di situ, ternampak pula gambar candid ini yang diambil rakan saya Zaidi semasa saya sedang berwuduk di masjid lama Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru... Dah tergerak pula hendak meletakkannya di sini, sahaja suka-suka!

Makna dua buah mimpi yang berkaitan

Ini adalah sedutan daripada Jilid 2 buku "Berpetualang ke Aceh.". Jika Jilid 1 dipanggil "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", buku 2 pula akan diberi tajuk "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal".
Buku 2 masih lagi dalam proses editing dan lay-out. Jika tidak ada aral melintang, insyaallah ia akan menemui pembaca dalam tempoh 2-3 bulan. Bacalah sedutan yang menyentuh tentang sebuah mimpi misteri, daripada mukasurat 154 hingga 157. Iqra'


Masuk tengah malam, Rasyid sekadar berehat di teratak Lelek. Orang tua itu berpesan lebih elok jangan keluar lagi... Takut dipukul orang kerana dia orang asing, tidak dikenali ramai. Rondaan pihak keselamatan serta sukarelawan kampung bermula lewat malam. Takut ada yang menyangka anak Malaysia itu orang GAM... Kerana ahli gerakan pemisah Aceh pernah datang untuk mendapatkan sokongan penduduk Pulau Kampai.
Sebelum tidur, Lelek ada mengajak pemuda itu bermalam beberapa hari lagi di rumahnya. Dia agak senang dengan kehadiran sang kembara sudi menumpang di teratak buruknya... Rumah orang miskin, katanya. Lagipun orang tua ini selalu keseorangan kerana anak-anaknya sudah berkeluarga dan duduk jauh di tempat lain. Satu-satunya anak yang masih menetap bujang pula jarang kembali ke rumah kerana bekerja sebagai kakitangan bot yang perlu berulang-alik daripada Pengkalan Susu ke Pulau Kampai, selalu pulang lewat atau langsung tidak pulang. Rasyid menjawab dia cuma akan berada di Pulau Kampai satu malam sahaja kerana perlu bergerak ke Medan untuk cuba mendapatkan kebenaran masuk ke Aceh. Tidak sangka pula dia akan berubah fikiran kelak...

——————————

Esok selepas solat Subuh dan sedikit wirid di masjid, pemuda ini tergerak untuk berjalan seorang diri menghampiri makam purba. Dari situ, dia terlihat pemandangan laut yang amat indah, berlatar-belakangkan langit yang masih merah menunggu matahari terbit... Sangat indah! Apabila sinar matahari mula memancar membelah awan, kelihatan pula cahayanya terpecah merata arah seolah memercik dilantun riak air laut... Jadilah ia berjuta bintik emas berkilauan berjoget riang dalam pesta kemilau yang amat mempesonakan, dihiasi pula kelibat para nelayan yang mula keluar ke laut meluncur lembut dengan perahu masing-masing mencari rezek... Jadilah bayang-bayang hitam bergerak tenang di sebalik permainan alam.
Pemandangan yang amat mengasyikkan ini menyebabkan Rasyid terus berjalan ke laut, sampai ke sebuah tebing tinggi dengan sebatang pohon yang agak rendang, menjulur keluar daripada tepi tebing, condong ke laut.
"Eh... Macam pernah nampak ini," hatinya berbisik. Pohon condong di tebing tinggi pantai, menjulur ke laut menggamit kenangan. Seperti ada makna di sebalik ini... Ah... Rasyid deja vu lagi...
Tiba-tiba pemuda ini teringat dua mimpi penuh makna dan saling berkaitan. Dalam salah sebuah mimpi ini, kalau tidak salah ingatan berlaku semasa dia masih belajar di England, ketika berumur sekitar 23 tahun, Rasyid mendapati dirinya berada di sebuah teluk yang airnya sangat dalam dan amat jernih. Dari tebing teluk itu menjulur keluar sebuah pohon condong yang rendang, sama rupanya seperti pohon tepi pantai di Pulau Kampai yang dilihat kini. Bezanya, di dalam mimpi, pohon itu lebih besar dan bahagian bawahnya iaitu pangkal dan akar terbenam ke dalam air. Apapun, dia dapat melihat, jika tebing tinggi di pulau ini dinaiki air sampai ke gigi, keadaannya mungkin saling tidak tumpah seperti di dalam mimpi.
Dalam mimpi itu juga, Rasyid sempat berenang di sekeliling pangkal pohon itu dengan amat riang sekali. Airnya terasa lain dari yang lain, tidak seperti mana-mana air yang pernah ditemui di dunia nyata... Ringan, tidak basah... Sangat jernih dan ada semacam kelembutan melebihi sutera yang membolehkannya bernafas di dalam. Paling dia tidak dapat lupakan, tempat itu berserta pohon dan teluknya terasa seperti rumah, seperti home sweet home yang dicari-carinya seumur hidup tetapi belum lagi terjumpa.
Beberapa tahun kemudian, barulah Rasyid mendapat sebuah lagi mimpi yang dapat memberikan rasa selesa yang amat menenangkan ini. Dalam mimpi itu pula, dia dan tiga orang saudara telah menaiki kereta mendaki sebuah bukit. Pemandangan di bawah kelihatan seperti Muar, bandar kelahirannya... Tetapi kenyataannya tidak pernah wujud bukit seperti itu malah apa-apa jenis bukit pun di sekitar bandar itu! Apabila sampai di atas pula, terjumpa sebuah papan tanda bertulis perkataan "Aji Yaki Dastagi", tidak tahulah apa maknanya… Pelik bukan?
Anak muda inipun melangkah keluar kereta, sampai ke suatu dataran lalu disambut dua barisan manusia, kiri dan kana yang kelihatan seperti orang-orang Asli. Muka mereka terlukis bintik-bintik hitam, mulut pula sentiasa bergerak seperti ikan di darat tercungap-cungap mencari nafas. Lebih pelik lagi, keluar lafaz yang bunyinya seperti "ketak, ketak, ketak..." daripada setiap mulut tetapi Rasyid merasakannya seperti zikir mengingati Allah lagi amat menenangkan! Latar-belakang bertukar apabila pemuda itu tiba-tiba mendapati dirinya berada di dalam sebuah bangunan berdekatan dengan rekabentuk seakan kuil lama tanpa berhala. Yang ada, cuma lampu minyak seperti lampu Aladdin tergantung di beberapa tempat serta sebuah kolam berbentuk empat segi dengan air yang amat jernih.
Selama dalam mimpi, pemuda itu dapat merasakan ketenangan jiwa yang amat sangat. Setelah beberapa ketika tibalah masa untuk beredar. Tahu-tahu sahaja, dia sudah berada di dalam sebuah lif menuruni bukit. Ait??? Tak logik bunyinya bukan tetapi itulah yang berlaku. Lif itu pula terbuka, tidak berdinding... Maka terhamparlah pemandangan seperti di bandar Muar dengan sebuah pelabuhan di kuala sungai penuh dengan yatch atau kapal layar, sedangkan pelabuhan sebegitu tidak wujud di bandar sana Atau mungkin ia akan wujud satu hari nanti? Di hujung kuala sungai yang luas itu pula Rasyid ternampak sebuah teluk kecil dengan pohon rendang... Sama seperti pernah dilihatnya dalam mimpi terdahulu, lebih kurang seperti apa yang terdapat di Pulau Kampai secara nyata. Lebih pelik lagi, hujung kawasan teluk ini bersambung sampai ke Sumatera!
Sebaik sahaja terjaga daripada mimpi, Rasyid terasa sebak yang amat sangat. Pemuda itu terus menangis teresak-esak... Sedih kerana rasa terputus hubungan dengan home sweet home yang dicari-cari seumur hidup. Ini berlaku ketika dia masih bekerja sebagai wartawan akhbar harian terkemuka berbahasa Inggeris di ibu kota, ketika tidur malam di atas pelantar di kawasan letak kereta pejabat di tingkat enam. Kebetulan, ketua pengawal keselamatan yang dikenalinya terjumpa Rasyid sedang menangis lalu bertanya apakah yang telah terjadi. Anak muda inipun menceritakan isi kandungan mimpi itu lalu bekas polis yang berasal dari Perak itu memberitahu, ada sesuatu yang istimewa tentang dirinya.
"Sebab itu kamu melalui perkara begini," katanya. "Banyakkanlah bersabar kerana akan ada bermacam lagi dugaan yang terpaksa kamu tempuhi. Bukan senang untuk kamu mendapatkan apa yang dicari."
Ketua pengawal keselamatan itu nampaknya faham apa yang dialami Rasyid. Mungkin kerana mereka selalu terserempak dan bertegur-sapa? Mungkin juga hamba Allah berumur hampir 60 tahun ini memiliki amalan kebatinan yang membolehkannya merasai sedikit apa yang dilaluinya. Lagipun dia tahu anak muda ini selalu tidur di kawasan terbuka tingkat enam pejabat. Itulah salah satu cara Rasyid melampiaskan naluri semulajadi yang sentiasa ingin berkelana. Ikatan pekerjaan melarangnya keluar mengembara sesuka hati, maka itu dia sengaja tidur di kawasan letak kereta pejabat, kadang-kadang bersepah di tempat lain seperti taman bunga di dalam sleeping bagnya, ada masa pula di rumah kawan-kawan sebagai satu cara untuk memuaskan naluri peliknya.
Hakikatnya, itu belum cukup untuk meredakan gelora jiwa. Naluri ingin berkelananya terlalu kuat sehingga sampai satu peringkat dia tidak mampu lagi menjalankan tugasan sebagai wartawan. Sampai masanya anak muda yang sangat mendambakan tempat yang betul-betul dapat memberikannya istirehat inipun diberhentikan kerja. Rasyid pun menggunakan "kebebasan" ini untuk mengembara ke mana sahaja dia suka selain mencari tempat yang dapat memberikan rasa home sweet home seperti dialaminya dalam mimpi... Dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi kesayangannya seorang diri hampir seluruh semenanjung Malaysia.
Dalam keadaan inilah pemuda itu berkelana sekeliling Muar sehingga ke Pulau Besar di Melaka mencari tempat simbolik seperti di dalam mimpi, tempat yang boleh "menyambungkan" daerah kelahirannya itu dengan Sumatera di seberang Selat Melaka. Apabila tidak dapat menemukan jawaban yang memuaskan di sana, dia berkelana pula ke pekan Lumut, Perak yang rupanya hampir seperti bandar Muar dengan kuala Sungai Dinding yang luas di sisi, terdapat pula pelabuhan kecil kapal layar juga sebuah bukit setinggi 1,000 kaki, Bukit Engku Busu di sekitar pekan.
Rasyid pernah menceritakan mimpi itu kepada seorang Sheikh Tariqat Naqshabandiah untuk mendapatkan petunjuk di manakah tempat yang tersurat atau tersirat boleh ditemui. Beliau setakat memberitahu mimpi itu elok dan ada kaitan dengan Jabal Qaf, sebuah tempat di luar wujud alam nyata yang diduduki para wali serta orang-orang ghaib yang telah mencapai taraf kerohanian yang tinggi. Katanya, teluk tempat pemuda itu mandi pula adalah sebuah tempat "peranginan" di sana
Rasyid juga menceritakan mimpi itu kepada seorang rakan yang mengikuti Tariqat Qadiriyah. Pada mulanya peguam muda ini tidak tahu bagaimana harus menafsirkannya tetapi beberapa hari kemudian, dia sibuk mencari Rasyid untuk memberitahu yang dia baru sahaja mendapat tahu daripada orang-orang tertentu bahawa mimpi itu ada kena mengena dengan Sultanul Auliya, raja segala wali iaitu Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Menurutnya lagi, perkataan "Aji Yaki Dastagi" yang tertera pada papan tanda yang dilihat dalam mimpi itu adalah nama Zawiyah, tempat bersuluk baginda yang asal di Baghdad, dalam bahasa Parsi lama.
"He’s calling you man, he’s calling you!". Katanya mimpi itu adalah jemputan peribadi daripada Sultanul Auliya kepada Rasyid supaya datang kepadanya. Ah! Apa ini? Bingung pemuda itu mendengar penerangan ini...

