boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Judi. Show all posts
Showing posts with label Judi. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Pelakon wayang opera Cina sebagai bekalan Pemilihan Agung Umno..

Macam-macam idea,,, semuanya untuk perhatian maca-macai umno... boleh lah nak cakap apa pun,, sekadar bercakap bila dah tak berkuasa dan tak berjawatan... siapa nak ikut...


Saturday, June 1, 2013

Minta tolong Tuan Juragan 69 translatekan berita ini

Aku sekolah malay medium dulu,, jadi bahasa orang putih ni boleh sepatah dua yang aku faham,,, 

Pembaca blog aku Juragan 69, bila membuat komen, dapat menambah minda aku, banyak komen-komen membina, walaupun fikrahnya mirip disebelah sana..

Semalam ada satu berita, yang aku sendiri tak berapa nak faham,,, Juragan tolong....



Monday, February 18, 2013

Sikap Adun Umno.. Halal.. No no no.... Haram.. Yes yes, yes.

Tiada istilah halal atau haram dalam Umno... bermula dari sejarah loteri kebajikan masyarakat hinggalah ke hari ini,, umno memang pelopor judi...

Jadi tak hairan lah....


Saturday, December 22, 2012

Tahniah PDRM Selangor,, PDRM Perak ? ........

Mohon maaf buat semua pembaca,,, semalam aku seharian dalam perjalanan ke Johor - kubu kuat UMNO...petang sampai ambik home stay di Felda Lok Heng,, malam nak buka internite broadband slow tahap cipan..tak lama lepas tu jam 10 mlm lebih blackout pula...jalan terbaik aku zzzzzz walaupun dalam kepanasan..

Bila pagi ni aku terbaca isu ni,,, pergh... Tahniahla buat PDRM Selangor yang rajin buat kerja nak benteras judi haram,, judi halal macam pula ya... ada ka judi halal,, tanya sendiri kat Najib,,.....


Friday, September 14, 2012

Saham FELDA GLOBAL VENTURE bakal kaut keuntungan...

FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD (5222)
Memang patutlah Najib sanggup berhempas pulas dan bersusah payah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan dari mulutnya sendiri dengan perkataan HARAM JADAH,, 

Rupa-rupanya ia ada agenda sendiri....


Thursday, June 21, 2012

Malam Jasamu di Kenang... Apa jasa Tan Sri Mohamed Noah?Tokwan

Apa yang aku sedari, suratkhabar Mingguan Malaysia yang lepas, hampir satu muka menceritakan jasa mu di kenang Tan Sri Mohamed Noah,, Tak cukup dengan Akhabar, TV RTM, asyik dok ulang iklan kisah yang sama, maka malam tadi aku sempat juga tengok temuramah TV anak dan cucu-cucunya....   





Siapa Mohamed Noah Omar ni, entahlah, aku cuma dengar kisahnya kira baru lagi,,, dalam 20 tahun yang lalu, sebab mamat ni kisahnya tak ada dalam buku sejarah yang aku dok belajar... Tau-tau semenjak Najib jadi PM, kisah tok wannya disiarkn dengan secara meluas,,, kenapa... malas aku nak ambik tau,, lantak pilah, dia PM,,, hak dia apa saja yang dia nak cerita.... 

Cuma sekejap tadi aku terbaca kisah orang yang sama,, ya... kisah tok wan Najib,, kisah ni tak pula dicerita di TV atau akhbar perdana,, jadi tak adillah aku kalau tahu seorang diri saja,, perkara yang baik niperlu disebarkan kepada semua,,, sebab jasanya nak dikenang.... 

aku salin copy paste balik kisah atau memori ni... 

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
Tuesday, June 19, 2012 Posted by Roslan Alan

Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.

Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. 

Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.

Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.

Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. 

Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.

Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong.

Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.

Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. 

Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. 

Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. 

Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. 

Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. 

Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. 

Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong

sumber: Laksmana Bukit Bintang

Sumber aku ambik http://www.facebook.com/media/set   

Komen - Jadi tak hairanlah... satu ketika dulu Najib bercadang nak keluarkan lesen judi bole sepak piala dunia... cucu tokeh judi....


Wednesday, January 25, 2012

Majlis Perbandaran Manjung - Banyaknya kedai judi komputer haram...

Di atas desakan kawan-kawan yang perihatin dengan pertumbuhan pesat kedai-kedai judi komputer haram, bukan sekadar sebiji atau sepuloh biji, malah berpuloh-puloh biji didalam daerah Manjung...

Paling banyak di kawasan Pekan Air Tawar, menurut dari seorang sahabat yang menceritakan kepada aku, hampir 50 biji,, Manakala di kawasan bandar Manjung pun tak payah cerita,, tak terlarat nak pi check satu persatu,,

Sahabat aku ni, cuba membawa kes ini kepada anggota polis,, tetapi menurut dari polis tersebut, pihak polis tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana tiada peruntukan akta dalam kesalahan tersebut, melainkan Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Manjung yang mempunyai kuasa...enyahlah,, nak cegah judi haram pun ada bermacam masaalah,, yang jadi mangsa anak-anak orang melayu yang dok pegi berjudi dalam tu...

Aku sempat mengambil beberapa buha kedai yang menjalankan kegiatan tersebut,, dan apa yang boleh aku katakan kedai-kedai tersebut semuanya tiada papan tanda (sign board) nama kedai....


Kedai ni kedudukannya di belakang bas stang Seri Manjung,, kedai end lot tu.... siang dari pandangan biasa tiada apa-apa....


Ini dari bahagian belakang kedai,,, rupanya ada operasi,, sebab lampu panjang warna hijau tu menyala,, menurut sahabat aku,, dan disebelah atas tepi pintu siapa ada kamera CCTV.....




Ini sebiji lagi, deretan yang sama dengan kedai di atas... kedai warna pink+orange kedai tengah,, pun tiada nama kedai )(sign board)


Yang ini deretan dengan kedai Minyak Shell Manjung... macam biasa yang tengah tu juga....

Yang ini deretan dengan restoran Ummi Walid...




Kedai pintu hijau muda, sebelah kedai ini yang tidak kelihatan ialah restoren tom yam... jalan ini nak menuju ke SAR Seri Taalim..

Ini sekadar beberapa buah kedai yang sempat aku ambil,, banyak lagi,, namun aku tak mampu nak ambik lagi... buat masa ni...,

Mungkin kerana kedai-kedai yang menjalakan operasi ini tidak ada papan tanda,, jadi pihak yang berkuasa terlepas pandang atau buat-buat tak pandang wallah huaklam,, tetapi ingatlah, yang dok pergi ke kedai ni semua anak-anak melayu manjung,, jadi sebagai orang Islam,, tanggung jawab aku hanya memaklumkan sahaja,, sebab negara ini ada undang-undang,, kalau tak ada undang-undang senang penduduk yang peri hatin boleh ambik tindakan...




Friday, December 16, 2011

Suami teraniya - bini cantik cun...tapi sayang.......

Kalau PM 1Malaysia dikatakan mempunyai bini yang juga FLOM suka berbelanja (shopping) sakan sehingga melibatkan berjuta-juta RM.....

Namun buat rakyat Malaysia seorang ni pun malang juga nasibnya... kalau tengok rupa ke bini sama padan dengan rupa laki....


Akibat peredaran zaman dan masa, 54 tahun dibawah pemerintahan UMNO, kecanggihan alam maya,, sang isteri dah ...... ahhhh baca sendiri DISINI.



Thursday, October 13, 2011

Nama MB Perak Zambry Abd Kadir terlibat dengan judi kasino..

