boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Apa cerita dengan Masjid Negeri Ipoh - Belum lagi DAP perintah!

Adoi..doi..doi.. malunyer aku rasa... kalau masjid atau surau kampun orang asli satu hal juga,, ini masjid di Ibu negeri... Masjid paling senior dalam sebuah negeri.. apa cerita ni..

Saturday, March 2, 2013

Minta Pencerahan - Kenapa Najib boleh, tetapi Nizar tak boleh?

Aku selalu duk ikut Nizar bagi ceramah, dan biasa juga duk ikut bagi tazkirah, sedkit sebanyak Nizar boleh menghafal ayat-ayat Alquran dan menghuraikannya didalam masjid atau pun surau...

Berbanding dengan, aku tak biasa lagi dengar Najib bagi ceramah agama,, melainkan yang aku dengar Najib memandai bagi fatwa undi Pas rosak akidah...akidah kepala bapak dia...


Wednesday, November 14, 2012

Masjid Al-Arfiah Bt 3 Segari Manjung bakal diruntuhkan!

Pagi minggu lepas, sewaktu dalam kuliah Ustaz Tarmizi, semasa sessi soalan dibuka, satu soalan yang beliau terima ialah mengenai masjid yang akan di runtuh dan akan di bina baru...    


Thursday, September 20, 2012

Gambar demontrasi UMNO, PEKIDA terhadap Ngeh Koo Ham di Sitiawan.

Hari sehari suntok aku kat Taiping, alhamdulillah, kerja yang aku mula sejak bulan Februari dulu dah nak hampir selesai,, Balik rumah sampai Manjung jam 5 ptg lebih,, setelah sehari tak buka internet, buka sahaja,,, check bloi.. woiii,, berbelas-belas comment yang masuk,, 
Tak sempat nak habis layan,,, HP bebunyi,, ingatkut bini telefon,, maklumlah,, sehari tak ada rumah,,, rupa nya Hadie Manchester call, sruh pi Masjid Setiawan,, apa perhimpunan demontrasi amam nak bantah kat Ngee Koo Ham,,, baguih,, bab ni sokong kalau nak buat... aku pi tengok aja jadilah...


Friday, July 8, 2011

Gambar-gambar Pemuda UMNO berdemontrasi di Masjid Negeri Ipoh selepas solat Jumaat..

Salam Sejahtera,

Sebelum ini aku selalu dok dengar dari pemimpin UMNO tak kira dari Menteri hingga ke Ketua Cawangan atau JKKK, mengenai ucapan-ucapan mereka yang budaya demontrasi ini adalah budaya luar, budaya yang merosakkan masyarakat melayu.....

Namun petang tadi selepas solat jumaat dalam anggran 100 pemuda UMNo dengan berpakaian t-shirt merah jenama Paturoit telah mengadakan demontrasi di masjid Negeri Ipoh Perak....

Tak nampak pula batang idung polis,, sedangkan Balai Polis IPK depan dengan masjid negeri aja,,, tak kan semua polis Ipoh dah Ke Kuala Lumpur...
,





Perati-peratilah,, anak-anak sapa ni... kut-kut ada yang kenai.... apa pun tahniahlah buat pemuda paturot kerana dah ada yang berkopiah putih... tak lagi bersongkok tinggi....



Setinggi-tinggi terima kasih buat Saudara Zainal..Blogger BumiPerak yang meng emailkan gambar-gambar diatas... ,


Monday, June 6, 2011

Tindakan GANAS DAP, UMNO Pulau Pinang maut....

Salam Sejahtera,

Isu pemilihan pimpinan PAS dah selesai, nak spin cerita pembaca dah kurang percaya, maka terpaksa ubah topik, DAP pulak jadi mangsa..

Orang melayu bila isu masjid ditimbulkan, memang jadi sensitif, walaupun melayu itu sendiri tak pernah sembahyang, tapi bab masjid ia jaga sungguh, itulah melayu,, masjid-masjid melayu cukup lawa, cukup indah semuanya, tetapi bila time sembahyang ada 3 orang sahaja, imam, tok bilal dan siak...

Pandai Utusan spin cerita, memanglah setiap setahun atau dua tahun mesyuarat agung pemilihan AJK dan pegawai masjid akan dijalankan, bukan sahaj di Pulau Pinang, malah dimerata tempat, cuma sejak kebelakangan ni, UMNO dengan kuasa VETO menggunakan pejabat agama ISLAM dengan bantuan raja dan sultan melayu, institusi masjid dibuat perubahan, AJK dan pegawai masjid dilantik oleh pejabat agama melalui saranan UMNO.. itu yang berlaku...

