Rimau Muda Mengganas Lagi..
Yesssss!!!!!... Malaysia menang lagi!!.. kali ni ke atas Myanmar.. Walaupun menang tipis 1-0 tapi itu dah cukup untuk membawa Malaysia ke final bola sepak Sukan SEA. Walaupun tanpa kelibat coach Ong Kim Swee yang terpaksa menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton akibat digantung 1 perlawanan tetapi semangat juang pasukan Malaysia tetap utuh dan akhirnya berjaya membolosi gawang pasukan Myanmar hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani akibat dari bola yang tertampan badan pemain lawan. Apapun.. yang penting kemenangan.. tak kira lah orang nak kata kita bernasib baik ke apa.. this is football man.. the one who score is the one who win.. cewah speaking london pulak.. Sekarang hanya selangkah sahaja lagi menuju kejayaan, hanya menunggu siapa lawan kita di final nanti samada Indonesia atau Vietnam. Malaysia Boleh!!!!!