Hooii, orang-orang UMNO dan gerombolan melayu negeri Perak,,,

Apalah punyai suey nasib ko orang ni,, malang sungguh,, dapat Menteri Besar macam ni,, kalau dulu Zambry terlibat dengan perbuatan ancak,, isu pemberian tanah di Teluk Rubiah buat pelabur Brazil..... ni timbul lagi satu kes,, judi pulak...

Apakah ini secara kebetulan atau sebaliknya wallahhuaklam.. Namun inilah faktanya...

Tadi entah macam mana aku surf nama Zambry Abdul Kadir dalam google, seperti mana dalam gambar di bawah... ,



TKemudian entah macam mana tergerak dihati nak klik nama Zambry Abd Kadir yang paling atas sekali tu,, yang warna pink tu, bekas aku dah klik...


Maka inilah hasilnya.... hangpa klik kat gambar kalau nak besarkan..


Tentu hangpa kata, ini perbuatan dengki khianat para blogger Pakatan rakyat,, terhadap beliau,, oiii ini laman web betul punya, ini bukan blogspot,,, ini laman web bayar punya ni,, tak ada sapa yang nak buang duit buat lama web fitnah macam ni...

Lagi satu kalau hangpa baca dalam laman web tu bahasa Perancis,,, itu yang hebat tu ... ada tertulis lagi "

Le site zambry.com se propose de diriger les joueurs dans ces arcanes du monde des jeux de casino en ligne, afin de leur permettre de déjouer certaines difficultés, de gagner du temps de jeu et surtout, de le faire en toute sécurité. Sur ce site, il vous sera possible de trouver toutes les informations indispensables afin de choisir le plus judicieusement possible votre casino en ligne, parmi la multitude de salles qui mettent à votre disposition leurs services.

Hangpa nampakan ayat awal sekali tu, Le site zambry.com... kalau hangpa rajin hangpa pi klik casino en ligne (warna merah) tu,, maka bertemulah hangpa dengan alam judi maya... disini rupanya...

Tetapi kenapa digunakan nama Zambry,, bukan sekadar namanya sahaja,, malah nama bapaaaknya sekali dibubuh dalam google tu... hebatkan Zambry...

Kira dah lengkaplah dengan apa yang ada pada nama Zambry... Tahniah UMNO dan umat melayu negeri Perak,,, dapat Menteri Besar jenis ni,,, tahniah lagi sekali...



Thursday, September 29, 2011

Najib mengaku hasil duit judi tauke Cina milik BN

Salam Sejahtera,,

Tak ada apa-apa yang perlu nak dihairankan, kalau dah Tok Wan Najib bapa kepada Toh Puan Rahah melalui Tan Sri Noah Omar pemegang saham judi terbesar di Genting Berhad dan Resort World... cerita lanjut di yayasan-noah-dan-pemegangnya.
.


Paling memalukan bila ada hamba-hamba Allah yang bukan Islam mempertikai hal ehwal judi,,, apa cerita bro...

SHAH ALAM, 28 SEPT – Kerana amat terdesak, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengaku wang sektor swasta sebagai milik Barisan Nasional apabila mengumumkan dana RM100 juta untuk sekolah-sekolah bahasa Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok, wang Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ hasil kutipan dari tauke-tauke judi itu bukan milik Najib atau kerajaan BN.

“Beliau tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan berkata seolah-olah peruntukan itu disediakan oleh kerajaan atau BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh meluahkan rasa kesal apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa dana-dana itu akan dibayar berdasarkan hubungan rapat sekolah-sekolah itu dengan BN.

“Apa yang cuba disampaikan beliau ialah, ‘jika anda sokong MCA, Gerakan, MIC dan NGO yang berkait dengan BN, saya akan memberi ganjaran kepada sekolah anda melalui dana pendidikan,’ yang maknanya sama dengan kata-katanya yang terkenal iaitu, ‘Anda tolong saya, saya tolong anda’,” katanya.

Tambah Teresa yang juga Adun Kinrara, ‘Comunity Chest’ yang merupakan dana sektor swasta dan bebas dari mana-mana naungan parti politik perlu bebas pengagihannya dan ditentukan oleh pemegang amanah, bukan oleh Najib atau pun BN.

