Daripada Nya Kita Datang Dan Kepada Nya Kita Kembali
In'nalillah Wa In'nailaihi Rajiuun.. Tengahari tadi Wie terima perkhabaran seorang saudara (makcik kepada adik ipar) Wie telah kembali ke rahmatullah kerana sakit. Jadi Wie pun skip kerja awal untuk menghadiri majlis pengkebumian allahyarham. Sempatlah juga Wie menyertai sembahyang jenazah yang diadakan di surau Kg Parit Rasipan. Alhamdulillah.. walaupun hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya petang ini tetapi dengan izin Allah hujan pun reda untuk membolehkan jenazah allahyarham dikebumikan. Al-Fatihah untuk arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan menjadi ahli syurga. Amin. Published with Blogger-droid v2.0.9