Sabtu, Disember 09, 2006

Queens dan sumbang mahram

Yang ini pula sepatutnya bab yang ketiga dibuat untuk buku mengenai konspirasi Zionis memerintah dunia serta kaitannya dengan Peristiwa September 11, 2001 di New York yang pernah saya usahakan lebih 4 tahun lalu tetapi sejak kepala "tersangkut" ketika menulisnya, ia terbengkalai begitu sahaja.
 
Di sini saya sajikan cerita yang tidak siap ini sebagai kenang-kenangan yang mungkin boleh menjadi iktibar untuk orang lain. Iktibar dari segi isi cerita yang ada menyebut tentang sumbang mahram dan mungkin boleh dijadikan renungan bagaimana susahnya hendak menulis buku sampai boleh terbengkalai begitu sahaja. Maka biarkan ia dipaparkan sepertimana ia ditinggalkan dahulu setelah mula ditulis pada 3 Mei 2002. Walaupun ada perkataan "Lepas tu" tergantung di bawah menunjukkan bagaimana penulisan ini tersangkut begitu teruk... Silakan... Insyaallah ada pelajaran untuk semua.


--------------


Lagu-lagu kumpulan "Queen" berkumandang di udara. Ketika ini pagi Jumaat 3 Mei dan saya sedang berehat seketika setelah membuat sedikit senaman badan menghilangkan sisa-sisa mengantuk semalam. Sambil bersenam, saya memasang telinga mengamati sedikit lirik lagu-lagu "Queen" yang dinyanyikan mendiang Freddie Mercury yang meninggal dunia kerana penyakit Aids 10 tahun yang lalu. Sebenarnya jika kita amati sesetengah lagu nyanyiannya, rupanya dia banyak bercakap mengenai perjalanan hidup, apa ertinya dan apa peranan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Contohnya lagu “The Show Must Go On”...

Ya, siapa sangka orang dikenali ramai sebagai seorang penyanyi terkenal yang mengamalkan cara hidup gay ini rupa-rupanya seorang "pencari" dan perindu kebenaran. 

Sebenarnya kalau kita amati sesetengah lagu-lagu yang berkumandang di mana-mana tak kira nyanyian siapa, kita akan terjumpa tema yang sama samada secara tersurat atau tersirat. Saya berkata begini kerana saya mula sedar betapa ramainya orang yang sedang mencari kebenaran dan kemudian menukilkan perjalanan mereka melalui lirik lagu, puisi, cerpen dan sebagainya. Cuma orang yang tak buka mata atau tak pasang telinga betul-betul yang tak dapat menangkapnya. 

Saya sendiri termasuk orang yang mencari kebenaran, iaitu kebenaran hakiki. Saya pernah cuba melalui bermacam-macam cabang sains, ilmu falsafah, ilmu ugama peringkat fekah dan sebagainya tetapi akhirnya saya yakin kebenaran itu hanya boleh dicari melalu jalan tasauf mengikut syariat nabi Muhammad S.A.W. Dan dengan inilah saya tergerak menyambung balik penulisan buku ini setelah tiga minggu menghabiskan waktu bertafakur dan mendalami ilmu hakikat disamping memahami hakikat taubat yang sebenar seperti yang dihuraikan Imam Ghazali. Saya juga telah menggunakan waktu itu untuk meminta ampun dan maaf kepada beberapa orang yang pernah saya susahkan disamping merapatkan silaturrahim yang telah renggang. Memang semua ini penting dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Tuhan lebih-lebih lagi bagi orang seperti saya yang pernah membuat banyak aniaya. 

Sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam tempoh tiga minggu saya meninggalkan penulisan ini. Dari segi berita tempatan, akhbar-akhbar harian dan media-media tempatan telah banyak mempersoalkan masalah inses atau sumbang mahram sementara ruangan berita luar banyak bercerita tentang apa yang serangan ganas Yahudi di Palestin. 

Cakap pasal sumbang mahram ni saya teringat ketika saya bertandang di rumah seorang kenalan, Haji Man di Sungai Congkak, Ulu Langat sebulan yang lepas. Dia ni asalnya seorang rakyat Britain yang pernah menjadi wartawan peringkat antarabangsa tapi Mat Salih ni dah boring jadi orang putih agaknya sampai dia terus meninggalkan negara kelahirannya untuk duduk ni negara-negara Arab. Dia telah memeluk agama Islam dan duduk di Morokko selama beberapa tahun sebelum datang menetap di Malaysia. Di sini, dia menyewa sebuah rumah kampung yang telah diubah suai dengan taman dan hiasan yang indah hasil kerja tangannya sendiri. Budak-budak kampung rajin pula bertandang termasuk dua orang adik-beradik yang masih di sekolah rendah. Entah macam-mana, agaknya budak-budak ni suka tengok saya datang dengan motor besar boleh terbuka cerita pasal kakak mereka. 

"Kakak kita cun bang, kalau abang tengok mesti suka punya," kata yang tua antara dua adik beradik itu. Entah macam-mana dia boleh sambung "Kalau abang kawan dengan kakak kita mesti best." 

Saya cuma tersenyum. Tapi budak ni terus melalut. Kecik-kecik dah tanya pasal benda XXX. Siapa yang ajar entah. Adiknya yang jauh lebih innocent cuma tersengih. Walaupun saya sebenarnya kurang selesa kerana budak ni mula bertanya yang bukan-bukan, tentang saya dah berkahwin ke belum (pasal saya nampak rugged agaknya), lepas tu apa saya buat dengan bini saya, saya cuba juga melayan mereka lebih-lebih lagi kerana mereka telah lama kematian ibu dan nampaknya kurang mendapat kasih-sayang. 

Dari situ terbuka cerita pasal ayah dan kakak mereka buat kerja yang bukan-bukan. Si abang menceritakan pada suatu hari dia dan adiknya telah ternampak ayahnya memandikan kakaknya di sungai. Katanya, ayahnya mengusap-usap badan kakak dan si kakak pula membalas balik. Lama jugak perkara ini berlaku dan mungkin si ayah tahu yang anak-anaknya yang lain nampak tapi buat-buat tak tahu. Kata si abang, dia pernah bertanya nenek mereka mengenai perbuatan ayah dan kakaknya dan si nenek kata tak ada salahnya. 

"Betul ke bang," tanya si budak kepada saya. "Boleh ke bapak saya buat macam tu kat kakak?".