“Rakyat telah sedar bahawa kerajaan telah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh bertahun-tahun lamanya dengan menafikan mereka dari menerima dana kerajaan negeri, memaksa mereka mengumpul dana sendiri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan pelajar sekolah kebangsaan dengan RM1,106 setiap seorang, manakala sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang diterima hanya RM146 setiap seorang dari tahun 1991 hingga 2005.

“Saya menggesa pemberi dana swasta yang telah menyumbang kepada ‘Community Chest’ untuk mengekalkan autonomi mereka terhadap dana tersebut dan tidak mendekatkan diri dengan BN atau mana-mana parti politik apabila memberikan dana,” katanya.

Jelas Teresa, pendidikan merupakan keutamaan rakyat yang patut melangkaui politik kepartisan.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata program Kayuhan (Basikal) Amal Untuk Pendidikan 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak jujur dalam usaha mengangkat status sekolah-sekolah Cina.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, walau pun derma itu diterima, wang itu datangnya dari rakyat prihatin, dan bukan BN; malah terdapat 68 sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan 56 sekolah persendirian Cina yang tidak tersenarai dalam acara amal itu.

“Perdana Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk membangunkan kembali sekolah-sekolah menengah swasta Cina di Kuantan dan Segamat, mengiktiraf sijil sekolah-sekolah persendirian Cina, serta menginstitusikan sekolah-sekolah SMK dan vernakular.

“Di antara semua perkara-perkara ini, yang mana satu yang tidak berada di bawah kuasa beliau?” katanya. – Roketkini.com


Sumber : roketkini.




Saturday, March 19, 2011

Lu siapa?.. Along atau tawkeh ayam....

Salam Sejahtera,

Memang betui punya cilaka apek Chua Soi Lek ni.., sahabat baik gerombolan UMNO,,.


Apakah kepala otaknya masih seperti apa yang ia lakukan sebelum meletak jawatan dahulu,,, sentiasa nak kepada empat mata sahaja...

Suka-suka lu saja, lu ingat lu siapa,,, sama orang UMNO lu boleh bikin apa yang lu suka... tiiow na seng lu...

'Pertemuan empat mata Nik Aziz-Chua tidak munasabah'
Abdul Rahim Sabri
Mac 18, 11
5:51pm
Syarat yang dikemukakan MCA yang mahu bertemu empat mata dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mendapat penjelasan berhubung pengharaman penjualan tiket loteri dianggap sebagai satu syarat yang 'pelik'.

Menurut setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata 'tidak munasabah' syarat yang diletakkan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek sedangkan Nik Aziz mempunyai barisan exco, pegawai termasuk pembantunya.

"Adalah tidak munasabah meletakkan syarat (bertemu) satu sama satu. Saya rasa pelik. Tidak munasabah kerana tok guru kena ada pembantu, exco dan pegawai-pegawainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Bahkan dengan nada menyidir, Ahmad Fadhli yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan juga pelik mengapa presiden MCA "suka bertemu satu sama satu".

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata pihaknya "tidak boleh memenuhi" kalau syarat itu diletakkan oleh Chua sepertimana yang dilaporkan sewaktu presiden MCA itu mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lalu.

Dalam sidang media itu, Chua dilaporkan berkata pihaknya "tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS".

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli sekali lagi menegaskan kesediaan Nik Aziz untuk bertemu dengan pemimpin MCA tanpa syarat sepertimana yang dilaporkan sebelum ini.

"Nak berjumpa dengan Tok Guru (Nik Aziz), tak ada halangan," katanya sambil menambah pihaknya belum menetapkan tarikh pertemuan tersebut seperti yang diminta MCA.

Ditanya mengapa pihaknya masih belum berbuat demikian, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz mempunyai urusan dan beberapa exco negeri kini berada di Eropah.

Keputusan tarikh pertemuan itu dijangka diketahui minggu depan, tambah Ahmad Fadhli.

Monday, November 29, 2010

Ada asas untuk mendakan Kasino di Malaysia..

Apakah petunjuk dari judi bolasepak dunia akan diguna pakai.... Ialah... nak pergi ke Genting Highland selalu bas eksiden jatuh gaung...siapalah nak pergi ke Genting...
Apakah kerana tak pergi berjudi ke Genting Highlang yang dok bising-bising tu,,, tak pula aku dok dengar bahana berapa puloh juta RM sehari habis berjudi di Genting.. .

Berjudi RM7 juta sehari


CHEE BOON melihat iklan-iklan ah long yang begitu banyak sehingga memudahkan peminjam meminjam wang untuk berjudi di sebuah kasino di Singapura di sekitar Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Kerajaan disaran berbuat sesuatu bagi menghalang rakyat negara ini daripada terus berjudi di sebuah kasino di Singapura sehingga mencecah RM7 juta sehari.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, jumlah tersebut adalah hasil perbelanjaan 3,000 rakyat Malaysia yang ke kasino tersebut setiap hari.

"Mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM2,400 seorang sehari dan jumlah tersebut akan menjadi RM210 juta sebulan.

"Perkara itu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai, Datuk Tee Siew Kong baru-baru ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Pelangi di sini semalam.

Menurut Chee Boon, apa yang membimbangkan, kegiatan pinjaman ah long pula semakin menjadi-jadi sejak kasino tersebut mula beroperasi pada April lalu.

"Kumpulan ah long semakin banyak di Johor Bahru dan sasaran mereka adalah untuk golongan yang gemar berjudi.


Wednesday, November 10, 2010

Tahniah buat Parti UMNO...

UMNO...Oh UMNO... agaknya judi bola dulu dah dapat tentangan..., tak ada idea lah nampaknya...

Dah dapat ilham,, terkini,, senang aja,, minta saudara dalam komponen tolong uruskan... nanti boleh di implemenkan dalam hub hiburan tu...cantik,, yang penting masyuuuukkk,, haram tolak tepi....




Komponen BN MCA timbang beli Tanjong, terokai bisnes judi

November 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Nov — MCA dikatakan menyertai usaha membida bisnes perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion, syarikat yang turut menjadi tumpuan keluarga Cheng bersama ahli perniagaan Filipina Roberto ‘Bobby’ Ongpin Jr dan beberapa firma ekuiti swasta antarabangsa.

Usaha parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi perhatian susulan langkahnya menjual pegangan dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.

Dengan penjualan itu syarikat tersebut dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk membeli Tanjong dengan kombinasi pembiayaan.

The Malaysian Insider difahamkan MCA telah dinasihatkan untuk membida mendapatkan unit perjudian memandangkan operasi itu menawarkan pulangan baik, sebagaimana disumbangkan oleh perniagaan akhbar harian The Star.

“MCA sedang dalam usaha memburu Tanjong,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, pemegang utama saham Tanjong T. Ananda Krishnan akan memutuskan seawal hari ini sama ada mahu memutuskan penjualan syarikatnya.

Malah difahamkan, jualan syarikat itu juga sebahagian daripada langkah pematuhan elemen syariah dan juga untuk menerokai peluang pasaran di Timur Tengah dan Utara Afrika di samping usaha di Asia Tenggara dan Selatan bagi memperluaskan bisnes penjanaan tenaga.

Seorang pemain utama dalam soal perundingan ialah Ongpin, menteri perdagangan ketika era Marcos, yang membangunkan hartanah yang agar besar, bisnes telekomunikasi dan perniagaan perjudian atas talian di Filipina.

Difahamkan beliau akan menjadi rakan dalam bidaan itu sama ada oleh sayap pelaburan MCA ataupun keluarga Cheng, yang terlibat dalam perniagaan mesin slot perjudian, kebanyakannya bertumpu di Lembah Klang.