Nampaknya Pulau Pinang nak balik ke asal. guna mesyuarat agung buat lantikan, bila pakai mesyuarat agung, siapa yang mari masjid sahaja akan mendapat lantikan, muka UMNO ada yang mai masjid.. pigirah.... harap hari jumaat aja la,,, tu pun tunggu kalau wakil rakyat mai sembahyang...

Kesian DAP, adat tata susila melayu dengan masjid, mereka jadi mangsa,,, lahabau punya UMNO....



BERITA UTAMA

DAP adakan pilihan raya masjid

BUTTERWORTH 5 Jun – Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses ‘pilihan raya’ - perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Difahamkan, ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.

Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada keputusan penting itu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini atau sebaliknya.

Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak yang melihat kaedah itu akan menyebabkan institusi masjid diresapi unsur-unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius dalam kalangan kariah masjid.

Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk ‘berkempen’ iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Sumber MAIPP memberitahu, cadangan pelaksanaan kaedah baru itu yang dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini mencetuskan percanggahan pendapat dalam MAIPP sendiri yang mahu ia dikaji kerana tidak mahu institusi masjid dicemar unsur kepartian.

Bagaimanapun, katanya, wujud tekanan daripada pihak tertentu yang mahu supaya kaedah baru dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

“Kaedah sedia ada mungkin boleh diperbaiki, tetapi pemilihan baru ini sebenarnya mengundang lebih banyak masalah malah akan menjadikan kariah lebih berpecah-belah. Lagi pula, kenapa mahu ia dibuat secara tergesa-gesa?

“Secara prinsipnya, memanglah ini adalah keputusan MAIPP, tetapi cadangan itu datang dari atas iaitu kerajaan negeri yang mahu ia dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria (gambar) yang dihubungi mengesahkan keputusan melaksanakan kaedah pemilihan baru tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

“Di peringkat ini, tidak perlulah saya komen. Lebih baik anda hubungi Yang Berhormat Exco Abdul Malik untuk mendapat butiran,” katanya.

,

Saturday, October 23, 2010

Dah hilang akal seorang naib presiden UMNO..

Pusing kut belah sini tak kena, beralih ke arah sana pun tak jadi, last-last pusing U-turn 160 darjah... ambik ko..., dah hilang akalnya dah..., tunggu masa sikit hari lagi masuk wad hospital bahagia.... Tanjong Rambutan atau Tampoi Johor...

Tam sampai setahun lagi,,, siapa yang yang dok riuh rendah, sampai dengan Sultan-sultan pun tumpang toi buat sibuk sekali, seolah-olah masjid tu hak bapa mereka punya.... Keluar arahan jangan guna masjid untuk kepentingan politik...Sekarang ni apa cerita pulak ni....

Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.

AJK Masjid di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.... Awassss nampak saja puak UMNO mai nak guna Masjid nak daftar pengundi, halau aja dengan dengan penyapu....

Thursday, September 30, 2010

Nasib Sebuah Masjid di negeri jajahan UMNO Totok..

Salam Sejahtera....

Sebelum ni aku ada menulis pada hari kedua yang lalu, mengenai kisah sebuah masjid di Kampong Bendahara Johor Bahru, di SINI. Aku ingat kut di masjid Kampong Bendahara sahaja, rupanya tidak, kerana pagi Isnin 13 Sep 2010 sebelum aku balik semula ke Manjung, abang ipar aku ajak aku berjemaah Subuh di Masjid Jamek (tak ingat nama) Bandar Kota Tinggi, tau berapa banyak standard Masjid Daerah, satu saf lebih sikit sahaja,,, tu pun aku rasa ramai orang luar yang tumpang sembahyang subuh bersama.....,

Tetapi yang syoknya sembahyang subuh di majid Jamek Kota Tinggi, ada satu keunikanya, selalunya kalau aku dok sembahyang di majid-masjid di Johor hanya sembahyang fardu Jumaat ketika doa khutbah dan doa selepas sembahyang sahaja tok imam membacakan doa buat sultan, isterinyanya, adik-adik sultan, putera mahkota dan anak-anaknya, habis semua disebut dalam doanya.... tapi di Masjid Kota Tinggi, doa selepas sembahyang subuh pun doa untuk sultandan kaum kerabatnya didoakan sekali...

Apakah doa rakyat jelata seluruh negeri Johor sudah dimakbulkan Allah S.W.T.., wallahhuaklam, tetapi kalau difikirkan kenapa masih ada lagi laporan masaalah Masjid suram.

