Takziah Buat Ahmad & Muhammad
Terkejut Wie menonton berita di TV9 malam ni.. kisahnya ibu kepada pasangan kembar Ahmad & Muhammad, Aishah Kanda, 35, yang mengidap penyakit barah payudara itu telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Putrajaya. Beliau meninggalkan suami, Rosli Abdul Rahim, 40, serta 5 orang anak termasuk Ahmad dan Muhammad. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor selepas zohor. tinggal kenangan.. di saat-saat ibu mereka masih ada.. Kisah pasangan kembar siam ini mula mendapat perhatian umum berikutan kejayaan pembedahan pemisahan pasangan itu di Hospital King Fahd, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002. Takziah buat adik Ahmad & Muhammad, semoga mereka tabah menghadapi ketentuan takdir. Al- Fatihah.