Keluarga itu diterajui oleh Datuk David Cheng, yang anaknya Datuk Douglas Cheng bergandingan dengan Datuk Vincent Tan Ting Wong dan Henry Yip mengadakan rangkaian restoran Cina popular Dragon-I pada 2004.

“Ada jurang kecil dalam soal penilaian antara apa yang ditawarkan dan yang diminta,” kata sumber itu lagi.

The Malaysian Insider difahamkan perbezaan dimaksudkan itu dalam lingkungan RM100 juta.

Bisnes perjudian Tanjong termasuk operator nombor ramalan dan cabutan loteri Big Sweep dan lumba kuda.

Sayap perjudian Tanjong, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd kini menguasai 24 peratus pasaran tempatan manakala Berjaya Sports Toto Bhd yang dimiliki Tan Sri Vincent mempunyai 40 peratus manakala Magnum Corp Bhd pula 36 peratus.

Sementara perniagaan cabutan nombor ramalan dan loteri menghasilkan aliran tunai yang baik, Tanjong dikatakan berhadapan dengan kerugian dalam operasi lumba kuda.

Kerugian daripada aktiviti lumba kuda dianggarkan RM80 juta pada tahun kewangan semasa.

Difahamkan pemilik baru Tanjong akan menawarkan produk perjudian baru bagi memastikan pulangan yang lebih baik selain meminta pengurangan cukai kerajaan.

Monday, September 27, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Jawapan dari Dr Asri

Salam sejahtera....

Isu UMNO dok hengtam Kerajaan Pulau Pinang tak henti-henti, dari satu isu ke satu isu, hingga melibatkat isu agama....

Walaupun melibatkan isu agama, nampaknya manusia-manusia melayu yang mempunyai autoriti dalam bidang agama kali ini diam membisu seolah-olah mulut mereka telah ditampal dengan masking tape....

Agaknya, dah lama dok menunggu keputusan dari yang beratoriti tidak keluar, nampaknya Dr Asri telah melaksanakan tanggungjawabnya.....



Sambungannya DI SINI

Saturday, September 4, 2010

Apa Kata UMNO??!! Umat Islam di hina lagi....

Amaran .....Berita dibawah ini tiada didalam akhbar-akhbar berbahas amelayu, tiada di siaran-siaran TV...


Adalah amat malang sekali buat ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim Kampong Medan dan Kuala Langat Selangor hanya mendapat perhatian dan belas ehsan dari Sport TOTO...

Tak adakah pihak-pihak lain yang boleh tampil kehadapan menyumbang derma, UMNO yang sebelum ini umpama juara membela rakyat melayu dalam isu surau kenapa diam, senyap sunyi ... apakah Sport TOTO ini halal atau harus ataupun juga ada saham-saham dalam syarikat tersebut.....


Berita selanjutnya thestar.

Wednesday, July 7, 2010

Presiden UMNO takut dengan Ugutan Presiden MCA

Salam Sejahtera....

Pada hari Isnin yang lalu, Presiden MCA yang juga bekas pelakon DVD Lucah talah melahirkan rasa kecewa terhadap Presiden UMNO tentang isu judi.. DI SINI.

Selang sehari, hari ini keluar berita dah lain pulak... DI SINI. Apa ni flip flop, flip flop..., ni takut kat MCA ka atau pun Vincent Tan.., atau pun juga tumpang ambik persen sekali..

Tapi apa yang aku dok nampak UMNO dah jadi pecacai MCA... itu yang betulnya....

Hebat UMNO, Rasuah, Judi, Arak tak ada masaalah, semuanya halal buat UMNO,,, mana pi 40 ulama muda yang beriya-riya nak berdakwah dari dalam..., pakat-pakat berlmoih dengan taik la hangpa...

Monday, July 5, 2010

Pelakon DVD Lucah Kecewa..

Salam Sejahtera...

Jenis manusia yang tak ada maruah!... Jadi tak payahlah nak komen banyak-banyak, tak kiralah Islam atau kafir, kalau dah perangai jenis bujur lalu melintang patah, apa dia kira..., jadi memang sesuailah dia rasa kecewa.. Baca DI SINI.

Walau apa pun, aku respek kat apek porno tu, kenapa ?... Kalau sebelum ini dengan sikap gentleman dia berani mengaku terlibat dengan adegan XXX di dalam DVD yang tersebar luas, kemudian secara anak jantan melepaskan jawatan menteri kabinet dan dalam parti.... Jadi kalau dia luahkan rasa kecewa pun tak ada hal....

Cuma aku dok rasa, yang No1 dalam negara pun turut rasa kecewa juga, tapi mulut tak boleh nak berkata-kata nak menyuarakan rasa kecewanya sama seperti apek DVD.

Apa pun ini satu petanda baik buat rakyat yang cintakan keadilan, moga-moga dari isu judi ini akan timbul berantakan anatara UMNO dan MCA, lu orang mau gaduh lu orang punya pasal... gua apa peduli, yang gua mau tau itu UMNO mesti mammmposs..
Amin Ya Rab Bal Alamin..

Kesian, kesian, kesian...

He he he....

RM95 juta dipercayai dapat dikaut oleh bookie diatas kekalahan Argentina 4-0 kepada Jerman..

Bayangkan kalau lesen judi dihalalkan kepada Vincent Tan..., betapa seronoknya dia, semakin galak dia menyokong BN untuk PRU13 yang akan datang...

Nampaknya kali ini ramai pemimpin UMNO termasuk MB Zambri mengambil sikap berani menderhaka kepada Vincent Tan,,, tunggu sajalah ketikanya, berani lawan towkeh, bersedialah terima padahnya...

Kita tunggu dan lihat.

Berita Berkaitan : Di Sini.


Friday, June 25, 2010

Isu Judi : Raja-Raja Melayu, Majlis Fatwa, Jakim dan Mufti-mufti Bila Nak Bersuara?

Salam Sejahtera..

Walaupun mereka ketinggalan daripada apa-apa isu pun, mungkin itu dah jadi sebahagian dari sifat semujadi parti tertua melayu di dunia ini..

Bermula dari NGO Perkasa, UMNO Johor, kemudian diikuti UMNO Perak, UMNO Kedah, Pemuda UMNO, GPMS, nanti akan adalah lagi negeri-lain akan ikut serta tu, jadilah..., tak payah kita nak pertikai niat sebenar hati mereka, kerana apa yang mereka keluarkan kenyataan pun dah mudah difahami,, sila baca dibawah:

kerajaan tidak harus meluluskan lesen perjudian bola sepak kerana ia akan dijadikan modal politik oleh sesetengah pihak bagi menyerang UMNO. Seterusnya Di sini

Hangpa tengok, itu kenyataan Zambri, bukan kerana perintah Allah judi itu haram, tetapi nawaitunya kerana politik.... lantak pi lah ke depa....

Cuma sekarang aku dok tunggu, Raja-raja Melayu dok tunggu apa lagi, selama ini dok mengaku depalah ketua agama dalam negeri masing-masing,, janganlah kalau ceramah politik dalam masjid tak boleh, bab judi masing-masing senyap......

Begitu juga dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, pun diam juga, isu syurga kelam kabut jawab, takut tak dapat masuk syurga Allah gamaknya....

Jakim,, lagi satu badan autoriti melangtung hangit,,, Isu Wahabi yang dia dok sibuk nak buat kajian....

Tok Mufti-mufti,,, pun diam juga,,, mufti aku dok sibuk penyatuan melayu... ini pun satu hal...

Apakah golongan-golongan yang tersebut diatas sependapat dengan fahaman Dr Mahahtir yang dikeluarkan baru-baru ini!!!!!


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari