boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Majlis Perbandaran Manjung. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perbandaran Manjung. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

Rasuah Dari Umno - Syurga Menanti Penduduk Manjung .....

Rasanya dah lama aku tak menulis kisah mamat sorang ni,,, pertama sekali sekarang ni memang aku dah tak berapa nak layan blog ni,, entahlah ditambah pula dengan suasana politik semasa terkini,,, lagi bertambah malas,,,, 
Tapi bila bab kisah mamat sekoq ni,, semangat balik nak menulis, malah dalam FB aku pun penuh dengan isu dia,, harap-harap dapat berterusan, hangpa tolong-tolong doa untuk aku diberikan kekuatan untuk aktif semula..

Sunday, June 29, 2014

Majlis Perbandaran Manjung !....... Apa cerita ni?...

Aku tak ingat tahun bila,, tapi Majlis Perbandaran Manjung sebelum ini pernah mendapat anugerah terbaik,, terpampang gambar Kong Cho Ha, Zambry Kadiaq dan Zambri Man... di billboard persekitaran Manjung... 
Tapi hari ini,, aku perati dah lain dah...


Monday, March 24, 2014

Panass Pagi Isnin , Majlis Perbandaran Manjung - Sila baca ni rungutan warga Manjung

Bum bam, bum bam,, PRK Kajang selesai sudah, yang tak selesai masaalah rakyat, jadi aku terpaksa sampaikan sekali lagi, sebab kalau sekadar FB sahaja mungkin lambat sikit,, jadi aku tolong percepatkan,, harap-harap Datok Zambri YDP MPM turut membacanya dan tolonglah ambik tindakan....


Friday, November 8, 2013

Majlis Perbandaran Manjung - Apa cerita dengan penduduk Sitiawan.

Pagi, tadi dalam aku tengah mesyuarat, masuk pula talipon,, macam biasa panggilan orang yang memang aku kenali,,, tanya tengah kerja kerja, aku jawab la,, ia pun cara rengkas bagi tau tengok surat khabar Kosmo, minta aku tolong belasah sama.. tudia..


Friday, October 18, 2013

Penjajah Brazil era moden di Seri Manjung @ZambryKadiaq..

Kesian,,, bahana yang mereka sendiri lakukan dah mula memakan diri,, yang lagi sedih mereka hanya sekadar mengadu dalam dunia maya ... Facebook,,,
Jadi aku ambik copy screen balik, mana tau,, kut-kut macai-macai Zambry ada membacanya...


Wednesday, October 2, 2013

Bill Board Majlis Perbandaran Manjung - Cuba teka apa yang sepoil..

Ada seorang hamba Allah yang perihatin dengan apa yang berlaku ... memang bagui dia ni,,, Aku yang setiap hari duk lalu ulang alik pun tak perasaan.., Harap Majlis Perbandaran Manjung ambik la tindakan.... malu wei...


Wednesday, September 18, 2013

Thursday, August 22, 2013

Tuesday, December 4, 2012

Hentikan Tangisan Penyu Segari (2)

Sambungan dari Artikel Terjemahan dari Akhbar Guang Ming Daily (1) ada lagi cerita-cerita yang perlu diketahui bagaimana rakusnya dan gelojohnya UMNO nak belasah balak..


Monday, December 3, 2012

Artikel Terjemahan dari Akhbar Guang Ming Daily (1)

Seperti yang sedia maklum, diatas laman blog aku ada iklan Forum Hentikan Tangisan Penyu yang dijadualkan malam esok 4 Dis 2012, Kenapa perlu diadakan forum tersebut,, nak harap surat khabar melayu jangan haraplah,, ada tak ada pun surat khabar Cina yang nak ambik tau,,, lalu admin Media Perak telah terjemahkan,,
Nak tau lebih lanjut sila baca,, kerenah hasil perbuatan UMNO dengan Zambry dan kuncu-kuncunya..


Thursday, October 18, 2012

Najib promosi jenama barunya dalam lawatan di Seri Manjung.

Kerana Najib nak turun melawat ke Manjung, penduduk Manjung dahjadi kelam kabut, banyak jalan dipersekitaran Stadium Manjung dah kena tutup,,, 
Dah timbul masaalah, sehinggakan berlaku kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung pagi tadi,, 
Aku tak mau cerita masallah, itu, tetapi cerita hal lain sebenarnya.. 