Monday, August 30, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Ketegak sungguh dia ni..

Walaupun kes pertama yang heboh semalaysia,, murka raja belum selesai, tapi nampaknya tak mengendurkan tugasnya sebagai wakil rakyat...

Barvo Zulu YB... Well done... good job for the people....


Puteri UMNO tak rasa malu ka,,,, lihat wanita Cina bukan Islam boleh menghormati ugama Islam.... maluuu weiiih...

Sunday, August 29, 2010

Apa Kata UMNO??!! YB UMNO/BN sahaja yang boleh masuk masjid..

Oleh Rahim Othman
29.08.2010

Mengikut kepala UMNO…

JADILAH AHLI UMNO BARU SEMUA OK


5 sebab kenapa wanita ini dianggap bersalah kerana masuk surau.
1. Kerana beliau bukan Islam. Bukan Islam Islam dilarang masuk surau.
(kata Umno, bukan kata Islam).
2 .Kerana beliau tak pakai tudung. (alasan Islam Mazhab UMNO)
3. Kerana beliau ahli DAP, bukan ahli UMNO (alasan yang paling tepat bagi UMNO)
4. Kerana beliau rakan PR, bukan rakan BN (alasan yang betul)
5. Kerana beliau Ahli Parleman Pembangkang, bukan BN (alasan yg sangat manasabah)

Ini pula pandangan penulis

Saya rasa wanita Ahli Parleman Serdang dari Pakatan Rakyat ini tak buat apa-apa kesalahan pun. Dia tak melanggar perintahSultan. Memang dia bukan seorang muslim,, tapi agama Islam tak melarang bukan muslim masuk kedalam masjid atau surau.(sila rujuk sejarah Nabi) Yang pasti beliau ini masuk surau dengan izin atau dijemput. Beliau bukan kafir yang memusuhi Islam. Beliau datang bukan dengan niat hendak memusuhi Islam. Sebaliknya datang dengan niat dan tujuan yang baik… Cuma orang-orang yang pro UMNO sengaja bersangka buruk. Mereka mahu mengambil kesempatan. Mereka mahu mengambil peluang ini untuk menghidupkan bara dan api perkauman, lalu mereka mengheret isu ini ke istana. Penyokong-penyokong tulin UMNO ini hendak mempersembahkan perkara gempar kepada Sultan…..

Polifiksyen Dailog dengan Sultan...

“Ampun Tuanku ! patik sekalian nak mengadu!... Rakyat nampaknya sudah tidak mahu ikut perintah Tuanku lagi, Ada rakyat tuanku sudah berani mencabar perintah tuanku. Menceroboh surau dan berpolitik dalam surau. Sekarang semua rakyat dah naik marah tuanku! Takkan Tuanku nak diamkan saja ! Sebelum negeri ini menjadi huru-hara lebih baik tuanku bertindak cepat!

“ Apa sebenar kisahnya? ” tanya tuanku Sultan

“Begini tuanku! YB kafir sorang ni dah berani masuk surau tanpa izin tuanku, habis tercemarlah agama suci kita tuanku! Rakyat dah mula marah, Rakyat akan mengamuk tuanku! ”

“Macam mana YB tu boleh masuk?”

“Entah lah! Tuanku!,, boleh jadi dia rasuah imam kut!”

“ Kalau begitu, tangkap imam tu dan campak kelaut!”

“Jangan begitu tuanku! Imam tu tak bersalah!”

“Kalau bukan imam tentu ini kerja bilal!... Tangkap bilal dan kenakan sepuluh kali sebatan”

“Eh! Bukan bilal tuanku !,,.. dia tak tau apa-apa”

“Kalau begitu mesti salah seorang AJK surau terlibat!

“Tak mungkin tuanku !”

“Habis! Kalau semuanya bukan, Siapa??…. Hemmm, Beta fikir, beta tahu siapa!

Dengan terketar-ketar pengadu bertanya.. “ Apa yang tuanku tahu?, kami tak tahu apa-apa pun, kami tak terlibat!”

“Memang beta belum tuduh kamu terlibat ! tapi mungkin yang sorang lagi ni kut! ”

“Siapa tuanku?”

“Siapa lagi kalau bukan Tok Siak surau”

Semua pengadu berasa lega sebentar,, tetapi selepas tu perasaan mereka menjadi bengang dan bengong!.. Mereka memandang sesama sendiri. Dalam hati masing-masing berkata,,..Kenapalah tuanku ni bodoh sangat !!

