boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Isu LBGT - Kita kena berterima kepada Dato' S Ambiga...

Mungkin ada pembaca-pembaca mengatakan aku pun nak joint sekali LBGT (lesbian, bisexual, gay and transgender), Oii bukan macam tu....





Sekejap tadi aku terpandang muka-muka dalam gambar diatas ni dalam berita TV, Marina Mahathir yang bagi statement kat press, ha ha... terbukti sudah anak betina Mahathir pun tumpang sekaki,, kalau dulu dia juga yang dok bagi sedekah kondom....

Agak-agak hangpa kalau bukan Ambiga yang nak merasmikan acara tu, macam tahun 2009 Marina anak Mahathir yang rasmi,, ada tindakan ke tak dari pihak berkuasa, terutama Jakim, UMNO dan sekutu-sekutunya.... lu orang fikirlah. .baca DI SINI.

Disebabkan Ambiga yang nak pi rasmi, UMNO tak lepas peluang, tetapi mereka dah terlupa atau terlepas pandang yang anak Mahathir ada sekali,,, ha..ha ambik ko UMNO,, ambik ko Mahathir, apa cerita kes Anwar dan pemandu Wan Azizah saudara Azizan...
Anak kandung sendiri pun tak ketahuan,, belum cerita anak angkat Afghanistan lagi,,,, tak lama lagi nampaknya Mahathir akan dok lawan kacau taik la dengan Dr Hasmah,,, ,




Friday, August 5, 2011

Lihat ni - Buat peminat barangan Siti Nurhaliza..

Salam sejahtera,

Sekadar nak kongsi maklumat bersama mungkin pembaca blog aku tak ada yang terlibat..., tetapi mungkin bini, adik atau kakaknya yang memintai barangan keluaran artis Siti Nurhaliza awas....

Lihat pekeliling dibawah keluaran jakim sendiri...,





Tolong sampai-sampaikan lah....





Friday, June 25, 2010

Pecah tembelang sudah..

Salam Sejahtera...

Aku tak tahu nak bagi ungkapan apa kepada mangkok hayun sorang ni... Hangpa baca sajalah berita ni...




Kalau lihat kepada penampilan diri, mengalahkan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi perangai... Ma sya Allah..

Ya Allah.. Ya Rahman, Yaa Raahim...aku bermohon berlindung dengan taufiq dan hidayah dari Mu Ya Allah, janganlah kau jadikan diri aku ini seperti hamba mu yang bernama Zamihan Mat Zin itu Ya Allah..

Baca juga DI SINI

Isu Judi : Raja-Raja Melayu, Majlis Fatwa, Jakim dan Mufti-mufti Bila Nak Bersuara?

Salam Sejahtera..

Walaupun mereka ketinggalan daripada apa-apa isu pun, mungkin itu dah jadi sebahagian dari sifat semujadi parti tertua melayu di dunia ini..

Bermula dari NGO Perkasa, UMNO Johor, kemudian diikuti UMNO Perak, UMNO Kedah, Pemuda UMNO, GPMS, nanti akan adalah lagi negeri-lain akan ikut serta tu, jadilah..., tak payah kita nak pertikai niat sebenar hati mereka, kerana apa yang mereka keluarkan kenyataan pun dah mudah difahami,, sila baca dibawah:

kerajaan tidak harus meluluskan lesen perjudian bola sepak kerana ia akan dijadikan modal politik oleh sesetengah pihak bagi menyerang UMNO. Seterusnya Di sini

Hangpa tengok, itu kenyataan Zambri, bukan kerana perintah Allah judi itu haram, tetapi nawaitunya kerana politik.... lantak pi lah ke depa....

Cuma sekarang aku dok tunggu, Raja-raja Melayu dok tunggu apa lagi, selama ini dok mengaku depalah ketua agama dalam negeri masing-masing,, janganlah kalau ceramah politik dalam masjid tak boleh, bab judi masing-masing senyap......

Begitu juga dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, pun diam juga, isu syurga kelam kabut jawab, takut tak dapat masuk syurga Allah gamaknya....

Jakim,, lagi satu badan autoriti melangtung hangit,,, Isu Wahabi yang dia dok sibuk nak buat kajian....

Tok Mufti-mufti,,, pun diam juga,,, mufti aku dok sibuk penyatuan melayu... ini pun satu hal...

Apakah golongan-golongan yang tersebut diatas sependapat dengan fahaman Dr Mahahtir yang dikeluarkan baru-baru ini!!!!!


Tuesday, December 29, 2009

RM10 Juta VS RM 100 Juta..

Salam Sejahtera...

Kenapa boleh jadi sebegini, apakah satu daripada trend rakyat Malaysia, "hang saman,,, aku saman balik hang.., apakah dengan tindakan saman masing-masing dapat kepuasan dengan ertikata "Puat hati aku, padan muka hang....

Kalau sebelum ini, yang banyak saman menyaman ni selalunya artis dengan penerbit, ahli politik dengan penulis... tetapi nampaknya di zaman muktahir ini orang-orang berpendidikan agama pun dah turut sama saling saman menyaman.

Kalau dah orang beragama pun sama turut saman menyaman, orang-orang awam seperti mana aku ni,, mana nak tau sapa betui atau sebaliknya.

Mengapakah asyik nak memberi jawapan balas pada wartawan-wartawan surat khabar yang belum tentu beritanya sahih kecuali keputusan TOTO dan 4Digit sahaja yang betul.. Bila dah terkeliru sebegini yang mengambil keuntungan surat khabar lagi,

Apakah pula pandangan orang bukan Islam terhadap pertelagahan sebegini... walau apa pun aku tetap memberi sokongan aku pada Dr Asri dalam hal ni, cuma aku cadangkan adalah lebih elok diadakan pertemuan atau mesyuawarah kedua belah pihak, atau pun lebih baik lagi bersemuka dan berdebat secara anak jantan... ada berani ka yang sorang lagi tu, jangan asyik berani disebabkan tempat anda bertugas tu namanya JAKIM....

Friday, December 11, 2009

Isu Rumah Ibadat - Ambik Kau Tok Mufti & KP Jakim

Salam Sejahtera...

‘‘Saya juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataan saya,” katanya. baca Selanjutnya DI SINI

Itulah ungkapan dari YB Nga Kor Meng AP Taiping. Aku bab KP Jakim aku tak mau sentuh sangat, kerana aku cuma kenal dia waktu beliau sebagai Penolong Pengarah Kanan Dakwah di Pusat Islam tahun 1985 dulu, waktu tu aku kena kursus Siri Kefahaman Islam di Pusat Islam selama seminggu, di sini aku kenak beliau kerana beliau ada slot untuk berkursus waktu tu.

Cuma Tok Mufti, mufti negeri aku pulak tu, terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan tanpa siasatan yang lebih adil, menteng-mentanglah Nga Kor Meng tu duduk dalam DAP, tu yang melenting sangat tu, kalau Nga tu ahli MCA atau Gerakan aku ingat senyap sunyi sepi la.... ingat lagi tak Timbalan Pengerusi Gerakan WP suruh Mufti Perak letak jawatan dalam isu murtad, senyap Tok Mufti, pemuda UMNO senyap, nasib baik ada pemuda PAS yang dok pertahan dia.

Tok Mufti, jangan kalut sangat sangat..., kalau bab pembangkang saja cepat sangat melatah... kan malu orang bukan Islam dah kondem kita, aku tak pandai nak komen isu-isu masjid ni.. tapi bila aku baca blog sahabat aku ni ada juga kebenarannya mengenai isu masjid di Malaysia, hangpa baca kat SINI.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari