kebetulan masa tengah buat ni ...si Natrah datang nak minta bahan sekolah....dapat jugalah jamu dia ngan intan ( anak natrah ).....kat sebelah intan tu...sapa ke lagi..adik la...
bahan-bahan
2 cawan tepung gandum *
2 sudu besar serbuk koko ( bab ni ibu lebihkan skit jadi 3 sudu )*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking powder*
* ayak semua bahan
2 biji telur
1 cawan pisang lecek ( ibu tambah jadi 2 cawan )
1 1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan minyak
1 sudu teh garam
cara-cara
-blender telur, gula, esen vanilla, minyak dan garam hingga halus
-masukkan kedalam bahan yg diayak
-kacau hingga adunan sebati
-panaskan kukusan
-masukkan ke dalam acuan
-kukus 15 minit hingga 30 minit mengikut saiz acuan.