Saya terdiam sebentar. Lepas tu saya kata kalau kakaknya masih budak, sebaya dengan mereka mungkin boleh tapi kalau dah besar tak elok. Lepas tu saya cuba ubah topik. Kebetulan di meja rumah Haji Man ada beberapa rantai tasbih dan budak-budak ni tergerak nak bermain dengannya, saya pun mengajar mereka menggunakan tasbih sambil berzikir. Saya kata kalau selalu baca macam ni nanti Tuhan sayang kat kita. Saya tak nampak cara lain macam-mana nak tolong budak-budak ni. Kecik-kecik lagi fikiran mereka telah dirosakkan oleh orang tua yang tidak bertanggung-jawab. 

Sebenarnya masalah inses atau sumbang mahram ini telah lama berleluasa di Malaysia di kalangan masyarakat berpendapatan rendah. Ini bukanlah bermakna mereka lebih jahat dari golongan atasan tapi pucuk pangkalnya ialah gelora syahwat yang tidak dapat dikawal di zaman VCD lucah boleh didapati dengan mudah di merata tempat ditambah dengan sajian filem-filem termasuk dari Bollywood yang memperdagangkan gerakan dan susuk-badan perempuan yang menggoda disamping majalah-majalah yang mengagungkan pakaian yang singkat dan potongan badan yang mencabar keimanan. Golongan yang lebih berduit mampu melampiaskan nafsu dengan mencari perempuan di luar lingkungan keluarga menggunakan modal yang ada sementara golongan berpendapatan rendah (kecuali mereka yang mempunyai bakat kasanova yang terserlah) terpaksa menelan air liur sebelum terperasaan anak yang meningkat remaja juga mampu memberi kepuasan yang diidam-idamkan. Kebetulan pula masyarakat berpendapatan rendah atau golongan marhain merupakan golongan terbesar dari segi jumlah penduduk. Jadi masalah ni nampak begitu besar sekali. 

Memang masalah ini masalah besar lebih-lebih lagi ia dikerjakan orang yang mengaku Islam. Tapi orang yang mengkritik nampaknya kurang memperhatikan akar yang menyebabkan perkara ini berlaku. Kalau nak diulas memang banyak. Salah satunya ialah bila keluarga yang besar terpaksa berkongsi bilik akibat tidak mampu duduk di rumah yang lebih selesa. Ini selalu berlaku di kawasan flat murah. Dalam keadaan adik-beradik lelaki perempuan tidur bersebelahan, tidak dapat tidak syaitan akan mencucuk jarum supaya mereka mula meneroka dan membibitkan maksiat. 

Lepas tu


Nota : Penulisan terhenti setakat perkataan "Lepas tu".


Dokumen Syaitan! Bahagian terakhir "Agenda Yahudi dan Media"

Protocols of the Elders of Zion, satu kumpulan dokumen Zionis yang memperincikan rancangan jangka panjang mereka untuk menakluki dunia ada menguntukkan satu bab penuh berkenaan penggunaan media untuk mengabui mata orang ramai. Kalau nak ceritakan secara terperinci memang panjang. Cukuplah kalau saya utarakan sedikit sedutan. Salah satu daripadanya ialah pengumuman "not a single announcement will reach the public without our control". Dalam bahasa Melayu bunyinya: "Tidak satu pun pengumuman (melalui media) akan sampai kepada orang ramai tanpa pengawalan kami." 

Ertinya semua maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah seperti mana dikehendaki menurut cita rasa dan agenda mereka. Ini merupakan satu azam oleh pendukung Zionis yang terdahulu kerana dokumen sulit yang sepatutnya hanya dimiliki oleh orang-orang mereka ini telah terlepas ke tangan orang lain sekitar tahun 1905. Azam ini bukan azam kosong. Sambungan dari ayat tadi berbunyi: "Even now this is already being attained by us in as much as all news items are received by a few agencies, in whose offices they are focussed from all parts of the world." Ertinya pada zaman itu lagi mereka telah berjaya menguasai banyak agensi-agensi yang berkaitan dengan penyiaran maklumat. Memang pun mereka telah menguasai kebanyakan media di Amerika dan Eropah. Bayangkan betapa besar dan berkuasanya rangkaian mereka sekarang yang termasuk agensi-agensi berita dan majalah-majalah yang berpengkalan di Hong Kong dan Singapura untuk mengawal citarasa orang Asia termasuk orang Malaysia dan orang Melayu. 

Anda boleh mengkaji sendiri Protokol ini. Paling senang cari kat Internet. Malah Henry Ford yang menulis buku "The International Jew" telah menyertakan salinan dokumen ini dalam buku yang pertama diterbitkan dekat 80 tahun dahulu. Ingat, Ford bukan orang sebarang. Dialah yang memulakan syarikat kereta Ford yang sekarang telah mempunyai pasaran di serata dunia. Takkanlah orang macam ni berani nak sertakan dokumen begini dalam penulisannya jika dia tak yakin kesahihannya. Ford merasa terpanggil untuk menulis tentang hal ini kerana dia telah nampak bagaimana Yahudi menggunakan bermacam-macam wadah untuk menguasai Amerika. Itu pada tahun 1920an. 

Penguasaan pihak Zionis ke atas berbagai institusi dunia sekarang jauh lebih hebat dari zaman Henry Ford. Amerika Syarikat yang didalangi Yahudi telah menggunakan akhbar dan segala media untuk meraih sokongan dunia sebelum mereka menyerang Afghanistan. Walaupun mereka mempunyai kekuatan tentera yang jauh lebih hebat dari apa yang dimiliki oleh mana-mana negara lain, mereka tahu usaha mereka tidak akan berjaya tanpa sokongan ramai terutama dari kuasa-kuasa besar yang lain. Kalau tidak, mereka mungkin terpaksa berhadapan dengan kekuatan gabungan negara-negara lain dalam ketenteraan. Walaupun Amerika Syarikat mungkin boleh menang, mereka akan menanggung kerugian yang besar jika terpaksa berperang dengan negara-negara besar yang lain. Dalam seni peperangan, kita mesti memastikan yang kita tidak akan menanggung kerugian yang besar sebelum melangkah ke medan perang dan media-media sebaran adalah alat yang sesuai untuk memastikan kemenangan mutlak. 

Tengok apa yang sudah terjadi pada Russia selepas menceroboh Afghanistan pada tahun 80an. Ketika itu mereka masih lagi dikenali sebagai Soviet Union. Mereka akhirnya dihalau tentera Mujahiddin walhal pada ketika itu Soviet Union dianggap mempunyai kekuatan tentera yang setanding dengan Amerika Syarikat. Tidakkah ini disebabkan mereka bertindak sendirian dan telah salah menganggar kekuatan Mujahiddin yang berjuang dengan semangat fisabilillah. 

Amerika telah belajar dari kesilapan Russia dengan menggunakan akhbar dan media-media sebaran untuk meraih sokongan dunia. Lama juga mereka memainkan sentimen tentang perlunya Afghanistan diserang untuk menghapuskan pengganas. Macam-macam alasan diberikan dan ini disiarkan oleh hampir seluruh media massa di dunia termasuk media kita sendiri. Lepas itu baru digunakan saluran politik untuk memeterai perjanjian bersama di antara beberapa negara, setelah media massa berjaya meyakinkan mereka bahawa Afghanistan mesti diserang dan kerajaan Taliban mesti dijatuhkan demi keamanan sejagat. Hasilnya, mereka bukan sahaja dapat mempengaruhi beberapa negara lain untuk ikut berperang malah dapat menggunakan orang Afghanistan untuk melawan saudara seagama sendiri. Tindakan bijak menggunakan media untuk mewarnakan "world opinion" atau pendapat masyarakat dunia supaya merasa perlu untuk menyerang Afghanistan juga dapat memastikan yang tindakan jahat Amerika ini tidak mendapat tentangan negara lain. 

Saya teringat bibit-bibit peristiwa selepas serangan menggunakan kapal terbang pengangkutan awam ke atas menara berkembar World Trade Cente di New York pada September 11. Belumpun selesai kerja-kerja menyelamat mangsa, akhbar-akhbar dan media Barat yang dikuasai Zionis telah mengaitkan serangan itu dengan Osama bin Laden. Polis, CIA, FBI atau mana-mana badan keselamatan Amerika pun belum habis menyiasat tapi media telah menjatuhkan hukum. Dalam dunia kewartawanan, apabila sesuatu media telah mengutarakan sesuatu "kajian" atau pendapat yang membabitkan banyak pihak terutama keselamatan negara, tidak dapat tidak pihak yang terbabit akan terpanggil untuk berbuat sesuatu. Contohnya bila akhbar tempatan mencanangkan kes VCD cetak rompak dengan bertalu-talu dari hari ke hari, sekejap menggunakan pendapat golongan selebriti yang rasa ditindas, sekejap menggunakan komen orang ramai, kadang-kadang dapat pulak pendapat dari pak-pak menteri. Mahu tak mahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terpaksa melancarkan operasi walaupun selama ini mereka membutakan mata terhadap masalah itu. Mereka tentu tidak mahu dituduh tidak berbuat sesuatu kerana orang kampung semua dah tahu. Polis pun akan terpaksa membuka balik kes-kes lapuk jika kes-kes ini dihidupkan semula oleh media kerana jika tidak, pihak polis akan dianggap masyarakat sebagai tidak cekap. Bila ditekan, macam-macam boleh terjadi. Orang yang tak bersalah boleh jadi "scapegoat" atau kambing korban demi untuk membuktikan pihak terbabit telah menjalankan tugas. 

Dalam kes Osama, pihak berkuasa Amerika dipaksa menurut rentak media untuk mengaitkan bekas jutawan Arab itu dalam serangan September 11. Samada bukti telah didapati tidak penting. Media telah memainkan supaya semua orang percaya ini kerja Osama dan orang Islam. Mungkin ini sendiri adalah satu wayang ciptaan Yahudi. Entah betul entah tak Osama tu berjuang untuk Islam. Tak mustahil dia juga boneka Barat. Kalau tak kenapa sampai sekarang dia tak dapat ditangkap walhal kerajaan Taliban dah jatuh tersungkur? Dalam hal ni boleh tanya Pak Habib. Dia lebih tahu.

Apa yang pasti, keadaan huru-hara ini sebenarnya adalah rahmat bagi kerajaan Amerika Syarikat di bawah George W. Bush yang baru sahaja beberapa bulan memegang tampuk pemerintahan. Mungkin mereka mempunyai agenda tersendiri. Dalam permainan catur, tak salah mengorbankan berapa banyak anak buah asalkan kita berjaya mengalahkan pihak lawan atau mencapai matlamat. Matlamat menghalalkan cara dan banyak ahli politik berfikir macam pemain catur lebih-lebih mereka yang pernah membaca buku The Prince karangan Niccolo Machievelli, seorang pemikir politik Itali dahulukala yang menyarankan penggunaan tipu helah dan segala macam kejahatan tak kira pada lawan atau kawan. 

Ingat tak pilihanraya besar Amerika yang menyaksikan Bush yang mewakili parti Republican menang tipis melawan Al Gore, calon parti Liberal Democrat yang pernah menjadi timbalan kepada presiden Bill Clinton? Itupun Bush hanya menang setelah undi beberapa kali dikira balik dan disemak, keputusan pilihanraya ditunda beberapa bulan. Disebabkan itu, dewan senat dan kongress Amerika berpecah dua. Sebaliknya peristiwa September 11 membuka peluang untuk Bush menjadi jaguh dan meraih sokongan ke dua-dua dewan. Kita boleh menyatukan keluarga yang berpecah dengan mengajak mereka bersama memerangi orang luar. Orang boleh melupakan perselisihan sesama sendiri jika dipaksa berganding untuk menghadapi masalah yang sama dari luar. UMNO dan PAS boleh bersatu jika negara diserang orang asing. Ini bukan taktik luar biasa. Malah inilah salah satu polisi luar negara Amerika bila menghadapi masalah dalaman - dengan mengacukan muncung senapang ke arah mana-mana negara yang perlu. 

Lagipun Amerika sedang menuju kemelesetan ekonomi yang boleh menenggelamkan populariti Bush. Orang tentu akan membuat perbandingan dengan Clinton yang begitu popular dan telah berjaya membawa era kecemerlangan ekonomi Amerika ketika memegang tampuk kuasa. Sedangkan Bush telah mencuba sedaya upaya apabila kerajaan pimpinannya beberapa kali menurunkan kadar faedah bank pusat tapi masih tidak dapat mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam keadaan ini, musuh luaran adalah satu rahmat. Orang mengantuk disorongkan bantal. Cadangan media kepunyaan Zionis yang mahu Osama dibabitkan memang datang tepat pada masanya. 

Tidak lama kemudian, media Amerika mencanang yang Osama ada di Afghanistan di bawah naungan kerajaan Taliban. Amerika memang membenci Taliban kerana sebab-sebab tertentu. Salah satunya ialah kerana Taliban telah memilih sebuah syarikat lain untuk membangunkan rangkaian paip minyak di Afghanistan, bukannya syarikat Amerika seperti yang diharapkan setelah Amerika secara sulit menolong Afghanistan menghalau askar Russia dari bumi mereka dahulu. 

Sebenarnya, media Amerika telah pun lama memburuk-burukkan kerajaan Taliban. Mereka dituduh ekstrim, jumud dan sebagainya. Cara mereka menyimpan janggut diperbesarkan untuk diperolok-olokkan dan Taliban juga dituduh menindas kaum wanita dengan tidak membenarkan mereka bekerja dan memaksa mereka menutup segala aurat sampai ke muka. Memang dari satu segi kerajaan Taliban agak ekstrim. Tapi pernahkah pengkritik-pengkritik ini mengkaji dalam situasi manakah keadaan ini berlaku kerana keadaan Afghanistan yang telah bertahun-tahun dikacau kuasa luar dan dihuru-harakan pula pergaduhan puak-puak dalaman belum lagi betul-betul sesuai untuk kaum wanita bergerak bebas. Taliban itu sendiri muncul kerana digerakkan peristiwa di mana seorang anak di Kandahar telah diculik dan diperlakukan sesuka hati oleh seorang ketua perang yang beragama Islam. Ini berlaku lama selepas Russia meninggalkan Afghanistan. Ketika ini puak-puak yang berbagai yang pernah berjuang bersama menentang Russia mula bergaduh se sama sendiri akibat gila kuasa. 

Taliban juga telah menghapuskan perdagangan dan penanaman candu telah berakar lama di Afghanistan tapi pernahkah Barat mengakui usaha baik mereka? Tidak sama sekali. Malah ketika Afghanistan hampir diserang, media-media Amerika pula mencanang yang Taliban akan menghidupkan industri candu yang pernah merosakkan beribu-ribu rakyat kerana kerajaan Taliban memerlukan wang untuk membeli senjata dan membiayai kos peperangan. Astagfirullah. Saya bukanlah menyokong Taliban kerana cara mereka mendirikan kerajaan Islam juga banyak kepincangannya tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berjaya menghapuskan banyak perkara tidak elok di Afghanistan termasuk hubungan homoseksual lelaki sama lelaki yang telah lama dibudayakan di bawah kerajaan yang lebih sekular. 

Apa yang pasti, Amerika memang tidak sukakan Taliban. Kes Osama dikaitkan dengan Taliban untuk membuka ruang menghalalkan serangan Amerika dan sekutunya sambil mencengkamkan pengaruh atas bumi Afghanistan. Media massa juga digunakan untuk meraih sokongan orang-orang Afghanistan yang bencikan Taliban. Ini termasuk orang-orang gila kuasa yang hilang pengaruh. Pendapat mereka dicanangkan media ke seluruh dunia untuk menggambarkan yang Taliban tidak pernah mendapat sokongan ramai. Akhirnya melututlah kerajaan Taliban sedangkan Osama yang diburu entah ke mana. Yang rugi adalah rakyat kerana merekalah yang menjadi mangsa peperangan dan terus menerus diperkudakan. 

Bertepuk soraklah orang Yahudi yang bermain "remote control" di sebalik tabir. Bush pula mendapat durian runtuh setelah dicanangkan sebagai wira yang membela rakyat Amerika dari keganasan. Memang dasyat wayang ni. Skripnya memang hebat. Kebetulan pula Hollywood pun dikuasai oleh orang Yahudi yang memang pandai bermain propaganda. Seperti biasa, Mat Salih menang lagi sedangkan rakyat dunia yang cintakan keamanan termasuk orang Islam di Malaysia cuma mampu ternganga. Dunia oh dunia. 

Percayalah, wayang ini akan ada "sequel"nya. Tidak lama selepas Afghanistan jatuh, Bush telah menamakan beberapa negara termasuk Iraq yang dianggap layak diserang Amerika atas nama memerangi keganasan. Seperti biasa, media Amerika dan seterusnya media-media antarabangsa pun mewar-warkan kenyataan ini dengan penuh meriahnya. Ini satu peluang baik untuk Bush menjadi hero lagi kerana bapanya yang menjadi presiden sebelum Clinton dulu pun pernah berperang dengan Iraq. Anda tentu masih ingat peristiwa Perang Teluk kan. 

Media juga yang mencanangkan cadangan pihak keselamatan Amerika untuk menyerang tujuh buah negara yang dianggap boleh menimbulkan ancaman nuklear. Sekali lagi Iraq yang merupakan duri dalam daging buat Amerika dibabitkan. Iraq memang hendak dihapuskan kerana ia juga adalah ancaman yang nyata buat Yahudi. Negara yang masih diperintah oleh musuh ketat Bush iaitu Saddam Hussein ini pernah menyerang Israel dengan peluru berpandu Scud buatan Russia semasa Perang Teluk. Jadi negara Yahudi itu memang dalam lingkungan ancaman Iraq. 

Sementara itu rakyat Palestin terus ditindas malah Israel menjadi semakin ganas bila mereka menceroboh seluruh bumi Palestin lebih kurang dua minggu yang lalu kononnya untuk mencari dan menghapuskan pengganas yang bersarang di sana, sama seperti alasan Amerika untuk menyerang Afghanistan. Padahal rakyat Palestin bukanlah mempunyai senjata sangat, cuma harapkan serangan bom berani mati yang kesannya tak lah sebesar berapapun berbanding dengan kerosakan yang dilakukan Israel dalam setiap "serangan balas" mereka. Nampak tak apa yang sedang berlaku? Kalau tak nampak juga saya tak tahulah. 

Sebenarnya begitu ramai rakyat Malaysia termasuk orang Melayu Islam yang alpa dengan keadaan semasa. Mereka menganggap akan berlaku proses perdamaian yang ditaja pihak luar, mungkin PBB atau Amerika di Palestin. Pada mereka yang berfikiran sebegini, kajilah sejarah bangsa Yahudi. Mereka bukanlah orang yang menghormati perjanjian malah mereka akan berdamai hanya untuk mengambil masa untuk mengatur strategi-strategi baru demi meluaskan pengaruh mereka. Kalau tak mahu kaji sejarah, cuba-cubalah buka dan baca kitab-kitab lama. Bukan Al-Quran sahaja yang pernah menceritakan pasal kecurangan bangsa Yahudi. 

Sedarlah apa-apa proses perdamaian mengenai masalah Palestin adalah wayang kulit sahaja. Amerika dan segala kuasa-kuasa besar sebenarnya mengikut telunjuk Israel. Kalau ikut logik semata memang susah nak faham. Macam-mana negara sekecil Israel boleh memperkudakan kuasa terbesar di dunia. Tetapi dalang sebenarnya bukanlah duduk di Tel Aviv atau wilayah Israel tetapi di merata tempat. Mereka inilah golongan Zionis yang menentukan peristiwa-peristiwa dunia dari balik tabir. Mereka tak perlu tinggal dalam Israel kerana mereka telah pun memegang institusi-insitusi utama dunia seperti perbankan, sistem politik dan sebagainya hasil dari perancangan jangka panjang yang memakan beratus-ratus malah beribu tahun seperti yang diceritakan dalam Protocols of the Elders of Zion

Sekarang bukalah mata dan minda. Saya akan cuba mendedahkan mekanisma-mekanisma lain yang digunakan Yahudi sehingga mereka berjaya menggenggam seluruh dunia dalam lingkungan pengaruh mereka. Insyaallah anda tidak akan tertipu lagi. Wassalam.


Agenda Yahudi dan Media bahagian 2

Sambungan daripada posting sebelumnya: 




Saya sendiri pernah diarahkan untuk mengubah fakta demi kepentingan pihak tertentu semasa menjadi wartawan meja berita utama New Straits Times. Contohnya semasa saya meliputi satu demonstrasi jalanan yang diadakan oleh penyokong-penyokong bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Bila balik ke pejabat, pengarang bertanya berapa ramai yang menghadiri demonstrasi itu. Mengikut anggaran saya, adalah dalam 1,000 orang. Pengarang pun mengarah saya mengurangkan angka itu dalam laporan yang saya mesti buat. Saya dah tak ingat berapa, agaknya sekitar 500 sahaja. Yang pasti, jumlah kehadiran penyokong Anwar diturunkan secara drastik untuk tatapan umum. Saya pun menurut sahaja kerana kalau saya letak 1,000 pun angka itu pasti akan diubah bila laporan disunting. 

Rupanya orang lain pun buat kerja macam tu malah lagi dasyat. Laporan mengenai peristiwa yang sama tetapi ditulis oleh wartawan agensi luar mengatakan demonstrasi jalanan itu dihadiri 3,000 orang!

Adakah ini disebabkan saya salah mengira? Saya rasa tidak. Walaupun ini mungkin berlaku dan pernah berlaku dalam sesetengah laporan akhbar, seorang wartawan yang berpengalaman boleh mengagak berapa orang yang menghadiri sesuatu peristiwa walaupun kurang tepat. Contohnya jika sebuah stadium boleh memuatkan 12,000 orang, tidak salah jika kita kata ada 6,000 penonton yang hadir jika stadium itu setengah penuh. Mungkin jumlah penonton yang hadir ialah 5,576 orang tetapi kita tidak perlu terlalu teliti kerana pembaca pun bukannya nak tahu secara mendalam. Cukuplah sekadar memberi gambaran berapa ramai orang yang hadir dalam sesuatu peristiwa itu. Lainlah kalau kita mengemukakan sesuatu statistik atau maklumat yang memerlukan ketepatan. Contohnya, kita tidak boleh melaporkan harga saham sesuatu syarikat itu RM2.00 sesaham walhal harga sebenar ialah RM1.97 kerana pembaca yang minat berniaga saham tidak boleh tersalah kira. Itupun tidak salah untuk kita mengatakan harga saham itu sekitar RM2.00 kerana perkataan "sekitar" itu sendiri menunjukkan yang kita telah membuat satu anggaran. 

Apa pun, lagi banyak peristiwa yang pernah kita liputi, lagi baik anggaran kita. Tapi kalau 1,000 orang dikatakan cuma 500 atau ditambah jadi 3,000 tentu ada kesilapan atau penipuan yang nyata. Begitu juga kalau saham yang berharga RM1.97 dilaporkan sebagai RM3.00 atas nama anggaran adalan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana boleh menyebabkan orang ramai yang bermain saham silap perkiraan dan rugi besar. 

Jadi apa yang telah berlaku? Inilah yang dinamakan agenda. Saya diarahkan untuk menukar angka 1,000 kepada 500 orang dalam demonstrasi jalanan kerana akhbar New Straits Times yang mendukung kerajaan supaya pembaca menganggap yang penyokong Anwar Ibrahim tidaklah sebanyak mana. Ini juga dilakukan supaya peristiwa itu nampak lebih kecil dari sebenarnya demi kestabilan negara. Yalah kalau ramai sangat yang menyokong demonstrasi itu, orang akan fikir yang Kuala Lumpur berada dalam kekecohan. Ini boleh menakutkan rakyat atau orang luar yang ingin datang atau melabur di sini. Walaupun 1,000 orang bukanlah sebesar mana, ia cukup untuk membuat sesetengah orang menganggap yang Malaysia sedang menuju kehancuran lebih-lebih lagi melihatkan apa berlaku di Indonesia ketika itu di mana demonstrasi jalanan menyebabkan Presiden Suharto akhirnya diguling. Kalau ini menyebabkan Indonesia kembali aman tak apa juga, ini makin melarat. Ini yang kita tak mahu jadi di Malaysia. 

Disebabkan perkara sebeginilah, ramai jugak rakyat Malaysia yang hilang kepercayaan terhadap akhbar dan media-media utama tempatan. Berita-berita mengenai perbicaraan Anwar Ibrahim memang nampak begitu berat sebelah dan memualkan walaupun ada sumber-sumber selain dari yang ditonjolkan di mahkamah berani bersumpah dengan nama Allah yang Anwar pernah melakukan perkara yang didakwa. Media Malaysia terlalu memukul Anwar sampai nampak sangat yang mereka dok ampu kerajaan. 

Tapi yang orang ramai boleh percaya bulat-bulat kat berita-berita dari sumber asing tu kenapa. Awak tak sedar ke diorang pun ada agenda? Awak ingat media macam CNN tu siapa punya? Apakah mereka teringin nak tolong kita? Adakah mereka membela Anwar demi kemakmuran rakyat Malaysia? Huh... jangan haraplah. Tahu tak yang CNN pernah menggunakan video klip huru-hara di Indonesia tetapi melabelkannya sebagai demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur supaya orang luar ingat Malaysia sedang menuju kehancuran. Orang luar seperti di Britain, Amerika dan Eropah bukannya tahu keadaan sebenar. Malah ada yang masih tak tahu di mana terletaknya Malaysia. Pada mereka huru-hara yang berlaku di Indonesia sedang berlaku di seluruh Nusantara kecuali di Singapura kerana ramai warga luar kenal republik itu. Yalah, anak emas Amerika memanglah disokong oleh media Yahudi. Lagipun memang Singapura mengamalkan cara hidup Yahudi dari banyak segi terutamanya bidang-bidang yang berkaitan dengan perniagaan. 

Sebenarnya Yahudi memang ingin kita jadi huru-hara macam Indonesia sebab Malaysia adalah negara Islam yang lantang bersuara dan berpengaruh di pentas dunia. Mereka tak mahu orang Islam berjaya. Tengoklah di serata dunia berapa banyak negara Islam sudah dipermainkan mereka melalui berbagai-bagai cara termasuk melaga-lagakan pemimpin untuk menerbitkan suasana huru-hara. Negara Israel tak mungkin berjaya diwujudkan oleh Amerika Syarikat dan Britain jika Palestin dan negara-negara Arab sekelilingnya kuat dan bersatu. Kata negara Islam, ikut sunnah Rasulullah. Kan baginda suruh kita semua bersatu. Apasal sibuk berlaga sesama sendiri. Siapa punya kerja ni. Cubalah fikir. 

Tapi apa nak buat, dah terngantuk baru nak termengadah. Takkan kita nak tengok Malaysia pun diperkuda. Dahlah Singapura yang menggunakan taktik Israel untuk terus wujud di kelilingi negara-negara Melayu asyik menyinggung perasaan kita, pasal masalah air lah, wang simpanan pekerja lah dan sebagainya. Tahu tak, askar-askar Singapura memang dilatih oleh Yahudi. Kalau Malaysia lingkup kerana taktik media asing masa kecoh pasal kes Anwar, jangan fikir yang Singapura takkan ambil peluang. Sekurang-kurangnya mereka boleh membeli syarikat-syarikat utama kita, wadah perjuangan orang Melayu dalam dunia perniagaan, kerana mereka memang kaya dan harga saham syarikat-syarikat ini pulak banyak jatuh meredum. Kalau ini terjadi, apa akan jadi pada usaha kita untuk memartabatkan bangsa? Nasib baiklah ada undang-undang pemilikan saham yang menjaga hak bumiputera. 

Malah Singapura sememangnya pernah menganggu kita semasa krisis ekonomi tahun 1997 melalui CLOB iaitu satu pasaran saham yang memperniagakan saham-saham syarikat Malaysia tetapi berpusat di pulau itu. Bank-bank di Singapura pula pernah menawarkan bunga yang amat tinggi untuk deposit matawang Malaysia menyebabkan sesetengah orang Malaysia sendiri termasuk orang Melayu yang menjadi kaya-raya melalui Dasar Ekonomi Baru mengeluarkan simpanan Ringgit Malaysia di bank-bank tempatan untuk dilabur di Singapura. Ini bukan sahaja menyebabkan simpanan Ringgit kita merosot malah membuka peluang untuk orang luar terus bermain-main dengan ekonomi kita. Wang-wang inilah yang kemudiannya diperniagakan pelabur antarabangsa yang kebanyakannya orang Yahudi atau didalangi Yahudi dalam pasaran spekulasi matawang antarabangsa menyebabkan usaha-usaha kita untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia menjadi sukar. 

Media-media antarabangsa yang didalangi Yahudi pula memainkan peranan dengan menerbitkan cerita untuk mempengaruhi orang ramai supaya menganggap segala ini sebagai perkara biasa dalam ekonomi dunia. Menurut mereka, apa yang berlaku adalah menurut hukum alam seperti yang diajar dalam prinsip makroekonomi. Seolah-olah rakyat Malaysia dan negara sekitarnya memang patut menderita dan syarikat-syarikat perniagaan mesti dibungkuskan untuk kebaikan sejagat. Kononnya apa yang terjadi disebabkan ekonomi Malaysia tidak diuruskan dengan cekap malah penuh dengan amalan kroni dan nepotisma sahaja. Mana boleh brother. Ini penipuan yang nyata. 

Sebab itu Dr Mahathir terpaksa menarik Ringgit Malaysia keluar dari pasaran dunia. Matawang kita diishtiharkan tidak sah diperlakukan di luar sempadan negara. Nilai matawang ditetapkan pada kadar tukaran RM3.80 bagi US$1. Ini dilakukan kerana nilai matawang Malaysia banyak merosot akibat permainan pelabur asing menyebabkan kos import meningkat begitu mendadak. Bayangkan dulu kadar tukaran sekitar RM2.50 bagi satu Dolar Amerika. Jadi barangan luar yang dulunya berharga sekitar RM25 dah naik ke RM38 sementara hutang piutang yang melibatkan pinjaman dari luar negara meningkat 50 per sen dalam masa kurang dari setahun. Kalau Mahathir tak buat langkah sedrastik ini, ada kemungkinan duit Malaysia akan jatuh lebih teruk seperti yang berlaku kepada Rupiah Indonesia. Rakyat akan menderita kerana harga barang naik, hutang bertambah dan sebagainya dan ini akan membawa huru-hara. Dalam keadaan ini, tak mustahil Melayu akan berperang semula dengan Cina lebih-lebih lagi kerana barangan keperluan seperti beras berada dalam tangan mereka. Kos kehidupan yang meningkat akan memaksa orang-ramai hilang akal dan mencari jalan mudah dengan merompak sahaja barangan di gedung-gedung perniagaan yang kebanyakkannya kepunyaan orang Malaysia berketurunan Cina. Keadaan akan jadi lebih teruk dari peristiwa hitam 13 Mei tahun 1969. Adakah itu yang kita mahu? 

Urusniaga CLOB pula diharamkan menyebabkan saham-saham syarikat Malaysia yang dipegang melalui bursa itu dibekukan. Langkah ini memang patut kita buat sejak dari dulu lagi kerana semua saham syarikat Malaysia patut diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur sahaja sekurang-kurangnya untuk menjamin ketelusan mengikut undang-undang negara. Tapi orang Singapura mana peduli. Pada mereka kerajaan Malaysia telah berlaku zalim dengan membekukan saham mereka. Siapa suruh main kat situ. BSKL kan ada. Bukannya orang luar tak boleh melabur di KL. Malah kewujudan CLOB adalah salah satu sebab kenapa ekonomi Malaysia menghadapi masalah sekitar 1997 kerana saham-saham syarikat Malaysia boleh dipermainkan sukahati pelabur asing tanpa dapat dikawal oleh mana-mana badan di Malaysia, baik BSKL, kerajaan mahupun Bank Negara. Tidakkah ini zalim kepada rakyat Malaysia? 

Tapi apa boleh buat. Kalau dia buat kita tak apa. Bila kita balas balik, kita pulak dikata zalim. Padahal kita sekadar menyelamatkan diri dari malapetaka yang diterbitkan mereka. 

Media asing pun apa lagi, terus bantai Dr Mahathir dan Malaysia. Kononnya cara-cara menyelamatkan ekonomi yang dikemukan beliau tidak boleh dipakai langsung kerana melanggar teori ekonomi. Malaysia diramalkan akan gagal segagalnya. Perkara inilah yang diperbesarkan media-media asing yang didalangi Yahudi dari hari ke hari sejak langkah-langkah penyelamatan drastik ini diambil. Tak habis-habis kutuk Malaysia macam orang kita tak mampu menerbitkan teori ekonomi sendiri. Padahal sebenarnya mereka marah kerana tidak berjaya menjatuhkan Malaysia dan Dr Mahathir. 

Mereka juga begitu marah kerana kejatuhan Anwar. Ini disebabkan Anwar lah calon yang ingin mereka letak sebagai boneka mereka. Siapakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi semakin tenat selepas mula-mula diserang spekulator matawang dulu kalau bukan Anwar. Ingat bagus ke langkah yang dia buat untuk menaikkan kadar faedah pinjaman di Bank Negara dan mengurangkan tempoh hutang bank dari enam bulan ke tiga bulan. Rakyat biasa juga terpaksa merana kerana terpaksa bayar installment lebih untuk rumah dan kenderaan. Anwar senang je cakap. Katanya langkah ini adalah mengikut cadangan badan kewangan dunia IMF dan mampu memulihkan ekonomi. Ya ke? Jadi lebih lingkup mungkin. 

Anwar bukanlah sepandai mana seperti yang diwar-warkan media asing. Dia memang pandai bercakap. Itu memang diakui ramai tapi dari segi kegeligaan otak untuk mentadbir negara, dia sebenarnya jauh di belakang Dr Mahathir. Bab ni tanyalah pada orang yang tahu. Sebab itu dia ada banyak sangat advisor. Setengah orang beranggapan ini menunjukkan yang Anwar mendengar cakap orang lain, suka bermusyawarah, tidak seperti Mahathir yang selalu mahu buat kerja "my way". Yang diorang tak perasan atau buat -buat tak perasan, Anwar sebenarnya banyak dengar cakap Amerika. Cuba kaji balik apa yang dia buat semasa dia masih lagi berkuasa, lebih-lebih lagi sejak dia memegang jawatan IMF dan pernah disambut dengan begitu terhormat ketika melawat negara polis dunia itu. 

Macam-mana negara kita nak terus merdeka jika pemimpin tersohor kita ikut telunjuk orang lain. Harap Anwar insaf dengan kenyataan ini. Media-media asing cuma menyokongnya untuk menjatuhkan Dr Mahathir, itu je. Ingat diorang nak tolong orang Melayu? No way! Tapi itulah kerja media asing sekarang. Boleh kata setiap berita yang disiarkan dibuat atas makna tertentu demi mencapai tujuan tertentu. Yang kurang sikit agenda mungkin berita sukan. Berita hiburan jangan cakap lah, segalanya dibuat supaya satu dunia terkinja-kinja terlompat-lompat ikut perangai orang yang akhlak dan moralnya rendah. Ini juga perancangan Yahudi supaya orang ramai jadi bodoh, bebal dan senang diperkudakan.

Sebenarnya kegunaan akhbar-akhbar dan lain-lain media massa dalam menyebarkan sesuatu agenda memang termaktub dalam rancangan jahat golongan Zionis untuk menguasai dunia. Malah dalam zaman ini, mereka menganggap wadah ini lebih berkesan dari wadah-wadah lain seperti politik, perniagaan, undang-undang atau ketenteraan kerana ia mampu meracuni fikiran orang ramai secara halus supaya percaya apa yang dirancang Yahudi ini baik untuk mereka.



Agenda Yahudi dan Media

Subhanallah! Setelah menghabiskan sedikit masa membaca postings saya sendiri di sini yang merupakan bahagian-bahagian daripada sebuah artikel bertajuk "Susah payah satu perjuangan" yang ditulis lebih 4 tahun lalu, maklumlah dah lama tidak melihatnya, saya rasa eloklah artikel berikutnya juga dipaparkan sama... Sekurang-kurangnya untuk melepaskan sedikit frustration di dada kerana artikel-artikel ini sebenarnya ditulis sebagai usaha untuk memulakan sebuah buku tahun 2002 tetapi akhirnya terbengkalai jua. Sepertimana postings sebelum ini, artikel ini pun saya akan pecahkan kepada 3 bahagian... Di sini terimalah bahagian pertama... Sat lagi saya sambung lagi yang lain ya! Sila! :]


AGENDA YAHUDI DAN MEDIA 

April 11 2002 

Malam semakin lanjut menghampiri Subuh. Walaupun agak letih akibat sehari suntuk berkejar ke merata Lembah Klang demi menyelesaikan beberapa hal yang sudah lama tertunda, saya masih tidak dapat melelapkan mata. Lebih sejam saya terbaring dalam gelap dengan harapan akan jatuh lena tapi masih tak berjaya. Selalunya dalam keadaan ini, saya akan membaca majalah-majalah ringan supaya senang mengantuk tetapi saya telah berazam tidak mahu mempedulikan lagi majalah-majalah ini yang banyak dihiasi gambar perempuan-perempuan seksi. Nak baca buku pulak, koleksi saya agak berat isinya. Silap-silap saya boleh terjaga sampai pagi kerana fikiran yang memang senang hyper-active bila dicucuk dengan idea-idea dan pendapat yang mencabar. Akhirnya saya buat keputusan untuk pergi ke ruang tamu dan bermain game di komputer laptop

Entah macam-mana, lepas dua round main "Minesweeper" saya terus tergerak untuk menyambung isi buku ini. Lagipun, sudah dua minggu saya tidak menulis kerana urusan lain. Oleh itu saya rasa wajar memulakan bab baru dengan perkembangan terkini berkaitan rancangan Zionis untuk menakluki dunia lebih-lebih lagi regim Yahudi di bawah perdana menteri Ariel Sharon telah menceroboh segenap bumi Palestin hampir dua minggu yang lalu. Untuk itu saya perlukan bahan rujukan semasa. 

Sayangnya, suratkhabar New Straits Times yang saya beli awal pagi tadi rupanya tertinggal di rumah mertua. Mungkin saya boleh menunda penulisan ke hari esok tapi belum tentu rasa dan ilham yang sama akan tercetus jika saya menunggu lagi. Jadi saya mesti menulis malam ini juga. Bukan senang nak dapat gerak hati untuk membolehkan penulisan buku ini berjalan. Lainlah kalau tulis artikel suratkhabar. Pakai formula dan standard format pun jadi kerana kita tak perlu bersusah-payah sangat mencari gaya yang sesuai untuk menterjemahkan idea dan gerak perasaan di hati. Tapi nak buat macam-mana, mana nak cari suratkhabar malam-malam buta. 

Nasib baik saya teringat restoran nasi kandar 24 jam yang tak jauh dari tempat tinggal saya. Di sana memang ada suratkhabar untuk tatapan pelanggan. Saya pula boleh dikira "regular costumer". Mungkin saya boleh mintak senaskah suratkhabar atau salah satu ceraiannya untuk di bawa balik ke rumah.

Dengan memakai pakaian tidur sahaja iaitu sehelai kain pelekat dan t-shirt buruk, ditambah dengan jaket untuk menahan hawa malam, saya pun melangkah ke sana. Tak perlu naik kenderaan kerana restoran tu cuma 300 meter dari rumah. Banyak juga idea penulisan yang terbit sepanjang perjalanan. Agaknya Tuhan tak kasi saya tidur lagi malam ni kerana nak bagi sedikit ilham supaya boleh menyambung buku ini. Cuma gaya bahasa dan jalan cerita sahaja yang masih samar. 

Sampai di restoran, saya terus bergegas ke sebelah kaunter bayaran di mana surat-surat khabar selalu diletak. Seperti biasa, ada The Star dan Utusan Malaysia. Tetapi kali ini saya terus pilih Utusan tanpa merujuk langsung pada Star kerana buku ini di tulis dalam bahasa Melayu. Setelah memesan segelas teh halia tarik, saya pun terus membuka bahagian berita luar negara dan meneliti tajuk-tajuk utama. 

"Israel didesak undur elak konflik merebak", tajuk terbesar berita luar negara Utusan untuk hari Khamis 11 April 2002 seperti menjerit meminta perhatian. Para pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dilaporkan telah mengeluarkan kenyataaan bersama pada hari sebelumnya di Madrid, Sepanyol mendesak Israel berundur dari wilayah Palestin setelah lebih seminggu bermaharaja-lela di hampir segenap penjuru bumi yang pernah menjadi negara Arab berdaulat itu. 

Pada saya berita ini tidak lebih daripada cakap-cakap melepaskan batuk di tangga. Pengalaman sebagai wartawan di New Straits Times selama lima tahun telah mengajar betapa kerapnya pemimpin-pemimpin mengeluarkan kenyataan semata-mata untuk memenuhi ruangan semasa, samada atas desakan wartawan yang ingin mencari cerita terbaru atau desakan ramai. Memangpun ramai pihak telah meminta Israel berundur dari bumi Palestin tapi siapa yang pernah berjaya mendesak Yahudi berbuat begitu? 

Seperti yang kita tahu, cadangan sebegini telah lama diutarakan di forum-forum antarabangsa seperti PBB tapi akhirnya jadi tak lebih dari cakap-cakap kedai kopi. Macam-mana nak suruh Yahudi ikut cakap jika polis dunia Amerika Syarikat masih melindungi mereka. Undi beratus negara lain dalam PBB senang-senang saja diveto oleh kuasa besar itu. Seperti yang kita tahu, anggota-anggota tetap majlis keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, Britain dan Peranchis boleh menolak apa-apa cadangan pihak lain tak kiralah berapa ramai pun penyokongnya dengan kuasa veto tanpa perlu memberikan sebarang alasan pun. Inilah hasil salah satu perancangan jauh pihak Yahudi untuk memastikan kepentingan mereka sentiasa disokong kuasa-kuasa besar yang sebenarnya telah dikuasai mereka di sebalik tabir sejak lebih seratus tahun dahulu. Negara-negara ini juga pernah didalangi pihak Zionis melalui perancangan mereka yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. Hasilnya, Amerika Syarikat, Britain, Peranchis dan Russia yang mengalahkan pakatan Jerman, Itali dan Jepun telah berkuasa penuh ke atas PBB yang ditubuhkan tidak lama kemudian dan salah satu natijahnya ialah penubuhan negara Israel di atas negara berdaulat Palestin tanpa dapat dihalang pihak lain. 

Mungkin Russia sahaja yang berani menentang pendirian kuasa-kuasa besar lain kerana perdana menteri mereka sekarang Vladimir Putin yang agak nasionalis memang tidak suka tekanan luar. Tapi apa boleh buat, negara besar yang pernah mengimbangi kuasa Amerika Syarikat semasa era perang dingin itu sekarang kurang bermaya akibat permainan Yahudi yang berjaya memecah-belahkan Soviet Union di zaman perdana menteri Gorbachev atas nama perestroika, satu dasar liberasasi kononnya supaya gergasi besar ini akan mendapat menafaat dari sistem ekonomi kapitalis setelah lama mengamalkan sistem sosialis dan komunis. Tapi kesannya menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian naik mendadak disamping kesan-kesan ekonomi lain yang membebankan rakyat menyebabkan Soviet Union melutut menagih pertolongan ekonomi Amerika Syarikat. Akhirnya beberapa wilayahnya berpecah menjadi negara-negara bebas menyebabkan tanah jajahannya mengecut atas nama Russia. 

Satu laporan lain pula mengatakan orang buruan Amerika Syarikat, bekas jutawan Arab Saudi Osama bin Laden yang mengetuai kumpulan militan Al-Qaedah dituduh mendalangi serangan September 11 masih hidup. Ya lah tu. Afghanistan dulu diserang hebat dan kerajaan Taliban yang memerintah langsung digulingkan atas alasan Amerika Syarikat dan sekutunya mesti memburu Osama dan kumpulannya yang dikatakan berlindung di sana. Agaknya tak lama lagi akan keluar berita Osama sedang berlindung di Iraq pula. Boleh la serang Iraq dan jatuhkan kerajaan Saddam Hussein yang menjadi duri dalam daging bagi Israel. 

Sebuah laporan lagi mengatakan ketua rundingan Palestin Saeb Arakat menuduh Israel membunuh 500 penduduk Palestin dalam serangan-serangannya di Tebing Barat. Macamlah kuasa-kuasa besar ambil peduli. Sementara itu, pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat dikepung tentera Israel di ibu pejabatnya sejak 29 Mac. Apa boleh buat. Lagipun Arafat sebenarnya tak lebih dari boneka Amerika dan Yahudi dalam permainan mereka di bumi Palestin. Kalau tak percaya tanya Pak Habib.

Kerajaan-kerajaan Arab pula dituduh mengkhianati Palestin. Mengikut satu laporan yang difailkan di Kaherah kumpulan-kumpulan militan Islam dari lebih sepuluh negara mengishtiharkan jihad kini menjadi tugas keagamaan kepada semua umat Islam sambil menuduh kerajaan-kerajaan Arab mengkhianati Palestin. 

Mereka yang tidak memahami dunia kewartawanan mungkin cenderung untuk menelan bulat-bulat berita-berita ini tapi sesiapa yang membuka mata hati dan faham keadaan semasa boleh sedar ada agenda di sebalik cerita. Kalau anda perhatikan betul-betul, laporan-laporan ini diakhiri dengan nama-nama seperti AP, AFP atau Reuters. Tahukah anda apa makna nama-nama ini? Inilah nama-nama agensi berita antarabangsa yang berpengkalan di luar negara. Disebabkan akhbar-akhbar tempatan tidak cukup besar dan kuat untuk menempatkan pemberita di seluruh dunia, mereka tidak ada pilihan selain melanggan laporan-laporan dari agensi-agensi untuk memenuhi ruangan berita luar negara. Tapi apa yang mereka lupa atau buat-buat lupa ialah setiap berita yang disampaikan oleh agensi-agensi ini diwarnai oleh kaca-mata tuan-tuan punya agensi. Siapa lagi tuan-tuan ini kalau bukan orang Yahudi. Insya'allah hal ini akan saya perincikan dalam bab yang lain. 

Kadang-kadang kita akan jumpa nama "Agensi" di akhir suatu laporan. Ini maknanya laporan itu ialah gabungan dari berita-berita yang dibekalkan oleh agensi-agensi ini tetapi diolah oleh pengarang akhbar tempatan. Ini disebabkan ada fakta-fakta yang diutarakan oleh satu agensi tidak ada pada agensi yang lain dan sebaliknya. Walaupun pemberita-pemberita mereka mungkin meliputi peristiwa yang sama, mungkin angle atau sudut cerita yang diambil berlainan. Seorang pemberita mungkin melihat peristiwa September 11 dari sudut ketenteraan manakala seorang lagi dari sudut kemanusiaan. Ataupun mereka melihat dari sudut yang sama tetapi memperolehi fakta yang berlainan. Yalah, komen yang keluar dari mulut datuk bandar New York mungkin tak sama langsung dengan komen yang keluar dari mulut seorang polis yang bertungkus-lumus meredakan keadaan. Lagipun pemberita-pemberita memang suka mencari cerita eksklusif. Kalau boleh mereka nak dapat cerita yang pemberita lain tak boleh dapat atau dari sudut yang tak terfikir oleh yang lain. Jadi masing-masing kalau akan merujuk kepada sumber masing-masing. Kalau dapat, dia seorang je yang nak cakap dengan datuk bandar atau presiden. Tapi selalunya orang berjawatan tinggi begini dikejar oleh banyak pemberita. Sebab itu kita selalu dapati berita yang sama dari agensi-agensi dan pemberita yang berlainan. Cuma cara penulisan mungkin berlainan. 

Berita-berita ini pula sampai melalui rangkaian sistem telekomunikasi yang disambung terus ke komputer-komputer di pejabat akhbar tempatan yang selalunya melanggan dengan beberapa agensi supaya mereka boleh memilih yang terbaik untuk digunakan. Pengarang boleh memilih beberapa banyak cerita yang mereka suka secara bulat-bulat tanpa disunting atau menggabungkan laporan dari beberapa agensi yang berlainan menjadi satu cerita untuk tatapan pembaca tempatan. Komen dari datuk bandar New York yang ditulis oleh agensi AFP boleh digabungkan dengan komen dari polis yang didapatkan oleh Reuters. 

Begitu juga yang berlaku di Malaysia kerana berita di dari sini juga selalu mendapat ruang di akhbar antarabangsa. Ada di antara agensi-agensi berita asing yang menggunakan warga tempatan untuk mencari berita di negara kita kerana sesetengahnya seperti Reuters mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Ada yang menghantar pemberita luar untuk meliputi peristiwa-peristiwa tertentu sahaja seperti apa yang terjadi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno dulu. 

Apa yang pasti, berita yang dihasilkan tetap akan diolah mengikut kaca-mata tuan punya agensi. Kadang-kadang ini dilakukan kerana ada agenda tersembunyi. Ada masa pula ini disebabkan pemberita bidang terjun yang dihantar secara tergesa-gesa ke Malaysia untuk mendapatkan satu berita hangat tidak dapat menghayati makna sebenar sesuatu peristiwa kerana tidak memahami latar-belakang negara ini atau saja malas hendak mengkaji. Percayalah ini selalu terjadi kerana banyak manusia lebih mementingkan perut dari kebenaran. 

Tapi dalam suasana dunia sekarang, kebanyakan berita yang disunting agensi luar memang mempunyai agenda di sebalik tabir. Ini kerana mereka rata-rata dikuasai pihak Yahudi dan seperti yang kita tahu, mereka memang tak suka orang Islam, apa lagi negara Islam seperti Malaysia yang begitu berdikari dibanding kebanyakan negara Islam lain yang sudah lama berada di bawah telunjuk mereka. Berita tentang pemecatan Anwar Ibrahim digembar-gemburkan untuk menggambarkan pemerintah Malaysia sebagai orang yang zalim. Berita-berita dari sumber pihak pembangkang seperti PAS dan DAP pula digunakan supaya kerajaan yang ada sekarang kelihatan tidak mendapat sokongan rakyat. Cerita-cerita mengenai demonstrasi jalanan diperbesarkan supaya masyarakat dunia ingat negara kita tidak lagi stabil, penuh dengan huru-hara. Bayangkanlah kesannya sekurang-kurang dari segi ekonomi negara yang banyak bergantung kepada pelaburan luar. Persepsi itu penting dalam dunia perniagaan dan kita telah lihat akibatnya bila Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh meredum. 

Sebenarnya agenda di sebalik tabir ni berlaku di mana-mana. Akhbar-akhbar utama di Malaysia pula cenderung untuk menyokong kerajaan dan ini menyebabkan banyak berita diolah untuk memihak pemerintah sehingga kadang-kadang terlalu berat sebelah. Para wartawan diberitahu ini dilakukan untuk kemajuan negara. Cara ini dipanggil "constructive journalism" atau cara liputan yang membina kerana kita tidak mahu orang luar melihat keburukan dalam usaha kita untuk memajukan negara. 

Dari satu segi, ini bukanlah satu kesalahan. Kita tidak perlu membuka pekung di dada walaupun kita tahu ia wujud. Cukuplah kita berubat secara senyap-senyap. Lagipun akhbar-akhbar utama ini perlu mengimbangi serangan akhbar-akhbar lain seperi Harakah yang didalangi parti PAS yang selalu memburuk-burukkan setiap usaha kerajaan. Ada ke akhbar yang langsung tidak mempunyai kecenderungan pada suatu pihak? Tepuk dada tanyalah selera. Sekurang-kurangnya berita yang dimuatkan mestilah tidak menyinggung perasaan tuan punya akhbar. 

Wartawan yang hidup untuk cari makan sangat faham akan prinsip ini. Mereka yang berfikiran lebih bebas boleh mencuba untuk menulis berita yang tidak mempedulikan kepentingan tuan punya akhbar dan kawan-kawan atau sekutu mereka demi menegakkan kebenaran tetapi jangan harap berita itu akan disiarkan. Silap haribulan mereka akan dilarang menulis atau dipecat terus. Ini adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan. Berapa ramailah manusia yang berani mengakui kekurangan lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan fitnah ini. 

Masalahnya timbul bila orang yang terlibat tidak mahu pekung ini diubat sebaliknya memaksa orang lain memaparkan kisah yang muluk-muluk belaka. Contohnya bail-out syarikat gergasi Renong oleh kerajaan apabila ia mengalami masalah akibat krisis ekonomi yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997. Walaupun setengah masyarakat mengatakan ini tidak patut dilakukan kerana bertentangan dengan prinsip fair-play atau kesaksamaan dalam dunia perniagaan, saya dapat menerima tindakan ini kerana Renong menaungi beribu-ribu anak Melayu. Kalau syarikat ini jatuh, ramai anak bangsa yang akan dipaksa menganggur dan masyarakat Melayu akan kehilangan satu flagship yang juga melambangkan maruah bangsa dalam dunia perniagaan yang lebih dikuasai masyarakat Cina. Oleh itu media utama tempatan didapati banyak melindungi syarikat ini walaupun ramai orang komplen. Kerana turut dilindungi ialah beribu-ribu anak Melayu yang baru bertapak dalam dunia korporat. Tapi perlukah juga kita menyelamatkan beberapa individu yang telah beberapa kali silap langkah dalam mentadbirkan sebuah syarikat yang begitu penting atas nama kedaulatan Melayu? Tidakkah mereka ini merupakan pekung yang perlu diubat atau lebih baik, dibuang langsung sebelum ia merebak ke serata badan. 

Tapi perkara ini tidaklah semudah bercakap di kedai kopi. Mengkritik memang senang tetapi berapa ramai yang sedar akibatnya. Dalam hal ini Melayu terlalu lemah. Jika individu-individu yang gagal ini dibuang, berapa kerat lah tinggal orang Melayu korporat yang boleh dibanggakan? Ini soal maruah dan psikologi bangsa. Kalau nak buang pun biarlah disediakan dulu pelapis yang sesuai. Buat sementara waktu, yang gagal masih dianggap simbol kekuatan Melayu dan yang mencanangkannya adalah pihak media, mungkin atas arahan tertentu.