Monday, October 15, 2012

Muka Zambry dengan Najib kena simbah cat merah..

Satu perbuatan yang tak bertamaddun, dan pengecut... itu yang boleh aku katakan,, walaupun aku secara peribadi tak suka kepada Zambry, Najib dan sekutunya, tetapi kita masih ada etika jika nak kutuk atau pun kritik... 



Friday, October 5, 2012

Terimja Kasih MPM - Kerana mengadakan penjaga lampu trafik.

Rasanya hangpa semua biasa menggunakan lebuhraya Plus, perasan atau tidak bila kita melalui di sebahagian jalan plus yang dalam penurapan tar baru atau pembaikan,, terhadap satu patung manusia lelaki berpakaian kuning memegang bendera merah dengan mengoyang-goyang seolah-olah  memberi amaran kepada pengguna lebuh raya supaya memperlahankan kenderaan. 


Monday, September 17, 2012

Apa kata Menteri Dalam Negeri Dato Hishammudin Tun Husain.

Dua tiga hari yang lalu heboh bermacam-macam cerita, Bas Jelajah Bawa DSAI kena simbah cat, kasut terbang dalam masjid dan bermacam-macam lagi perkara yang diterima oleh komponen parti Pakatan Rakyat. 


DS Zambry membodek Kong Cho Haa di Majlis Hari Raya UMNO Lumut..

Memang dah jadi budaya Zambry rasanya,, membodek menteri-menteri keturunan bukan melayu untuk kepentingannya....
Tentu sedihkan...Dalam duk setiap waktu UMNO dok terpekik melolong mengatakan PAS menjadi pencacai DAP tanpa sebarang bukti,,, Zambry pulak buat hal yang sama....


Wednesday, August 1, 2012

Pasaraya Billion belum siap sepenuhnya Zambry dah mari rasmi..

Perasmian dilakukan pada petang Jumaat yang lalu, disamping majlis berbuka puasa.... 




Kemah tempat perasmian masih ada lagi pada hari ini 01.08.12.. Lihat dari bahagian depan.... cantiikkk....




Lihat dari bahagian belakang.....apa cerita ni....

Ini sebahagian dari cerita-cerita warga manjung dalam FB I ♥ MANJUNG 


Saturday, May 26, 2012

Majlis Perbandaran Manjung - Mana pergi Tarikh dan Jam?. Tukar dengan corak lambang salib.. ...

Pada penghujunga tahun 2010 yang lalu, Majlis Perbandaran Manjung dan membina mercu tandanya dengan begitu hebat sekali, entah berapa puluh ribu perbelanjaannya.... Cerita lanjut ada di tahniah-majlis-perbandaran-seri-manjung.







Namun berapa tahun sahaja dapat bertahan, tak sampai pun satu setengah tahun....seminggu dua yang lepas, aku lihat dah ada perubahan seperti gambar dibawah....  
 



Hanya tinggal kesan bekas cat baharu ditutup pada tempat jam.., kenapa.. nak jimat karan ka...?.

Kalau hangpa perasan, cuba lihat dengan jelas pada corak cat warna putih,, yang lama di atas tak ada corak,, putih kosong aja,, tetapi yang baru,, dah ada corak,,, sekali pandang macam corak salib..tak ada corak lain ka yang nak dilekatkan...hebat kan.....










Sunday, May 20, 2012

Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir..Janji kosong Zambry..




Sebelum aku berletiak dengan lebih lanjut,,, aku syorkan hangpa layan sedikit video ni sebagai muqadimah apa yang aku nak tulis.... 


Ok ,,, rasanya bukan hanya di Manjung sahaja yang ada billboard TTTT ni, seluruh negeri Perak,,, bukan satu jenis,,, bermacam versi....




Rasanya ada lagi versi lain,, sayang aku tak ingat nak ambil gambar,,,, yang 3 diatas ni pun aku cari kat google... 

Berapa gaknya belanja jumlah billboard ni,, tak apalah,, tak usah bincang hal tersebut,,, 

Cuma aku aku nak tau betuk ka seperti apa yang di slogan tu..

Kalau sekadar hal masaalah Cikgu Jauhari seperti yang aku letak gambar di hujung billboard tu, mungkin ada masaalah peribadi Zambry dengan orang tua tu,,, 

Kalau isu tanah kepada bekas Askar dan polis adalah isu baru lagi,, masing-masing masih boleh hidup lagi,, Insyaallah... ,, 

Tetapi isu yang ni aku rasa dah lama dah, . 



Suratkhabar melayu tak ada berita ni, NST dan Star pun tak ada, sebabnya, ini masaalah orang miskin macam aku,,, tak ada sesiapa pun nak ambik peduli sangat... 

Ikut pada jawapan dalam surat khabar ni Zambry janji tahun 2014,,, Tak payah lah buat selogan TTTT..... 

Ini bukan perkara baru, ikut apa yang diucapkan oleh Adun Stiawan Ngee Khoo Ham, selepas PRU12 2004 beliau dah bangkit dah isu ni,, jadi kenapa nak tangguh lagi sampai 2014,, 

klik pada imej untuk lebih jelas..


 Sebagai manusia,, fikirlah,, apa akan terjadi pada si kecil ini.... kalau aku rajin,, Insyaallah, jika ada kelapangan akan aku upload gambar-gambar aktiviti perhimpunan sampah petang tadi.... 






Wednesday, April 4, 2012

DS IR Nizar terlibat sama dalam isu VALE Teluk Rubiah ?

Semakin panas.. semalam 3/4/2012 pihak UMNO Lumut pula membuat perhimpunan demo di hadapan pintu masuk VALE Teluk Rubiah,,, gambar-gambar kaum mana yang ramai hangpa boleh tengok DI SINI


Pagi tadi, seorang sahabat, mai jumpa aku, dia dapat satu salinan surat bertarikh 17 Dis 2008 yang kononnya Nizar pun terlibat sama sewaktu menjawat MB Perak, sama dengan surat dalam gambar di atas.,,.boleh juga hangpa tengok kat SINI. dan juga SINI

Dan syoknya mereka meminta blogger upahan iaitu aku sendiri, Otai Manjung dan Meor Razak dari Sahabat Alam Malaysia menjawab, jangan dok pusing-pusing....

Aku tak ada apa kepentingan nak pusing-pusing (spin) dalam isu ni,, sebab ini isu rakyat warga Manjung yang akan datang,, malah aku dah paparkan gambar ni beberapa hari dalam blog aku di atas sekali,

,
Namun hasilnya itulag,, hanya surat yang Nizar tandatangan seperti diatas itu sahaja,,, aku kalau boleh nak Zambry keluarkan semua sekali siapa punya kerja, sehingga tanag Teluk Rubiah boleh terjual kepada Brazil,,, Kalau setakat surat Nizar tu,, sebulan yang lalu,, sewaktu kami blogger PR bertemu di Teluk Senangin, aku sendiri tanya isu Vale Teluk Rubiah ni,, dan Nizar dah pun cerita bab ni, tetapi berapa orang yang dengar, kalau aku tulis pun berapa orang sangat yang baca,,,

Jadi tak ada kesudahan siapa yang benar dan siapa yang salah,,, jadi yang terbaiknya,, atas nama nak cari penyelesaian siapa sebenarnya yang menjadi dalang sehingga boleh terbina kilang Vale di Teluk Rubiah,, maka aku cadang kan ........

Nizar dengan Zambry wajib duduk sepentas,, tak kira di mana,, yang terbaik di Stadium MP Manjung,, biar semua warga Manjung tak kira dari politik mana pun dapat dengar dan lihat sendiri siapa sebenarnya yang jual tanah Teluk Rubiah..

Ada yang dok tanya,, kenapa Nizar tak bawa hal ini dalam DUN,, nak bawa macam mana,, kalau buat persidangan sehari, dah habis,, nak soal banyak speaker haram nak tutup microphone,,,.

Kalau setakat surat macam itu,, aku nak percaya dan tak percaya sama banyak,, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku, kalau nama saja UMNO bohonh, tipu, fitnah tak ada hal bagi mereka, buktinya bagaimana negeri Perak sendiri mereka rampas dari Pakatan Rakyat, jadi kalau sekadar nak buat surat tandatangan Nizar,,, celah gigi ajalah...

Jadi kalau ada rasa BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH, silalah laksanakan apa yang aku cadangkan,,, segala bantuan untuk melaksanakan ini aku rasa PAS kawasan Lumut tak ada masaalah,, sentiasa bersedia,, tak tahulah UMNO Lumut,, berani atau tak ada telur....


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari