Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Tuesday, July 06, 2010

SAMBAL SOTONG

Taraaaaaa...menu malam ni.Tak la special mana..janji bleh makan...dan yang penting kenyang.Makan banyak manapun kalau tak kenyang buat rugi je....

Bahan-bahan
800gm sotong - cuci bersih
4 sudu besar pes cili adabi
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
1 sudu besar sos cili
sebatang serai diketuk
garam dan gula

Cara-cara
-bwang besar,bawang putih dan belacan ditumbuk lumat.
-tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan serai hingga kekuningan
-masukkan pes cili ...tumis hingga naik minyak..kemudian masukkan gula
-bila dah betul-betul masak cili tu tadi baru masukkan sotong
-kacau sebentar...masukkan garam serta sos cili
-biar hingga sotong masak...masukkan kacang buncis ( optional ye...)
-rasakan sekali lagi asam garamnya
-dah ok boleh la diangkat dan hidangkan.

Friday, August 28, 2009

Kerang Tumis Taucu

Menu buka puasa semalam...asalnya nak buat rendang...tapi...bercintanya nak mengopek kerang ni...jadi ibu tukar resepinya..janji masak dan bleh makan....
Bahan-bahan
1 kg kerang ( bersihkan )
10 biji cili padi ...nak lebih pedas tambah la lagi
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan
1 sudu besar taucu
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 sudu teh tepung jagung ( bancuh ngan sedikit air )

Cara-cara
-tumbuk belacan ngan cili padi..tak perlu lumat..setakat pecah-pecahkan cili je
-bawang merah..bawang putih ngan halia dihiris halus
-tumis bahan yg dihiris tadi hingga naik bau..masukkan plak bahan yg ditumbuk serta taucu
-kacau seketika...masukkkan kerang...kaup balikkan kemudian tutup kuali..biar dalam 5 hingga 10 minit
-kacau lagi ( kali ni dah ada kuah skit...) taburkan bawang besar...masukkan bancuhan tepung jagung tadi...kacau hingga kuah pekat..
-bleh la angkat dan hidangkan

Ibu tak letak garam kat resepi ni sebab taucu tu dah masin...tapi sapa-sapa yg kuat makan garam tu kna letak la garam...jgn banyak2...naik darah karang

Wednesday, August 26, 2009

Sotong Goreng Tepung

Ni menu hari ni gak...tak masuk gambar kat bawah sbb ibu nak kongsi resepinya...senang je...cubalah...
bahan-bahan
1/2 kg sotong ( bersihkan kemudian dipotong2 )
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu teh lada sulah
garam dan kunyit
2 sudu besar tepung gandum

cara-cara
-bawang besar dan bawang putih dicincang halus
-perapkan sotong bersama bawang-bawang,garam,kunyit dan lada sulah...perap lebih kurang setengah jam
-panaskan minyak
-campurkan tepung kedalam mangkuk sotong dan gaul
-goreng ngan api sederhana ( hati-hati...kalau api kuat nanti meletup sotong2 tu )
-bila dah masak ...bleh la angkat dan hidangkan

Tuesday, June 30, 2009

sotong goreng rempah

dapat idea masak tengok program Nona..tapi ibu ubah suai sikit ikut perkembangan bahan yg ada kat dapur...
bahan-bahan
1/2 kg sotong - cuci bersih dan potong
3 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu teh rempah kurma
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
* bahan-bahan di atas digaul sekali dan diperap 1 jam sebelum masak
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
cili merah di hiris
daun sup
garam
bawang besar dihiris kasar

cara-cara
-bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat
-tumis bahan tumbuk hingga garing...masukkan sotong yg diperap
-kacau selalu ngan api perlahan ( takut hangit ) ... tambah 2 sudu besar air
-sesekali kacau hinggalah sotong masak
-perasakan dengan garam
-sebelum diangkat masukkan daun sup, hirisan cili merah dan bawang besar

resepi tak pedas uma ada rasa rempah..budak-budak pun bleh makan..

Sunday, May 03, 2009

Rendang Sotong Sumbat

Resepi ni dapat masa jalan-jalan malam tadi kat blog noreen..nampak macam sedap...jadi tengahari tadi Ibu cuba buat...pada tekak ibu memang sedap...baunya harum dek daun kunyit ngan daun limau purut..rasanya pun masam-masam sikit...kira ok la..
Bahan-bahan
10 ekor sotong -dibersihkan kemudian dicelur sekejap
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan santan pekat
1-2 sudu besar kerisik ( Ibu tak letakpun...stok tak ada )
sedikit asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sehelai daun limau purut-hiris halus
sehelai daun kunyit - hiris halus
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai

Bahan Inti
3 biji telur
garam dan lada sulah
daun sup yang dihiris halus
-masak secara scrambled egg
-sumbat kedalam sotong dan sematkan dengan lidi


Cara-cara
-kisar bawang besar,bawang merah,bawang putih,halia dan serai .
-tumis bahan kisar dan cili hingga naik bau dan pecah minyak.
-masukkan santan,asam jawa,garam dan gula
-masukkan sotong yg telahpun disumbat tadi.
-masak hingga kuah agak pekat.
-sebelum api ditutup bolehla masukkan daun kunyit ngan daun limau purut yg dihiris halus.