“Siak pun tak mungkin terlibat tuanku!.. Dia tak ada kuasa nak buat keputusan” jelas pengadu.

“Memang dia tak buat keputusan!, tapi kerja dia bukankah membuka pintu pagar dan pintu surau? Bila pintu dah dibuka sesiapa pun boleh masuk kan? Kan? Betul tak?”

Semua pengadu senyap !! mereka semakin jadi bodoh dan keliru!

“Kenapa tak jawab soalan beta tadi ?.. Betul tak ?” Sultan mula naik angin.

Dengan terketar-ketar mereka menjawab… “Be.. be..betul ! Betul tuanku! betul!”

“Apa yang betul?” Sergah tuanku lagi.

“Si..Si...Si…Siak!.. Siak terlibat tuanku !” jawab mereka dalam keadaan serba salah.

“Tangkap Siak !! bawa mengadap depan beta sekarang juga! Beta nak pancung dia !”

“Jangan tuanku! Jangan ! Membunuh tu berdosa besar tuanku !”

“Berdosa Besar??.. Membuat fitnah lagi berdosa besar. !! Faham?”

Pengadu-pengadu terkedu dan terpaku!. Mereka pada pada mulanya teringin nak pengsan kerana malu , tapi tak jadi. Dalam hati mereka berkata… Apa dah jadi tuanku ni!.. benda simple pun tak boleh fikir….

Yang kita mahu ialah ..…..Hukumlah Yang Berhormat tu !, sama ada penjara ke ! Sebat ke!.. Hukum gantung ke!... Gantung jawatan ke!... Pecat ke!..

Ini tidak!.. Lain yang yang kita cari , lain yang kita dapat!

Sebenarnya Tuanku memang nak menduga mereka. Baginda nak bagi tahu bahawa baginda bukan lah macam Sultan dulu-ulu…seperti yang pengadu-pengadu sangka..

(Semua ini hanya imiginasi penulis saja) –

oleh : rahimothman

Friday, June 18, 2010

Khas Buat Nazir Masjid Negeri Selangor!!

Salam Sejahtera..

Kira-kira empat bulan yang lalu, sewaktu kuliah bulanan Ustaz Haji Ahmad Rizam bin Ghazali dari Batang Kali, Selangor, beliau mencerita yang banyak kuliah-kuliahnya telah ditarik balik kelas pengajiannya oleh kerana beliau tidak mempunyai tauliah.

Komen beliau hanyalah, jika nazir-nazir itu lebih takut kepada MAIS daripada takutkan perintah Allah, maka kafirlah Nazir tersebut...

Hari ini keluar lagi berita-beita yang sebegitu.. .mstar ..

Tak payahlah nak jadi Nazir masjid, kalau begitu.., letak jawatan ajalah, orang nak buat kerja amal biarlah dapat pahala, ,,, kalau dah free aja dapat kafir.. apa ke benda....

Mampoos UMNO!!!!….

Friday, December 11, 2009

Isu Rumah Ibadat - Ambik Kau Tok Mufti & KP Jakim

Salam Sejahtera...

‘‘Saya juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataan saya,” katanya. baca Selanjutnya DI SINI

Itulah ungkapan dari YB Nga Kor Meng AP Taiping. Aku bab KP Jakim aku tak mau sentuh sangat, kerana aku cuma kenal dia waktu beliau sebagai Penolong Pengarah Kanan Dakwah di Pusat Islam tahun 1985 dulu, waktu tu aku kena kursus Siri Kefahaman Islam di Pusat Islam selama seminggu, di sini aku kenak beliau kerana beliau ada slot untuk berkursus waktu tu.

Cuma Tok Mufti, mufti negeri aku pulak tu, terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan tanpa siasatan yang lebih adil, menteng-mentanglah Nga Kor Meng tu duduk dalam DAP, tu yang melenting sangat tu, kalau Nga tu ahli MCA atau Gerakan aku ingat senyap sunyi sepi la.... ingat lagi tak Timbalan Pengerusi Gerakan WP suruh Mufti Perak letak jawatan dalam isu murtad, senyap Tok Mufti, pemuda UMNO senyap, nasib baik ada pemuda PAS yang dok pertahan dia.

Tok Mufti, jangan kalut sangat sangat..., kalau bab pembangkang saja cepat sangat melatah... kan malu orang bukan Islam dah kondem kita, aku tak pandai nak komen isu-isu masjid ni.. tapi bila aku baca blog sahabat aku ni ada juga kebenarannya mengenai isu masjid di Malaysia, hangpa baca kat SINI.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari